Jalan menuju Allah ﷻ melalui jalan selawat terlebih mudah kerana selawat pasti diterima Allah ﷻ walaupun daripada orang yang fasiq..
Jalan melalui zikir biasa perlu kepada mujahadah dan keikhlasan sebagai syarat untuk diterima amalan tersebut.
Seorang hamba Allah ﷻ yang benar, mereka beribadah kepada Allah ﷻ dalam keadaan malu dengan amalan nya dan bukan merasa bangga dengan amalan nya apatah lagi lagi bergantung kepada amalannya.. harapan mereka hanya mengharapkan Allah ﷻ menerima mereka sebagai seorang hamba dan kerisauan mereka hanya takut tuan membuang nya.
Golongan yang beramal kerana tujuan untuk masuk syurga dan menjauhi neraka adalah golongan yang paling rendah martabat keikhlasan nya.. mereka bersungguh-sungguh dalam ibadah mereka untuk ganjaran tersebut..
وقليل من الآخرين
Adapun golongan beribadah kepada Allah ﷻ kerana menzahirkan kehambaan semata-mata dan ibadah mereka lebih banyak dari golongan yang pertama mereka lah yang termasuk di dalam hadis Sayyidatuna 'Aisyah r.a menegur Rasulullah yang solat sehingga bengkak kaki Baginda ﷺ sedangkan Allah ﷻ telah mengampuni dosa Baginda ﷺ yg terdahulu dan akan datang.
------------------------------------------------------
● ٱللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ ◯ وَٱلْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ ۩●
● سُبْحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ١٨٠
وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلْمُرۡسَلِینَ ١٨١
وَٱلْحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِینَ ١٨٢
Tiada ulasan:
Catat Ulasan