Al-Imam Ibn 'Arabi rahimahullah telah bertemu (secara mimpi atau yaqazhah) dengan Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Beliau bertanya berkenaan Hadith :
"sesiapa yang mengenal dirinya maka sesungguhnya dia mengenal Tuhannya"
adakah Baginda yang sebut sebegitu atau tidak pernah sebut. lalu Baginda menjawab : ye saya yang berkata sedemikian.
kisah ini diceritakan kepada kami oleh Dr Yusri Rushdi Jabr Al-Hasani hafizhahullah ketika di Mesir. bahkan Syaikh menyatakan banyak Hadih yg dihukumkan palsu oleh Ulama' Syariat (Ahli Hadith) atas disiplin ilmu mereka tetapi telah disahkan oleh Imam Ibnu Arabi melalui jalan kerohanian.
bahkan Syaikh Yusri menyatakan Al-Imam As-Suyuti juga sebegitu. ada banyak Hadith yang diragui oleh Ulama' Zahir kemudian Beliau akan bertanya kepada Baginda Nabi dan Baginda mengesahkan status Hadith tersebut.
[ memang susah kita berbicara dengan saudara mara kita yang berfahaman "di sebelah sana" kerana mereka sukar menerima hakikat ini. terlalu berpegang kepada logik dan literal boleh menjadi hijab untuk kita memandang sesuatu dengan lebih luas. ilmu bukan hanya di kitab zahir. tetapi ada di kitab batin. itulah Wirathah (pewarisan) Muhammadiyyah. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan