Rabu, 18 September 2019

Hijratur Rasul

Pengajian syamail Edisi 7
Ceramah maal Hijrah ..
Kisah labah2, 2 ekor burung merpati dan pokok..
Kisah yg pertama-Kisah 2 ekor merpati yg mulia dan jasanya atas sebaik2 makhluk(Rasulullah Saw).
Ketika Rasulullah Saw Berhijrah dan bersembunyi dlm gua sur..
Datanglah 2 ekor burung merpati yg mulia, lalu membuat sarang di gua saur/sur tersebut (gua yg seakan bonggol lembu)..
adalah atas arahan Allah SWT...
Rasulullah Saw pun melangkah atas sarang burung merpati yg mulia..dan masuk ke dalam gua tersebut. .
Kerana jasanya terhadap Rasulullah Saw. .
Allah SWT telah mengekalkan zuriat burung merpati yg mulia Sehinggalah skrg..
Disebabkan jasa burung merpati yg mulia tersebut. .
Maka Allah SWT telah mengekalkan zuriat Burung merpati ini berada berhampiran dgn kaabah..
Dengan sebab burung merpati inilah islam berkembang ke seluruh dunia...
Terima kasih wahai merpati !!!
Kamu telah melakukan khidmat terbaik terhadap makhluk paling agung di alam semesta ini..
Ya Rasulullah !!!!
madad  kamu ya Rasulullah !!!
Ya Allah Ya Tuhanku
Berilah kekuatan kpd kami utk khidmat pd agamamu dan Nabimu Muhammad saw..

Hijrah Rasulullah dan para sahabat

Habsyah mengislamkan raja najasyi tersebar dakwah ke afrika

Taif ditentang tapi keturunan bani saqif Muhammad bbin qasim as saqofi mengislamkan hindi india bangladesh Pakistan

Madinah islam tersebar ke seluruh dunia

Kita malu dengan keadaan diri kita yg pergi ke mekah duk di hotel yg lbh tinggi drpd kaabah

Rasulullah berada 3 hari dlm gua thur dan keluar pd hari isnin

Pengajian kitab syamail. .
Edisi ke 8 :
Kisah labah2 yg mulia. .
Dan jasanya terhadap Rasulullah Saw dan umat lslam. .
Ketika mana Nabi Saw berhijrah dan masuk ke dalam gua tsur..
Datanglah labah2 yg mulia dan terus membuat sarangnya di muka gua tersebut. ..
Sarang tersebut dibuat  atas perintah oleh Allah SWT kpd labah2 itu.
Yaitu dibuat sarang tersebut seakan2 sarang yg terlalu lama..
Puluhan tahun yg lalu...
Apabila sampainya abu jahal dan kafir Quraisy. .
Mereka cuba menghampiri gua tersebut dan ingin mengetahui secara langsung adakah dimasuki oleh Nabi Saw atau tidak. .
Lalu abu jahal bertegas bahawasanya sarang labah2 itu lebih lama dr umur Nabi Saw. .
Diriwayatkan dlm hadis (sebelum hijrah Nabi Saw) bahawasanya labah2 adalah syaitan yg bertukar rupa.., lalu nabi SAW menyuruh bunuh akannya. .
Tetapi selepas peristiwa hijrah Nabi Saw. .
Nabi Saw bersabda :
Bahawasanya labah2 adalah sebahagian dr tentera2 Allah SWT. Itulah sejarah ringkas...
Binatang ada jasa kpd Islam. .
Adakah kita juga pernah berjasa kpd islam ?????
Tepuk dada..
Tanya diri sendiri. ..

Kronologi peristiwa hijrah 13 kenabian
1) Allah swt memerintahkan Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah.
2)  Musyrikin Mekah berbincang utk menghalang Nabi swt berpindah ke Madinah. Bercadang utk membunuh baginda. Lantik 12 org wakil drpd 12 kabilah (cdgn iblis)
3) Rumah Rasulullah saw dikepung musyrikin Quraisy pada waktu malam utk membunuh baginda.
4) Baginda meminta saiyidina Ali tidur di tempatnya.
5) Baginda meninggalkan rumahnya lalu menuju ke rumah saiyidina Abu bakar lalu bersembunyi di sana.
6) 26 safar Baginda bersama Abu bakar meninggalkan Mekah dan bersembunyi di gua Thur selama 3 hari

26 SAFAR: meninggalkan rumah di kota Mekah.  3 hari di gua Thur (Berdekatan Kota Mekah)

7) 1 RABIULAWAL: Meninggalkan wilayah Mekah. Meneruskan perjalanan ke Madinah. Memulakan Hijrah ke Yathrib (Madinah)

8) 8 Rabiulawal Tiba di Quba', baginda berhenti selama 4 hari. Lalu membina masjid Quba', iaitu masjid pertama dalam Islam.

9) 12 Rabiulawal jumaat, solat jumaat pertama Baginda tiba di Madinah pada kerasulan, baginda telah disambut oleh penduduk Madinah dgn penuh kegembiraan.
Unta qaswa menerima ilham drpd Allah utk berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub Al Ansari (Istana Raja Tuba)

Hijrah ertinya perpindahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan umat Islam dari Mekah ke Madinah

Sebab berlakunya hijrah
1. Perintah Allah
2. Strategi pengembangan Agama Islam
3. Tekanan musyrikin
4. Jemputan penduduk Madinah yg berjanji taat setia kpd Rasulullah

Jibril bawa perintah Allah supaya berhijrah dan memberitahu tentang pakatan kaum Musyrikin yg hendak bunuh Rasulullah

Rasulullah bertemu Sayyiduna Abu Bakar utk buat perancangan berhijrah dan mengupah seorang musyrik Abdullah bin Uraiqit

Malamnya Rasulullah meminta Sayyiduna Ali bin Abi Talib utk tidur di katil Rasulullah menggunakan selimut Rasulullah, musyrikin mengepung rumah Rasulullah dan bersedia hendak bunuh Rasulullah. Rasulullah memohon pertolongan Allah dan membaca ayat 9 surah Yasin dan memabur pasir di kepala mereka lalu Allah mengaburkan pandangan Musyrikin, Rasulullah keluar rumah ke rumah Sayyiduna Abu Bakar

Rasulullah bersama Sayyiduna Abu Bakar bergerak ke Gua Thur yg terletak di selatan Mekah, semasa di sana Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan utk memberi maklumat ttg Musyrikin Quraisy, Amir bin Fuhairah ditugaskan mengembala kambing berhampiran Gua Thur utk menutup jejak Abdullah. Asma'a binti Abu Bakar pula ditugaskan utk menghantar makanan

Kaum musyrikin mekah tidak berjaya menangkap Rasulullah dan Sayyiduna Abu Bakar, mereka menawarkan hadiah 100 ekor unta kpd sesiapa yg berjaya menangkap baginda. Antara musyrikin mekha yg berusaha menangkap Rasulullah ialah Suraqah bin Malik ttp gagal

Setelah berada selama 3 hari di gua thur baginda meneruskan perjalanan hijrah dan singgah di Quba', apabila di sana Rasulullah membina masjid pertama dalam sejarah Islam

Pada 12 Rabiulawal tahun ke 14 kerasulan, Rasulullah sampai di Madinah

Iktibar hijrah 1. Strategi hebat 2. Berkorban 3. Kesetiaan 4. Kesabaran

Sblm hijrah
Penduduk madinah sering bergaduh, aus khazraj dan yahudi, yahudi kata akan bangkit nabi dr kalangan kami,kami akan ikutnya dan bunuh kamu
Tahun ke 11, org yathrib dtg ke mekah, Rasulullah berdakwah lalu 6 org peluk islam
Tahun 12 baiah aqabah pertama pd pmusim haji bersamaan bulan julai 621 masihi,12 org yathrib bertemu Rasulullah 10 khazraj 2 aus bersama 5 org yg dh beriman, Rasulullah hantar Mus'ab bin umair ke Madinah
Tahun ke 13 bersamaan jun 621 masihi, Mus'ab bin umair bersama 73 lelaki dan 2 wanita bertemu Rasulullah, Rasulullah melantik 12 org ketua terdiri drpd 9 org khazraj dan 3 org aus

Di pagi Hari khamis 26 safar 1441 tahun dahulu berlaku satu perhimpunan di darun nadwah diketuai oleh umar bin hisyam utk membincangkan bagaimana utk menyekat dakwah Rasulullah
Cadangan 1. Buang daerah 2. Letak dalam kotak biar mati tepi kaabah 3. Cari seorang pemuda yg kuat (pembunuh upahan) 4. Datang iblis berupa manusia bg cadangan pilih seorang dari wakil kabilah di mekah utk bunuh, bila? Mlm ni jg...semua pakat setuju, bila berpaling dah tiada, pelik semua sapa yg bg cdgn...xpa lah asalkan bernas

Lalu jibril khabarkan kpd Rasulullah supaya berhijrah mlm ni jg...waktu zohor itu Rasulullah ke rumah Sayyiduna Abu Bakar maklumkan kita perlu berhijrah ini arahan Allah... iktibar Rasulullah cari sahabat, boleh je hijrah seorang diri tp Rasulullah nak ajar kita cari sahabat yg baik...jgn hidup sorang2...mesti berjemaah
Malamnya Rasulullah bangun drpd tidur, Rasulullah tidur awal bgn awal, bersiap utk keluar, meminta Sayyiduna Ali utk tidur di katil Rasulullah supaya musyrikin lihat Rasulullah berada di rumah, bila keluar didapati di hadapan rumah penuh dgn musyrikin nak bunuh Rasulullah, lalu Rasulullah baca wa jaalna min baini aidihim dilempar pasir ke kepala mereka lalu Allah menutup pandangan mereka lalu Rasulullah terus ke rumah Sayyiduna Abu Bakar dan naik ke Jabal Thur (spt bonggol lembu besar) di selatan mekah dalam keadaan gelap jam 2 pg, bila Rasulullah nk masuk, Sayyiduna Abu Bakar tahan biar sy periksa dulu risau ada bahaya, lihat pengorbanannya, Sayyiduna Abu Bakar duduk keletihan dan Rasulullah datang meletakkan kepalanya yg mulia ke riba Sayyiduna Abu Bakar lalu tertidur, lalu terbangun ketana menitis air ke muka Rasulullah, kenapa? Kakiku disengat ular, kaki tak bergerak tp kerana menahan kesakitan menitis air mata yg mampu ditahan,
Rasulullah bersama dlm gua selama 3hari 3mlm. Asma abu bkr bw makanan, Abdullah abu bakar bw khabar dr mekah
Amir bin fuhaira jaga kambing di kaki bukit, inilah strategi, bkn terus berhijrah, kenapa? Akn terus ditangkap, mlm Isnin baru keluar, tiada yg mahir jln kecuali seorang bkn islam, maka diupah
Abdullah bin Uraiqit...dlm perjalanan lihat debu...ada yg mengejar nama Suroqoh bin malik...kaki kuda terbenam wp dia xpernah jatuh, maka dia kata ini bukan manusia biasa terus beriman kpd Rasulullah, teruskan jln sampai Quba' hari isnin setelah perjalanan 8 hari 8 mlm melalui jln pantai, sampai Quba' bekalan habis lihat kambing jumpa tuan minta minum, tuan kata tiada sbb musim kemarau, lalu Rasulullah perah keluar susu, mukjizat Rasulullah, kambing itu hidup pjg umur sehingga zaman khalifah umar, di Quba' dibina masjid pertama, bila pg jumaat Rasulullah masuk ke Madinah, bila waktu jumaat berhenti solat jumaat, slps tu disambut oleh masyarakat berebut nk tarik unta qoswa, Rasulullah bersabda biarkan krn dia diarahkan... berhenti di hadapan rumah Sayyiduna Abu Ayyub Al Ansari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan