Menurut Murobbina wa Mursyiduna Sidna Sayyidi Ahmed Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At-Tijani hafizhohullah ketika mensyarahkan kitab Iraah Bab "Ketika dalam solat dan ketika diluar solat" karangan Al-'Alaamah Al-'Aarif Billah Sayyidi Al-Ahsan bin Muhammad bin Abi Jamaa'ah Al Ba'qili Rodhiyallahu anhu.
"Doa itu adalah untuk menzohirkan keHambaan, keHajatan dan keHinaan diri kita"
Bukanlah kita paksa Allah tunaikan hajat apa yang kita kehendaki. Barangsiapa meninggalkan doa dia telah menyombong dengan Allah. Kerana Allah perintahkan hamba²-NYA supaya berdoa/memohon kepada-NYA. Barangsiapa berpegang dengan doa dia (apa dipohon mesti Allah kena bagi) maka dia adalah golongan bodoh.
Sesungguhnya kita berdoa hanya semata² menunjukkan diri kita ini adalah hamba yang betapa lemah tidak ada daya upaya yang begitu berhajat sangat² dan memerlukan Allah yang Maha Kuasa, Yang Maha Pemberi, Maha Penentu segalanya. Inilah dikatakan 'Ubudiyah. Bukanlah kita berdoa dan memaksa Allah mesti bagi apa yang kita mohon.
Mudah² kita semua dikurniakan sifat kehambaan yang hakiki. Dan dimasukkan dalam golongan yang diseru dengan :-
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Firman Allah didalam sueah Al Fajr ayat 29-30
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan