Rabu, 13 Disember 2023

Keinginan diketahui manusia

اسْتِشْرَافُكَ أَنْ يَعْلَمَ الْخَلْقُ بِخُصُوصِيَّتِكَ دَلِيلٌ عَلَى عَدَمِ صِدْقِكَ فِى عُبُودِيَّتِكَ
"...Keinginanmu bahawa makhluk mengetahui kekhususan yg kau miliki(drp ilmu, amalan, maqam, asrar, futuhat) merupakan bukti diatas ketidakjujuran dlm ubudiahmu..."

...menjadi ujian bagi murid yg baru merasai kemanisan menjalani jalan tasauf bahawa mempunyai keinginan yg kuat agar segala apa dia perolehi dlm jalan ini diketahui oleh orang lain...

...dengan bahawa dia berasa(melalui ahwal kelakuannya) dia memiliki kelebihan & kedudukan disisi Allah & Rasul...

...maka perasaan begini sebenarnya telah menafikan tentang benarnya ubudiahnya kpd Allah...

...kerana sebenar² hamba ialah tidak akan terlintas dihatinya bahawa dia memiliki kelebihan, keutamaan atau darjat disisi tuannya...

...maka berhati² lah...

#ingatan_utk_diri_sendiri😟

Tiada ulasan:

Catat Ulasan