Sabtu, 24 Julai 2021

DUNIA SELAMANYA AKAN SILIH BERGANTI


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sayyidi As Syekh Al Qutb Al Maktum Abul 'Abbas Ahmad bin Muhammad At Tijany ra. berkata; 

Barang siapa yang diuji di antara kalian dengan satu Musibah atau ia tertimpa hal yang buruk sebagai bencana, maka hendaklah ia bersabar menunggu kelapangan dari Allah SWT kerana setiap bencana pasti ada akhirnya. Setiap kesusahan pasti memiliki kelapangan. 

Jika dia mengalami keadaan yang sempit dan sulit, maka hendaklah dia terus memohon dengan merendahkan diri sehingga dia mencapai puncak angan-angan nya dengan memperoleh kelapangan dari Allah SWT. 

Janganlah kalian gelisah kerana musibah dan bencana, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan hamba-hambaNya di dunia kecuali untuk menjalankan hukum-hukum dan takdir takdir Tuhan dari perkara yang jiwa jiwa merasa sempit disebabkan adanya bala' dan bencana dlm hukum dan takdir takdir tersebut. 

Dan hamba tidak akan menemukan sesuatu yang boleh memalingkannya dari hal ini dan seorang hamba tidak akan berupaya terus menerus senang dan terlepas dari semua bala' di dunia. 

Bahkan seorang yang berakal harus tahu bahawa keadaan dunia selamanya akan terus silih berganti antara waktu susah dan senang, baik dan buruk serta gembira dan sedih. Tidak seorang pun yang tinggal didunia ini berupaya untuk keluar dari ketentuan ini. 

Jika musibah telah menimpa dan bencana membuat hidup sempit, maka hendaklah ia tahu bahawa hal itu memiliki waktu dimana ia akan berakhir dan di iringi dengan kesenangan dan kegembiraan. 

Kerana sesungguhnya orang yg memahami bahwa hal ini dari Allah SWT dalam mengatur dunia-NYA, ia akan menghadapi setiap musibah dengan penuh kesabaran dan redha dengan ketentuan serta syukur yang sempurna atas segala nikmat. 

# CPF Terjemahan Kitab Jawahirul 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Via Eden

Khamis, 15 Julai 2021

PARA WALI SELAIN DARI THARIQAH TIJANIYAH , KELAK MERASAKAN CEMBURU, ATAS ANUGERAH YANG DI BERIKAN KEPADA PENGAMAL SHALAWAT FATIH.



سُئِلَ سَيِّدُنَا اَحْمَدُ إبْنُ مُحَمَّدٍ التِّجَانِي رضي الله عنه : هَلْ يَحْصُلُ لِأَصْحَابِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ مَا يَحْصُلُ لِلْعَارِفِيْنَ مِنْ كَثْرَۃِ الْخَيْرَاتِ وَالتَّجَلِّيَّاتِ أَمْ لَا ؟
فَأَجَابَ سَيِّدُنَا رضي الله عنه : يَحْصُلُ لَهْمُ أَكْثَرُ مِنْهُمْ . وَآكَدَهُ بِقَوْلِهِ : إِنَّ الْعَارِفِيْنَ لَوْ اُطُّلِعُوْا عَلٰی مَا يَحْصُلُ لِأَهْلِ هٰذَا الشَّأْنِ فِي الدَّارِ الْأٰخِرَۃِ لَبَكَوْا عَلَيْهِ طُوْلَ أَعْمَارِهِمْ عَلٰی مَا يُشَاهِدُوْنَ مِنْ عَظِيْمِ فَضْلِ اللّٰهِ وَإخْتِصَاصِهِ بِمَنْ اَرَادَ - يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَّشَاءُ -

Syech Ahmad At Tijani ra pernah ditanya : "Apakah para pengamal sholawat Al Fatihi Lima Ughliqo bisa mendapatkan kebaikan dan tajalliyat sebagaimana yang didapat oleh kaum ‘Arif billah?"
Beliau menjawab : "Pengamal Sholawat Al Fatihi Lima Ughliqo bisa mendapatkan lebih banyak dari apa yang didapat kaum 'Arif billah".

Syech Ahmad At Tijani ra kemudian menegaskan :
“Jika kaum 'Arif billah dapat mengetahui apa yang didapat oleh pengamal sholawat Al Fatihi Lima Ughliqo kelak di Akhirat, Niscaya kaum 'Arif itu menangis sepanjang masa hidup mereka, atas apa yang mereka saksikan perihal agungnya Fadilah Alloh dan keistimewaan yang di Anugerahkan-Nya bagi siapa saja yang dikehendaki oleh Alloh ﷻ.

يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَّشَاءُ (آل عمران : ٧٤)

"Alloh khususkan rohmat-Nya bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya".

Sumber : Di sebut di banyak Kitab Thoriqoh At Tijaniyyah, di antaranya pada Kitab Ad Durrotul Khoridah

وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍۨ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي اِلٰی صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلٰی آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

اَللّٰهُمَّ احْشُرْنَا فِي زُمْرَةِ اَبِي الْفَيْضِ التِّجَانِي وَاَمِدَّنَا بِمَدَدِ

Ahad, 4 Julai 2021

SOLAWATUL FATIH: ‏SATU LIMPAHAN KURNIA ALLAHﷻ ‏YANG TERBESAR ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala telah memberitakan di dalam Tausiyahnya bahawa; 

"Allah Subhanahu WaTaala mempunyai banyak simpanan, dan ketahuilah bahawa simpanan Allah Azzawajalla tidak ada had. Tidak keluar simpanan Allah Taala melainkan mengikut iradat Allah Taala. Tetapi simpanan yang boleh keluar melalui Iradat Allah tidak ada yang seumpama dengan Solawatul Fatih. Intipati kepada simpanan yang boleh keluar dari Iradat Allah tidak ada yang seumpama dengan Solawatul Fatih". 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra.

Kredit:eden Tijani Harazim