Isnin, 24 Mei 2021

Up-to-death

: Up-to-death

Semakin lama daku bersohbat dan di bawah tarbiah guruku, semakin daku rasakan di akhir zaman ini, diam itu lebih baik dari bercakap, memerhati lebih baik dari mengkomen, duduk lebih baik dari berdiri. Setiap apa yang ada disekitar, yang dilihat, yang didengar, hampir semuanya tidak ada yang benar. Hampir-hampir tidak ada lagi berita benar yang datang dalam seharian hidup zaman ini. Setiap hari datang berita bohong walaupun kita tidak mencarinya, tidak membacanya, tidak mempedulikan nya, tapi ia tetap datang dan bohongi kita.

Pesan wali Allah,

4 perkara yang perlu diberi perhatian untuk selamat dunia akhirat ialah,

Islam, Iman, Ihsan dan Ilmu Akhir zaman.

4 perkara ini diusahakan melalui Talaqqi, Tabligh, Tazkiyyah dan Tarekat.

Tiada yang mengenal siapa al-Mahdi termasuklah dirinya sendiri kecuali 7 wali Allah yang terpilih. Jadi tidak dapat tidak, untuk selamat di akhir zaman, kita berpegang di bawah tali sanad tarbiah seorang mursyid yang mempunyai hubungan rapat dengan alam kewalian. Kerana tiada siapa lagi yang boleh dipercayai di akhir zaman ini kecuali wali Allah.

Bahkan Dajjal kelak akan datang sebagai watak orang Soleh, kemudian ulama, kemudian nabi dan kemuncaknya mengaku sebagai tuhan. Sehingga begitu ramai "orang soleh" dan "ulama" akan mengikuti dajjal kerana tertipu. Jika yang alim dan Soleh juga tertipu, bagaimana dengan yang bodoh lagi fasiq? Tentu berpuluh kali ganda akan lebih awal kesesatan nya.

Kelak, dajjal akan menahan segala makanan yang ada. Orang yang imannya lemah akan segera menghubungi dajjal untuk secebis makanan. Orang yang beriman dan berjemaah, akan merujuk mursyidnya apa yang patut dilakukan. Mursyid nya akan berikan wazifah, ma'moolat dan zikir tertentu yang bersanad kepadanya untuk menjadi makanannya. Kerana itu ketika para sahabat bertanya kepada Nabi apa makanan orang beriman ketika dajjal menguasai makanan sedunia, nabi jawab zikir-zikir.

Maka beruntunglah ahli zikir. Dan celakalah para pembenci dan pembidaah zikir yang berusaha keras menjadi ejen dajjal untuk menghapuskan zikir dari amalan harian umat Islam.

Jaga-jaga dengan segala yang "up-to-date" kerana itulah syurga dajjal yang sebenarnya "up-to-death". Tak mati pun tinggal di rumah sewa, tak mati pun pakai kereta terpakai, tak mati pun tak tukar abaya tiap minggu, tak mati pun tak pakai iphone terbaru. Tak mati pun kalau tak dengar muzik atau tonton filem-filem baru. Muzik, lagu dan filem-filem , itu semua "Al-Quran" dajjal yang dajjal berjaya gantikan di dalam hati orang-orang Islam. Keasyikan tarannum diganti dengan nyanyian fasiq. Keindahan kisah-kisah yang benar diganti dengan kisah dongeng lagi menipu, tidak ada satu pun filem yang ceritanya sahih seperti kisah-kisah di dalam Al-Quran. Semuanya kisah tipu, hari-hari tonton cerita tipu, tipu, tipu, deceptions demi deceptions sampaikan hati jadi gelap untuk menerima kisah sahih.

Jangan sampai masuk ke dalam syurga dajjal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan