Selasa, 29 Oktober 2024

Zikrullah yang paling besar faedahnya

Berkata Sheikhuna wa Qudwatuna Sayyidi Ahmad AtTijani ra

"..Zikrullah yg paling besar faedahnya serta yg paling besar manfaat & balasannya ialah selawat kpd Rasulullah yg disertai hudhur hati (perasaan bersama)..

..maka sesungguhnya (selawat spt ini) mencukupkan segala keperluan² dunia & juga akhirat secara dorongan & maupun secara tarikan bagi tiap² sesuatu..

..dan jika memperbanyak mengamalkan(selawat serta hudhur hati) adalah dia tanda tergolong dari kalangan Pembesar² Asfia' (golongan sufi).."

Isnin, 28 Oktober 2024

7 (TUJUH) KEUTAMAAN MEMBACA BASMALAH DI SAMBUNG DENGAN AL-FATIHAH

(Murajaah 29.10.22)

اَعُوْذُ بِاللّٰهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Disebutkan dalam Kitab Futuhatul Makiyyah dan Kitab Kasyful Hijab, Bahwa Rasulullah ﷺ pernah bersabda dalam Hadis Qudsi : 

وأخرج إبنُ العَرَبِيّ في فُتُوْحَاتِه الْمَكِيَّةِ بِسَنَدِه عن أَبِي بَكرٍ الصدّيق رضي الله عنه مَرفُوعًا، قال النبيُّ صلی الله عليه وسلّم ، قال اللّٰهُ تعالى : يَا إسْرَافِيلُ، وَ عِزَّتِي وَ جَلَالِي وَ جُوْدِي وَ كَرَمِي، مَنْ قَرَأَ بسم الله الرحمن الرحيم مُتَّصَلَةً بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَاحِدَةً ، فَاشْهَدُوْا عَلَيَّ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، وَ قَبِلْتُ مِنْهُ الْحَسَنَاتِ وَتَجَاوَزْتُ لَهُ عَنِ السَّيِّئَاتِ، وَلَا أَحْرَقُ لِسَانَهُ بِالنَّارِ، وَ أُجِيْرُهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّارِ وَ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيَلْقَانِي قَبْلَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَهُوَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ. 

Nabi ﷺ bersabda, Allah ﷻ berfirman : "Demi Kemuliaan-Ku dan Demi Keagongan-Ku dan Demi Kedermawanan-Ku dan Demi Kemurahan-Ku.. Wahai Israfil, barang siapa yang membaca 'Bismillaahir rohmaanir rohiim' dengan disambung dengan bacaan surah Al-Fatihah dibaca sekali (di dalam solat atau di luar solat), maka saksikanlah (Wahai malaikat-malaikat-Ku), Sungguh AKU, 

1. Mengampuni dosa-dosanya
2. Menerima seluruh kebaikannya
3. Mema'afkan semua keburukannya
4. Tidak akan membakar lidahnya dengan api neraka
5. Menjaganya dari siksa kubur, siksa neraka, siksa Hari Kiamat dan kepanikan besar (pada Hari Kiamat saat nama-nama makhluq semuanya disebutkan),
6. Dan dia menjumpai-Ku sebelum para Nabi dan para Wali,
7. Dan dirinya termasuk orang-orang yang beriman”. 

AMALAN SAYYIDUL AULIYA', SAYYIDI ASY-SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD TIJANI RA. 

Kerana Hadis di atas yang sampai kepada beliau Sayyidi Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani RA, maka beliau menjadikannya sebagai Amaliyah beliau sepanjang umur. Beliau Sayyidil Auliya' Sayyidis Syekh Ahmad bin Muhammad At-Tijani ra, tidak pernah meninggalkannya sekalipun, baik dalam solat maupun lainnya, dan itu semua kerana besarnya fadhilat atau keutamaan yang ada didalamnya. 

Apabila diamalkan, walaupun hanya sekali saja, maka malaikat akan jadi saksi bahwa Allah ﷻ telah : 

1. Mengampuni dosa-dosanya
2. Menerima seluruh kebaikannya
3. Mema'afkan semua keburukannya
4. Lidahnya tidak akan terbakar api neraka
5. Terjaga dari siksa kubur, siksa neraka, siksa Hari Kiamat dan kepanikan besar (pada Hari Kiamat saat nama-nama makhluq semuanya disebutkan),
6. Dan dia menjumpai-Ku sebelum para Nabi dan para Wali,
7. Dan dirinya termasuk orang-orang yang beriman”. 

Beliau (Sayyidul Auliya') Istiqomah "menyambung bacaan Basmalah dengan Surah Al-Fatihah". 

Berikut pernyataan beliau Sayyidil Auliya' Sayyidis Syekh Ahmad bin Muhammad At-Tijani ra 

وقال سيّدُنا أحمد التجاني رضي الله عنه في سبب ِذلك ما نصّه : عُمْرِي مَا نَتْرُكُ الْبَسْمَلَةَ مُتَّصَلَةً بِالْفَاتِحَةِ لَا فِي الصلاةِ ولا في غَيْرِها للحَديثِ الوَارِدِ في فَضْلِهَا الْمُؤَكَّدِ بِالْيَمِيْنِ. ونَصُّ الحديثِ هو قَوْلُهُ ﷺ :
قال الله تعالى : يا إسرافيلُ، وَ عِزَّتِي وَ جَلَالِي وَ جُوْدِي وَ كَرَمِي، مَنْ قَرَأَ بسم الله الرحمن الرحيم مُتَّصَلَةً بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَاحِدَةً ، فَاشْهَدُوْا عَلَيَّ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، وَ قَبِلْتُ مِنْهُ الْحَسَنَاتِ وَتَجَاوَزْتُ لَهُ عَنِ السَّيِّئَاتِ، وَلَا أَحْرَقُ لِسَانَهُ بِالنَّارِ، وَ أُجِيْرُهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّارِ وَ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيَلْقَانِي قَبْلَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَهُوَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ. إنتهی 

كما في "كشف الحجاب" 

Sayyidi Ahmad At- Tijani ra berkata tentang masalah membaca Basmalah yang disambung dengan bacaan Surah Al-Fatihah : "Sepanjang umurku, aku tidak pernah meninggalkan membaca Basmalah dengan dengan bacaan Surat Al-Fatihah, baik didalam Solat atau yang lainnya, kerana ada Hadis yang datang yang menerangkan tentang keutamaannya, yang Hadis itu diawali dengan sumpah Allah ﷻ. Hadis itu adalah seperti yang di sebutkan di atas". 

Seperti yang telah disebutkan dalam Kitab "Kasyful Hijab". 

SEMOGA KITA SEMUA JUGA DI BERI PERTOLONGAN OLEH ALLAH ﷻ UNTUK BERUPAYA MENGAMALKANNYA SECARA ISTIQAMAH SAMPAI AKHIR HAYAT KITA. AAMIIN... 

يَا ﷲُ بِهَا يَاﷲُ بِهَا يَا ﷲُ بِحُسْنِ الْخَاتِمَۃِ... 

هَدَانَا اللّٰهُ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ. آمِيْنَ 

وﷲ اعلم بالصواب 

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍۨ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي اِلٰی صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلٰی آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ 

بِجَاهِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ صلّی اللّه عليه وسلّم وَبِجَاهِ شَيْخِنَا وَسَنَدِنَا دُنْيًا وَاُخْرًی سَيِّدِي اَبِي الْعَبَّاسِ احمد بن محمّد التِّجَانِي رضي اللّه عنه وعنّا به. آمين 

اَللّٰهُمَّ احْشُرْنَا فِي زُمْرَةِ اَبِي الْفَيْضِ التِّجَانِي وَاَمِدَّنَا بِمَدَدِ خَتْمِ الْاَوْلِيَاءِ الْكِتْمَانِي. آمِيْنَ

#CPF

Ahad, 27 Oktober 2024

SYAITAN DAN PERKARA NIAT PADA DIRI SESEORANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Bahawa saya pernah mendengar daripada Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, bagaimanakah cara Syaitan itu akan mendatangi, dan menyesatkan akan seseorang itu. 

Telah menerangkan akan beliau Hafizahullahu Ta'ala bahawa;

Syaitan itu adalah sentiasa disampingnya diri seseorang, dan tidaklah ianya leka daripada diri seseorang sehinggalah ia mendengar akan satu detikan niat yang buruk dan tidak baik, yang terbit dari hati seseorang itu, maka berpanggil-panggilanlah ia akan syaitan-syaitan yang lain untuk turut bersama membisikan racun kepada hati seseorang itu, bagaimanakah cara untuk memenuhi akan niatnya yang tidak baik itu, sehinggalah hati seseorang itu akan dipenuhi dengan racun cara dan perbuatan yang akan dilakukannya, sehingga niatnya yang buruk dan tidak baik itu boleh terlaksana.

Maka pada barang yang sedemikian itu, menurut beliau Hafizahullahu Ta'ala, peliharalah hati agar sentiasa pada niat yang baik dan ikhlas, sehinggakan para Aarifin yang ingin memasuki tandas, akan beserta dengannya 70 niat yang baik.

Dan adalah pada kesimpulan daripada keterangan beliau Hafizahullahu Ta'ala ini, hati yang padanya terselit niat-niat yang salah dan tidak baik, maka itulah hati tempat berkumpulnya syaitan untuk merosakkan manusia, dan melorongkan manusia kepada perbuatan-perbuatan yang buruk. 

Dan hati yang padanya sentiasa tersemat serta dipelihara dengan niat-niat yang baik beserta ikhlas, maka tidaklah syaitan itu akan mendatanginya, maka terselamatlah akan jiwa seseorang itu dari kerosakan. 

Sayugianya, beliau Hafizahullahu Ta'ala menerangkan bahawa, pada hati yang mempunyai niat yang baik, akan sentiasa dilorongkan bersamanya akan jalan yang baik. Dan tidaklah para Awliya Allah itu melakukan sesuatu, melainkan pada niat hatinya mendahulukan kebaikan untuk ummat.

Wallahu a'lam. Semoga Allah Jalla Jalaluh sentiasa melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya yang berkekalan keatas Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. Dan semoga kami semua sentiasa diterima untuk bernaung dibawah payungan beliau Hafizahullahu Ta'ala.

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

BERSUHBAH DENGAN ORANG YANG HIDUP

Petunjuk arah tujuan kepada suatu matlamat dan kejayaan seseorang ..
Berkata Syeikh Ahmad Tijani RA :
" إعلمْ أنّ اللّه سبحانه وتعالى جعلَ في سابِقِ مشِيئَتهِ أنّ المَدَدَ الواصِلَ إلى خلقهِ مِنْ فيْضِ رحمتهِ هُو في كلِّ عصرٍ يجري مع الخاصَّةِ العُليا مِنْ خلْقِهِ مِنَ النبِيّينَ والصِّدِّيقينَ فمن فَزِعَ إلى أهلِ عصْرهِ الأحياءِ مِنَ الخّاصَّةِ العلْيا وصَحِبَهُمْ واقْتدَى بهمْ واسْتَمدَّ مِنهم فازَ بِنيْلِ المَددِ الفَائِضِ مِنَ الله عزوجلّ ومَنْ أعْرضَ عن أهلِ عصْرهِ مُسْتَغْنِيًا بِكلامِ مَنْ تقَدَّمَهُ مِنَ الأولياءِ الأمواتِ طُبِعَ عليهِ بطابِعِ الحِرمانِ وكان مَثَلُهُ كمَنْ أعْرضَ عنْ نبيِّ زمانهِ مُسْتَغْنِيًا بشرائِع النّبيّينَ الّذينَ خَلَوْا قَبلهُ فيُسَجَّلُ عليهِمْ بطابعِ الكفر ِ
Ertinya :
bahawasanya Allah SWT telah memjadikan pada permulaan kehendak dan keinginannya dengan menjadikan segala madad yang mengalir kepada makhluk ciptaannya itu berpunca daripada limpahan rahmatNya
…dan madad tersebut terus mengalir kepada hamba-hambanya menerusi beberapa tingkatan dan saluran , ya’ni mengalir melalui diri orang -orang tertentu yang terpilih daripada kalangan Nabi-nabi dan orang-orang siddiqin,dan madad tersebut berterusan mengalir hingga akhir zaman…
Barangsiapa yang menyedari kewujudan mereka (wali2 dan siddiqin) dan mengambil faedah daripada mereka dengan bersuhbah dan berdamping dengan mereka dan mengharapkan madad ilahi terus melimpah kepada dirinya pada masa hayatnya (orang yang hidup sezaman dengan wali2 tersebut)
sesungguhnya ia adalah orang yang beruntung kerana memperolehi limpahan madad yang mengalir ke atas dirinya daripada Allah SWT melalui orang-orang pilihannya,
…dan begitu jugalah sebaliknya,barangsiapa yang berpaling daripada mengikut wali-wali dan siddiqin sezaman dengannya kerana berpegang kepada perkataan wali-wali terdahulu yang telah lama meninggalkan kita sejak berzaman-zaman(dengan berpandukan kepada kitab mereka untuk mentarbiah dan mendidik masayarakat mutakhir ini),
sesungguhnya ia telah ditetap dan dilabel sebagai orang yang terlepas dan kehilangan madad ilahi tersebut….
Perumpamaannya:
barangsiapa yang berpaling daripada Nabi dan syariat yang dibawa oleh nabi yang sezaman dengannya,kerana masih lagi berpegang dengan syariat nabi –nabi yang terdahulu..
maka mereka ini disenaraikan dan dilabel sebagai orang yang kufur (orang yang tidak mengikuti tuntutan zaman.. )
…dan dalil bahawasanya suhbah (berdamping)itu hanya berlaku kepada orang yang masih hidup berdasarkan kepada dalil hadis Rasulullah SAW kepada Abi Quhafah RA :
سَلِ العُلَمَاءَ وَخَالِطِ الحُكِمَاءَ وآصْحَبِ الكُبَرَاءَ 
Ertinya :
Tanyalah ulama’,berurusanlah dengan ahli-ahli hikmah dan bersahabatlah dengan alkubara’(orang-orang Siddiqin]

Jumaat, 25 Oktober 2024

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM KEHIDUPAN WALI QUTUB AL MAKTUM WA KHOTMUL MUHAMMADI AL MAKLUM AS SYEIKH AHMAD AT TIJANI R.A

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Nama sebenar beliau adalah Abu Al-Abbas Ahmad bin Muhammad dan jalur nasab ayahanda beliau adalah Muhammad bin Mukhtar bin Ahmad bin Muhammad Salim bin Al ‘id bin Salim bin Ahmad Al-‘Alwani bin Ahmad bin Ali bin Abdulloh bin Al-Abbas bin Abdul Jabbar bin Idris bin Ishaq bin Ali Zainal Abidin bin Ahmad bin Muhammad An-Nafsiz Zakiyah bin Abdulloh bin Hasan Al-Mutsanna bin Hasan As-Sibthi bin Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fatimatuzzahra binti Rasulullah Muhammad ﷺ. 

Dari jalur nasab ibunda beliau adalah Abu Al-Abbas Ahmad bin Sayyidah Aisyah binti Abu Abdillah Muhammad bin As-Sanusi At-Tijani Al-Madhawi. Datuk beliau Abu Abdillah Muhammad As Sanusi ini terkenal sebagai seorang Wali yang soleh. 

Tahun 1150 Hijrah – Tahun dilahirkan disebuah Zawiyah bertempat di A’in Madhi, sebelah timur padang sahara, Maghribi 

Tahun 1157 Hijrah – Menghafaz Al Quran pada usia 7 tahun (riwayat Naafi’) di bawah bimbingan Sayidi Muhammad Hamu At Tijani yang bergurukan Syeikh Sayidi Isa Bu Ukaaz Al Madhaawi At Tijani 

Tahun 1166 Hijrah – Pada usia 16 tahun, kedua ibu bapanya wafat akibat sakit taun 

Tahun 1170 Hijrah – Mampu mengeluarkan fatwa dalam segala bidang ilmu pada usia 20 tahun dan menjadi rujukan masyarakat zamannya. 

Tahun 1170 Hijrah – Pada usia 20 tahun, beliau mengembara menuju ke bumi Fes, iaitu bumi para wali dan bumi syarif-syarif (ahlul bait) untuk bertemu, mengambil manfaat dan mempelajari sesuatu yang berharga daripada para wali-wali yang hebat, seperti; 

Abi Muhammad Maulana at Toyyib Bin Qutub Sayidi Muhammad Bin Qutub Maulana Abdillah Asyarif Al Wazzani Al A’lami Al Idrisi Al Husaini r.a 

Al Kabiir Maulana Ahmad As Siqiili Al Husaini r.a 

Qutub Sayidi Muhammad Al Hasan Al Wanjali r.a, dan telah berkata Qutub ini melalui kasyafnya kepada beliau “Sesungguhnya engkau akan mencapai martabat Imam Syaazili r.a” 

Tahun 1170 Hijrah – Beliau pulang semula A’in Madhi melalui isyarat guru beliau Sayidi Muhammad Bin Hasan Al Wanjali 

Tahun 1170 Hijrah – Berhijrah ke negeri Baiydh (putih) di sekitar Zawiyah Sayidi Abdul Qodir Bin Muhammad As Siddiqi Al Quraisyi yang dikenali sebagai Syeikh Abyadh r.a. Tinggal selama 5 tahun untuk tekun beribadah, zuhud, mengajar dan memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya. 

Tahun 1175 Hijrah – Berhijrah ke Tilimsan [Dalam Manaqib Syeikh Ahmad Tijani, dikhabarkan beliau berpindah ke Tilimsan pada tahun 1181 Hijrah] pada usia 25 tahun, beriktikaf melaksanakan ibadah dan mengajar ilmu sehingga orang ramai berbondong-bondong datang untuk mengambil barakah dan manfaat daripada beliau. 

Tahun 1186 Hijrah – Pada usia 36 tahun beliau berhajat untuk bermusafir ke Mekah. Dalam perjalanannya ke Mekah, beliau bertemu dengan beberapa orang wali termasuklah Syeikh Kaamil Al Qudwatul Waasil Sayidi Muhammad Bin Abdur Rahman Al Azhari Az Zawawi r.a di bumi Zawawa berdekatan dengan Tunisia dan mengambil Thoriqah Kholwatiyah. 

Tahun 1187 Hijrah – Pada usia 37 tahun, beliau singgah di Tunisia dalam perjalanannya ke Madinah. Beliau tinggal di Tunisia selama 1 tahun dan mengajar Kitab Hikam Ibn Athoillah [Tiada dinyatakan secara tepat tahun berapakah beliau singgah di Tunisia. Saya hanya mengambil anggaran perkiraan tahun 1187 setelah perjalanan Syeikh Tijani ke Mekah adalah selama 3 tahun dan beliau behenti di Tunisia selama 1 tahun untuk mengajar disana dan tahun 1188 Hijrah beliau keluar dari Tunisia dan singgah pula di Mesir sebelum memasuki Mekah pada tahun 1189 Hijrah] 

Tahun 1188 Hijrah – Pada ketika usia beliau 38 tahun, beliau keluar berhijrah dari Tunisia dan singgah pula di Mesir dalam perjalanan ke Madinah dan bertemu dengan Qutub Sayidi Mahmud Al Qurdi dan Qutub tersebut memberitahu beliau sebelum beliau sempat memulakan percakapannya, “Kamu disayangi oleh Allah, di dunia dan di akhirat” dan Qutub tersebut memberi jaminan bahawa Syeikh Ahmad Tijani akan mendapat lebih daripada “Qutbaniyatul Uzma” yakni inilah Maqam Khotmiyah – Penghulu dan Ketua bagi segala Wali Allah. 

Tahun 1189 Hijrah – Pada usia 39 tahun beliau telah sampai ke bumi Mekah pada bulan Syawal [Dalam Manaqib Syeikh Ahmad Tijani, dikhabarkan beliau sampai di Mekah pada Syawal 1187 Hijrah]. Qutub Sayidi Ahmad Al Hindi r.a yang pada ketika itu berada di Mekah telah menulis surat kepada Syeikh Ahmad Tijani r.a dan mengatakan “Engkaulah pewaris bagi semua kesempurnaan dan sir-sir yang ada pada diriku” dan menyatakan juga Syeikh Ahmad Tijani r.a akan menduduki Maqam Imam Syazili. Sayidi Ahmad Al Hindi juga menyuruh Syeikh Ahmad Tijani r.a untuk bertemu dengan seorang Qutub besar di Madinah iaitu Syeikh Abdul Karim As Saman [Oleh kerana Syeikh Ahmad Tijani telah sampai dan memasuki Mekah pada bulan Syawal 1189 Hijrah, maka saya juga mengandaikan Syeikh Ahmad Tijani r.a tinggal di Mekah sehingga Bulan Zulhijjah menjelang dan terus menunaikan fardhu Haji pada usia 39 tahun. Selepas menunaikan Haji, barulah Syeikh Ahmad Tijani r.a menuju ke Madinah untuk bertemu dengan Syeikh Abdul Karim As Samani seperti mana suruhan Sayidi Ahmad Al Hindi. Dalam Manaqib Syeikh Ahmad Tijani, dikhabarkan beliau telah menyempurnakan Hajinya terlebih dahulu dan kemudian barulah beliau berangkat menuju ke Madinah]. 

Tahun 1189 Hijrah – Pada tahun ini juga Syeikh Ahmad Tijani telah menziarahi Madinah seperti mana suruhan Sayidi Ahad Al Hindi selepas berada di Mekah. Beliau menziarahi Maqam Sayidina Muhammad ﷺ terlebih dahulu, dan kemudian barulah menziarahi Syeikh Abdul Karim As Samani. Qutub Abdul Karim As Samani menyatakan bahawa Syeikh Ahmad Tijani adalah Qutub Al Jami’ tanpa sebarang keraguan. Setelah menziarahi Qutub As Samani, maka Syeikh Ahmad Tijani kembali pulang ke Mesir. 

Tahun 1190 Hijrah – Pada usia 40 tahun, setelah menziarahi Qutub As Samani, Syeikh Ahmad Tijani r.a telah kembali ke Kaherah, Mesir untuk bertemu semula guru beliau Sayidi Mahmud Al Qurdi. Beliau tinggal sementara di Kaherah untuk memberi manfaat, berbicara dan mengajar sehinggakan orang awam, ulama-ulama dan golongan elit berhimpun untuk belajar dengan beliau [Tiada dinyatakan secara tepat tahun bilakah Syeikh Ahmad Tijani r.a kembali ke Kaherah. Saya mengandaikan Syeikh Ahmad Tijani kembali ke Kaherah pada tahun 1190 Hijrah memandangkan jarak masa dan hari diantara beliau sampai ke Mekah dari bulan Syawal hinggalah ke Zulhijjah 1189 Hijrah hanyalah 3 bulan sebelum masuk Muharram 1190 Hijrah, dan dalam masa 3 bulan itulah beliau menggunakan masanya untuk berutus surat dengan Qutub Sayidi Ahmad Al Hindi, menunaikan Haji dan berziarah ke Madinah untuk bertemu Sayidina Nabi ﷺ dan Qutub As Samani. Ini satu jangkamasa yang singkat, rasional dan logik]. 

Tahun 1190 Hijrah – Pada usia 40 tahun, beliau kembali ke Tilimsan bumi Maghrib. Beliau mendirikan rumah dan menetap disana [Dalam Kitab Irsyadul Asfiya’ hanya dikatakan mendirikan rumah sahaja dan saya tidak pasti samada ianya bermaksud berkahwin dan mendirikan rumahtangga atau hanya membina rumah sahaja. Sekiranya ada sesiapa yang mempunyai maklumat yang tepat, silalah berikan pencerahan]. 

Tahun 1191 Hijrah – Pada usia 41 tahun, beliau sangat merindukan Kota Fes dan menziarahi ahlul bait di Kota Fes. Maka beliau pun bertolak untuk menziarahi Kota Fes. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan Abu Hasan Sayidi Ali Harazim Al Faasi (pengarang Kitab Jawahirul Ma’ani) dan beliau adalah terlebih hampir kepada Syeikh Ahmad Tijani dari segi nisbah kedudukan dan Taqarrub kepada Allah Ta’ala. 

Terbitlah satu kalam yang besar dari pertemuan ini melalui kasyaf Syeikh Ahmad Tijani r.a kepada Sayidi Ali Harazim r.a; 

“Tidakkah kamu berasa takut kepada Allah, sehingga kamu sanggup membiarkan diriku letih, datang bermusafir dari tempatku kepada kamu, dan tidaklah daku mempunyai hajat yang lain melainkan hanya untuk bertemu dengan kamu jua, ucapkanlah Tahmid kepada Allah atas sebab kedatanganku” 

Sayidi Ali Harazim r.a terus mengikuti beliau ke bumi Fes dan menziarahi Maulay Idris Al Azhar r.a. Kemudian selepas daripada itu, beliau kembali semula ke bumi Tilimsan. 

Tahun 1196 Hijrah – Pada usia 46 tahun, beliau memohon istikhoroh untuk keluar dari bumi Tilimsan dan berhijrah Kota abi Samghun dan Kota Syallaalah [Tempat beliau menerima futuh dan limpahan-limpahan kurniaan daripada Allah Taala sepertimana yang diketahui pada ilmu Allah Taala]. Beliau Selamat sampai ke Kota Syallaalah dan bermastautin bersama keluarganya disana. Pada tahun ini juga beliau sempat bermusafir ke Taazah, sebuah tempat berdekatan dengan Maghribi dan bertemu sahabat beliau yang terkenal dan tinggi martabatnya, dan beliau adalah diatara wasitah yang masyur, Asy Syarif Sayidi Muhammad A’rabi Ad Damrawi Al Faasi At Taazi. 

Tahun 1196 Hijrah – Pada tahun ini juga, ketika beliau berada di Gurun Sahara, Syallaalah, beliau telah diberi keizinan secara langsung oleh Sayidina Nabi ﷺ untuk menalkinkan Istighfar dan Selawat keatas sesiapa yang beliau suka dan Sayidina Nabi ﷺ mengarahkan beliau meninggalkan semua wirid-wirid Thoriqah yang beliau terima daripada Syeikh-Syeikh Thoriqah sebelum ini. 

Tahun 1199 Hijrah – Pada usia 49 tahun, beliau telah berhijrah ke Kota Abi Samghun bersama keluarganya [Tidak diketahui secara tepat pada usia dan tahun bilakah beliau telah berkahwin]. 

Tahun 1200 Hijrah – Pada usia 50 tahun, Baginda ﷺ telah menyempurnakan wirid terakhir Thoriqah, zikir Haillah kepada Syeikh Ahmad Tijani r.a. Pada tahun ini juga Syeikh Ahmad Tijani r.a mendapat izin dari Baginda ﷺ yang dinyatakan dengan jelas dan beliau pun Tazaazul berjumpa dengan masyarakat dan menzahirkan dirinya sebagai Syeikh yang sebenar. Maka berterusanlah di bumi Kota Abi Samghun ini selama 13 tahun beliau mentarbiah orang ramai yang datang berterusan kepada beliau dan beliau menjadi masyhur di Kota Abi Samghun. 

Tahun 1213 Hijrah – Pada usia 63 tahun, atas arahan Baginda Nabi ﷺ, pada bulan Rabi’ul Akhir beliau telah berpindah memasuki Kota Fes, Maghribi. Beliau terus mengunjungi Sultan Maghribi ketika itu, iaitu Maulana Abu Rabi’ Sulaiman Al A’lawi Al Hasani r.a. [Beliau adalah salah seorang Mujtahid yang pakar dalam bidang ilmu dan beliau juga digelar Sultan Ulama pada ketika itu]. Sultan menghadiahkan sebuah rumah yang tercantik pada ketika itu kepada Syeikh Ahmad Tijani r.a. dan Baginda ﷺ telah mengizinkan Syeikh Ahmad Tijani r.a untuk tinggal menetap di rumah tersebut. 

Tahun 1213 Hijrah – Bulan Sya’ban, setelah mendapat keizinan Baginda ﷺ, maka Syeikh Ahmad Tijani r.a mengarahkan Sayidi Ali Harazim Al Fassi r.a untuk menyusun Kitab Jawaahirul Ma’ani. 

Tahun 1214 Hijrah – Awal Muharram, pada usia 64 tahun, Syeikh Ahmad Tijani r.a telah ditabalkan menjadi Qutbaniyatul A’zam di Bukit Arafah, tanah suci Mekah. 

Tahun 1214 Hijrah – Malam 18 Safar, Syeikh Ahmad Tijani r.a telah ditabalkan dengan kedudukan dan martabat Al Katmiah [Satu kedudukan yang dirahsiakan martabatnya daripada pengetahuan dan pemahaman makhluk dan alam, hanya Allah Taala dan Sayidina Nabi ﷺ sahaja yang mengetahui akan martabat dan kedudukan beliau]. 18 Safar ini juga dikenali dengan nama I’dul Khotmi dikalangan penuntut Thoriqah Tijani. 

Tahun 1214 Hijrah – Pertengahan bulan Zulkaedah, selesai sudah susunan Kitab Jawaahirul Ma’ani oleh Sayidi Ali Harazim r.a dan Syeikh Ahmad Tijani r.a sangat gembira atas Kitab tersebut. Baginda Nabi ﷺ telah menjamin Kitab tersebut dengan sabdanya; “Inilah kitabku dan akulah yang mengarangnya”. 

Tahun 1230 Hijrah – Pagi Khamis, 17 Syawal, selepas beliau menunaikan Solat Subuh dengan sempurna, Syeikh Ahmad Tijani r.a telah berbaring disebelah bahu kanan beliau dan meminta sedikit air, lalu beliau meminumnya, dan kemudiannya beliau berbaring seperti sebelumnya, dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir di Fes. Usia beliau pada saat itu adalah 80 tahun. 

Beliau telah meminta doa dari Sayidina Nabi ﷺ agar dipanjangkan umurnya pada sekitar 80 tahun. Mufti Abu Abdillah Sayidi Muhammad Bin Ibrahim Ad Dukkaali telah mengimamkan jenazah Syeikh Ahmad Tijani r.a. Beliau meninggalkan 2 orang anak lelaki yang hebat dan mulia; 

1)Arif Billah As Syahid Sayidi Muhammad, gelarannya Al Kabiir 

2)Arif Billah Sayidi Muhammad, gelarannya Al Habib. Melalui beliaulah nasab keturunan Syeikh Ahmad Tijani r.a berkembang.

RUJUKAN: 

1)KITAB IRSYADUL ASFIA ILA THORIQATI KHATMUL AULIYA, karangan Murobbina Saiyidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala 

2)TERJEMAHAN MANAQIB SYEIKH AHMAD AT TIJANI

Rabu, 23 Oktober 2024

𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗬𝗚 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗡𝗬𝗔 DAN SENANTIASA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 ﷺ

●MANUSIA SEBENARNYA TIADA KELAYAKKAN LANGSUNG MENGENALI BAGINDA ZOHIR DAN BATIN BAHKAN SEMATA MATA MENURUT PERINTAH ALLAH ﷻ DAN RASULNYA (ﷺ)JUA  UNTUK BERSELAWAT

Memadailah untuk kita memahami betapa besarnya selawat bilamana Allah ﷻ dengan kemuliaan NYA dan kebesaran NYA melazimkan diri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ .. malah Allah ﷻ mengkhususkan cuma diri Nya sendiri untuk berselawat ke atas Baginda ﷺ sehingga Allah ﷻ melarang kita berselawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. kenapa & bagaimana?

Perhatikanlah .. setiap kali kita menyebut selawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. Allah ﷻ meminta kita serahkan selawat kepada NYA. melalui lafaz 
اللهم صل على
 ( 𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂 (ﷺ).. )  

Adakah boleh kita sebut dengan lafaz  
صَلَّيْتُ على 
( 𝗔𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶  ﷺ..),
صليت على رسول الله
itu sudah betul dari sudut Bahasa Arab, sebaliknya kita merasa berat untuk menyebut demikian.. 

Betapa nyata kebesaran selawat .. nyata kebesaran Rasulullah ﷺ empunya selawat .. kita sekadar  meminta Allah ﷻ berselawat ke atas  Baginda Rasullullah ﷺ
( اللهم صل على )
(𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂) ,
bukan kita yang layak berselawat  ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. tapi cuma Allah ﷻ sendiri.

Sebab ,  tiada yg layak untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan tidak ada yg mampu mengenali Rasulullah ﷺ sehingga layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. kerana demikian itulah, di dalam i'tiqad ASWJ.. ulama muhaqqiq telah bersepakat / ijmak bahawa  selawat Allah ﷻ ke atas Nabi Muhammad ﷺ adalah perkara yg di tauqifkan ( yang tidak di kenali) .. ( tauqifiyyah) tidak boleh dikenali maknanya melalui aqal dan dalil / nas.. walaupun ada Nas  perintah dari Allah ﷻ supaya berselawat tapi apakah Selawat Allah ﷻ ke atas Baginda.. bagaimana Allah ﷻ sentiasa  sejak azali berselawat ke atas Nabi Nya (ﷺ) .. ianya suatu perkara yang di luar kemampuan aqal untuk mengenali makna selawat.. 
Selawat bukanlah terhenti sekadar makna berselawat menambah rahmat, menambah syafaat menurut ahli zahir..

Ramai orang yang tidak sedar .. tidak perasan akan betapa besarnya hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan selawat .. bahawasanya sebenarnya bukan kita, hanya Allah ﷻ saja yg layak berselawat..

Dalam agama Islam tidak ada amalan yg seumpama selawat kerana selawat, Allah ﷻ sendiri yg berselawat..( amalan zikir yg Allah ﷻ pilih untuk diri NYA sendiri..)  

"𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐥𝐡𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐥𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧𝐢 𝐀𝐥𝐦𝐚𝐠𝐡𝐫𝐢𝐛𝐢 𝐡𝐚𝐟𝐢𝐳𝐚𝐡𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡"

Selasa, 22 Oktober 2024

𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗜 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚

SHEIKHUNA AHMAD AT TIJANI R.A BERKATA :
kepada setiap orang yang mengadukan padanya musibah atau marabahaya atau kefakiran atau orang zalim : 

"Hendaklah engkau memperbanyakan berselawat atas Rasulullah ﷺ, nescaya Selawat itu akan mencukupimu dari semua perkara itu." 
-------------------------------------------------
SHEIKH IBNU ATHA'ILLAH AS SAKANDARI R. A. BERKATA :

ربما وجدت المزيد في الفاقات مالا تجده في الصوم والصلاة 

Ertinya: Barangkali engkau mendapat kelebihan kurniaan dari Allah ﷻ pada ujian itu, yang tidak mungkin engkau dapatkannya pada berpuasa dan bersolat. 
-------------------------------------------------
SAYDINA UMAR AL FAROUQ R.A BERKATA :

"Jika engkau bersabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala, dan apabila engkau tidak bersabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedangkan engkau berdosa". 
-------------------------------------------------
SHEIKH JUNAID AL BAGHDADI BERKATA :

 "Aku tidak merasa keji terhadap apa yang menimpa pada diriku, sebab daku telah berpendirian bahawa dunia ini tempat kerisauan dan ujian, dan alam ini diliputi oleh bencana, maka sudah selayaknya ia menyambut daku dengan segala kesukaran dan kerisauan. Maka apabila ia menyambut daku dengan kesenangan maka bererti itu suatu kurnia dan kelebihan" 

# Naqal dari syarahan Hikam 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Via : Thurath Alqurawiyyin

Ahad, 20 Oktober 2024

IBU² QURAN, SELAWAT DAN DOA

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Magribi At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Surah Al Fatihah Ibu kepada Al Quran

[ ۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞ ]

Selawat Fatih Ibu kepada Selawat

[ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ ]

Akhirul Yaqtin (3 ayat terakhir surah As Saaffaat) ialah Ibu kepada doa

[ ۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞ ]

Umpama Fatihah mencukupi daripada Al Quran secara keseluruhan. Kalau kita nak ganti Fatihah dalam sembahyang dengan semua Quran selain Fatihah (maka) tidak sah (solatnya) meliputi (mengikut) semua Mazhab atau Mazhab yang Masyhur walaupun kita baca semua Quran tanpa Al Fatihah tidak dikira sembahyang (tidak sah). Rukun (Qauli) dalam sembahyang ialah baca Al Fatihah. Itulah Ibu Al Quran. Fatihah itu mencukupi daripada Al Quran dan semua Al Quran tanpa Fatihah tidak mencukup daripadanya (Al Fatihah).

Begitu juga dengan Selawat Fatih umpama itu hukumnya dalam medan selawat. Selawat Fatih mencukupi daripada selawat² lain dan selawat² lain tidak mencukupi daripada Selawat Fatih.

Akhirul Yaqtin itu Ibu Doa atau intipati doa kerana dalam doa itu (Akhirul Yaqtin) mengiktiraf diri daripada kekurangan "عاجز" (tiada upaya langsung). Jadi itu martabat Makrifat yang tertinggi (iaitu dengan) iktiraf dengan "عاجز" (tiada upaya langsung) yang boleh mengenali tuhan secara tahqiq dan syuhud.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Rabu, 16 Oktober 2024

TASAWWUF & TAREQAT

OLEH:- HABIB ALI AL-JUFRI

Ada Yang Tidak Senang Kepada Tasawwuf Dan Tareqat. Kedua-Duanya Dibenci Terus. Seboleh-Bolehnya Hendak Dikuburkan, Dihilangkan Dari Hati Umat Islam. Memang Ada Tareqat Yang Tersasar Dari Landasan (Melanggar Panduan Al-Quran Dan As-Sunnah), Namun Ada Tareqat Yang Muktabar Dan Diiktiraf Oleh Alim Ulamak. 

Kepada Mereka Yang Memusuhi Tasawwuf, Amat Sukar Sekali Untuk Menghapuskannya Dari Umat Islam. Kerana Sebagaimana Yang Dijelaskan Oleh Habib Ali Al Jufri - Walaupun Ada Yang Mempergunakan Kalam Ibnu Taimiyyah Untuk Mengecam Ahli Sufi, Beliau Tetap Memuji Tasawwuf Dan Merasa Terhormat Dirinya Memiliki Hubungan Sanad Dengan Imam Abdul Qadir Al Jailani. 

Ibnu Qayyim Yang Sering Dijadikan Peluru Untuk Menembak Ahli Sufi, Malah Menulis Tiga Jilid Kitab Tentang Tasawwuf Iaitu Madarij Al-Salikin Fi Syarh Manazil Sa'irin. Imam Ahmad Bin Hanbal Menulis Kitab Al-Zuhd. Imam Hafiz Az-Zahabi Menulis Siyar A'lam An-Nubala' Yang Bukan Hanya Mendedahkan Biografi Imam Hadith Tetapi Juga Para Imam Besar Tasawwuf Contohnya Ma'ruf Al-Karkhi Begitu Juga Kitab Sifat As-Sofwah Karya Imam Ibn Al-Jauzi.

Begitulah Keadaan Para Ulama Hadith Yang Bergelar Al-Hafiz Yang Kadang-Kadang Mereka Tuduh Benar, Kadang-Kadang Salah. Bahkan Ketika Bersangkutan Dengan Aqidah, Mereka Katakan Para Ulamak Salafussoleh Itu Salah Semuanya. 

Jadi Menurut Mereka, Aqidah Ibnu Al-Jauzi Itu Salah. Aqidah Imam An-Nawawi Itu Salah, Kerana Ia Menulis Sejarah Hidup Guru-Gurunya Yang Meriwayatkan Hadith Sampai Kepada Imam Muslim Dan Menyebut Mereka Sebagai Sufi. Aqidah Imam Az-Zahabi Salah. Aqidah Imam Al-Suyuthi Salah. Demikian Pula Aqidah Imam As-Subki, Imam As-Sakhawi, Imam Ibn Hajar Serta Imam Mazhab Yang Merujuk Kepada Kaum Sufi Dan Memegang Ucapan-Ucapan Mereka Untuk Melembutkan Hati. 

Jika Mereka Menuduh Kaum Sufi Itu Syirik Dan Sesat, Bererti Mereka Tidak Percaya Kepada Al Quran Dan Hadith Yang Ada Sekarang. Kenapa ? 

Kerana Seluruh Sanad Dan Rantaian Riwayat Al-Quran Dan Hadith Yang Sampai Kepada Kita Sekarang Penuh Dengan Ahli Sufi. Setiap Periwayatan Bacaan Al-Quran Yang Tujuh (Qira'ah Sab'ah) Atau Yang Sepuluh (Qira'ah 'Asyarah) Pasti Di Dalamnya Ditemukan Imam Sufi. 

Sesiapa Yang Boleh Menyemak Sohih Bukhari Dan Sohih Muslim Serta Kitab-Kitab Hadith Yang Lainnya Tanpa Melalui Perawi Yang Bukan Sufi ? Jika Ada Yang Mengatakan (Ahli Sufi) Itu Musyrik, Mereka Kafir, Dan Kita Diam Sahaja. Ini Ertinya Bencana Akan Mengancam Generasi Setelah Kita. Yang Mereka Tahu Tentang Para Sufi Kemudiannya Adalah Bahawa Mereka Kafir Dan Sesat. 

Sekarang Ini, Kita Seperti Malas Bertindak. Padahal Di Luar Sana, Melalui Khutbah, Kaset, Dan Buku-Buku Berbagai Kebohongan Telah Dihembuskan Sekelompok Orang Yang Tidak Menjaga Ketaqwaan Kepada Allah Ketika Berbicara Tentang Orang-Orang Soleh. Berbagai Tuduhan-Tuduhan Serong Diarahkan Kepada Kaum Sufi. 

Jika Ini Dibiarkan, Tentu Generasi Setelah Kita Akan Berkesimpulan Bahawa Hadith Dan Al-Quran Yang Mereka Terima Tidak Dapat Dipercayai Kerana Diriwayatkan Kaum Sufi Yang Mereka Ketahui Kafir Dan Sesat. 

=================

Sumber Rujukan:- 
Kitab Ma'alim Al Suluk Li Al Mar'ah Al Muslimah
Karya Habib Ali Al-Jufri
Terbitan Dar Al Ma'rifah, Beirut, Cetakan 5, 1428 H/2007M