Apabila basirah/mata hati seorang sudah terbuka ...
Maka ia akan menyibukkan dirinya dengan ketaatan secara zahirnya
Dan hatinya dengan mahabbah akan Allah SWT dan Rasulullah SAW
Maksud toriqah dan jalan ahlillah ialah berdiri di hadapan Allah SWT, Nabi SAW dan syeikhnya ..
Yaitu berdiri dgn billah (بالله )،bukan dengan diri kamu sendiri
-Dengan maksud bahawa amalan kamu bukan kerana kasyaf, martabat, kewalian dan lain2..
Tujuan dan matlamat kamu bermula dengan syeikh/toriqah kamu, kemudian baginda SAW dan seterusnya Allah SWT...
Jangan kamu merasa kamu mampu sampai kpd Allah SWT tanpa perantaraan Nabi SAW dan syeikh kamu ...
Wallaua'lam
tidaklah seseorang itu dapat masuk kpd Allah swt melainkan melalui perantaraan/wasitah (Nabi SAW /Wali2)
لابد من الشيخ الكامل ليخرج النفوس من تعبها الى راحتها بشهود ربها فالشيخ الكامل هو الذى يريحك من التعب لا الذى يدلك على التعب . فمن دلك على العمل فقد أتعبك , ومن دلك على الدنيا فقد غشك وخانك ومن دلك على الله فقد نصحك
-tidak dapat tidak bagi guru murabbi itu, hendaklah ia mampu utk mengeluarkan nafsu manusia daripada keperitan mujahadah kepada ketenangan...,ketenangan yg membawa syuhud kpd Allah dengan sebenarr
sesungguhnya murabbi yg sebenar ialah guru yang memberi ketenangan,bukanlah yang memenatkan kamu dengan mujahadah yang memenatkan
sesungguhnya orang yang mengajak/memimpin kamu kepada mujahadah dengan amalan
sesungguhnya ia memenatkan kamu
dan barangsiapa yang mengajak kamu kpd kesedapan dunia
sesungguhnya ia cuba memperdaya dan mengkhianati kamu
dan barangsiapa yg mengajak kamu kpd Allah
sesungguhnya ia betul2 menasihati akan kamu
~kalam ahlillah
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan