#Pegangan Akidah ahli sunnah wal jamaah
#kisah syeikh Qadir Jailani bertemu dengan Baginda SAW
#penolakan kpd kumpulan yg menafikan yaqazhoh dengan Rasulullah SAW..
#Wali2 dan ulama2 yg mengarang kitab2 yaqazhoh bertemu dengan Baginda SAW
#Wali2 yg bertemu dengan Rasulullah SAW secara jaga
Di sini ada beberapa jawapan kepada persoalan yang timbul daripada ahli ahli ilmu ketika syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany berada di bumi Malaysia,..
Soalan mereka berkisar tentang :
haruskah bagi seseorang hamba Allah dapat bertemu dengan Baginda SAW ????
padahal Baginda SAW telah terhijab di alam Zahir?
Jawapan syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany melalui perbahasan ringkas yang di beri nama:
" هَدِيَّةُ الإخوانِ فيمَنْ تَلاقَى مع سيِّدِ وَلَدِ عَدنان بِطريقِ اليقظةِ والعيانِ "
Ertinya:
“Hadiah kepada saudaraku ,bagi sesiapa yang dapat bertemu dengan Baginda SAW secara jaga dan melalui pandangan mata…”
Kawan-kawan telah meminta hamba(syarif alhadi) agar dapat menyebut beberapa nama besar daripada kalangan ulama’ yang mengatakan harus melihat Nabi SAW secara jaga..
Dan juga menyatakan beberapa kisah benar mengenai pertemuan wali wali Allah yang dapat bertemu dengan Baginda SAW …
فأقولُ وبالله التَّوفيقُ وهو الهادي بِمَنِّهِ إلى سواء الطَّريقِ
-Adapun ulama’ ulama’ ummah yang mengatakan harus bertemu dengan Baginda SAW secara jaga ,terlalu ramai sehingga tidak terhitung ramainya mereka..
-Masalah ini,adalah suatu perkara yang amat besar,dan menjadi salah satu asas penting dalam iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah..
-Orang yang menentangnya,hampir pasti dilabel sebagai orang fasik,kerana telah keluar daripada perkataan ahli ahli hak (sebenar) dan ijmak mereka…
-masalah melihat Baginda SAW termasuk daripada salah suatu karamah (perkara yang mencarikkan Adat) para wali wali Allah
-Dalam masalah ini , ulama’ ahli sunnah (akidah;Asya’ri dan AlMaaturidi) telah menetapkan bahawa :
# harus melihat Baginda secara jaga,adalah perkara yang di haruskan pada syara’ #
Maka Ahli Sunnah telah menetapkan dengan kaedah :
" كل ما جاز أن يكون معجزة لنبي جاز أن يكون كرامة للولى"
Suatu perkara yang harus berlaku kepada Nabi2 atas jalan mukjizat, maka harus juga berlaku kepada Wali wali,tetapi atas jalan karamah.,
-maka dinamakan karamah tersebut bagi seorang wali,dengan syarat wali tersebut tidak mendakwa dirinya sebagai nabi….
-apabila didapati ada orang yang mengingkari akan karamah para wali,maka tidak ada sebarang erti untuk diadakan perbincangan dengannya…..
-Kerana perkara tersebut adalah suatu perkara yang harus pada akal, dan telah disabitkan dalam nas dalil daripada Alquran, sunnah,ijmak ulama’ dan juga telah masyhur dalam kitab kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah….
-orang orang yang mengingkari harusnya melihat Baginda SAW , sesungguhnya mereka ini telah menyalahi akan suatu perkara yang masyhur, yang telah diijmak oleh ulama’ ..
-juga mereka ini menyalahi sesuatu perkara yang telah masyhur disisi mana mana mazhab dan juga disisi orang ramai….
hadis Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Abi Hurairah RA dalam kitab lmam Bukhari sudah cukup jelas untuk dijadikan dalil kepada ahli ahli ingkar…
hadisnya seperti berikut….:
" مَنْ رَآنِى فِي المَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي اليَقَظَةِ وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي"
Ertinya ;
“barangsiapa yang telah melihatku dalam mimpinya, sesungguhnya dia pasti akan dapat melihatku dalam jaga,kerana sesungguhnya syaitan itu , tidak mungkin dapat menyerupaiku…”
-Di sini kami akan paparkan nama nama besar ulama’ ummah yang mengatakan harus melihat Baginda SAW dalam keadaan jaga..
Antaranya..:
1-Imam Al Hafiz Baihaqi ,beliau menyebut didalam bab iktikad ketika menghuraikan masalah Isra’ Mikraj,dan beliau juga mengarang satu juzuk tentang kehidupan para nabi setelah kewafatan mereka…
2-Hujjatul Islam Imam Abu Hamid AlGhazali(imam Ghazali ), beliau mengarang di kebanyakan kitab kitab beliau,antaranya :Kitab Ihya ulumuddin,
3-Syeikhul Wali Al-A’fif Al Yaafie RA ,beliau menyebut dalam kitab beliau: Raudhur Riyyahin
4-Qutub Al-Kaamil Sayidi Abdul Qadir Jailani , pengarang kitab AlGhunniyah dan AlFaidhur-Rabbani
3-Syeikhul Akbar Mahyuddin Ibnu A’rabi (masyhur dengan Ibnu A’rabi),beliau adalah pengarang kitab “Futuhat Makkiyah”,“Fususul Hikam”dan beberapa kitab yang hebat..
4-Syeikh Imam AlQurtubi ,beliau menyebut dalam kitab “Tazkirah “
5-Imam Mujtahid Fakhrur Razi , pengarang kitab tafsir “Al’Azim”
6-Sayidi Abdul Karim Al-Jiili,pengarang “Al-Insanul Kamil” dan AlKahf War Roqim
7-Imam Hafiz Al-Qustullani,pengarang kitab Al-Mawahib Alladunniyah Bil Minahil Muhammadiah…
8-Qutubul Kamil Sayidi Abu Hasan Asy Syazili.
9-Khalifah besar Abu Hasan Asy-Syazili , Sayidi Abi Abbas Al-Mursi
10-Syeikhul Kamil Sayidi Ibnu A’toillah As-Sakandari,beliau adalah salah seorang murid Sayidi Abi Abbas Al-Mursi,dan beliaulah yang menyampaikan zauq –zauq ahli hakikat dalam kitab “ Hikam” beliau..
11-pejuang Mazhab Syafie : Al-Hafiz Al-Hujjah Ibnu Hajar Al-Haitami
12-Ibnu Abi Jamrah,
beliau di beri pangkat “Ketua” dalam mazhab Maliki dan beliau juga telah menyebut masalah:
"harus melihat Nabi SAW dalam kitab Bahjatun-Nufus ketika beliau mensyarahkan Hadis Bukhari dan Muslim..
13-Imam Al-Allamah AlMujtahid Abu Bakar Ibnu A’rabi AlMaliki,pengarang kitab “Tuhfatul-Ahwazi
14-Allamah Ibnu Al-Hajj,mujtahid mazhab Maliki, pengarang Kitab “Madkhol”
15-Imam Al-kamil Qodhi A’yad AlMaliki AlMaghribi,pengarang kitab “Assyifa’ Fi Ta’rifil-Mustafa”,kebanyakan ulama’ besar mengatakan kitab beliau adalah kitab yang sempurna dari setiap sudut
16-Syeikh Ahmad Az-Zaarruq,pengarang Kitab tasauf “Qawaid-Zarruqiyah”
17-pejuang mazshab Syafie,Al-Imam Subki
18-Imam Manawi
19-Imamul-Hujjah ,Wali Kamil U’jubah Uwaih
20-Mujaddid Imam Suyuti,pengarang kitab Addurul-Mansur,dan kitab kitab yang lain ,dan bilangan kitab beliau sekitar 600 buah kitab,dan beliau juga mengarang kitab “Tanwirul Huluk Fi Jawazir Ru’yatun Nabi Wal-Malak”
kitab tersebut membicarakan secara khususi masalah : “harus Melihat Baginda dalam keadaan jaga”
-beliau juga telah mengatakan kehidupan para Nabi nabi dalam muqaddimah kitab “Inbau’l- Azkiya’ ” …
" حياةُ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم في قبرِهِ هُوَ وسائرُ الأنبياءِ عليهم الصّلاة والسّلام مَعْلُومَةٌ عِندنَا عِلْمًا قَطْعِيًّا لِمَا قامَ عِندنا مِنَ الأدِلَّةِ على ذلك وتَوَاتَرَتْ بِه الأخْبَارُ "
Ertinya:
"kehidupan Nabi Muhammad dan sekelian Nabi Nabi ketika berada di dalam kubur,sudah maklum di sisi kami,dan telah diputuskan bahawa kehidupan Nabi nabi di dalam kubur"
-berdasarkan kepada dalil dalil dan hadis Nabi Kita…
beliau juga telah menyebut dalam kitabnya:
" الإعْلاَمُ بِحُكْمِ عِيسَى عليه السَّلام "
nas kitab beliau seperti berikut :
"إذَا نَزَلَ ( يَعْنِى عيسى عليه السّلام ) يَجْتَمِعُ بِالنَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلّم "
Ertinya:
"Apabila turun Nabi Isa ,beliau akan berhimpun bersama Baginda SAW
21-Imam Abdul Wahab Sya’rani ,
-dan nasab keturunan beliau sampai kepada Maulana Muhammad Bin Ali bin Abi Tolib,beliau adalah pengarang kitab “Al-Bahrul-Maurud dan” “Lawaqihul-Qudsiah”.
-Dan beliau mengarang kitab hampir 300 buah,dan beliau juga telah menyebut dalam kitab beliau,yaitu kitab “Tanbihul Aghbiya’ A’la Nukhtah Min Bahril ilmil- Auliya”…(1)
Dan setiap yang di sebutkan dalam kitab tersebut amatlah sedikit jika dibandingkan dengan rahsia yang ada pada martabat Auliya yang sebenar ..,
yaitu terdapat 71 ribu ilmu,dan setiap satu ilmu daripadanya ,tidak mungkin dapat dicapai akannya melainkan sedikit jua…
-beliau telah menyebut masalah yang berkait dengan martabat seseorang yang dapat melihat Nabi Muhammad SAW secara jaga..,
dan nas perkataannya :
" هُوَ مَقامٌ عزيزٌ لا يَنَالُهُ كُلُّ أحدٍ بَلْ دُونَهُ مِائتَا ألفِ حجَابٍ وسبعةٌ وأربعونَ ألفَ مقامٍ وسبعمائةٌ وتِسعونَ مقامًا وأُمَّهَاتُهَا مائةُ ألفِ مقام وخَاصَّتُهَا ألفُ مقامٍ فَمَنْ لمْ يَقْطَعْ هذهِ المقاماتِ كلّهَا لا يَصِحُّ لهُ الأخْذُ عنهُ صلّى الله عليه وسلّم يقظةً "
Ertinya:
-melihat Baginda ,adalah satu maqam yang tinggi,dan tidak boleh seseorang itu mencapai tahap tersebut…,bahkan orang orang terdahulu,mestilah mereka ini :
1-melepasi 200000 halangan,
2-mereka perlu berpindah dari satu maqam hingga 47000 maqam,atau hingga 790 maqam..
-nisbah pada perempuan,perlu berpindah dari satu maqam hingga 100000 maqam..
-nisbah kepada orang tertentu dan terpilih,perlu berpindah dari satu hingga ke 1000 maqam…
-barangsiapa yang tidak melepasi maqam maqam ini,maka pada ketika itu,ia belum sah dan layak untuk menerima sesuatu daripada Baginda secara jaga….
-adalah Imam Sya’rani RA telah berbangga dengan diri beliau,kerana beliau adalah satu satunya orang yang mempunyai sanad yang paling dekat dengan Baginda SAW (pada masa hayatnya),
-kerana beliau telah mengambil daripada gurunya,yaitu Sayidi Ali Khawwas Khawwas RA ,dan gurunya itu mengambil daripada Baginda SAW secara jaga (secara langsung)dengan tiada perantaraan oleh sesiapa…
21-Sayidi Mustafa AlBakri RA ,pensyarah Nuktah Bismillah,dan penerima pertama selawat yang masyhur (selawat fatih)
22-Qutub Alkamil Sayidi Abdul Aziz Ad-Dibaghi AlHasani ,pengarang kitab Ibriz
23-Sayidi Ahmad AlMubaarak Al-Faasi RA (murid Sayidi Abdul Aziz AdDibaghi)
24-Imam AlBaajuri RA
25-Syeikh Ismail Yusuf An Nabhani RA ,karangan beliau tersebar ke merata tempat,dan beliau telah menyebut masalah melihat BAGINDA SAW dalam kebanyakan kitab beliau,
-dan beliau menerangkan secara terperinci dalam kitab beliau yang masyhur ,yaitu kitab “Saa’datud Daarain Fi Solati A’lan- Nabi”..
-dan barangsiapa yang ingin mengetahui akannya,hendaklah ia lihat dalam kitab beliau tersebut..
26-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddis Sayidi Muhammad At-Tijani Al-Misri Alhusaini …,beliau adalah ulama’ semasa dan mutakhir,dan beliau menyebut pada kebanyakan kitab beliau dan majlis soal jawab beliau..
27-Al-Imam Al-Hafiz Sayidi Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi Al-BAKRI RA .,pengarang kitab Aujazul-Masalik ila Muwata’ Imam Malik,dan beliau juga mengarang secara khusus masalahmelihat Baginda..
28- Imam Al-A’zom Mujaddidul Falaki,beliau masyhur sebagai orang pertama yang mencipta dan mereka satu ilmu yang cukup tinggi..(2)
29-Sayidi Muhammad Musa Ruhani Al-Baazi ,beliau adalah Syeikhul Hadis di Darul Hadis Lahour Pakistan ,pengarang kitab Fathul -A’lim..dan kitab kitab yang lain yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat..
30-Imam Mujadid Qosim An-Nanutawi
31-Syeikh AlMuhakkik Asyraf Ali At-Tahanawi
32-Imam Muhammad Husain Al-Madani
33-Syeikh Al-Kankuhi ,dan seluruh pemimpin Toriqah Tisytiyah,dan toriqah Naqsyahbandiyah(mujaddidi/Khalidi)dan jika ada sesiapa yang merasa syak kenyataan tersebut,sila lihat tulisan Imam Rabbani Ahmad Al-Faruqi As-Sarahindi ,dan tulisan qutub Alkamil Zil-Janahain,syeikh Khalid Baghdadi …
34-Syeikhul-Mahbub Sayidi Abu Hasan An-Nadwi Al-Hasani ..dan
35- kebanyakan ulama’-ulama’ besar daripada jamaah tabligh.
Maka jangan diambil kira perkataan setengah daripada jamaah yang telah terpengaruh dengan golongan Wahabi…
Ulasan syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany :
Sesunguhnya aku telah mendengar dari seseorang yang dipercayai akannya,yaitu saudara seagama yang sangat baik, beliau adalah salah seorang yang berkhidmat dengan jemaah tabligh di swissra,namanya Sayyid Abdul Wahab Bin Nasir dari Tunisia..
Katanya:
Aku telah bertanya As-Syeikh Alwali ,yaitu seorang lmam sufi Al-muhaddis,Sayidi Muhammad In’am AlHasan Al-Kandahlawi Al-Bakri
(masyhur dengan panggilan Syeikh Hadraji)
Beliau bertanya:
Ya Sayyidi..!!,
terlalu banyak pendapat dalam masalah Melihat Baginda Nabi Muhammad SAW dalam keadaan jaga..,apakah pendapat kamu dalam masalah ini???
Lalu Syeikh Hadraji Menjawab.:
“ya..!!!
masalah tersebut adalah benar,dan aku salah seorang daripada orang yang dapat melihat Baginda Nabi SAW ….."
36-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki ,dan beliau menyebutnya pada kebanyakkan karangan dan soal jawab beliau…
38- Habib Umar Bin Salim Al-Hadrami AlHusaini , dan beliau juga menyebutnya pada kebanyakkan karangan dan soal jawab beliau..
adapun peristiwa dapat melihat Baginda SAW yang berlaku ,ia adalah peristiwa yang berlaku kepada wali wali Qutub yang hebat..
dan mereka ini mempunyai pangkat dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.
-Berkata Al-Allamah Sayidi Ali Harazim attijany,dan katanya dalam kitab Jawahirul Maa’ni,seperti mana yang di dinaqalkan daripada Syeikh Ahmad Tijani RA ,ketika Syeikh Ahmad Tijani RA di tanya beberapa perkataan yang di ungkapkan oleh Abdullah AlMursi ..
-Antaranya:
" مُنْذُ أرْبعينَ سنةً مَا حُجِبْتُ فِيهَا عَنِ رسول الله طَرْفَةَ عَيْنٍ وَلَوْ حُجِبَ عَنِّي رسولُ الله صلّى الله عليه وسلّم طَرْفَةَ عَيْنٍ مَا عَدَدْتُ نَفْسِي مِنَ المُسْلِمِين "
Ertinya :
Sejak 40 tahun lalu,aku tidak pernah sekalipun terhijab daripada melihat Baginda SAW walau sekelip mataku ,dan jikalau terhijab daripadaku Baginda SAW walau sekelip mata,nescaya aku tidak mengira diriku ini sebagai seorang muslim..
Lalu Syeikh Tijani RA mengulas perkataan Syeikh Abdullah Al-Mursi RA tadi. Kata beliau:
" إنّ هذِهِ الخُصُوصِيَّة ليْسَتْ للمُرْسِيِّ وَحْدَهُ وإنَّمَا هِيَ لِقُطْبِ الأقطابِ ( الغَوْثُ ) فِي كُلِّ وقتٍ مُنذ جُلُوسِهِ علَى كُرْسِيِّ القُطْبَانِيَّةِ لا تَقَعُ بينه وبين رسولِ الله صلّى الله عليه وسلّم حِجَابِيَّةٌ أَصْلًا وحَيْثُمَا جَالَ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم مِنْ حضرةِ الشَّهادَةِ إلاَّ وعَيْنُ القُطب مُتَمَكِّنَةٌ مِنَ النَّظَرِ إليهِ لاَ يُحْجَبُ عنهُ فِي كلِّ لحظةٍ مِنَ اللّحظاتِ
Ertinya :
sesungguhnya keistimewaan yang di perolehi oleh Sayidi Abdullah Al-Mursi .,
bukanlah hanya dikhususkan untuk beliau seorang, bahkan keistimewaan itu untuk sekelian wali wali Qutub yang lain juga(qutub Al-Ghaus)…,-dan pada setiap detik dan waktu,sesiapa yang menduduki maqam Wali Qutub, tidak mungkin sama sekali akan terhijab antara beliau dengan Baginda SAW …!!!!!
-Berkata Imam Sya’rani dalam kitab “Lawaqihul Anwar Al-Qudsiah” pada masalah U’hud-AlMuhammadiah(perjanjian Muhammadiah),katanya:
" فَإنْ أكْثَرْتَ مِنَ الصَّلاة والتّسليم عليه صلّى الله عليه وسلّم فَلَرُبَّمَا تَصِلُ إلى مقامِ مُشَاهَدَتِهِ صلّى الله عليه وسلّم وهْيَ طريقةُ الشّيخ نورالدّين الشُّونِي والشّيخ أحمد الزَّوَاوِيُّ والشّيخ محمّد بن داَوُد المَنْزَلاَوِيُّ وجماعةٍ مِنْ مشايخِ العصرِ فَلا يزالُ أحدُهُمْ يُصَلِّى على رسول الله صلّى الله عليه وسلّم ويَتَطَهَّرُ مِنْ كُلِّ الذُّنُوبِ حتَّى يَجْتَمِعَ بِه يقظةً في أيِّ وقْتٍ شاءَ ومَنْ لمْ يحصُلْ له هذا الإجتماعُ فهو إلى الآن لم يُكْثِرْ مِنَ الصّلاة على رسول الله صلّى الله عليه وسلّم الإكْثَارَ المَطْلُوبَ لِيَحْصُلَ له هذا المقام "
Ertinya:
Jikalau engkau memperbanyakkan Selawat atas Baginda SAW ,maka boleh jadi engkau akan mencapai ke tahap dapat musyahadah Baginda SAW ..
Itulah jalan yang digunakan oleh Syeikh Nuruddin Asyuuni , Syeikh Ahmad Zawawi ,Syeikh Muhammad bin Daud Al-Manzaalawi dan daripada beberapa jemaah mutakhir….
-sentiasalah mereka ini berselawat atas Baginda SAW ,dan menyucikan diri mereka daripada segala dosa,hinggalah mereka ini dapat bertemu dengan Baginda SAW dalam keadaan jaga dan pada bila bila masa beliau inginkan..,
"barangsiapa yang masih belum bertemu dengan Baginda SAW ,ia masih belum memperbanyakkan selawat atas Baginda SAW ) seperti mana yang dituntut atasnya…,supaya dapat mencapai tujuannya…
Pertemuan para wali-wali dengan Rasulullah
Pertemuan para wali-wali dengan Rasulullah dalam keadaan jaga dan nama nama wali wali besar yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW ….
berikutnya ,adalah diantara nama nama besar yang meriwayatkan bahawa mereka ini dapat bertemu dengan Baginda SAW secara jaga, serta mempunyai sanad yang A’li(tinggi) lagi sahih,dan juga melalui sanad yang bersambung dengan Wali wali Qutub,dan para pimpinan agama bagi ummah terbaik ini..
Antaranya:
1-Qutub Al-Maktum,Khotmul Auliya Sayidi Ahmad Tijani ., kata beliau dalam kitab Jaawahirul-Maa’ni:
" قَدْ أخبَرنِي سيّدُ الوُجود صلّى الله عليه وسلّم بأنِّي أنَا القُطبُ المكْتُوم مِنْهُ إليَّ مُشَافَهَةً يَقَظَةً لاَ مَنَامًا "
Ertinya:
“Baginda telah memberitahu akan daku,bahawa daku inii adalah Qutub AlMaktum,dan pengkhabaran itu berlaku,melalui petemuan secara lansung, jaga dan bukan melalui mimpi..”
2- Qutub Al- Kamil Sayidi Abdul Qodir Jailani Al-Hasani ..
Dan telah berkata Syeikh Surraj Ibnu Mulaqqan dalam kitab “Tobaqatul-Auliya” : katanya dalam kitab tersebut : telah berkata Syeikh Qadir Jailani :
“aku telah melihat Rasullullah sebelum Zohor,lalu Rasulullah berkata kepadaku:
“Wahai anakku..!!,kenapa kamu tidak berbicara?”
Lantas aku menjawab :
“Wahai Ayahandaku..!!,aku hanyalah orang A’jam(1)dan bagaimanakah aku hendak bebicara dihadapan orang orang Baghdad yang fasih berbahasa arab..??
Maka Rasulullah berkata :
” bukalah mulut engkau..!!”
beliau terus membuka mulut beliau,maka Rasulullah meludah kedalam mulut beliau sebanyak 7 kali
dan Rasulullah berkata kepadanya:
“berbicaralah di hadapan Manusia..!!,dan ajaklah mereka ke arah jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah (kebijaksanaan); dan dengan teguran yang baik
Kemudian Beliau pun pergi solat zohor dan beliau berkata :
“dan aku pun duduk setelah selesai solat zohor,kemudian hadirlah dihadapanku orang ramai,dan …perasaan gemuruh melanda atas diriku,dan aku telah melihat Sayidina Ali sedang berdiri sambil memegang selendangku di dalam majlis tersebut..
dan beliau katakan kepadaku :
“Wahai anakku..!!,kenapa kamu tidak berbicara?”
Lalu beliau menjawab:
“Wahai ayahandaku..!! aku merasa gemuruh ..”
Lalu sayidina Ali mengatakan kepadaku:
“Bukalah mulut engkau..!! ”
Lalu beliau pun membuka mulut beliau ,dan Sayidina Ali pun meludah kedalam mulut beliau sebanyak 6 kali..
Lalu aku (Syeikh Abdul-Qadir Jailani )pun bertanya kepada Sayidina Ali ..
Mengapa engkau tidak cukupkannya sebanyak 7 kali (sepertimana yang di lakukan oleh Rasulullah )
Lalu Sayidina Ali menjawab:
“kerana aku beradab dengan Rasulullah ,kemudian beliau(Sayidina Ali ) membelakangi daku…..
Lalu aku berkata :
فقُلتُ غَوَامِضُ الِفكْرِ يَغُوصُ فِي بَحْرِ القَلبِ علَى دُرِّ المَعَارِفِ فَيَسْتَخْرِجُهَا إلى سَاحِلِ الصَّدْرِ فيُنَادِي عليه تُرْجُمَانُ اللِّسانِ فَيُشْتَرَى بِنَفَائِسِ أثْمَانِ حُسْنِ الطّاعةِ فِي بُيُوتِ أَذِنَ اللهُ أَنْ تُرْفَعَ "
Ertinya :
Fikrahku menjadi kabur ,lalu ia terus menyelam kedalam lubuk hati hinggalah sampai kepada permata-permata makrifat ,dan kemudian ia mengeluarkan permata-permata makrifah tersebut ke permukaan dadaku ,(maka pada ketika itu ) lidah terpanggil dalam menterjemahkan keadaan…
Itulah ketaatan yang sempurna ,ketaatan yang di nilai dengan harga yang sangat tinggi,ketaatan yang berada didalam singgahsana yang di beri izin(dibenarkan) seseorang itu berada di dalamnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan