Rabu, 30 Ogos 2023

PERJALANAN MURIDEEN AHLI JAZBAH DAN AHLI SULUK MENUJU KE HADRAH ALLAH ﷻ



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Telah menerangkan kepada kami semua akan sifat-sifat perjalanan anak-anak murid dari Jalan Jazbah dan Jalan Suluk menuju ke Hadrah Allahﷻ oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala pada sedemikian ini; 

Jalan Jazbah seperti jalan Tijani, jalan Syazili, jalan Ahmadi, dan jalan Idrisi, perginya diri seseorang itu ke Hadrah Allahﷻ adalah dalam keadaan tidak boleh melihat apa-apa (ditarik secara tiba-tiba oleh Allahﷻ). Inilah jalan Jazbah bukannya jalan Suluk. 

Pada menerangkan akan hal Jalan Jazbah ini, diumpamakan seperti “Pergi dengan Jazbah, balik dengan Suluk”, yakni seumpama pergi ke Kuala Lumpur dengan kapalterbang dan balik dengan kereta, sehinggalah diri dapat mengenal dengan betul perjalanan tersebut, kerana semasa dalam keaadan Jazbah, diri tidak mengetahui akan jalan tersebut, sebab dirinya telah ditarik kepada Allah tanpa dapat melihat apa-apa (ditarik secara tiba-tiba oleh Allahﷻ). 

Namun demikian, apabila dirinya ingin kembali kepada Baqa, maka dirinya akan menggunakan jalan Suluk, selangkah demi selangkah, sehinggalah seorang Murobbi itu akan membantu seseorang murid itu yang terdiri dari dua jenis, iaitu  anak murid Sufi Ahli Jazbah dan anak murid Sufi Ahli Suluk. Dan apabila seseorang Murobbi itu sempurna, maka dia boleh membantu murid Sufi Ahli Suluk, dan juga boleh membantu murid Sufi Ahli Jazbah. 

Sekiranya murid itu adalah Sufi Ahli Jazbah, maka seorang Murobbi itu akan membantunya untuk ditarik terus kepada Allahﷻ. Dan sekiranya murid itu adalah Sufi Ahli Suluk, maka seorang Murobbi itu akan menolaknya selangkah demi selangkah sehinggalah sampai kepada Allahﷻ.

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan