■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
MUHASABAH...
*PENGIKUT TABLIGH, PAS, IKHWANUL MUSLIMIN*
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*IKHWANUL MUSLIMIN*
……………………………………………
Pengasas Ikhwanul Muslimin, Imam Hasan Al Banna adalah Ahli Sufi, pengikut setia Jalan Ma'rifat pada *Toriqat Husofiyyah, cabang Saziliyah*. (Silsilah Al Qutb Imam Abu Hasan Asy- Syazili).
Matlamat Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin adalah sebagai pendekatan alternatif untuk menarik golongan muda kepada Islam.
*Matlamat akhir beliau adalah membentuk insan2 bertaqwa menurut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Pewaris Nabi yang _muhaqqiq._* (rujuk karya beliau _Muzakkirat Da'ie Wad-Da'iyyah)_
Selepas kewafatan beliau, pada zaman kemudiannya ajaran Imam Hasan Al Banna di selewengkan oleh pengikut2 nya sehingga mengabaikan matlamat sebenar penubuhan Ikhwan.
Kebanyakan mereka menyibukkan diri dengan politik dan sosial jahiliah. Tarbiyyah diabaikan. Matlamat disiplin dan pendidikan Ahli Sufi terkubur didalam buku2 ikhwan. Sehingga akhirnya tinggallah matlamat "Allah dan Rasul" itu sebagai semboyan sahaja.
Hanya sebahagian kecil pemimpin Ikhwan terus memperjuangkan jalan Sufi yang dirintis oleh Imam Hasan Al Banna seperti Shaikh Said Hawa, Shaikh Ramadhan Al Buthi dan beberapa tokoh lain.
Dalam perkataan yang di ringkaskan, kebanyakan pengikutnya meninggalkan syari'at batin (Tasawwuf @ Toriqat @ Pendidikan Ahli Sufi) dan hanya berenang dipermukaan air dengan syari'at zahir (fiqh) semata2.
Bahkan fenomena lebih buruk berlaku ketika sebahagian mereka yang mengaku pengikut2 Ikhwan, terang terangan mengengkari dan menyesatkan Jalan Kemuliaan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat.
Maka jadilah mereka kaum yang sesat dan menyesatkan.
Wal Iyazubillah...!
*PAS (Parti Islam Semalaysia)*
……………………………………………………………
ASAS penubuhan PAS adalah Jalan Kemuliaan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Pewaris Nabi yang _muhaqqiq_.
Burhanuddin Helmi yang menjadi pengasas PAS adalah pengikut setia Ahli Sufi, *silsilah Toriqah Naqsyabandiah.*
Matlamat utama beliau adalah terus memperjuangkan Jalan Kemuliaan Wali2 Allah, iaitu Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Pewaris Nabi yang _siddiq_. Iaitu dengan menggabungkan kedua2 ilmu syariat zahir dan syariat batin sebagaimana warisan ini di turunkan dari generasi demi generasi sejak kewafatan Rasulullah ﷺ. Penglibatan didalam politik hanyalah kerja sampingan sebagai wadah _amar ma'ruf nahyi anil mungkar_ diperingkat masyarakat dan negara...! Ini BUKAN matlamat utama penubuhan PAS!
Tetapi pada zaman kemudiannya, matlamat utama PAS ditinggalkan. Pengikut2 nya menjadikan pilihanraya, menangi kerusi, jawatan dan pangkat sebagai matlamat. Tarbiyyah diabaikan. Disiplin dan matlamat pendidikan untuk mencapai insan2 bertaqwa berkubur. PAS menjadi wadah yang hidup subur ketika pilihanraya dan mati tak berkubur selepas pilihanraya.
Mungkin sebahagian kecil pemimpin2 PAS dan pengikut2nya masih bertahan dengan disiplin dan matlamat asal PAS. Tetapi adakah ini memadai?
Keadaan menjadi lebih buruk apabila pengaruh Wahabiyyah dan Syi'ah (rafidhi) memasuki PAS. Bahkan setengah pemimpin2 nya tak segan silu membenarkan fahaman wahabiyah. Sedangkan fahaman wahabiyah telah difatwakan sesat oleh Ulama semua mazhab didalam Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Maka hampir2 berkuburlah PAS dengan ideologi yang menyeleweng dari matlamat asalnya.
*JAMAAH TABLIGH*
………………………………………
Pengasas Jamaah Tabligh adalah Maulana Ilyas, *Mursyid Toriqah Naqsyabandiah.*
Beliau mendirikan jamaah Tabligh sebagai wadah asas membentuk golongan muda. Matlamat sebenar beliau adalah membentuk insan2 bertaqwa menurut disiplin Jalan Ma'rifat yang suci.
Selepas kewafatan beliau, perjuangan Tabligh diteruskan oleh khalifah2 dan pengganti2 beliau. Antara yang terkenal adalah Shaikh Zakariyya Kandahlawi dan Shaikh Yusuf Kandahlawi, Ulama dan Auliya Allah yang masyur nama mereka di seluruh dunia. Pada zaman mereka perjuangan Maulana Ilyas diteruskan dengan sungguh2 menurut Disiplin Ahli Sufi.
Sebagai catatan penting : Maulana Zakariyya dikenali sebagai Wali Qutb dan Mujaddid zaman beliau.
Demikianlah kehebatan Ulama2 Ahli Sufi mempertahankan kesucian Islam. Jamaahb Tabligh adalah wadah untuk menjinakkan anak2 muda yang mula liar,.tidak mempedulikan agama. Sedangkan matlamat sebenar adalah mendidik mereka menjadi insan2 bertaqwa didalam Madrasah Ahli Sufi.
Tetapi malangnya, kebanyakan pengikut2 kemudiannya tidak lagi berpegang kepada matlamat asal Jamaah Tabligh di tubuhkan oleh Maulana Ilyas.
Perjuangan mereka tertumpu kepada mencari fadhilat2 amal dan syari'at zahir (fiqh) semata2. Pendidikan dan disiplin Ahli Sufi yang menjadi teras di abaikan.
Apa akibatnya?
Sebahagian pengikut2 nya termasuk mereka yang sudah berpuluh tahun didalam Jamaah Tabligh, pernah keluar da'wah berbulan2 mencemuh dan mempertikaikan Ahli Sufi dan Ilmu Tasawwuf.
Akibat tak menuntut ilmu, sebahagian mereka menjadi buta dengan amalan dan dakwah mereka. Mereka menjadi 'ujub, riya', takabbur dengan kehebatan mereka menarik orang lain masuk Islam.
Bahkan lebih buruk lagi ada yang terpengaruh dengan fahaman wahabiyyah dan sanggup mempertahankan nya. Mereka dengan penuh nafsu emosi menuduh ahli2 zikir yang mengikut Ahli Sufi sebagai penyembah kubur. Betapa buruknya ucapan mereka ini!
Mereka ini hidup dengan penuh sangkaan mereka sudah baik dan hebat. Betapa bodohnya golongan seperti ini....!
Barangkali ada pengikut Tabligh mendakwa, itu cuma sebahagian kecil ahli Tabligh...!
SALAH...!
Mereka yang berkata Toriqat itu sesat sebagai penyembah kubur dll. tuduhan sesat adalah dari ahli2 Tabligh yang sudah lama didalam Jamaah itu.
Mereka yang mempamirkan kehebatan amal sehingga satu dunia tahu adalah orang2 lama Tabligh yang sudah menawan puncak Andes dan Gunung Ganang di Chili...!
Sungguh kasihan golongan2 seperti ini. Mereka meninggalkan anak isteti, pekerjaan, sanak saudara untuk "berjihad" atas nama Allah. Tetapi mereka tak sedar amal mereka hangus terbakar disebabkan 'ujub, sum'ah dan takabbur...!
Sungguh kasihan manusia2 seperti ini...!
………………………………………………………………
*KHULASAH*
Tujuan catatan ini adalah untuk menyedarkan kamu yang terlena, untuk membangunkan fikiran kamu yang hidup dalam sangkaan, untuk kejutkan hati kamu dengan Kalimat2 Tuhan Yang Maha Pemurah.
Bangunlah!
Sedarlah!
Insaflah!
Taubatlah!
Jangan terus terbuai didalam keasyikan sangkaan bahawa kamu sudah baik.
Jangan terikut2 fahaman2 sesat yang menyelubungi dunia.
Jangan terikut2 Iblis yang menyamar sebagai Malaikat.!
Peringatan untuk semua terutama nakhoda2 yang sedang memgemudi kapal.... mudah2an akan ubah haluan kepada matlamat sebenar Perjuangan... menjadi hamba2 Allah yang bertaqwa menurut Perjuangan Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat.@ Warisatul Anbiya yang _muhaqqiq._
Allahu Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan Ringkas
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Tiada ulasan:
Catat Ulasan