Ahad, 27 Oktober 2024

SYAITAN DAN PERKARA NIAT PADA DIRI SESEORANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Bahawa saya pernah mendengar daripada Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, bagaimanakah cara Syaitan itu akan mendatangi, dan menyesatkan akan seseorang itu. 

Telah menerangkan akan beliau Hafizahullahu Ta'ala bahawa;

Syaitan itu adalah sentiasa disampingnya diri seseorang, dan tidaklah ianya leka daripada diri seseorang sehinggalah ia mendengar akan satu detikan niat yang buruk dan tidak baik, yang terbit dari hati seseorang itu, maka berpanggil-panggilanlah ia akan syaitan-syaitan yang lain untuk turut bersama membisikan racun kepada hati seseorang itu, bagaimanakah cara untuk memenuhi akan niatnya yang tidak baik itu, sehinggalah hati seseorang itu akan dipenuhi dengan racun cara dan perbuatan yang akan dilakukannya, sehingga niatnya yang buruk dan tidak baik itu boleh terlaksana.

Maka pada barang yang sedemikian itu, menurut beliau Hafizahullahu Ta'ala, peliharalah hati agar sentiasa pada niat yang baik dan ikhlas, sehinggakan para Aarifin yang ingin memasuki tandas, akan beserta dengannya 70 niat yang baik.

Dan adalah pada kesimpulan daripada keterangan beliau Hafizahullahu Ta'ala ini, hati yang padanya terselit niat-niat yang salah dan tidak baik, maka itulah hati tempat berkumpulnya syaitan untuk merosakkan manusia, dan melorongkan manusia kepada perbuatan-perbuatan yang buruk. 

Dan hati yang padanya sentiasa tersemat serta dipelihara dengan niat-niat yang baik beserta ikhlas, maka tidaklah syaitan itu akan mendatanginya, maka terselamatlah akan jiwa seseorang itu dari kerosakan. 

Sayugianya, beliau Hafizahullahu Ta'ala menerangkan bahawa, pada hati yang mempunyai niat yang baik, akan sentiasa dilorongkan bersamanya akan jalan yang baik. Dan tidaklah para Awliya Allah itu melakukan sesuatu, melainkan pada niat hatinya mendahulukan kebaikan untuk ummat.

Wallahu a'lam. Semoga Allah Jalla Jalaluh sentiasa melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya yang berkekalan keatas Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala. Dan semoga kami semua sentiasa diterima untuk bernaung dibawah payungan beliau Hafizahullahu Ta'ala.

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan