Sabtu, 30 November 2024

KARAMAH SAMI HINDU DAN MAULANA

Murobbina telah menceritakan, suatu ketika, satu daerah dinegara India telah dilanda kemarau yang sangat teruk. Telah berbulan hujan tidak turun dan air sungai menjadi kering kontang. 

Masyarakat Islam telah berbincang dan para Maulana telah mengambil ketetapan untuk berkumpul melaksanakan solat sunat Istisqa', memohon kepada Allah agar diturunkan hujan. Namun, setelah dilaksanakan solat sunat Istisqa', hujan tetap tidak mau turun. Ummat Islam pasrah dengan keadaan tersebut. 

Maka, berkumpul pula masyarakat Hindu berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maka dipanggil oleh mereka seorang Sami Hindu dikalangan mereka yang paling hebat untuk menurunkan hujan. Menakjubkan, hanya dengan isyarat jari, Sami tersebut telah memanggil hujan dan hujan telah turun dengan lebatnya.

Maka bergembiralah masyarakat Hindu dengan kehebatan Sami mereka. Ummat Islam yang melihat dan mendengar peristiwa tersebut menjadi dilema dan mulai goyah keimanan mereka kerana dikalangan mereka, tidak ada Maulana yang mampu melakukan sedemikian dan bahkan solat Istisqa' yang mereka laksanakan tidak menurunkan hujan. Ramai dikalangan ummat Islam yang telah mula kabur dan goyah keislaman mereka. 

Para Maulana kembali bermusyawarah dan risau melihat ummat Islam ramai yang telah goyah keimanan mereka. Ini satu mudharat yang sangat besar sekiranya ummat islam berpaling kepada agama Hindu. 

Dalam musyawarahnya, para Maulana telah memilih seorang dikalangan mereka yang paling alim untuk bertemu dengan Sami Hindu tersebut dan bertanyakan perihal bagaimana beliau boleh memanggil hujan turun hanya dengan isyarat jari. 

Apabila bertemu dengan Sami Hindu tersebut, maka bertanyalah Maulana tersebut, bagaimanakah beliau mampu memanggil hujan dan menurunkan hujan. Maka diceritakan oleh Sami Hindu tersebut akan rahsianya.

Bahawa, Sami tersebut mengatakan bahawa beliau mempunyai karamah untuk berbuat apa sahaja. Rahsianya adalah dengan melawan nafsu dan menentang nafsu. Apabila nafsunya inginkan sesuatu, maka beliau tidak akan memenuhi hajat nafsunya. Apabila nafsunya tidak berhajat, dia akan memaksa nafsunya untuk menerima kehendaknya. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menentang nafsunya. 

Jika nafsunya ingin tidur, beliau akan memaksa diri berjaga. Jika nafsunya ingin makan, beliau tidak akan memenuhi kehendak nafsunya untuk makan. Demikianlah kehidupannya bertahun-tahun lamanya sehinggakan beliau dapat mengalahkan nafsunya dan beliau mendapat pembukaan (futuh) untuk mengawal alam. 

Apabila mendengar perkara tersebut, maka Maulana tersebut berkata kepada si Sami, tidakkah kamu mahu memeluk agama Islam?

Sami tersebut yang sememangnya telah melazimkan dirinya menentang nafsunya, akhirnya terpaksa menurut untuk menerima Islam kerana ingin menentang nafsunya yang tidak inginkan Islam. 

Setelah keislamannya, maka Sami tersebut telah menjadi salah seorang muslim yang alim dikalangan ummat Islam. 

Menurut Murobbina, PEMBUKAAN dan KARAMAH itu bukan hak orang islam sahaja, bahkan orang yang bukan islam juga boleh mendapat pembukaan dan karamah sekiranya mereka melalui jalan-jalan mujahadah sepertimana Sami Budha, Sami Hindu, dan lain-lain.. 

Dan KARAMAH itu bukanlah muktabar sebagai tanda kewalian seseorang.. bahkan Istiqamah dalam Amal itulah KARAMAH yang terbesar. 

Wallahu a'lam..

Isnin, 25 November 2024

ORANG YANG TERPEDAYA


~maksud GHURUR (terpedaya) ialah pegangan/iktikad atas sesuatu perkara menyalahi hakikat sebenar..
~sesungguhnya orang yg terpedaya yg meyakini bahawa pembukaan yg ia perolehi berdasarkan khasiat umpama zikir..
~maka ia akan mengerah keseluruhan himmahnya dan umurnya untuk tujuan umpama yg tersebut..,dan menyangka amalannya itu adalah ibadah terhadap tuhannya..
~dan mengira dirinya drpd kalangan orang yg banyak berzikir kpd Allah SWT dan Ia berlazat2 dengan zikir2 tersebut pada keseluruhan waktu2nya...
~apabila semakin bertambahnya amalannya...
~maka semakin jauh dirinya drpd hadrah tuannya...
#kerana sesungguhnya ia menebalkan hijab dirinya dengan himmah dan niatnya...

Sabtu, 23 November 2024

KENAPA ZIARAH MAQAM AWLIYA'

Ada seorang yang berpaham Wahabi bertanya kepada al-Habib Umar bin Hafidz, menanyakan,
“Kenapa ziarah maqam Awliya (Para Wali Allah) ? sedangkan mereka tiada memberi kuasa apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah…!!!”

Al-Habib Umar bin Hafidz lantas menjawab:
“Benar wahai saudaraku, aku juga sama pegangan denganmu bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan apa-apa. Tetapi sedikit perbedaan aku dengan dirimu, karena aku lebih senang menziarahi mereka karena bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini kepada cinta Tuhan.

Tapi aku juga heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia, mereka juga tiada kuasa apa-apa. Malah mematikan hati. Yang hidupnya mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Kediaman mereka adalah pusara yang tiada membangkitkan jiwa pada cinta Tuhan.

Kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup, banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup.

Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerena ia mengingatkan aku bahwa hidup adalah perjuangan, karena aku dapat melihat jiwa mereka ada kuasa cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenarannya cinta.

Wahai saudaraku, aku ziarah maqam Awliya, karena pada maqam mereka ada cinta, lantaran Cinta Allah pada mereka seluruh tempat persemadian mereka dicintai Allah. Cinta tiada mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya. Aku berziarah karena sebuah cinta mengambil semangat mereka agar aku dapat mengikut mereka dalam mujahadahku mengangkat tangan di sisi maqam mereka bukan meminta kuasa dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar aku juga dicintai Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.”

Selasa, 12 November 2024

𝗧𝘂𝗷𝘂𝗵 𝗞𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝗮𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵

أَعُوْذُ بِٱللّٰهِ مِنَ ٱلشَّيْطٰانِ ٱلرَّجِيْمِ.
بِسْـمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَنِ ٱلرَّحِيْـمِ
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِینَ
وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ ٱلْخَاتِم وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.

𝗧𝘂𝗷𝘂𝗵 𝗞𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝗮𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹- 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵
𝗗𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗵𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗸𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗞𝗮𝘀𝘆𝗳𝘂𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗮𝗯, 𝗕𝗮𝗵𝘄𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗯𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗤𝘂𝗱𝘀𝗶 : 

وأخرج إبنُ العَرَبِيّ في فُتُوْحَاتِه الْمَكِيَّةِ بِسَنَدِه عن أَبِي بَكرٍ الصدّيق رضي الله عنه مَرفُوعًا، قال النبيُّ صلی الله عليه وسلّم ، قال اللّٰهُ تعالى : يَا إسْرَافِيلُ، وَ عِزَّتِي وَ جَلَالِي وَ جُوْدِي وَ كَرَمِي، مَنْ قَرَأَ بسم الله الرحمن الرحيم مُتَّصَلَةً بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَاحِدَةً ، فَاشْهَدُوْا عَلَيَّ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، 
وَ قَبِلْتُ مِنْهُ الْحَسَنَاتِ وَتَجَاوَزْتُ لَهُ عَنِ السَّيِّئَاتِ، وَلَا أَحْرَقُ لِسَانَهُ بِالنَّارِ، وَ أُجِيْرُهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّارِ وَ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيَلْقَانِي قَبْلَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَهُوَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ. 
𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗯𝗱𝗮, 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝗻 : "𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮𝗮𝗻-𝗞𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻-𝗞𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻-𝗞𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻-𝗞𝘂.. 𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 (𝗠𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝗮𝘁) 𝗜𝘀𝗿𝗼𝗳𝗶𝗹 (عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ) :
𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮:
بسم الله الرحمن الرحيم 
𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 :
سورة الفاتحة

𝗗𝗶𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 (𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗵𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝘀𝗵𝗼𝗹𝗮𝘁), 𝗠𝗮𝗸𝗮 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 (𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝗮𝘁²-𝗞𝘂)
𝗦𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗔𝗸𝘂 (الله) 𝗔𝗸𝗮𝗻 :
1. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗶 𝗱𝗼𝘀𝗮-𝗱𝗼𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮
2. 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
3. 𝗠𝗲𝗺𝗮'𝗮𝗳𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
4. 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗹𝗶𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮
5. 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿, 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮, 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗻𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 (𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗺𝗮-𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗾 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻),
6. 𝗗𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮𝗶-𝗞𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗪𝗮𝗹𝗶,
7. 𝗗𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻.

𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶 𝗔𝘀𝘆-𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝘁𝘁𝗶𝗷𝗮𝗻𝗶 رضي الله عنه .

𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶 𝗔𝘀𝘆-𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝘁-𝗧𝗶𝗷𝗮𝗻𝗶 رضي الله عنه , 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗶𝘆𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗺𝘂𝗿. 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶𝗹 𝗔𝘂𝗹𝗶𝘆𝗮' 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶 𝗦𝘆𝗲𝗸𝗵 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝘁-𝗧𝗶𝗷𝗮𝗻𝗶 رضي الله عنه , 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗽𝘂𝗻, 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗵𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗺𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗳𝗮𝗱𝗵𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮. 

𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗮𝗷𝗮, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗵𝘄𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 : 
1. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗶 𝗱𝗼𝘀𝗮²-n𝘆𝗮
2. 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
3. 𝗠𝗲𝗺𝗮'𝗮𝗳𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮
4. 𝗟𝗶𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮
5. 𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿, 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮, 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗻𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 (𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗺𝗮² 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗾 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻),
6. 𝗗𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮𝗶-𝗞𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗪𝗮𝗹𝗶,
7. 𝗗𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴² 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻. 

𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 (𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘂𝗹𝗶𝘆𝗮' رضي الله عنه ) 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗼𝗺𝗮𝗵 "𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵". 

𝗕𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶𝗹 𝗔𝘂𝗹𝗶𝘆𝗮' 𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝘁-𝗧𝗶𝗷𝗮𝗻𝗶 رضي الله عنه . 

وقال سيّدُنا أحمد التجاني رضي الله عنه في سبب ِذلك ما نصّه : عُمْرِي مَا نَتْرُكُ الْبَسْمَلَةَ مُتَّصَلَةً بِالْفَاتِحَةِ لَا فِي الصلاةِ ولا في غَيْرِها للحَديثِ الوَارِدِ في فَضْلِهَا الْمُؤَكَّدِ بِالْيَمِيْنِ. ونَصُّ الحديثِ هو قَوْلُهُ ﷺ :
قال الله تعالى : يا إسرافيلُ، وَ عِزَّتِي وَ جَلَالِي وَ جُوْدِي وَ كَرَمِي، مَنْ قَرَأَ بسم الله الرحمن الرحيم مُتَّصَلَةً بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَاحِدَةً ، فَاشْهَدُوْا عَلَيَّ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، وَ قَبِلْتُ مِنْهُ الْحَسَنَاتِ وَتَجَاوَزْتُ لَهُ عَنِ السَّيِّئَاتِ، وَلَا أَحْرَقُ لِسَانَهُ بِالنَّارِ، وَ أُجِيْرُهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّارِ وَ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيَلْقَانِي قَبْلَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَهُوَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ. إنتهی 

كما في "كشف الحجاب" 

𝗦𝗮𝘆𝘆𝗶𝗱𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗔𝘁- 𝗧𝗶𝗷𝗮𝗻𝗶 رضي الله عنه 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝗮𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵 : "𝗦𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗺𝘂𝗿𝗸𝘂, 𝗮𝗸𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝗮𝘀𝗺𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵, 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗵𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗸𝗮𝗿𝗲𝗻𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗮𝘄𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ. 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀". 

𝗦𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 "𝗞𝗮𝘀𝘆𝗳𝘂𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗮𝗯". 

وﷲ اعلم بالصواب 

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍۨ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي اِلٰی صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلٰی آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ 

بِجَاهِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ صلّی اللّه عليه وسلّم وَبِجَاهِ شَيْخِنَا وَسَنَدِنَا دُنْيًا وَاُخْرًی سَيِّدِي اَبِي الْعَبَّاسِ احمد بن محمّد التِّجَانِي رضي اللّه عنه وعنّا به. آمين 

اَللّٰهُمَّ احْشُرْنَا فِي زُمْرَةِ اَبِي الْفَيْضِ التِّجَانِي وَاَمِدَّنَا بِمَدَدِ خَتْمِ الْاَوْلِيَاءِ الْكِتْمَانِي. آمِيْنَ.

Ahad, 10 November 2024

KETIKA 50 ‘ULAMA MENGUJI KEILMUAN SYEIKH AHMAD TIJANI R.A

Belum puas dan penasaran dengan keilmuan Sidi Syeikh Ahmad at-Tijani ra. karena waktu yang disediakan untuk diskusi sudah berakhir dan tak semua masalah yang ingin ditanyakan hadirin bisa terjawab karena sempitnya waktu. Kedua, ada yang terkagum-kagum dengan kokohnya keilmuan Sidna Syeikh Ahmad AT-Tijani ra. sehingga membuat pengakuan atas ke ilmuan Beliau dengan membuat syi'ir dan tulisan yang memuji keilmuan Beliau bahkan ada yang akhirnya menjadi murid dan mengikuti Thariqah yang Beliau bawa. Raja Maulay Sulaiman yang mana Beliau seorang Raja dan sekaligus Ulama juga terkagum-kagum dengan argument-argument yang disampaikan Sidi Syeikh Ahmad AT-Tijani ra. saat diskusi dan pada akhirnya Raja Sulaiman juga mengikrarkan janji setia untuk menjadi pengamal Thariqah AT-Tijaniyah.

mereka yang bertambah inkar dan hasadnya kepada Sidi Syeikh Ahmad AT-TIJANI ra. karena pada saat diskusi tak satupun pertanyaan yang diajukan bisa membuat Sidi Syeikh Ahmad AT-Tijani ra. terpojok. Sehingga ada lima puluh ulama yang bersekongkol ingin menjebak Sidi Syeikh Ahmad AT-TIJANI dengan membuat undangan makan sambil berdiskusi di hari, jam yang sama, di tempat berbeda. Jika Sidi Syeikh Ahmad AT-Tijani ra. menerima satu undangan mereka dan menolak undangan yang lain maka empat puluh sembilan yang lain akan berkata kepada khalayak ramai bahwa Sidi Syeikh Ahmad AT-Tijani ra. menolak undangan makan mereka karena tak berani melanjutkan diskusi. Dan jika Sidi Syeikh Ahmad AT-Tijani menerima semua undangan mereka tentu waktunya tak akan sempat karena mendatangi undangan makan lima puluh orang di tempat berbeda di waktu yang sama. Dalam pikir mereka Sidi Syeikh hanya akan bisa memenuhi satu undangan makan dari lima puluh undangan yang diajukan, sehingga empat puluh sembilan yang lain akan berkata kepada khalayak ramai bahwa Sidi Syeikh Ahmad AT-Tijani ra. tidak memenuhi undangan makan mereka. Mereka telah bersepakat untuk mengundang maulana Syeikh setelah Shalat Ashar di hari yang sama. 

Ala Kulli Hal, dengan mukasyafah dan ilmu Asrar yang Sidi Syeikh miliki, Allah SWT memberi tahu kepada Beliau rencana tipu daya mereka. Dengan Karamah yang Allah karuniakan kepada Beliau, akhirnya Beliau penuhi semua undangan makan yang diajukan kepada Beliau di waktu yang sama dan di hari yang sama. Sehingga lima puluh ulama yang bersekongkol untuk menjebak Beliau tersebut saling bertengkar dan saling tidak mempercayai antara mereka satu sama lain karena masing-masing di antara mereka mengaku telah didatangi Sidna Syeikh di waktu yang sama, di hari yang sama, di tempat yang berbeda. 

Mendengar pertengkaran mereka maka Sidna Syeikh Ahmad AT-TIJANI ra. berusaha untuk mendamaikan, lima puluh orang ulama tersebut berkumpul dalam sebuah mesjid. Sidna Syeikh datang ke mesjid dan menanyakan kepada mereka satu persatu. "Benarkah saya datang ke rumah Anda dan Anda menanyakan hal ini kepada saya?". Terus saja pertanyaan tersebut Beliau tanyakan kepada mereka satu persatu. Hingga akhirnya mereka yakin bahwa tak ada dusta di antara mereka dan memang Sidna Syeikh Ahmad AT-TIJANI ra. mendatangi mereka satu persatu di waktu yang sama, di hari yang sama, di tempat yang berbeda. 

Setelah kejadian tersebut tersebarlah Thoriqoh AT-Tijaniyah di kota Fez dan bisu lah mulut mereka yang berkomentar miring. 

Seperti itulah matahari, jika sudah terbit tak ada satupun yang mampu menghalangi cahayanya kecuali bagi mereka yang matanya buta sehingga tak mampu melihat sinarnya. 

‎اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

‎اللهم احشرنا في زمرة ابي الفيض التجاني
‎وامدنا بمدد ختم الاولياء الكتماني

‎والله اعلم باالصواب

Cpf

Sabtu, 9 November 2024

MEMASUKI TORIQAH KERANA TIDAK LAYAK

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Kadang-kadang, anak murid kena banyak aib (yang dipilih masuk kedalam Toriqat ini banyak aib) sehingga (mereka) masuk Toriqat ini dengan tunduk kepala (rasa malu sebab banyak aib), rasa tak layak, (rasa) tak sesuai, (dan dengan keadaan ini) masuk itu adalah lebih disukai oleh Allah. 

Sebab itulah kadang-kadang Allah uji seseorang itu dengan kekurangan, keaiban, tak cukup syarat-syarat Toriqat, sebab dengan itulah dia (akan) masuk (kedalam Toriqat ini) dengan rasa kerendahan (diri), (rasa) malu, (bahkan) itu (lebih) baik, Allah suka macam tu. Sebab Allah tak mahu orang masuk Toriqat ini dengan rasa layak, angkat kepala, (ini) dibenci oleh Allah dan tak boleh jalan, dan akhirnya akan ditolak dari hadrah Allah.

Sebab itulah, Alhamdulillah kalau seseorang itu diminta ke Toriqah Robbani ini, walau (ada) kekurangan (pada diri) dia, itu adalah hikmah Allah, (yang mana) akan memberi manfaat pada (dia) dikemudian hari. 

#Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi at Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞