Ahad, 26 Mei 2024

BEZA ANTARA ALIM DAN ARIFBILLAH

Kitab Al-Hikam :-
🔸Beza antara Alim dan Arifbillah🔸

🔥 Alim tahu dan faham.
❤ Arif tahu, faham dan alami.

🔥 Orang Alim kelasnya Ulama.
❤ Orang Arif kelasnya Wali.

🔥 Orang-orang Alim berjumpa, buat muktamar, seminar-seminar Ulama' Nusantara,
❤ Orang-orang Arif berjumpa juga dalam mesyuarat Wali-wali di Alam Malakut, Alam Ardhu Zamzimah.
(Alam Ardhu Zamzimah ni ALLAH swt ciptakan dari lebihan tanah yang buat Tubuh badan Nabi Adam AS.)

🔥 Alim kalau terlampau Alim dipanggil 'Allamah'.
❤ Arif kalau terlampau Arif dipanggil Hujjahtul Muhaqqiqin.
🔥 Imam Ghazali terlampau 'Allamah' dipanggil Hujjatul Islam, itu sebelum belajar Tasauf dan Tareqat, bila Imam Ghazali dah belajar Tasauf dan Tareqat uzlah selama 11 tahun dipanggil terlampau Arif, Hujjatul Muhaqqiqin.

🔥 Alim ada ijazah, master, phd, mengaji macam-macam pondok, universiti dan ke negara Arab.
❤ Arif tak semestinya ada sijil atau Ijazah.

🔥 Orang Alim tahu apa itu gula.
❤ Orang Arif rasa itu gula.

🔥 Orang Alim makan gaji ada o.t ada elaun ada upah.
❤ Orang Arif makan Waridah dan Zauqiah.

🔥 Orang Alim mudah ada perasaan iri sama-sama Alim.
❤❤❤ Orang Arif sama-sama Arif sangat Cinta.

🔥 Orang Alim mudah nak tuduh orang-orang Ariff sesat.
❤ Orang Arif tak tuduh orang alim tapi sangat hormat.

🔥 Orang Alim ada alim-alim kucing.
😥😥 Orang Arif hina diri.

🔥 Orang Alim dapat Syurga Firdaus.
😥 Orang Arif dapat dua Syurga "Syurga Ajilah dan Syurga Aajillah".

🔥 Orang Alim guna akal.
❤ Orang Arif guna lubbun.

🔥 Orang Alim kenal Tuhan secara Samai'.
❤❤ Orang Arif kenal Tuhan secara Zauqi.

🔥 Orang Alim maqam syariat.
❤❤ Orang Arif maqam syariat, tarekat dan hakikat.

🔥 Orang Alim dapat hidayah umum.
❤ Orang Arif dapat hidayah khusus.

🔥 Orang Alim bersama kitab-kitab.
❤ Orang Arif bersama ALLAH swt.

🔥 Orang Alim rujuk kitab-kitab.
❤ Orang Arif rujuk ALLAH swt.

🔥 Orang Alim ulang alik Alam Mulki.
❤ Orang Arif ulang alik Alam Malakut, Jabarut, Lahut...

🔥 Orang Alim sentiasa Ibadah.
❤ Orang Arif sentiasa Musyahadah.

🔥 Orang Alim bergelumang Kasbi.
❤ Orang Arif bergelumang Wahbi .

🔥 Orang Alim bertaraf Dai'.
❤ Orang Arif bertaraf Ulul Albab.

🔥Orang Alim ialah Abid, ia ibarat air yg menyirami bumi, tetapi ia sendiri tidak mendapat dan tidak merasakan buah yang tumbuh di atas bumi itu.
❤Orang Arif yang mengenal akan Haq dan Wajah ALLAH swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan