Ahad, 24 Januari 2021

WALI KHIDIR DAN NABI MUSA

Setelah Allah perintahkan Nabi Musa untuk pergi belajar dengan Wali Khidir maka pergilah bermusafir Nabi Musa ke arah Barat (Maghribi) dari Mesir. Inilah dalil yang difahami daripada tafsir isyari, Wilayah Maghribi adalah Wilayah Kewalian.

Maka bertemulah Nabi Musa dan Wali Khidir dan terjadilah kisah yang kebanyakkan daripada kita sudah sedia maklum. Dan akhirnya Nabi Musa mengingkari atau tidak sependapat dengan perbuatan Wali Khidir.

Inilah dalil yang paling rajih dalam Toriqoh kami bahawasanya Saidina Khidir adalah seorang wali bukannya seorang Nabi kerana seorang Nabi tidak akan mengingkari seorang Nabi yang lain. Kerana apa yang dibawa atau yang disampaikan oleh Nabi adalah Usul dan kufurlah orang yang mengingkari Usul. Adapun apa yang dibawa atau yang diajarkan oleh Wali adalah ilmu furu' dan harus untuk mengingkari pada perkara furu'.

Ilmu ladunni atau ilmu Hakikat adalah ilmu furu' bukannya ilmu usul. Tidak kufur orang yang menerima dan tidak kufur orang yang menolaknya.

Jadi, timbul persoalan, adakah Nabi Musa tidak faqih dalam ilmu furu' yang terdapat pada Wali Khidir?
Bahkan, sebenarnya Nabi Musalah yang terlebih faqih daripada Wali Khidir bahkan ilmu apa yang Wali Khidir terima mestilah melalui daripada Nabi Musa.
Tetapi demi untuk menunaikan atau menjalankan taqdir Allah Ta'ala pada menzahirkan Wilayah Kewalian yang ilmunya tidak melalui Kerajaan Qutbaniyyah sebagai untuk memberi peringatan kepada Qutub-qutub akan datang selepas Saidina Musa maka Nabi Musa memperlakukan atau berbuat dan menzahirkan situasi Beliau (Nabi Musa) terlepas cakap Beliaulah yang paling alim.

Fahamilah! Kalamullah itu Qadim!
Kalamullah itu telah ada sebelum adanya Nabi Musa, dan bahawa Nabi Musa itu sekadar menzahirkan iradat Tuannya sahaja!

Dan apakah dalil tulisan-tulisan saya berkaitan dengan Wali Khidir ini?
(Bemula kisah Nabi Musa dan Wali Khidir)

Jawapan: Dalilnya adalah kisah Nabi Musa dan Wali Khidir. Cuma tafsirannya tafsir isyari yang ditafsirkan oleh Ulamak dan Auliya' Maghribi. 

Maka, harus untuk mengingkari apa yang saya tulis sebab ianya adalah ilmu furu'.

Sidi Hafiz Attijani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan