Ahad, 29 Januari 2017

Toriqoh Fadhlul Ilahi

Asal usul -
Tarekat Tijaniyah didirikan oleh Syekh Ahmad Al-Tijani. Ia dilahirkan pada tahun 1150 H (1737 M) di 'Ain Madi, sebuah desa di Aljazair.

Syekh Tijani memiliki nasab sampai kepada Rasulullah SAW, yakni dari Sayyidah Fatimah Al-Zahra, putri Rasulullah SAW.

Nama lengkapnya adalah Abu Al-Abbas Ahmad Ibn Muhammad Ibn Mukhtar Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Salam Ibn Abi Al-Id Ibn Salim Ibn Ahmad Al-'Alawi Ibn Ali Ibn Abdullah Ibn Abbas Ibn Abd Jabbar Ibn Idris Ibn Ishak Ibn Zainal Abidin Ibn Ahmad Ibn Muhammad Al-Nafs Al-Zakiyyah Ibn Abdullah Al-Kamil Ibbn Hasan Al-Musana Ibn Hasan Al-Sibti Ibn Ali Ibn Abi Thalib.

Ia meninggal dunia pada hari Kamis, tanggal 17 Syawal tahun 1230 H, dan dimakamkan di Kota Fez, Maroko. Sejak kecil, Syekh Ahmad Al-Tijani telah mempelajari berbagai cabang ilmu, seperti ilmu usul, fikih, dan sastra. Menginjak usia tujuh tahun, ia sudah hafal Alquran.

 Dikisahkan, saat usianya masih remaja, Syekh Ahmad Al-Tijani telah menguasai dengan mahir berbagai cabang ilmu agama Islam sehingga pada usia di bawah 20 tahun, ia sudah mengajar dan memberi fatwa tentang berbagai masalah agama.

Pada usia 21 tahun, tepatnya di tahun 1171 H, Syekh Ahmad Al-Tijani pindah ke Kota Fez, Maroko, untuk memperdalam ilmu tasawuf.

Selama di kota ini, ia menekuni ilmu tasawuf melalui kitab Futuhat Al-Makiyyah di bawah bimbingan Al-Tayyib Ibn Muhammad Al-Yamhalidan Muhammad Ibn Al-Hasan Al-Wanjali. Al-Wanjali berkata kepada Syekh Tijani, ''Engkau akan mencapai maqam kewalian sebagaimana maqam Al-Syazili (pendiri tarekat Syadziliyah-Red).'

Selanjutnya, Syekh Al-Tijani berguru pada Syekh Abdullah Ibn Arabi Al-Andalusia. Syekh Abdullah berkata padanya, ''Semoga Allah membimbingmu.'' Kata-kata ini diulang sampai tiga kali.

Wahabi perosak ummat

Hayati kandungannya baik2...👇�👇

Tinta Sasterawan Negara: Wahhabi Perosak Umat.

Pada waktu dahulu kehidupan beragama orang-orang Melayu tenteram  dalam naungan tauhid/akidah Abu Hassan al-Ashaari dan Abu Mansur al-Maturidi, ilmu fekah mazhab Imam al- Shafie,  serta ilmu tasauf Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazalli.

Akan tetapi apabila tibanya  fahaman  Kaum Muda pada awal kurun ke-20 dahulu yang memperkenalkan tauhid Tiga Serangkai dan meninggalkan ilmu tasawuf, kedamaian dalam amalan beragama mulai berubah.

Pelajar-pelajar Melayu dari  aliran agama yang menuntut ilmu   di Timur Tengah dan juga di universiti-universiti tempatan terkhususnya sejak merdeka mulai terdedah dengan fahaman ini yang dilatari oleh sekularisme. 

Apabila tamat pengajian baik di peringkat  ijazah pertama, sarjana dan PhD,   mereka kemudiannya mendominasi semua urusan keagamaan dalam  sistem pendidikan dan pentadbiran agama di  tanah air.

Tidak kurang juga yang terlibat dalam politik dengan memiliki kuasa-kuasa keagamaan yang lebih tinggi.

Maka melalui tangan-tangan dan lidah merekalah ilmu tauhid sifat 20 dan ilmu tasawuf kemudiannya disingkirkan daripada persada ilmu.

Keluarlah fatwa-fatwa yang mengharamkan fahaman-fahaman tertentu dalam tasawuf kerana difitnahkan sesat oleh pengaruh Hindu dan Buddha.

Keluarlah fatwa-fatwa bidaah dalam berbagai-bagai amalan yang telah diamal sejak sekian lama hasil susunan ulama ASWJ. Seiring dengan itu banyaklah kitab-kitab ilmu tasawuf yang diharamkan.

Ulama-ulama pondok yang selama ini menjadi induk dalam keagamaan yang mewarisi tradisi keilmuan zaman-berzaman semakin berjaya disisihkan.

Inilah kerjabuat Wahabi sepanjang sekian-sekian dekad atau terdiri juga daripada segolongan yang masih  bersangkaan mereka adalah ASWJ.

Golongan Wahabi adalah golongan yang sebenarnya terdidik secara sekular dalam agama tanpa mereka sedari. Mereka bermaksud sekular dengan ilmu. Justru berani ditegaskan di sini bahawa golongan Wahabi  sebenarnya TIDAK MENGENAL ALLAH. 

Tidak mereka iktiraf kalimat ulama ASWJ 'awwaludin makrifatullah' dan tidak mereka peduli saranan Nabi SAW akan keutamaan ilmu makrifah ini.

Lalu mereka tidak mendahulukan ilmu tauhid dalam  pembelajaran agama dan tidak mengutamakan ilmu ini dalam pembelajaran pada peringkat tinggi. Inilah yang berlaku sejak beberapa dekad sedangkan dalam manhaj ASWJ ilmu tauhid wajib di dahulukan.

Maka jauhlah lagi bagi mereka  untuk mengerti hakikat batin dalam agama yang rahsianya ada dalam ilmu tasawuf.

Golongan Wahabi  tidak mengetahui hakikat  tasauf amalan ASWJ, maka jahillah mereka akan hakikat batin dalam agama. Lalu teramatlah jauhnya untuk mereka memahami hakikat-hakikat dalam agama yang menjadi pegangan jiwa aulia Allah,  ahlillah dan arifbillah.

Inilah bencana agama yang dibawa oleh Wahabi sehingga impaknya, kehidupan beragama pada hari ini di kalangan orang-orang Islam  Melayu begitu mengecewakan apabila kejahilan bahkan kejahiliahan semakin ketara.

Maka kalau diumpamakan,  diberikan kepada golongan Wahabi ini sebiji buah,  maka asyiklah mereka dengan kulitnya dan terpesonalah mereka dengan keindahan rupa pada kulitnya,  tanpa mereka menyedari dan menikmati isinya yang enak dan mengenyangkan yang menjadi maksud utama diciptakan buah tersebut.

Nampak kulitnya cantik dan hebat,  tapi isinya buruk... Maka berawaslah wahai orang-orang Melayu  daripada beramal dengan amalan agama yang telah ketiadaan batinnya.

Semoga bahaya Wahabi disedari oleh ummah dan semoga ilmu tasauf dan ilmu Sifat 20 kembali diletakkan pada martabatnya di persada yang tinggi dalam tempoh yang terdekat. Aaminn.

drpd...
Cikgu Kamaluddin Endol.
Sasterawan Negara
Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara.
26 dis 2016

Sejarah melayu

JOM KITA LEMAS DLM SEJARAH SEBENAR ALAM MELAYU

1. Pertama di dunia  dalam teknologi perkapalan & pelayaran

2. Pertama di dunia dalam teknologi pertanian (penanaman padi)

3. Pertama di dunia dalam menternak binatang

4. Induk bangsa Melayu adalah antara penduduk terawal di dunia, dibuktikan dari kajian MTDna (kajian genetik)

5. Penempatan Melayu telah dijumpai seawal abad 1 SM (sekitar zaman Nabi Isa as) di Semenanjung Jazirah Arab (Aden, Yaman)

6. Seawal zaman Mesir purba lagi, kapur barus telah dimport dari daerah Barus di Sumatera  Utara untuk mengawet mayat Firaun

7. Alam Melayu pernah terkenal sebagai pusat perlombongan emas di dunia, antara yang disebut sbg pernah mengambil emas dr Nusantara adalah Nabi Sulaiman as sendiri. Hatta nama lama kepuauan Melayu adalah Chryses Chersonesos (Yunani) atau Maleu-Kolon yang bermaksud Semenanjung Emas

8. Wujud surat perutusan Raja Srivijaya pada tahun 717 Masihi yang memohon Khalifah Umar  II menghantar delegasi dakwah

9. Kesultanan yang pertama di Alam Melayu disebut sebagai kesultanan ahlul-bait Nabi saw, iaitu kesultanan Perlak di Sumatera Utara, dalam tahun 840 M.

10. Suatu jasa yang terbesar dengan terdirinya kerajaan Perlak  ialah tertubuhnya pusat-pusat pendidikan Islam yang dikenali dengan nama Dayah, berasal dari istilah Arab ‘Zawiyah’ . Pada zaman Sultan Sayyid Maulana Abdul Rahim Syah (864-888M) iaitu raja Perlak yang kedua, didirikan Dayah Bukit Ce Breek. Dan pada zaman Sultan Sayyid Maulana Abbas Syah (888-913M) iaitu raja Perlak yang ketiga,  didirikan  pula Dayah Cot Kala. Di antara  gurunya (ulama) yang terkenal ialah Muhammad Amin Syah yang kemudian menjadi raja Perlak yang keenam dengan gelaran Sultan Muhammad Amin Shah Johan Berdaulat (922-946M).”

11. Mengikut beberapa manuskrip lama, Nabi s.a.w  sendiri meminta dihantar delegasi dakwah ke Alam Melayu, sptmana yang disebut dalam Hikayat Pasai (perutusan Syarif Mekah), dalam Sulalatus Salatin, ke Melaka (perutusan Syarif Mekah), kitab Haza Maulidu Tuhfatul Abrar Fi Manaqib Ahlu Pulau Besar’, (keturunan Syeikh Abdul Qadir al Jilani ke Pulau Besar di Melaka)

12. Pelayar pertama yang mengelilingi dunia adalah orang Melayu yang bernama Panglima Awang@ Enrique de Black yang membantu angkatan Ferdinan Magellan dari Sepanyol ke Alam Melayu dan balik ke Sepanyol dalam tahun 1522 M

13. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca yang dipertuturkan di pelabuhan-pelabuhan penting dunia seperti Venice, Kambayat, Ormuz dan Kaherah

14. Melaka pernah menjadi salah satu pelabuhan yang terbesar dan terpenting di dunia, dengan 84 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhannya.

15. Ramai dari kalangan mubaligh awal di Alam Melayu merupakan cucu-cicit Nabi s.a.w

16. Sultan Muhammad Fatih, pembuka Kota Konstantinopel yang Nabi s.a.w firasatkan sebagai ‘Amir yang terpilih’, telah mengahwinkan puterinya Rukiye Hatun dengan Sultan Alauddin Riayat Syah

17.  Setelah Melaka tewas dalam perang dengan Portugis, antara senjata yang dirampas adalah 3,000 buah Meriam. malahan menurut Rui de Araujo serta Nina Chatu ( membantu Rui de Arajo dan sahabatanya yang dipenjarakan oleh Sultan Mahmud dalam tahun 1510), bahawa sebenarnya terdapat lebih 8,000 buah meriam di kota Melaka.

14. Islamisasi Alam Melayu telah berlangsung lebih 1000 tahun yang lalu yang telah berhasil menatijahkan pandangan alam atau worldview islam kefahaman dan amalan islam yang benar pada leluhur kita serta dihayati dalam asek-aspek kehidupan kita spt sistem pentadbiran@pemerintahan, perundangaan, ekonomi, pendidikan, adat istiadat,sosio budaya dsbnya sehingga menatijahkan kematangan leluhur kita, namun sekarang kita umpama anak-anak kecil dr sudt kefahaman agama kita

15. Alim-ulama Melayu Patani ramai yang mengajar di Haramain, hatta ada yg menjadi hakim Mahkamah Syariah, kitab agama Melayu Jawi dicetak untuk edaran antarabangsa dan ulama Melayu pernah menjadi penasihat agama kepada khalifah Othmaniyyah, Contoh Syeikh Daud al Fatoni, Syeik Nik Mat Kecik, Syeikh Ahmad Zain al Fatoni

Sollu 'alan Nabiy...

TSTHO

Muhasabah

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MUHASABAH...
*PENGIKUT TABLIGH, PAS, IKHWANUL MUSLIMIN*

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

*IKHWANUL MUSLIMIN*
……………………………………………

Pengasas Ikhwanul Muslimin, Imam Hasan Al Banna adalah Ahli Sufi, pengikut setia Jalan Ma'rifat pada *Toriqat Husofiyyah, cabang Saziliyah*. (Silsilah Al Qutb Imam Abu Hasan Asy- Syazili).

Matlamat Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin adalah sebagai pendekatan alternatif untuk menarik golongan muda kepada Islam.

*Matlamat akhir beliau adalah membentuk insan2 bertaqwa menurut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Pewaris Nabi yang _muhaqqiq._* (rujuk karya beliau _Muzakkirat Da'ie Wad-Da'iyyah)_

Selepas kewafatan beliau, pada zaman kemudiannya ajaran Imam Hasan Al Banna di selewengkan oleh pengikut2 nya sehingga mengabaikan matlamat sebenar penubuhan Ikhwan.

Kebanyakan mereka menyibukkan diri dengan politik dan sosial jahiliah. Tarbiyyah diabaikan. Matlamat disiplin dan pendidikan Ahli Sufi terkubur didalam buku2 ikhwan.   Sehingga akhirnya tinggallah matlamat "Allah dan Rasul"  itu sebagai semboyan sahaja.

Hanya sebahagian kecil pemimpin Ikhwan terus memperjuangkan jalan Sufi yang dirintis oleh Imam Hasan Al Banna seperti Shaikh Said Hawa, Shaikh Ramadhan Al Buthi dan beberapa tokoh lain.

Dalam perkataan yang di ringkaskan, kebanyakan pengikutnya meninggalkan syari'at batin (Tasawwuf @ Toriqat @ Pendidikan Ahli Sufi) dan hanya berenang dipermukaan air dengan syari'at zahir (fiqh) semata2. 

Bahkan fenomena lebih buruk berlaku ketika sebahagian mereka yang mengaku pengikut2 Ikhwan, terang terangan mengengkari dan menyesatkan Jalan Kemuliaan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat. 

Maka jadilah mereka kaum yang sesat dan menyesatkan. 
Wal Iyazubillah...!

*PAS (Parti Islam Semalaysia)*
……………………………………………………………

ASAS penubuhan PAS adalah Jalan Kemuliaan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Pewaris Nabi yang _muhaqqiq_. 

Burhanuddin Helmi yang menjadi pengasas PAS adalah pengikut setia Ahli Sufi, *silsilah Toriqah Naqsyabandiah.*

Matlamat utama beliau adalah terus memperjuangkan Jalan Kemuliaan Wali2 Allah, iaitu Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Pewaris Nabi yang _siddiq_.  Iaitu dengan menggabungkan kedua2 ilmu syariat zahir dan syariat batin sebagaimana warisan ini di turunkan dari generasi demi generasi sejak kewafatan Rasulullah ﷺ.   Penglibatan didalam politik hanyalah kerja  sampingan sebagai wadah _amar ma'ruf nahyi anil mungkar_  diperingkat masyarakat dan negara...!  Ini BUKAN matlamat utama penubuhan PAS!

Tetapi pada zaman kemudiannya, matlamat utama PAS ditinggalkan.  Pengikut2 nya menjadikan pilihanraya, menangi kerusi, jawatan dan pangkat sebagai matlamat.   Tarbiyyah diabaikan. Disiplin dan matlamat pendidikan untuk mencapai insan2 bertaqwa berkubur.  PAS  menjadi wadah yang hidup subur ketika pilihanraya dan mati tak berkubur selepas pilihanraya. 

Mungkin sebahagian kecil pemimpin2 PAS dan pengikut2nya masih bertahan dengan disiplin dan matlamat asal PAS.   Tetapi adakah ini memadai?

Keadaan menjadi lebih buruk apabila pengaruh Wahabiyyah dan Syi'ah (rafidhi) memasuki PAS.  Bahkan setengah pemimpin2 nya tak segan silu membenarkan fahaman wahabiyah. Sedangkan fahaman wahabiyah telah difatwakan sesat oleh Ulama semua mazhab didalam Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Maka hampir2 berkuburlah PAS dengan ideologi yang menyeleweng dari matlamat asalnya.

*JAMAAH TABLIGH*
………………………………………

Pengasas Jamaah Tabligh adalah Maulana Ilyas, *Mursyid Toriqah Naqsyabandiah.*

Beliau mendirikan jamaah Tabligh sebagai wadah asas membentuk golongan muda.  Matlamat sebenar beliau adalah membentuk insan2 bertaqwa menurut disiplin Jalan Ma'rifat yang suci.

Selepas kewafatan beliau, perjuangan Tabligh diteruskan oleh khalifah2 dan pengganti2 beliau. Antara yang terkenal adalah Shaikh Zakariyya Kandahlawi dan Shaikh Yusuf Kandahlawi, Ulama dan Auliya Allah yang masyur nama mereka di seluruh dunia.  Pada zaman mereka perjuangan Maulana Ilyas diteruskan dengan sungguh2 menurut Disiplin Ahli Sufi. 

Sebagai catatan penting : Maulana Zakariyya dikenali sebagai Wali Qutb dan Mujaddid zaman beliau.

Demikianlah kehebatan Ulama2 Ahli Sufi mempertahankan kesucian Islam. Jamaahb Tabligh adalah wadah untuk menjinakkan anak2 muda yang mula liar,.tidak mempedulikan agama.  Sedangkan matlamat sebenar adalah mendidik mereka menjadi insan2 bertaqwa didalam Madrasah Ahli Sufi.

Tetapi malangnya, kebanyakan pengikut2 kemudiannya tidak lagi berpegang kepada matlamat asal Jamaah Tabligh di tubuhkan oleh Maulana Ilyas.

Perjuangan mereka tertumpu kepada mencari fadhilat2 amal dan syari'at zahir (fiqh) semata2.   Pendidikan dan disiplin Ahli Sufi yang menjadi teras di abaikan.

Apa akibatnya?

Sebahagian pengikut2 nya termasuk mereka yang sudah berpuluh tahun didalam Jamaah Tabligh, pernah keluar da'wah berbulan2 mencemuh dan mempertikaikan Ahli Sufi dan Ilmu Tasawwuf. 

Akibat tak menuntut ilmu, sebahagian mereka menjadi buta dengan amalan dan dakwah mereka. Mereka menjadi  'ujub, riya', takabbur dengan kehebatan mereka menarik orang lain masuk Islam.

Bahkan lebih buruk lagi ada yang terpengaruh dengan fahaman wahabiyyah dan sanggup mempertahankan nya. Mereka dengan penuh nafsu emosi menuduh ahli2 zikir yang mengikut Ahli Sufi sebagai penyembah kubur.  Betapa buruknya ucapan mereka ini!

Mereka ini hidup dengan penuh sangkaan mereka sudah baik dan hebat.  Betapa bodohnya golongan seperti ini....!

Barangkali ada pengikut Tabligh mendakwa, itu cuma sebahagian kecil ahli Tabligh...!

SALAH...!

Mereka yang berkata Toriqat itu sesat sebagai penyembah kubur dll. tuduhan sesat adalah dari ahli2 Tabligh yang sudah lama didalam Jamaah itu.

Mereka yang mempamirkan kehebatan amal sehingga satu dunia tahu adalah orang2 lama Tabligh yang sudah menawan puncak Andes dan Gunung Ganang di Chili...!

Sungguh kasihan golongan2 seperti ini.  Mereka meninggalkan anak isteti, pekerjaan, sanak saudara untuk "berjihad" atas nama Allah. Tetapi mereka tak sedar amal mereka hangus terbakar disebabkan 'ujub, sum'ah dan takabbur...!

Sungguh kasihan manusia2 seperti ini...!

………………………………………………………………

*KHULASAH*

Tujuan catatan ini adalah untuk menyedarkan kamu yang terlena, untuk membangunkan fikiran kamu yang hidup dalam sangkaan, untuk kejutkan hati kamu dengan Kalimat2 Tuhan Yang Maha Pemurah.

Bangunlah!
Sedarlah!
Insaflah!
Taubatlah!

Jangan terus terbuai didalam keasyikan sangkaan bahawa kamu sudah baik. 

Jangan terikut2 fahaman2 sesat yang menyelubungi dunia.

Jangan terikut2 Iblis yang menyamar sebagai Malaikat.!

Peringatan untuk semua terutama nakhoda2 yang sedang memgemudi kapal.... mudah2an akan ubah haluan kepada matlamat sebenar Perjuangan... menjadi hamba2 Allah yang bertaqwa menurut Perjuangan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat.@ Warisatul Anbiya yang _muhaqqiq._

Allahu Allah

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan Ringkas
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

HAKIKAT TARIKAT TIJANI

HAKIKAT TARIKAT TIJANI :

Oleh: al imam al allamah syeikh ibrahim salleh , mufti nigeria
Terjemahan oleh: lajnah dakwah dan penerangan tarikat tijani malaysia.

"حقيقة الطريقة التجانية"
Hakikat Tarekat Tijani

       إن الطريقة التجانية؛ طريقة مولانا الشيخ أحمد بن محمد التجاني، رضى الله عنه، طريقة علم، ومعرفة، وعمل، وإخلاص، وكل المتمسكين بها من أجلة العلماء الذين هم المرجع فى الإسلام وعلومه لمسلمي بلادهم . Sesungguhnya Tarekat Tijani yang merupakan tarekat guru kami Al-Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Tijaniyy r.a. adalah tarekat ilmu, pengetahuan, amal, keikhlasan. Dan kesemua pengamal tarekat ini adalah dari kalangan ulamak agung yang menjadi rujukan dalam agama Islam dan ilmu-ilmunya bagi masyarakat Islam di negara masing-masing.

    وهذه الطريقة عبارة عن الوردين، والوظيفة، وذكر الجمعة، وما عدا هذا مما اشتملت عليه كتبها فهو من التصوف، وليس بداخل فى مسمى الطريقة. وهذا منقول عن جميع أئمة هذه الطريقة الشريفة بلا إستثناء .
Tarekat ini terdiri daripada dua wirid, satu tugasan, dan zikir pada hari Jumaat. Apa-apa yang lain dari itu, iaitu apa yang terkandung di dalam buku-buku tarekat ini, maka ianya adalah daripada tasauf, dan tidak termasuk dalam ertikata tarekat. Hal ini dinukilkan daripada semua tokoh Tarekat Tijani, tanpa ada pengecualian pun.  

   فقد قال القطب الرباني، العارف الصمداني، مولانا الفقيه المحدث الأصولي الصوفي الجامع مولانا الشيخ أحمد بن العياشي سكيرج رضى الله عنه كلاما:" إن سيدنا رضي الله عنه قد تحقق بأنه سيقع الكذب عليه من المختلقين الشاكين فى تصديق أهل الله، المكذبين لهم والكذابين فى حق أمثاله، فتبرأ مما سينسبونه إليه من كل ما ينافي الشرع فقال:"إذا سمعتم عني شيئا فزنوه بميزان الشرع، فما وافق فخذوه وما لم يوافقه فاطرحوه "
. Seorang Qutb Rabbani, Al-‘Arif  Al-Şamadani, guru kami Al-Faqih Al-Muhaddis Al-Uṣuliyy Al-Sufiyy Al-Jami’ Al-Syeikh Ahmad Bin Al-‘Iyasyi Sukairaj r.a. berkata “Sesungguhnya ketua kami r.a. sedar akan berlaku pendustaan terhadapnya dari golongan yang suka mereka-reka cerita, ragu-ragu untuk membenarkan wali-wali Allah, mendustai mereka dan orang-orang yang seumpama mereka. Lalu beliau nafikan setiap tuduhan yang bercanggah dengan syarak yang akan mereka sandarkan kepadanya “Apabila kamu dengari dariku sesuatu perkara, maka timbangilah ia dengan neraca syarak, apa yang menepati (syariat) ambillah ia, apa yang tidak menepati  (syariat) buanglah ia”  

    وإذا تقرر لديك هذا أيها المنصف، كنت معتقداً، أو منتقداً فلا شك أنك لا تقبل الترهات المنسوبة لهذا السيد الجليل المصرح بالتبرىْ منها سواء تحقق لديك إنها متقولة عليه، أو منقولة عنه؛ نقلها عنه أحبابه، أو أعداؤه، ذكرت فى كتب المؤلفين فى طريقته، أو غيرهم، أو شاعت وذاعت بين أصحابه، أو غيرهم فهو متبرىء من جميع ذلك. ويكفي فى تبرئته سلوكه على الجادة، والتبري مما يخالف الشرع قولا، وفعلا، وحالا".  "إنتهى باختصار" .
Apabila perkara ini telah anda fahami-wahai penilai yang adil- sama ada anda percaya atau pengkritik maka tidak ragu lagi anda tidak akan menerima perkara-perkara palsu yang disandarkan kepada guru agung yang terang-terangan telah menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam perkara-perkara tersebut sama ada anda pasti ianya cerita yang direka-reka ke atas beliau atau ianya kisah yang dinukilkan daripada beliau. Hal ini sama ada dinukilkan oleh orang-orang yang dekat dengan beliau atau pun musuh-musuhnya, disebut di dalam buku-buku penulis Tarekat Tijani atau pun penulis-penulis lain, sama ada perkara tersebut tersebar luas di kalangan sahabat handainya atau pun orang lain. Beliau bersih daripada semua itu. Cukuplah untuk membuktikan perkara tersebut perihal beliau melalui jalan tarekat dan perakuan beliau bahawa beliau tidak terlibat dalam perkara-perkara yang  bercanggah dengan syarak sama ada dari segi kata-kata, perbuatan atau pun keadaan. Dinukilkan dengan sedikit ringkasan. 

     ثم قال:" لو بين المقدمون فى الطريقة لإخوانهم المتمسكين بحبلها، والمريدين للدخول أن ما زاد على الذكر اللازم فيها من ورد، ووظيفة، وذكر جمعة، غير لازم للمريد ذكره، ولا إعتقاده لخفت وطأة الإنكار على طريقتهم المحمدية، ولا فرح المبغضون بما يقفون عليه مما مد لسانهم فى الانتقاد على أهلها " إنتهى.ص 5-6 " جناية المنتسب.
Kemudian beliau berkata, “Kalaulah orang-orang terdahulu di dalam tarekat menjelaskan kepada saudara-saudara mereka yang berpegang teguh dengan tali tarekat ini dan orang-orang yang ingin memasuki tarekat, bahawasanya apa-apa tambahan ke atas zikir-zikir yang biasa dalam tarekat tersebut yang terdiri daripada wirid, wazifah, dan zikir pada hari jumaat, tidak menjadi kemestian bagi orang yang ingin melalui jalan tarekat ini menyebut dan mempercayainya, maka akan kuranglah sedikit penyangkalan dan penafian terhadap tarekat mereka yang datangnya daripada Nabi Muhammad SAW ini,

          فإذا عرفت هذا، فإن كل ما يقوله فيه المعتدون أنه عقيدة للتجانيين، تارة ينسبون التجانيين إلى الباطنية، أو إلى الشيعة الإمامية، وأخرى يجهرون بكلمة الكفر فى حقهم، وعمدتهم فى جميع هذه التهم النصارى، أو المستشرقون، أو ما شاع فى الكتب المنسوبة إليها مما ليس عليه العمل، كما قال الإمام المحدث ألفا هاشم، وإليه أقول: كل ما يقوله فيه هؤلاء باطل وزور تمليه عليهم العمالة، والتبعية بالإضافة إلى فقدهم لنور الإيمان. Apabila anda telah tahu tentang perkara ini, maka sesungguhnya setiap apa jua tohmahan yang dilemparkan golongan pelampau, bahawa perkara-perkara tersebut merupakan akidah  pengamal Tarekat Tijani, terkadang golongan pelampau tersebut menuduh pengamal Tarekat Tijani ini datangnya daripada aliran Batinisme atau daripada Syiah Imamiyyah, dan terkadang mereka dengan lantang mengkafirkan pengamal tarekat ini, tulang belakang mereka dalam kesemua tohmahan dan tuduhan ini ialah Nasrani, atau orientalis, atau pandangan-pandangan yang diterbitkan di dalam buku-buku mereka, sedangkan ianya tidak realistik dari segi pengamalan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Imam Al-Muhaddis Alfa Hasyim, seterusnya saya ingin menegaskan bahawa setiap tuduhan yang mereka lemparkan itu adalah palsu dan bohong, yang didasari oleh pengkhianatan dan ikut-ikutan, di samping mereka sendiri telah kehilangan cahaya keimanan.

      قال مولانا الشيخ أحمد سكيرج أيضا: فى كتاب "طرق المنفعة" : "المقصد الثانى: فى التنبيه على أن المريد لا تلزمه متابعة الشيخ فى جميع أفعاله، وأقواله، وأحواله، إلا إذا أمره بذلك: لم يبلغنا عن شيخنا القطب التجاني رضى الله عنه، أنه أمر أصحابه والآخذين عنه أن يقتدوا به فى أقواله، وأفعاله، وسائر أحواله، أو بالخروج عن المذهب الذى تقلدوه من بين المذاهب الأربعة، والعقائد السنية بل الثابت عندنا أن الفضل المقرر فيها بفضل الله طبق ما وعده به الرسول عليه السلام، يناله كل من أذنه فى تلاوة أذكارها من ورد، ووظيفة، وذكر جمعة، بشروط ذلك لا غير. فإن هذه الطريقة مبناها على القيام بأذكارها اللازمة المذكورة بعد المحافظة التامةعلى إمتثال الأوامر، وإجتناب النواهي بقدر ما فى الإمكان فى السر والإعلان، وملاك الخير كله فى أداء الصلوات المفروضة فى غاية الإتقان، لجميع شروطها والإهتمام بها فى سائر الأحيان، ثم ما زاد فهو فضل بقدر إتباعه فى مجاهدته فى العبادة، وإخلاص النية، وتطهير الطوية، والصدق فى معاملة الحق والخلق، والتخلي عن كل مذموم والتحلي بكل محمود إلى غير ذلك مما كان يوصي به أصحابه حتى لا يكونوا من الآمنين لمكر الله. فإن التأدب مع الحق تعالى من المريد يكون على قدر إقتباس أنواره من مشكاة الاقتداء به.
Guru kami, Al-Syeikh Ahmad Sukairaj juga berkata di dalam bukunya yang berjudul  “Jalan-Jalan Manfaat” : ‘Tujuan Kedua : Memberi peringatan bahawa seseorang yang ingin menuju kepada keredaan Allah adalah tidak diwajibkan mengikuti gurunya dari semua segi ; perbuatan, kata-kata, dan keadaannya, melainkan apabila dia disuruh oleh gurunya untuk berbuat demikian, dan tidak pernah sekalipun sampai ke pengetahuan kami bahawa guru kami Al-Syeikh Al-Qutb Ahmad Al-Tijaniyy r.a. mengarahkan sahabat-sahabat dan penerima-penerima tarekat daripadanya agar mengikutinya dari semua sudut ; perbuatan, kata-kata, dan keadaannya, ataupun keluar dari salah satu mazhab yang mereka ikuti daripada mazhab-mazhab empat, atau daripada akidah-akidah sunniyyah. Bahkan yang pasti bagi kami ialah kelebihan yang ditetapkan di dalam Tarekat Tijani adalah sebagaimana kelebihan  yang ditetapkan oleh Allah, selaras dengan apa yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Kelebihan ini akan diperoleh oleh setiap individu yang diberikan keizinan oleh Baginda untuk membaca zikir-zikirnya yang terdiri daripada wirid, wazifah, dan zikir hari Jumaat, dengan syarat-syarat yang telah dijelaskan. Sesungguhnya tarekat ini asasnya ialah melaksanakan zikir-zikir yang lazim seperti yang tersebut, itupun sesudah sesempurna mungkin menjunjung perintah melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang sekadar yang mampu, dalam keadaan terang-terangan ataupun sebaliknya. Kebaikan yang utama adalah melaksanakan solat-solat fardu dengan menyempurnakan sehabis mungkin syarat-syaratnya, dan menitikberatkannya dalam kesemua keadaan. Kemudian, tambahan-tambahan lain itu merupakan kelebihan mengikut kadar ikutannya dalam kesungguhan melaksanakan ibadah, mengikhlaskan niat, menyucikan hati nurani, bersikap jujur dalam berurusan dengan Al-Haq dan makhluk, menjauhi setiap sifat yang dikeji, dan bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji, serta perkara-perkara lain lagi yang dinasihatkan oleh Al-Syeikh kepada sahabat-sahabatnya, agar mereka tidak terasa selamat daripada terpedaya dengan ujian Allah. Sesungguhnya sikap beradab seseorang murid terhadap Al-Haq Allah Ta’ala diperoleh melalui sebanyak mana dia mengambil nur-nur Ilahi dari lantera ikutannya.

      وقد قال الشيخ سيدي علي الخواص رضي الله عنه: "من زعم إنه يتأدب مع الله تعالى، بلا واسطة شيخه، أو رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقد أساء الأدب، ثم لا يتم ذلك له، أو لا يستمر على الدوام معه بخلاف الأدب مع الله تعالى، مع شهود الوسائط فإنه يدوم". أهـ.
Sesungguhnya Al-Syeikh Ali Al-Khawwas r.a. telah berkata “Sesiapa yang menyangka dia telahpun beradab dengan Allah Ta’ala tanpa perantaraan gurunya, atau Rasulullah SAW, maka dia telah mengamalkan adab yang buruk, adab tersebut tidak akan sempurna baginya, atau tidak akan berterusan kekal bersamanya, berlainan dengan adab terhadap Allah Ta’ala di samping adanya perantara-perantara, maka sesungguhnya ia kekal”.   

وذلك مما يدل على محبة المريد لشيخه التي هى المغناطيس الجاذب لترقي المراتب، وفيه من احترام الشيخ ما يقضي عليه بإمداده بالمدد الأوفر، سيما وحرمة الشيخ من حرمات الله. قال الحاتمي قدس سره :          ما حرمة الشيخ إلا حرمة الله     فقم بها أدبا لله بالله
Ia merupakan antara perkara yang menunjukkann kasih sayang seorang murid kepada gurunya, bagaikan magnet yang menarik kenaikan martabat. Ia juga menjadi lambang penghormatan kepada gurunya ; sesuatu yang menyebabkannya membantu gurunya dengan bantuan yang terbaik, lebih-lebih lagi kehormatan  guru merupakan antara kehormatan-kehormatan Allah. Al-Hatimiyy –moga Allah menyucikan batinnya- berkata :     Tidaklah kehormatan guru melainkan ianya kehormatan Allah # Maka hormatilah guru kerana menghormati Allah  

    ولهذا يتعين القطع بما صح عن الشيخ، أو الولي على المريد ليتمكن بصدقه فى مقام التصديق ثم إنه لا ينقطع المريد عن طريقته إلا بنقض العهد الذي به يؤذن له فى أذكارها اللازمة بأخذه عليه مشافهة بالتلقي عنه، أو بواسطة المقدم الذى قدمه مقدمه بالإذن المقيد، أو المطلق فيها، ولا ينقطع عنه مددها إلا بذلك وربما طرأ ناقض في الحين مثل الردة. نسأل الله السلامة والعافية فى الدنيا والدين.
Oleh kerana faktor ini, maka mestilah berqat’ie dengan sesuatu yang pasti datangnya daripada syeikh, atau wali kepada murid, agar dia mampu berada pada maqam tasdik dengan sidiqnya. Seterusnya seseorang murid itu tidak akan terputus daripada tarekatnya, melainkan dengan membatalkan janji yang mengizinkannya untuk melaksanakan zikir-zikir lazim  yang diterimanya melalui musyafahah secara talakki, atau melalui muqaddam yang menerimanya daripada muqaddamnya (yang terdahulu) dengan izin muqayyad atau mutlak. Tidak akan terputus juga bantuan madad tarekat tersebut daripadanya melainkan dengan cara yang sama tadi. Atau mungkin juga disebabkan oleh terbatal imannya, seperti murtad. Kita pohon dari Allah  keselamatan dan kesihatan di  dunia dan akhirat.

  وهناك أمور تفضي بالمريد للإنقطاع إن صدر منه شىء منها وقد بينت فى كتب الطريقة فليراجعها من أراد الإطلاع عليها فيها، وحسبنا الله ونعم الوكيل.
Di sana terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seseorang murid itu terputus daripada tarekat sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara-perkara tersebut. Ia telah dinyatakan di dalam buku-buku tarekat, maka sesiapa yang ingin mengetahuinya, rujuklah buku-buku tersebut. Cukuplah Allah sahaja bagi kami dan Dialah sebaik-baik wakil.

   قلت : وهذه الشروط التى أشار إليها الشيخ سكيرج، على أنها تقطع المريد عن الطريقة ثلاثة فقط. :- أولها : الترك بعد الأخذ تركا كليا. ثانيها : جمعها مع طريقة أخرى. ثالثها : زيارة الأولياء زيارة استمداد.
Aku berkata : Perkara-perkara yang boleh memutuskan seseorang murid daripada tarekat sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Sikaraj ada tiga sahaja :   Pertama : Meninggalkannya secara total setelah ia diambil Kedua  : Menggabungkannya dengan tarekat lain Ketiga  : Menziarahi auliya’ lain secara istimdad (untuk dijadikan sebagai sumber)

   وهذه الشروط لا تعلق لها أبدا بما جاء فى تلك الكتب والمؤلفات باسم الطريقة، مع علمنا بأن هذه الكتب كتب علمية يستفيد منها من أراد ما شاء، وليس لأحد أن يرتب منها عقائد وينسبها إلى التجانيين، إلا إذا حمل ما فيها على الوجه الذى يحملها عليه أهل هذه الطريقة ممن عرفوها معرفة حقيقية، وإلا كان الكاتب كذابا، مدلسا، ظالما، وما يرمي به أصحابها من تكفير يرجع بلا شك عليه.
Syarat-syarat ini tiada kaitan selama-lamanya dengan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab atau penulisan dengan nama tarekat ini di samping kita mengakui bahawa kitab-kitab tersebut adalah kitab-kitab ilmiah yang bermanfaat bagi sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu. Mana-mana individu sesekali tidak boleh mengeluarkan beberapa kepercayaan, lalu menyandarkannya kepada ahli tarekat Tijani, melainkan sekiranya ditafsirkan isi kandungannya seperti mana yang difahami oleh ahli tarekat Tijani itu sendiri yang arif (perihal tarekat yang diamalkan). Sekiranya tidak demikian, maka penulis itu adalah pendusta, menyembunyikan fakta, zalim. Segala tuduhan kufur daripada penulis akan kembali semula kapadanya tanpa keraguan. 

فإذا عرفت حقيقة الطريقة التجانية وأنها الثلاثة الأذكار فقط، فلا عبرة بما يقوله الأدعياء الجاهلون من نسبة كل خيال، أو ضلال تسوله لهم نفوسهم المريضة بأنه من الطريقة فليس من الطريقة إلا ما يؤخذ العهد به من هذه الأوراد المعروفة التي سبقت الإشارة إليها.
Apabila anda telah mengetahui hakikat sebenar tarekat Tijani, dan ia terdiri daripada tiga zikir sahaja, maka tidak perlu lagi menghiraukan kata-kata para pendakwa yang jahil, dengan menisbahkan setiap khayalan ataupun kesesatan yang didorong oleh nafsu mereka yang sakit bahawa ianya adalah sebahagian daripada ajaran tarekat. Walhal bukanlah termasuk dalam tarekat melainkan sesuatu yang diambil secara perjanjian yang terdiri daripada wirid-wirid yang dikenali ramai sebagaimana yang telah dijelaskan.  

ولتوضيح هذا الموضوع نسوق إليك رسالة كتبها شيخ الإسلام مولانا الشيخ إبراهيم ابن الحاج عبد الله انياس ، إجابة لبعض أسئلة المنتقدين ، هى سوف تكشف حقيقة هذه الطريقة ومدى صلتها بالكتاب والسنة ، وهي كما فى كتاب (مطرب السامعين والناظرين) وهذا الكتاب ناوله شيخ الإسلام، وسعادة الأنام ، مولانا الشيخ الحاج إبراهيم بن الحاج عبد الله الكولخي، رضي الله عنه ، وكتب إجازته الكاملة الشاملة فى الطريقة والحقيقة والشريعة لهذا العبد الفقير عليه ، ومنه أنقل هذه الرسالة :-
Bagi menjelaskan permasalahan ini, kami bawakan kepada anda sebuah risalah yang ditulis oleh guru kami Syeikh Al-Islam Al-Syeikh Ibrahim Ibnu Al-Hajj Abdullah Inyas sebagai jawapan terhadap sebahagian soalan daripada para pengkritik. Risalah ini akan mendedahkan hakikat tarekat ini, dan sejauh mana hubungannya dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagaimana yang terdapat di dalam buku “Pelunak bagi Para Pendengar dan Penyedap bagi Para Pemandang”.  Buku ini ditulis oleh Syeikh Al-Islam Sa’adah Al-Anam, Al-Syeikh Al-Hajj Ibrahim Ibn Al-Hajj Abdullah Al-Kulakhiyy r.a. Beliau juga mencatatkan ijazahnya dalam tarekat, hakikat dan syariat dengan lengkap dan sempurna. Daripadanya jugalah saya nukilkan risalah ini :-

لحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أفضل المرسلين، وآله وصحابته، والتابعين، وتابعيهم بإحسان إلى يوم الدين {قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ} [يوسف: 108].     وبعد: فإن طريقة الشيخ أحمد بن محمد التجاني رضى الله عنه ، التي لقنها أصحابه الميامين ، ونشروها فى العالمين ، وأيد الله بها الإسلام في أقطار عدة هي الأذكار الثلاثة : الإستغفار ، والصلاة على النبى صلى الله عليه وسلم بأى صيغة ، ولا إله إلا الله ، وقد أشبعنا الكلام فيها وفى التصوف بوجه عام في غير ما كتاب ولمن شاء أن يراجع تذييل كتابنا ( كاشف الإلباس عن فيضة الختم التجاني أبي العباس ) ففيه مباحث علمية فى الموضوع ، وهي من فضل الله علينا وعلى الناس.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas sebaik-baik rasul, ahli keluarga dan sahabatnya, tabi’in dan mereka yang mengikutinya dengan baik, sehingga ke Hari Pembalasan. Firman Allah “Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang musyrik”. (Surah Yusuf : 108 )   Sesungguhnya tarekat Al-Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Tijaniyy  r.a. yang diajarkan oleh sahabat-sahabatnya yang beroleh keberkatan, lalu mereka sebarkannya ke seluruh dunia, kemudia Allah menegakkan Islam dengannya di beberapa negara, hanyalah terdiri daripada 3 zikir iaitu Istighfar, Selawat ke atas Nabi SAW dengan apa bentuk sekalipun, dan mengucapkan “La ilaha illallah”. Kami telah membicarakannya secara panjang lebar tentangnya dan tentang tasauf secara umumnya. Bagi sesiapa yang inginkan penjelasan, maka bolehlah merujuk lampiran buku kami yang berjudul “Penyingkap Keraguan Mengenai Faidhatul Khatam at-Tijani Abi al-‘Abbas”. Di dalamnya terdapat perbahasan-perbahasan ilmiah dalam sesuatu tajuk. Ia juga merupakan kurniaan Allah ke atas kami dan umat manusia seluruhnya.

وقد عرف بهذه الطريقة أحد أكابر رجالها، وهو شيخ الإسلام بالقطر التونسي سيدي إبراهيم بن عبد القادر الرياحي، المتوفى فى سنة 1266 هـ تعريفا موجزا فيه الغنية والكفاية ، وأنا أنقل جواهر حروفه من خط يده مباشرة من صورة شمسية لإجازة كتبها الشيخ الرياحي عام 1344هـ للشيخ أبي العباس أحمد ابن الشيخ سيدي الطاهر الطليفي، أفادني بها علامة تونس، ومفتيها فضيلة الشيخ محمد فاضل ابن عاشور، أطال الله بقاءه آمين.
Salah seorang daripada tokoh-tokoh tarekat ini telah membuat pengenalan ringkas dan padat tentang tarekat ini. Beliau adalah Syeikh Al-Islam di belah Tunisia Ibrahim Bin Abdul Qadir Al-Rayahi (w 1266H). Saya akan nukilkan tulisan tangannya secara langsung melalui imbasan fotograf ijazah yang ditulis oleh Syeikh ar-Rayahi pada tahun 1344H kepada Al-Syeikh Abi Al-Abbas Ahmad Ibn Al-Syeikh Sayyidi Al-Tohir Al-Tolifiyy. Ijazah itu disampaikan kepada saya oleh ‘Allamah dan Mufti Tunisia, Fadilah Al-Syeikh Muhammad Fadhil Ibn ‘Asyur. Moga Allah memanjangkan umurnya. Amin.

      قال الشيخ الرياحي رضى الله عنه : الحمد لله، هذه طريقة شيخنا أبي العباس التجاني رضي الله عنه، يقول بعد الاستعاذة والبسملة: أستغفر الله (مائة مرة). ثم الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم، بأي صيغة لكن بصلاة الفاتح لما أغلق أفضل وأعظم لما فيها من الثواب العظيم وهي: اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق، والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق، والهادي إلى صراطك المستقيم، وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم. (مائه مرة). ثم لاإله إلاالله، (مائه مرة ). هذا تقوله بعد صلاة الصبح، وتقول مثل ذلك بعد صلاة العصر، وذلك قوله تعالى:{بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ}[الأعراف: 205]أ هـ .
Kata Al-Syeikh Al-Rayahi r.a. “Segala puji bagi Allah, tarekat ini merupakan tarekat guru kami, Abi Al-Abbas Al-Tijaniyy r.a., beliau berkata seusai memohon perlindungan dan membaca bismillah “astaghfirullah” 100 kali, kemudian berselawat ke atas nabi SAW dengan apa bentuk sekalipun, tetapi dengan selawat “Al-Fatih lima ughliq” adalah lebih baik dan lebih mulia kerana terkandung pahala yang besar di dalamnya, selawat AlFatih adalah sepertimana berikut :
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق، والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق، والهادي إلى صراطك المستقيم، وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم
Sebanyak 100 kali, kemudian : 
لا إله إلاالله 
Sebanyak 100 kali. 

Ini anda perlu ucapkannya selepas solat Subuh dan Asar. Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala “Di pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang lalai” (Surah Al-A’raf ; 205)

Khamis, 5 Januari 2017

TG Hj Abdul Qadir

Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.


Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini  apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya.Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain,masyaALLAH..begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa.Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni pok su musa mendoakan ambo dan meniup doanya diatas kepala ambo yang hina ini disisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tampa ambo memberi tahu kepadanya.SubhanaALLAH.  

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok. 


Al Faqir pernah bertemu beliau dan bertanya tentang pandangannya tentang Tarekat Tijaniyyah, lalu jawabnya tarekat ini Alami bermaksud Internasional, terkenal seluruh dunia, pengikutnya ramai terutama di Maghribi, Sudan (berbetulan Pak Su Hj Musa belajar di Sudan) dan kebanyakkan negara Afrika dan Arab


Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani pernah berkunjung kepada beliau dan menyatakan bahawa Rasulullah akan membaiah Pak Su kepada tarekat ini,Ma Sya Allah
 
Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu..

Selasa, 3 Januari 2017

KISAH CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم  1000 TAHUN SEBELUM KELAHIRANNYA

المنة تقدمها الخدمة
#limpahanKurniaandidahuluikhidmat

Oleh: Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari حفظه الله (Syaikhul Ruwaq Jawi, Mesir).

*KISAH CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم  1000 TAHUN SEBELUM KELAHIRANNYA*

Satu kisah di zaman dahulu yakni ada seorang Raja yang berasal daripada Yaman... Gelaran bagi Raja Pertama Yaman pada zaman dahulu disebut Tubba'... Pada suatu hari, Tubba' ini keluar di dalam satu perjalanan untuk bermusafir... Di dalam perjalanannya, beliau telah singgah di beberapa buah kampung & di setiap kampung itu, beliau akan pilih 10 orang Ulama' untuk bersama-samanya di dalam perjalanan beliau... Sehinggalah beliau mengumpulkan hampir 4 ribu orang Ulama' bersama dengan bala tenteranya yang sangat ramai... Lebih kurang 113 ribu orang tentera pejalan kaki & 133 ribu orang bala tentera yang berkuda... Setelah sampai di setiap negeri, kesemua negeri itu akan menyambut Tubba' dengan penuh kemeriahan & penuh takzim ketika menyambut kedatangan Tubba'... Tetapi apabila Tubba' sampai di Kota Mekah, ahli² Mekah langsung tidak menyambut kedatangan Tubba'... Penduduk di Mekah buat tak tau saja kepada Tubba', maka Tubba' menjadi marah lalu berkata, "Kenapakah dengan penduduk disini? Apa yang tidak kena dengan mereka? Semua negeri yang lain menyambut beta, tetapi negeri ini langsung tidak menyambut kedatangan beta... Siapakah yang duduk dalam negeri ini?"

Maka akhirnya, menteri kepada Tubba' ini masuk ke dalam Mekah, kemudian dia datang kembali untuk melaporkan kepada Tubba', dia kata, "Wahai Tuanku, penduduk yang ada di dalam negeri ini adalah orang² Arab yang mana mereka ini adalah 'Ummi yakni tidak pandai membaca & tidak pandai menulis tetapi mereka ada sebuah bangunan yang sangat mereka agungkan yang bernama Ka'abah... Dan mereka ini menyembah berhala..." Tubba' pada waktu itu berniat di dalam hatinya tanpa diketahui oleh para menterinya, para tenteranya & para Ulama' yang mengikutinya... Apa yang Tubba' ini niatkan? Dia berniat di dalam hatinya untuk meruntuhkan Ka'abah, dia ingin membunuh penduduk Mekah & dia akan tangkap wanita² dan kanak² di Mekah untuk dijadikan hamba... Dengan niat sebegitu rupa yang diniatkan di dalam hatinya, Allah Ta'ala memberi satu penyakit yakni sakit kepala yang amat teruk kepadanya sehinggakan keluar darah & nanah yang sangat busuk baunya daripada hidungnya, matanya & telinganya... Hatta para Tabib @ Doktor yang sangat handal kepakarannya yang ikut bersamanya pun tak mampu nak mengubatinya... Maka para Tabib berkata kepada Tubba' ini, "Wahai Tuanku, kami ini hanya mampu mengubati urusan dunia, urusan kami ini adalah urusan dunia, namun musibah yang Tuanku kena ini adalah urusan yang diturunkan daripada Tuhan, maka kami tak mampu untuk buat apa²..."

Setelah itu, Tubba' pun duduk bersendirian & kemudiannya datanglah salah seorang Ulama' dari kalangan 4 ribu orang Ulama' yang bersamanya... Ada seorang Ulama' ini mengetahui akan ubat bagi penyakit Tubba' ini & datanglah Ulama' ini menghadap Tubba' lalu berkata, "Wahai Tuanku, saya mahu Tuanku memberitahu kepada saya bagaimana Tuanku boleh kena penyakit ini & apakah yang Tuanku telah niatkan di dalam hati Tuanku sewaktu Tuanku berada di Mekah?" Tubba' ini menjawab, "Beta tidak niatkan apa² pun, penyakit ini datang dengan sendirinya..." Ulama' ini berkata lagi, "Tidak Tuanku, penyakit sebegini tidak akan datang kepada Tuanku melainkan Tuanku telah niatkan sesuatu yang buruk & tidak kena dalam hati Tuanku kepada negeri yang pernah disinggahi oleh Tuanku sebelum ini..." Akhirnya Tubba' ini membuka cerita, "Ya benar, beta ada niatkan sesuatu yang tidak elok, setelah mana beta melihat ahli² Mekah tidak menyambut beta, maka beta berniat untuk membunuh ahli² Mekah, berniat untuk meruntuhkan Ka'abah, maka dengan sebab niat beta itulah, Tuhan menimpakan penyakit ini terhadap beta..."

Maka kata Ulama' ini, "Wahai Tuanku, Tuanku kena bertaubat, dengan taubat itulah yang mampu menyembuhkan penyakit Tuanku ini, itulah sahaja pengubatnya..." Lalu Tubba' ini terus bertaubat pada waktu itu juga hatta sebelum Ulama' itu keluar daripada kamar Tubba', Allah Ta'ala menyembuhkan penyakit Tubba' ini... MasyaAllah, maka sembuhlah penyakitnya itu dalam sekelip mata hanya dengan Tubba' ini bertaubat pada waktu tersebut... Ketika meneruskan perjalanan, mereka sampai pada satu tempat yang bernama Yathrib... Yathrib inilah tempat dimana sekarang ini iaitulah Madinah Al-Munawwarah, tempat bersemadinya jasad yang mulia yakni Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Setelah mana sampai di Yathrib, waktu ketika mana Tubba' & bala tenteranya ingin meneruskan perjalanan, ada 400 orang Ulama' daripada kalangan 4 ribu orang Ulama' tadi ini, mereka tidak mahu meneruskan perjalanan... Lalu Tubba' menghantar menterinya untuk bertanya kepada para Ulama' yang tak mahu teruskan perjalanan itu...

Setelah ditanya oleh menteri, kenapakah mereka tidak mahu keluar daripada Yathrib, apakah rahsianya & hikmahnya yang menyebabkan para Ulama' ini tidak mahu keluar daripada Yathrib ini, maka jawab para Ulama' ini, "Kami tidak mahu keluar daripada bumi Yathrib ini kerana untuk pengetahuan Tuan, Ka'abah yang dimuliakan oleh ahli² Mekah itu adalah kerana tempat itu akan keluarnya Nabi akhir zaman yang bernama Muhammad pada masa akan datang, jadi kami ingin menunggu untuk bertemu dengan Nabi akhir zaman ini..." Disebutnya nama Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang mulia oleh para Ulama' ini... Setelah dilaporkan kepada Tubba', maka Tubba' pun berasa ingin turut sama menunggu Nabi akhir zaman yang disebutkan itu... Maka tunggulah Tubba' itu di Yathrib selama setahun sekiranya Nabi akhir zaman keluar pada waktu tersebut... Hatta, Tubba' ini membina 400 buah rumah untuk 400 orang Ulama' yang ingin menunggu di Yathrib bahkan dibelinya 400 orang hamba & dibebaskannya 400 orang hamba yang dibelinya itu untuk dinikahkan kepada 400 orang Ulama' itu...

Setelah cukup setahun Tubba' ini menunggu tetapi tidak keluarnya Nabi akhir zaman yang disebutkan pada waktu tersebut, Tubba' & bala tenteranya meneruskan perjalanan, meninggalkan 400 orang Ulama' di Yathrib untuk menunggu Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Setelah sampai di satu tempat berdekatan dengan India, Tubba' ini menghembuskan nafasnya yang terakhir... Tarikh meninggalnya Tubba' ini dengan tarikh lahirnya Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, tempoh jaraknya adalah seribu tahun, tidak berkurang & tidak bertambah walau sedikit pun, seribu tahun tepat²... Kisah yang saya kongsikan ini bukan kisah yang baru berlaku, kisah ini adalah kisah seribu tahun sebelum lahirnya Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Sebelum Tubba' keluar daripada Yathrib, beliau ada menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Apakah kandungan surat yang ditulis oleh Tubba' ini?

Setelah Tubba' menulis puji & syukur, kemudian beliau mengatakan, "Wahai Muhammad, selawat Allah Ta'ala keatas kamu... Sesungguhnya saya beriman dengan kamu & saya juga beriman dengan kitab yang akan diturunkan oleh Tuhan kepada kamu... Dan saya diatas agama & sunnah mu... Dan saya beriman dengan Tuhan kamu & Tuhan segala sesuatu... Dan saya beriman dengan seluruh syari'at agama yang datang kepada kamu & saya terima segala perkara tersebut... Sekiranya saya dapat berjumpa dengan kamu, itu nikmat yang besar kepada saya... Jikalau saya tidak dapat berjumpa dengan kamu, berilah syafa'at mu kepada saya di hari kiamat nanti... Jangan lupakan saya kerana saya dikalangan umat mu yang pertama... Dan saya berbai'ah dengan kamu sebelum kamu datang, sebelum Allah Ta'ala mengutuskan kamu, saya telah beriman dengan kamu... Dan saya diatas agama mu & saya diatas agama Bapa mu, Nabi Ibrahim عليه سلم..." Kemudiannya, Tubba' ini menutup surat ini dengan cop daripada emas & dia menulis di penghujung surat ini, "Kepada Muhammad bin Abdullah, Penutup Segala Nabi... Ini adalah amanah daripada Allah سبحانه وتعالى kepada sesiapa yang memegang surat ini, sampaikanlah ia kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم..."

Maka surat Tubba' ini beralih-alih tangan, dari satu generasi ke satu generasi yang lain... Siapakah yang memegang surat ini? Surat ini dipegang oleh cucu cicit kepada 400 orang Ulama' yang tinggal di Yathrib yakni Madinah yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Setelah mana Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم diutuskan, waktu itu ahli² Madinah sudah menunggunya pada waktu tersebut... Kemudian, dipilihnya daripada kalangan cucu cicit daripada keturunan 400 orang Ulama' tadi, diminta kepada Saidina Abdur Rahman bin 'Auf رضى الله عنه untuk memilih siapakah dikalangan mereka ini untuk pergi menghantar surat Tubba' yang berusia seribu tahun itu kepada Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم... Kemudiannya dipilihnya salah seorang daripada sahabat yang bernama Abu Laila oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf رضى الله عنه... Abu Laila yang telah dipilih untuk menyampaikan surat tersebut kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم...

Waktu itu, Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم belum lagi berhijrah ke Madinah, ketika mana Abu Laila sampai di Mekah daripada Madinah, Abu Laila membawa surat itu & diletakkan di dalam poket jubahnya... Sesampainya Abu Laila dihadapan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, Baginda memandang kepada Abu Laila... Baginda berkata, "Datanglah ke mari, kamu ini Abu Laila?" Sedangkan Nabi belum pernah lagi berjumpa dengan Abu Laila... Kemudian kata Abu Laila, "Ya, saya adalah Abu Laila..." Baginda bertanya lagi, "Adakah kamu membawa surat daripada Tubba'?" Sedangkan surat Tubba' itu masih berada di dalam poket jubah Abu Laila hatta Abu Laila tak pernah menyebut langsung tentang surat tersebut kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم bahkan sesiapa pun tak tahu menahu mengenai surat itu... MasyaAllah... Lalu kata Abu Laila yang agak terkejut ketika itu, "Saya lihat, wajah Tuan bukan wajah tukang sihir..." Baginda berkata, "Ya, saya bukan tukang sihir, saya Rasulullah... Berikanlah surat Tubba' yang ingin disampaikan kepada saya..." Maka dikeluarkanlah surat Tubba' itu oleh Abu Laila daripada poket jubahnya & diberi kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم... Sambil Baginda membaca surat itu, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, "Selamat datang wahai saudaraku yang soleh... Selamat datang wahai saudaraku yang soleh... Selamat datang wahai saudaraku yang soleh..." Seolah-olah Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم menyambut kedatangan Tubba' pada waktu tersebut... MasyaAllah...

Tuan², Tubba' ini sudah beriman kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, seribu tahun sebelum Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم dilahirkan... Moga Allah Ta'ala mengurniakan kegembiraan kepadanya di akhirat nanti... Beliau akan bersama-sama dengan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم... Diantara 400 buah rumah yang telah dibina oleh Tubba' kepada 400 orang Ulama' itu, ada sebuah rumah yang Tubba' bina khusus untuk Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Rumah itu dibina khas untuk Nabi akhir zaman... Dalam sirah, rumah pertama yang Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم singgah ketika berhijrah ke Madinah, Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم berada diatas untanya, ketika mana para sahabat berebut-rebut menarik unta Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم untuk ke rumah mereka, maka kata Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, "Biarkanlah, unta ini telah diarahkan oleh Allah Ta'ala tempat dimana yang akan ia berhenti..." Dimanakah unta ini berhenti? Unta ini berhenti di rumah Tubba' yang telah membina rumah tersebut khas untuk Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Dan rumah itulah yang dimiliki oleh Saidina Abu Ayyub Al-Ansari رضى الله عنه, beliau merupakan salah seorang cucu kepada 400 orang Ulama' yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah Al-Munawwarah...

Walaupun ada dikalangan kita yang kali pertama mendengar kisah ini, kita dapat mempelajari bahawa dengan adab kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, menyebabkan seseorang itu berjaya di dunia & di akhirat... Pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Tubba' ini adalah, seseorang itu akan berada dekat dengan Allah Ta'ala kerana adabnya yang baik terhadap Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tubba' sudah beradab dengan Nabi sebelum beliau kenal dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tubba' sudah mengasihi Nabi sedangkan beliau tak pernah bertemu dengan orang yang pernah bertemu dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Tapi kita semua ini sudah pernah mendengar daripada orang yang mendengar daripada orang yang pernah mendengar & daripada orang yang pernah mendengar sehinggalah sampai kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Jikalau Tubba' yang tak pernah mendengar & tak pernah bertemu dengan Nabi tapi sudah beriman & sudah kasih kepada Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, seribu tahun lagi sebelum Nabi dilahirkan, takkanlah kita yang pernah mendengar tentang Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, tak mahu langsung beradab & tak mahu langsung mencintai Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم?

Al-Imam Hassan Al-Basri رحمه الله تعالى mengatakan bahawa, pokok kurma yang menjadi tempat Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم bersandar ketika menyampaikan khutbah, menangis ketika mana Nabi berpisah dengannya walau hanya 3 meter sahaja... Kalaulah kita yang dah berpisah dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم hampir ribuan tahun tapi langsung takdak ada rasa rindu dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka kita lebih "berat" daripada pokok tersebut... Bahkan Bukit Uhud yang bergerak daripada paksinya yang asal, kerana ingin mengikut Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kalau kita tengok kedudukan Bukit Uhud sekarang ini, tempatnya itu bukanlah tempatnya yang asal... Ia telah bergerak sedikit daripada tapaknya yang asal... Kenapa? Kerana ingin mengikuti Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم balik ke Madinah... Sehinggakan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم berkata kepada bukit itu supaya duduk tinggal disitu... Maka Bukit Uhud tidak bergerak lagi pada waktu tersebut kerana mematuhi arahan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Jika Nabi tidak mengarahkannya, maka Bukit Uhud akan berada di Madinah, dekat Masjid Nabawi, bukannya berada di Uhud yang kita tengok sekarang ini... Dan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم kata, "Uhud ini Bukit..."

Kata Guru kami yang mulia, Sayyid Muhammad bin Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kittani حفظه الله تعالى, "Baginda tidak mengungkapkan "Jabal Uhud" @ "Bukit Uhud" tapi Baginda mengungkapkan "Uhud ini Bukit"..." Kalaulah bukit yang merupakan batu yang keras sekalipun mengasihi Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, takkanlah hati kita yang lembut ini tak mahu mengasihi Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم? Cuba "check" balik bagaimana hati kita dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kita nak darjat yang tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى, kita nak kekal dalam syurga Allah Ta'ala & kita nak bersama dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka lihatlah bagaimana adab kita dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم...

Tuan² ambil lah contoh daripada 400 orang Ulama' yang menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah selama seribu tahun, bagaimana cara mereka mendidik & mengajar anak cucu mereka tentang Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sehinggakan setiap generasi mereka beradab & setia menunggu Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Kerana itulah Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم sangat kasih dengan ahli² Madinah kerana ketika ahli² Mekah menolak & menentangnya, namun ahli² Madinah mengalu-alukan kedatangannya & beradab dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Dengan adab, mereka sangat dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Siapakah yang mengajar mereka? Yang mengajar mereka adalah Datuk & Nenek Moyang mereka... Tuan², kita semua kena jadi Datuk & Nenek Moyang seperti itu, kita semua kena jadi Ayah & Ibu yang mengajar serta mendidik anak² kita supaya kasih & beradab dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Hatta didik anak² kita supaya mereka beradab & kasih kepada para 'Alim Ulama'... Akhir zaman ini kita sudah takdak masa lagi untuk kita bersendirian & takdak dah jalan lain untuk selamatkan diri kita kecuali dengan kita berdamping, bergabung & mengasihi orang² yang soleh yakni para 'Alim Ulama'... Apabila kita dekat dengan para Ulama' yang solihin, maka kita akan dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم... Apabila kita dekat dengan Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, maka secara automatik kita akan dekat dengan Allah سبحانه وتعالى..."

Wallahu'alam... Moga² bermanfaat...