Sekiranya kita perasan, tatkala Allah S.W.T menyuruh kita untuk berselawat dan salam ke atas Rasulullah ﷺ, kita pun menyebut :
اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya : Ya Allah, berikanlah selawat dan salam ke atas Muhammad.
Perhatikan, yang disuruh berselawat adalah kita, bukannya Allah. Tapi kenapa kita menyebut : Ya Allah, berikanlah selawat .. ?
Mengapa kita tidak berselawat dengan sebutan :
أُصَلِّي عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya : Aku berselawat ke atas Muhammad.
Persoalan ini dijawab oleh tokoh ulama bermazhab Hanafi iaitu Al-Imām Mustafā Al-Turkumāni, beliau menyebut :
لِأَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ طَاهِرٌ لَا عَيبَ فِيهِ ، وَنَحْنُ فِينَا الْمَعَائِبُ والنَّقَائِص ، فَكَيفَ يُثْنِي مَنْ فِيهِ مَعَائِب عَلَى طَاهِر ؟ فَنَسْأَلُ اللهَ تَعَالَى أَنْ يُصَلِّيَ عَلَيهِ لِتَكُونَ الصَّلَاة مِنْ رَبّ طَاهِر عَلَى نَبِيٍّ طَاهِر
Maksudnya : Ini kerana, baginda ﷺ itu seorang yang suci lagi tidak ada kecelaan pada peribadinya. Sedangkan pada diri kita ini terdapat banyak keaiban dan kekurangan. Maka bagaimanakah seseorang yang penuh dengan keaiban ingin memuji ke atas seorang yang suci bersih. Lalu kita pun meminta kepada Allah Ta’ala untuk berselawat ke atas baginda ﷺ supaya selawat itu datangnya daripada Tuhan yang Maha Suci ke atas Nabi yang suci.
Rujukan : Al-Qawl Al-Badī’, Al-Imām Al-Sakhāwi (1/156).
* Setelah saya membuat semakan lanjut, nama tokoh ulama bermazhab Hanafi tersebut adalah Mustafā bin Zakariyyā Al-Qaramāni seperti yang disebutkan oleh Al-Zirikli dalam kitab Al-A’lām.
#CPF Shiz Cassim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan