Ahad, 29 Januari 2017

Wahabi perosak ummat

Hayati kandungannya baik2...👇�👇

Tinta Sasterawan Negara: Wahhabi Perosak Umat.

Pada waktu dahulu kehidupan beragama orang-orang Melayu tenteram  dalam naungan tauhid/akidah Abu Hassan al-Ashaari dan Abu Mansur al-Maturidi, ilmu fekah mazhab Imam al- Shafie,  serta ilmu tasauf Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazalli.

Akan tetapi apabila tibanya  fahaman  Kaum Muda pada awal kurun ke-20 dahulu yang memperkenalkan tauhid Tiga Serangkai dan meninggalkan ilmu tasawuf, kedamaian dalam amalan beragama mulai berubah.

Pelajar-pelajar Melayu dari  aliran agama yang menuntut ilmu   di Timur Tengah dan juga di universiti-universiti tempatan terkhususnya sejak merdeka mulai terdedah dengan fahaman ini yang dilatari oleh sekularisme. 

Apabila tamat pengajian baik di peringkat  ijazah pertama, sarjana dan PhD,   mereka kemudiannya mendominasi semua urusan keagamaan dalam  sistem pendidikan dan pentadbiran agama di  tanah air.

Tidak kurang juga yang terlibat dalam politik dengan memiliki kuasa-kuasa keagamaan yang lebih tinggi.

Maka melalui tangan-tangan dan lidah merekalah ilmu tauhid sifat 20 dan ilmu tasawuf kemudiannya disingkirkan daripada persada ilmu.

Keluarlah fatwa-fatwa yang mengharamkan fahaman-fahaman tertentu dalam tasawuf kerana difitnahkan sesat oleh pengaruh Hindu dan Buddha.

Keluarlah fatwa-fatwa bidaah dalam berbagai-bagai amalan yang telah diamal sejak sekian lama hasil susunan ulama ASWJ. Seiring dengan itu banyaklah kitab-kitab ilmu tasawuf yang diharamkan.

Ulama-ulama pondok yang selama ini menjadi induk dalam keagamaan yang mewarisi tradisi keilmuan zaman-berzaman semakin berjaya disisihkan.

Inilah kerjabuat Wahabi sepanjang sekian-sekian dekad atau terdiri juga daripada segolongan yang masih  bersangkaan mereka adalah ASWJ.

Golongan Wahabi adalah golongan yang sebenarnya terdidik secara sekular dalam agama tanpa mereka sedari. Mereka bermaksud sekular dengan ilmu. Justru berani ditegaskan di sini bahawa golongan Wahabi  sebenarnya TIDAK MENGENAL ALLAH. 

Tidak mereka iktiraf kalimat ulama ASWJ 'awwaludin makrifatullah' dan tidak mereka peduli saranan Nabi SAW akan keutamaan ilmu makrifah ini.

Lalu mereka tidak mendahulukan ilmu tauhid dalam  pembelajaran agama dan tidak mengutamakan ilmu ini dalam pembelajaran pada peringkat tinggi. Inilah yang berlaku sejak beberapa dekad sedangkan dalam manhaj ASWJ ilmu tauhid wajib di dahulukan.

Maka jauhlah lagi bagi mereka  untuk mengerti hakikat batin dalam agama yang rahsianya ada dalam ilmu tasawuf.

Golongan Wahabi  tidak mengetahui hakikat  tasauf amalan ASWJ, maka jahillah mereka akan hakikat batin dalam agama. Lalu teramatlah jauhnya untuk mereka memahami hakikat-hakikat dalam agama yang menjadi pegangan jiwa aulia Allah,  ahlillah dan arifbillah.

Inilah bencana agama yang dibawa oleh Wahabi sehingga impaknya, kehidupan beragama pada hari ini di kalangan orang-orang Islam  Melayu begitu mengecewakan apabila kejahilan bahkan kejahiliahan semakin ketara.

Maka kalau diumpamakan,  diberikan kepada golongan Wahabi ini sebiji buah,  maka asyiklah mereka dengan kulitnya dan terpesonalah mereka dengan keindahan rupa pada kulitnya,  tanpa mereka menyedari dan menikmati isinya yang enak dan mengenyangkan yang menjadi maksud utama diciptakan buah tersebut.

Nampak kulitnya cantik dan hebat,  tapi isinya buruk... Maka berawaslah wahai orang-orang Melayu  daripada beramal dengan amalan agama yang telah ketiadaan batinnya.

Semoga bahaya Wahabi disedari oleh ummah dan semoga ilmu tasauf dan ilmu Sifat 20 kembali diletakkan pada martabatnya di persada yang tinggi dalam tempoh yang terdekat. Aaminn.

drpd...
Cikgu Kamaluddin Endol.
Sasterawan Negara
Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara.
26 dis 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan