اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Telah berpesan Murobbina Al Allamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala dalam menjernihkan niat semata mata kerana Allah Ta'ala atas setiap perbuatan dan pekerjaan;
"Barangsiapa yang mengarahkan hatinya kepada Allah maka alam ini akan berkhidmat terhadapnya secara keseluruhan. Barangsiapa mengarahkan hatinya kepada selain Allah, Allah Ta'ala akan menyulitkan akannya dari kalangan makhluk-makhluknya.
Sekiranya kamu mencari selain daripada Allah Ta'ala, sesungguhnya kerana kurangnya rasa sifat malu kamu terhadapNya".
Semoga Allah Ta'ala melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, Sidi Ahsan Al Baqili ra., Sheikh Ahmad At Tijani ra. dan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan