(Muraja'ah Tausiyah Syariff Muhammad Seddiq Al Hasaniy At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala Berkenaan Rejab)
Bahawa guru Syariff sendiri melihat anak bulan dan mengira setiap awal bulan dipadang pasir (falaq). Beliau tidak bergantung menurut kiraan hari pihak kerajaan. Mereka akan keluar beramai-ramai dari Madrasah melihat anak bulan dipadang pasir dan membaca doa awal bulan.
Bulan Rejab juga dipanggil bulan pekak kerana pada bulan ini tidaklah akan ada didengar cerita mengenai perang. Orang Arab akan dismantle senjata mereka dan membalut senjata-senjata mereka dengan kain, disimpan, dan mereka tidak akan mahu berperang. Maka inilah sifat dan perangai orang Arab apabila masuk bulan Rejab - tudak mahu menyakiti sesiapa sahaja, dan tidak mahu mencederakan sesiapa.
Pengajaran kepada ummat, jika senjata dibalut tidak mahu berperang pada bulan Rejab, maka peliharalah juga lidah dari menyakiti orang lain pada bulan Rejab. Inilah sebahagian daripada hak-hak saudara - memelihara dan tidak menyakiti saudara khususnya pada bulan Rejab.
Jika tidak memelihara hak saudara, maka kita tidak akan mampu untuk memelihara hak Allah. Orang yang memelihara hubungan dengan Allah tetapi tidak memelihara hubungan dengan saudaranya, maka dia akan muflis. Allah mengharamkan Dzatnya dari menzalimi akan hamba-hambaNya.
Diakhirat nanti akan datang seseorang yang akan menuntut dari seseorang yang mencuaikan akan hak saudaranya, lalu berkata;
"Ya Allah! Daku inginkan 5 Ramadhannya!"
Dan orang yang lain pula berkata;
"Ya Allah! Daku inginkan Hajinya!"
Maka tunaikanlah hak-hak saudara kita dengan menyebarkan salam. Tunaikan hak saudara kita dengan menziarahinya ketika sakit, menghantar jenazah mereka keperkuburan apabila mereka mati, serta menjawab mereka bersin apabila membaca mereka membaca Alhamdulillah.
Berwaspadalah dengan setiap sangkaan terhadap saudara kita, hatta pada pandangan kita yang merendahkan orang lain pun akan dituntut diakhirat kelak sebagai menyalahi hak saudara kita.
Orang yang terbaik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain, terutamanya kepada ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat.
Berilah perhatian kepada ubudiyah pada bulan Rejab, kerana sekiranya seseorang itu tidak berjaya didalam bulan Rejab, maka bulan Ramadhan juga mereka tidak akan berjaya, kerana Rejab merupakan bulan persediaan untuk Ramadhan. Sekiranya tidak berjaya didalam Rejab maka tidak akan berjaya juga dalam Ramadhan.
Rejab adalah bulan untuk menjaga ubudiyah kita kepada Allah. Rejab adalah bulan Allah, khusus untuk Dzat Allah. Sediakanlah segala ahwal kita untuk Allah Taala pada bula Rejab. Sediakanlah hati kamu untuk Allah Taala pada bulan Rejab.
Rejab adalah bulan untuk belajar menjadi hamba kepada Allah, mensahihkan kehambaan kepada Alllah.
Berharap akan Baginda SAW itu adalah lebih baik daripada berharap akan amal sendiri. Perbanyakkan Majlis Syamail kerana ianya adalah penawar, perawat, dan penyelesai kepada masalah-masalah ummat.
Rejab dan Syaaban adalah bulan persediaan, manakala Ramadhan pula adalah bulan untuk balasan. Rejab adalah bulan menyemai benih, Syaaban adalah bulan membaja untuk kesuburan, manakala Ramadhan adalah bulan menuai hasil. Para sahabat membuat persediaan menyambut Ramadhan selama 6 bulan, dan mereka akan sedih berpisah dengan Ramadhan selama 6 bulan.
Jadi, hendaklah sentiasa ada ta'alluk (hubungan) dengan Baginda Rasulullah SAW, maka kamu akan terselamat dari keburukan. Ta'alluk inilah kerehatan didunia dan akhirat. Ta'alluk kita dengan Baginda SAW ini bukanlah ada masa-masa yang tertentu, bahkan pada setiap masa.
Apa sahaja yang tidak mengikut Baginda Rasulullah SAW itulah musibah. Semua kesukaran itu adalah kerana jauhnya hubungan kita dengan Baginda Rasulullah SAW. Apa-apa yang datang melalui Baginda Rasulullah SAW itu adalah kebaikan bukannya keburukan. Khususnya Selawat sebagai jalan untuk membina Ta'alluk kita dengan Baginda Rasulullah SAW. Sebab itulah Allah memulakan contoh dari DzatNya sendiri dengan berselawat.
Pada orang-orang yang menganggap amalan berselawat itu sebagai Bida'ah, ketahuilah bahawa Bid'ah yang paling besar adalah orang yang jahil tetapi mereka bercakap tentang agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan