Sabtu, 3 April 2021

FUTUH: RAHSIA KEWALIAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

FUTUH @ PEMBUKAAN itu adalah sebahagian daripada rahsia-rahsia kewalian. Telah menerangkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Assyarif Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa;

Pembukaan itu adalah amanat ilahi. Pembukaan itu adalah rahsia Allahﷻ berkenaan perkara yang tidak boleh dikenali. Kenal akan sesuatu daripada hadrah Allahﷻ yang asalnya (perkara tersebut) tidak boleh dikenali (hanyalah diizinkan untuk sebahagian orang yang terpilih sahaja untuk mengenalinya). Tidak boleh dikenali sebab diri tidak layak, tidak suci untuk menerima anugerah pembukaan itu kerana kemampuannya, jiwanya, tidak larat untuk menerima pembukaan itu. Syarat bagi menerima anugerah itu besar yakni mesti menjaga rahsia anugerah pembukaan itu sendiri. Sekiranya tidak, diri akan dicampak keluar daripada hadrah Allahﷻ.

Sayugia dalam memelihara dan memperkemaskan niat untuk memasuki pintu ilahi, Murobbina Hafizahullahu Ta'ala telah menegaskan; 

"Niat yang suci terus akan mendapat jalan yang suci, niat yang bersih terus akan mendapat jalan yang bersih"

Tegas beliau lagi;

"Maka memelihara adab tujuan dalam jalan-jalan ilahi adalah sangat penting, agar diri dapat memelihara sifat kehambaan yang sejati. Amalan dan ibadah akan menjadi hijab diri dengan Allahﷻ seandainya diri mempunyai lain-lain niat dan tujuan selain Allahﷻ, dan juga akan menjadi fitnah pada ahlinya yang inginkan kekayaan, inginkan karamah, inginkan maqam, inginkan pembukaan/futuh, ingin berjumpa dan bersahabat dengan jin, inginkan alam-alam rohani, dan sebagainya. Inilah perkara yang merosakan keikhlasan dalam amal ibadah".

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina, dan menempatkan Murobbina Hafizahullahu Ta'ala disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra. Aamiinnn...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan