Isnin, 10 Jun 2024

HAJI ENAM HARI

Ibadah Haji ada 6 hari lagi.. Mohon Kirimkan enam pesanan ini kepada semua kenalan yang pergi Haji..

Jika rujuk Pada zaman Nabi, malam ni Nabi dah bermalam dekat dengan Mekah, untuk laksanakan kerja Haji yang pertama dan terakhir..

Kerja Haji boleh di laksanakan lima hari sahaja jika berniat Nafar awal, namun ikut Sunnah, kerja Haji dikerjakan selama enam hari bersama Nafar Akhir.

Ya benar, haji Rasulullah, ENAM HARI SAHAJA

Sesungguhnya, Allah sempurnakan langit dan bumi dalam enam masa.. dan kita Ummat Islam pada rukun terakhir ini akan dapat sempurnakan agama dalam diri juga dalam enam hari, atau lebih mengikut kemampuan dan peluang masing masing..

Bermula sembilan Zulhijah, dan berakhir pada 14hb Zulhijah…

Alkisahnya, semua tahu Rukun Haji ada enam, maka saya ada enam pesanan untuk Hajji-hajji dan Hajjah-Hajjah Sekalian.

Pada tanggal 8hb Zulhijah, semua Jemaah akan niat Haji dalam bas atau hotel.. dan apabial bercerita tentang niat, marilah berniatlah untuk jaga tiang agama.. iaitu solat berjemaah ditempat azan di azakan..

Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Pada Tanggal, 9hb Zulhijah, Wukuf di Arafah..

Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah, bahawa korang akan tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan doanya, iaitu di Arafah pada hari Arafah, di sana, Taubat manusia pertama Nabi Adam alahi salam di terima, maka di Arafah, berdoalah apa sahaja dan bertaubatlah dengan bertalu-talu, dan jika teringat, sertailah nama hamba dalam Taubatmu.. 

Sesungguhnya Taubat itu penting, dan lebih penting lagi di padang Arafah.

Pada tanggal 10 Zulhijah, Bermalam di Mudzalifah

Disini semua Jemaah akan duduk dipadang luas tiada bumbung, seolah berada di padang mahsyar, jika mampu kutiplah 70 anak batu sebagai saksi kehadiran menyerah diri kepada Allah, dan teruskan berdoa..

Sesungguhnya Berdoa itu penting, maka teruskan berdoa di Padang Mudzalifah walau letih Arafah belum reda..

Di pagi hari raya Haji, 10 Zulhijah.

Bawalah tujuh anak batu, dan melontarlah di Jamratul Aqabah, buangkan segala penyakit hati dalam diri.

Buanglah penyakit Syirik! penyakit lalai dalam solat, sombong, lagha, sangka buruk, riak dan tidak bersyukur!

Sesungguhnya mensucikan hati itu penting, dan lebih penting lagi di musim Haji.

Dari Mina pergi, Tawaf..

Mengelilingi Kaabah yang di bina oleh bapa pengorbanan Nabi Ibrahim Alahisalam yang sanggup korbankan segala galanya kerana Allah.

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah serta ruang tawaf, atau Arafah, Mudzalifah, Mina, dan Jamratul Aqabah, berkorban dan bermujahadahlah

Sesungguhnya berkorban dan bermujahadah itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dari Tawaf pergi Sae..

Contohilah Siti Hajar yang bila ada masalah terus berusaha dan bertawakal tanpa jemu, terus berlari panjat bukit Safar dan Marwah, bukan sekali?, tapi tujuh kali!, untuk hilangkan masalah dahaga, lalu Allah bagi air Zam Zam, yang dapat selesai semua masalah dahaga sampai zaman sekarang! 

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah serta ruang Sae, atau Arafah, Mudzalifah, Mina, dan Jamratul Aqabah, berusahalah!

Sesungguhnya, tidak berputus asa dan sentiasa berusaha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.
Kelima, bercukur..

Cukur itu simbolik potong rambut berlepas larangan Ihram, nun Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita tentang potong kepala, kisah "sembelih manusia".. dan lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian di sembelih.. hingga sanggup merejam syaitan demi redha kepada perintah Allah..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah, Arafah, Mudzalifah dan Mina, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu..., 

Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia, 
Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dari Ibadah Sae, Kembali ke Mina..

Kemudian di Mina, menyambung 'sucikan hati' di tiga Jamratul., melontar 21 anak batu selama tiga hari di tiga Jamrah, lakukan semua dengan Tertib..

Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji dengan tertib dan bersama tertib itu ada akhlak terpuji, Maka di mana sahaja penjuru Mekkah, Arafah, Mudzalifah, Mina, dan Jamratul Aqabah, Berakhlaklah, 

Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Itulah pesanan penting kepada semua Jemaah Haji sekalian, yang mana jika teringat, doalah agar Haji saya dan semua orang di terima Allah..

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang jaga solat berjemaah lima waktu di Mekah, bertaubat macam Nabi Adam, berkorban macam Nabi Ibrahim, berusaha macam Siti Hajar, Redha macam Nabi Ismail dan berakhlak mulia macan Nabi Muhammad Salallahualaiwaslaam

Ya Allah, pilihlah kami termasuk orang yang menyempurnakan Rukun Haji dan Wajib Haji, terimalah Haji kami, dan terimalah Haji semua orang yang datang ke sini dan masukkan kami semua ke syurga tanpa tertinggal seorang pun!

Amin…

(kredit: E-buku, Haji seronok (Tamattuk))
Link Haji seronok : Kisah haji seronk
https://forms.gle/PoekQyjMFeebJaFg7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan