Selasa, 18 Mac 2025

SELAWAT YANG WARID SECARA SYARIAT VS SELAWAT YANG WARID SECARA THORIQAH



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Bahawasanya Tidak Ada Percanggahan Di Antara Selawat Yang Warid Secara Syariat Dan Juga Selawat Yang Warid Secara Thoriqah Dan Adalah Kedua-Duanya Daripada Sumber Yang Satu,

Tidaklah para saadah ‘auliya mengarang berkenaan selawat-selawat mereka melainkan ianya daripada ajaran dan imla’ Sayyidil Wujud Baginda Rasulullah ﷺ secara yaqazhah dan secara mimpi, sepertimana khabar-khabar yang masyhur daripada sekalian para saadah auliya’, dan adapun selawat yang warid secara syariat ditujukan kepada sekalian orang muslimin, mempercayai dan beramal dengannya adalah wajib ke atas sekalian muslimin, adapun selawat yang warid secara thoriqah adalah ditujukan kepada kelompok tertentu daripada kalangan manusia dan mempercayainya serta beramal dengannya tidaklah menjadi wajib melainkan bagi mereka yang bernazar atas diri mereka untuk beramal dengannya.

Dan kebathilan mutlak pada perkataan orang yang mengatakan bahawa selawat ke atas Rasulullah ﷺ adalah perkara “tauqifiyyah’ yakni (tidak boleh tambah atasnya atau tukarnya dengan selawat yang dikarang sendiri) . Kebathilan itu jelas bathil dengan amalan para salafus soleh dan amalan thobaqah para imam-imam ummah daripada satu thobaqah kepada satu thobaqah, daripada zaman para sahabat yang mulia sehingga zaman kita hari ini, bahawasanya mereka yang mengarang selawat tidak terkira dan tidak terhitung banyaknya.

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan