Ahad, 4 Julai 2021

SOLAWATUL FATIH: ‏SATU LIMPAHAN KURNIA ALLAHﷻ ‏YANG TERBESAR ‎


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala telah memberitakan di dalam Tausiyahnya bahawa; 

"Allah Subhanahu WaTaala mempunyai banyak simpanan, dan ketahuilah bahawa simpanan Allah Azzawajalla tidak ada had. Tidak keluar simpanan Allah Taala melainkan mengikut iradat Allah Taala. Tetapi simpanan yang boleh keluar melalui Iradat Allah tidak ada yang seumpama dengan Solawatul Fatih. Intipati kepada simpanan yang boleh keluar dari Iradat Allah tidak ada yang seumpama dengan Solawatul Fatih". 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra.

Kredit:eden Tijani Harazim

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan
    Izinkan sy untuk mengamalkan Sholawat Fatih
    Bagaimana tatacaranya mengamalkannya ya tuan?

    BalasPadam