●MANUSIA SEBENARNYA TIADA KELAYAKKAN LANGSUNG MENGENALI BAGINDA ZOHIR DAN BATIN BAHKAN SEMATA MATA MENURUT PERINTAH ALLAH ﷻ DAN RASULNYA (ﷺ)JUA UNTUK BERSELAWAT
Memadailah untuk kita memahami betapa besarnya selawat bilamana Allah ﷻ dengan kemuliaan NYA dan kebesaran NYA melazimkan diri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ .. malah Allah ﷻ mengkhususkan cuma diri Nya sendiri untuk berselawat ke atas Baginda ﷺ sehingga Allah ﷻ melarang kita berselawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. kenapa & bagaimana?
Perhatikanlah .. setiap kali kita menyebut selawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. Allah ﷻ meminta kita serahkan selawat kepada NYA. melalui lafaz
اللهم صل على
( 𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂 (ﷺ).. )
Adakah boleh kita sebut dengan lafaz
صَلَّيْتُ على
( 𝗔𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ..),
صليت على رسول الله
itu sudah betul dari sudut Bahasa Arab, sebaliknya kita merasa berat untuk menyebut demikian..
Betapa nyata kebesaran selawat .. nyata kebesaran Rasulullah ﷺ empunya selawat .. kita sekadar meminta Allah ﷻ berselawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ
( اللهم صل على )
(𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂) ,
bukan kita yang layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. tapi cuma Allah ﷻ sendiri.
Sebab , tiada yg layak untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan tidak ada yg mampu mengenali Rasulullah ﷺ sehingga layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah ﷺ .. kerana demikian itulah, di dalam i'tiqad ASWJ.. ulama muhaqqiq telah bersepakat / ijmak bahawa selawat Allah ﷻ ke atas Nabi Muhammad ﷺ adalah perkara yg di tauqifkan ( yang tidak di kenali) .. ( tauqifiyyah) tidak boleh dikenali maknanya melalui aqal dan dalil / nas.. walaupun ada Nas perintah dari Allah ﷻ supaya berselawat tapi apakah Selawat Allah ﷻ ke atas Baginda.. bagaimana Allah ﷻ sentiasa sejak azali berselawat ke atas Nabi Nya (ﷺ) .. ianya suatu perkara yang di luar kemampuan aqal untuk mengenali makna selawat..
Selawat bukanlah terhenti sekadar makna berselawat menambah rahmat, menambah syafaat menurut ahli zahir..
Ramai orang yang tidak sedar .. tidak perasan akan betapa besarnya hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan selawat .. bahawasanya sebenarnya bukan kita, hanya Allah ﷻ saja yg layak berselawat..
Dalam agama Islam tidak ada amalan yg seumpama selawat kerana selawat, Allah ﷻ sendiri yg berselawat..( amalan zikir yg Allah ﷻ pilih untuk diri NYA sendiri..)
"𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐥𝐡𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐥𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧𝐢 𝐀𝐥𝐦𝐚𝐠𝐡𝐫𝐢𝐛𝐢 𝐡𝐚𝐟𝐢𝐳𝐚𝐡𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan