Rabu, 17 Ogos 2022

𝙃𝙄𝙈𝙋𝙐𝙉𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏 𝘼𝙇𝙁𝘼𝙏𝙄𝙃 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙌𝙐𝙏𝙐𝘽𝙐𝙇 𝙈𝘼𝙆𝙏𝙐𝙈 𝙒𝘼 𝙆𝙃𝘼𝙏𝙈𝙐𝙇 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿𝙄𝙇 𝙈𝘼𝘼𝙇𝙐𝙈 𝙎𝙔𝙀𝙄𝙆𝙃 𝘼𝙃𝙈𝘼𝘿 𝘼𝙏𝙏𝙄𝙅𝘼𝙉𝙄 𝙍𝘼*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
𝘽𝙀𝙍𝙄𝙏𝘼 𝙂𝙀𝙈𝘽𝙄𝙍𝘼 (𝙏𝘼𝘽𝙎𝙔𝙄𝙍𝘼𝙏) 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖.

yaaqutatatil - Faridah : dan dipernama di sisi ahlinya dengan nama Miftah Hakikat Muhammadiah ( kunci rahsia hakikat Muhammadiah ) dan yang masyhur disisi orang ramai dengan nama Selawat Fatih ... Berkata Syeikh Tijani : " Rasulullah Telah berkata. kepadaku " :
 ما صلى على احد بأفضل من صلاة الفاتح لما اغلق" 
Ertinya : Tidaklah berselawat kepada seseorang atasku dengan selawat yang terlebih afdal daripada Selawat Fatih lima Ughliqa .... 

Berkata Syeikh Tijani : -Pertama : 
لو إجتمع أهل السماوات السبع ومن فيهن على ان يصفوا ثواب الفاتح لما اغلق ما قدروا
Ertinya : Jikalau berkumpul penduduk langit berserta penduduk - penduduk yang berada di dalam lapisan langit yang tujuh tersebut , dan berkumpulnya mereka itu untuk menilai ganjaran pahala Selawat Fatih .. , nescaya mereka tidak mampu untuk mengira akannya ... .

كل أعمار الناس ذهبت مجانا إلا اعمار أصحابي صلاة الفاتح

Ertinya : Umur manusia pergi dan berlalu begitu sahaja , melainkan umur orang yang berselawat dengan Selawat Fatih .. 

-Ketiga : 
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن فضل صلاة الفاتح فأخبرني صلى الله عليه وسلم ان المرة الواحدة تعدل من كل تسبيحه وطاعه في الكون ومن كل ذكر ومن كل دعاء كبير او صغير 6,000 مرة
Ertinya:
 Aku telah bertanya Rasulullah tentang kelebihan Selawat Fatih, lalu Rasulullah memberitahu kepadaku bahawa:
 Satu kali daripada Selawat Fatih menyamai semua tasbih yang di ucapkan oleh makhluk Ciptaan Ilahi , dan juga mengucapkan semua zikir - zikir dan doa - doa orang yang hebat atau orang biasa .... iaitu menyamai 6000 kali ganda daripada satu Selawat Fatih.

-Keempat : 
صلاة الفاتح لما أغلق ب 600،000 صلاة وكل صلاة على انفراد باربعمائة غزوة

Ertinya : Sesungguhnya satu kali daripada Selawat Fatih menyamai ganjaran 600,000 selawat .. , dan setiap satu selawat tersebut memberi ganjaran 400 x peperangan.

 -Kelima 
Rasulullah menyambung kenyataan beliau:
إن من صلى بها حصل له ثواب ما اذا صلى بكل صلاة وقعت في العالم من كل جن وانس وملك سته ألف صلاة من أول العالم صلى بكل صلاة سته ألف صلاة من جميع المصلين عموما ملكا وجنا وانسا

Ertinya : Barangsiapa yang berselawat dengannya ( Selawat Fatih ) , nescaya ia beroleh ganjaran semua pahala orang yang berselawat di alam ini , daripada kalangan jin , manusia dan para malaikat .... iaitu orang tersebut beroleh ganjaran 600,000 kali dan semua itu dikira daripada sejak kejadian alam ini hinggalah terucapnya Selawat Fatih tersebut, iaitu secara umumnya orang yang berselawat dengan satu kali Selawat Fatih seakan - akan ia berselawat dengan 600,000 selawat yang lain di kalangan jin , manusia dan malaikat.

Keenam : 
وخاصية الفاتح لما أغلق أمر إلهي لا مدخل فيه للعقول فلو قدرت 100,000 امة في كل امة 100,000 قبيلة في كل قبيل 100,000 رجل وعاش كل واحد منهم 100,000 عام يذكر كل واحد منهم في كل يوم 100,000 صلاة على النبي صلى الله عليه وسلم من غير صلاة الفاتح لما أغلق وجمع ثوابه هذه الأمم كلها مدة هذه السنين كلها في هذه الأذكار كلها ما لحقوا كلهم ثواب مرة واحدة من صلاة الفاتحة لما أغلق فلا تنتفت لتكذيب مكذب ولا لقدح قادح فإن الفضل بيد الله يؤتيه من يشاء فإن لله سبحانه وتعالى فضل خارجا عند دائر القياس ويكفيك قوله سبحانه وتعالى "ويخلق ما لا تعلمون"
Ertinya : Khasiat dan kelebihan Selawat Fatih Lima Ughliqa adalah urusan llahi , tidak boleh di ukur dengan akal fikiran. jikalau engkau andaikan terdapat 100,000 umat , dan setiap satu umat terdapat padanya 100,000 kabilah , dan setiap satu kabilah tedapat di dalamnya 100,000 pemuda dan setiap 100,000 pemuda itu ia dapat hidup selama 100,000 tahun , dan setiap seorang berselawat 100,000 selawat yang lain daripada Selawat Al-Fatihi Lima Ughliqa. kemudian di himpun sekelian pahala zikir setiap umat dalam masa ratusan tahun tersebut, nescaya tidak menyamai sekelian pahala zikir - zikir tersebut dengan hanya satu kali daripada Selawat Fatih. Ingatlah wahai saudaraku ... !!! Jangan kamu berpaling arah dan terpedaya dengan pembohonga kaki pembohong dan kaki penyangkal.
Kerana sesungguhnya kurniaan dan pemberian Ilahi itu , di tangan Ilahi ( penguasaan Allah ) , Allah berhak memberi dan mengurniakan kepada sesiapa yang ia inginkan ... Kerana sesungguhnya Allah mempunyai sifat kurnian yang terkeluar daripada daerah / tingkatan qias ( 1sebagai contoh : ahli ilmu cuba qias dan bandingkan suatu perkara dengan ilmu mereka , dan ilmu mereka itu hanya terbatas ia dengan akal fikiran mereka jika dibandingkan dengan kurniaan Ilahi ) ... dan memadalah bagi kamu Firman Allah : " ويخلق ما لا تعلمون "
 Ertinya : " dan harus bagi pihak Allah menjadikan seseuatu yang kamu tidak tahu .. " 

Berkata Syeikh Tijani kepada sebahagian sahabat Beliau di dalam salah satu risalahnya : 
وأعلم أن كلا ما تذكره من الأذكار والصلوات على النبي صلى الله عليه وسلم والأدعية لو توجهت بجميعها 100,000 عام كل يوم تذكرها مئة ألف مرة وجميع ثواب ذلك كله ما بلغ ثواب مرة واحدة من كل صلاة الفاتح لما أغلق فان كنت تريد على نفسك للأخرة فاشتغل بها على قدر جهدك فانها كنز الله الأعظم لمن ذكرها وكل ما تريد من الأذكار فوق الورد فزده منها زائد على الورد فقد نصحتك لله
Ertinya : Ketahuilah wahai saudaraku ... !! Bahawasanya setiap sesuatu amalan yang engkau amalkan daripada amalan zikir - zikir , selawat - selawat keatas Nabi dan doa- doa, Jikalau engkau tawajjuhkan semua amalan tersebut selama 100,000 tahun dan setiap hari engkau zikir akannya 100,000 kali .. ..dan ganjaran pahala sekelian amalan tersebut tidaklah ia sampai ke tahap satu kali daripada ganjaran Selawat Fatih Lima Ughliqa .. Maka jika engkau ingin mendapatkan manfaat pada diri engkau untuk akhirat engkau ... maka sibukkan diri engkau dengan Selawat Fatih sekadar kemampuan engkau .... Kerana Selawat Fatih itu adalah salah satu rahsia llahi yang sangat agung bagi sesiapa yang beramal dengannya .Dan jikalau engkau teringin untuk beramal dengan sesuatu zikir selepas suatu amalan wirid .. , maka tambahkanlah amalan Selawat Fatih tersebut atas mana - mana Zikir ... Maka sesungguhnya aku nasihat engkau kerana Allah.

Ulasan pengarang : Setiap kelebihan Selawat Fatih yang disebut tadi , hanyalah kelebihan pada martabat yang pertama ( zohir ) , adapun kelebihan Selawat Fatih ini mempunyai 3 martabat : Sesungguhnya tidak harus di hebahkan kelebihan Selawat Fatih melainkan pada martabat zohir sahaja.

Setiap kelebihan yang di hebahkan oleh tokoh - tokoh golongan A'rifin , adalah ia pada martabatnya yang zohir jua, dan jikalau dinisbahkan dan dibandingkan dengan kelebihan yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, Umpama setistis air di tengah lautan yang terbentang luas Sebagai isyarat dan pedoman yang ringkas. kami nyatakan bahawa kelebihan selawat fatih pada martabatnya yang ketiga menyamai pahala Ismul - a'zom . dan daripada kerana inilah kebanyakan daripada ahli khowwas ( orang tertentu ) daripada toriqah kami mengisyaratkan bahawa Selawat Fatih ini adalah saudara kepada Ismul A'zom ... Berkata Sayidi Ahsan Alba'qili Al - Hasani Al - Maghribi , Al - Allamah Mujadidul - millah wa - ddin : -sesungguhnya orang yang mengkaji Zat Nabi Muhammad yang mulia lagi nurani ( bercahaya ) , nescaya ia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad mulia tersebut , disaluti dengan cahaya - cahaya yang ditulis daripada selawat - selawat wali - wali Allah. dan kedudukan Selawat Fatih adalah mahkota yang bercahaya yang berada di atas Zat Baginda ... itulah mahkota tertinggi yang berada di singgahsana Zat Baginda. sesungguhnya rahsia hidup dan pendiriannya Hakikat Muhammadiah adalah dengan sebab sir dan rahsia yang ada pada Selawat Fatih . ..dan setiap satu daripada kejadian alam ini bergantung hidup kepada sir Selawat Fatih yang menjalar pada alam ini.

✒️ Dihimpunkan oleh: *Sayyidi Murabbi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani AlMaghribi Attijani Hafizahullah.*
 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan