Rabu, 29 Mei 2024

KEPENTINGAN JALAN BERSELAWAT KEATAS BAGINDA RASULULLAH SAW...

Setiap murid saalikin yang menuntut/melayani karamah,kasyaf,mimpi2 luar biasa, berjalan di atas air, impian menakluq jin, terapung di awangan, boleh menukarkan daun menjadi emas, memegang batu menjadi mutiara, bermain tongkat sakti,keris keramat, khasiat2 gambar rajah atau alat2 mengubat penyakit misteri dan segala perkara-perkara yang mencarik adat..maka ketahuilah kesemuanya itu adalah bukan dari jalan thuruq ahlillah dan jauh dari maksud kehambaan..

Oleh yang demikian.. maka agama mewajibkan akan setiap individu yang ingin memasuki hadrah Tuhannya benar-benar mendapatkan guru yang ahli lagi sempurna (Syeikhul Kaamil) agar mengenali setiap ujian dan tipu daya yang mencelakakan murid, supaya selamat dan sampai kepada tujuan sebenar bagi seseorang saalik iaitu menuntut keredhaan Allah SWT semata-mata bagi dunia dan akhiratnya.

#fathul aqli
#fathul kauni
#fathul Asghar
#fathul zulmani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan