Tahun lepas saya sudah membuat satu senarai nama-nama tempat pengajian di Mesir, yang mana ia beroperasi dan berjalan lancar majlis ilmunya. Mereka yang menghidupkan majlis tersebut merupakan pelajar yang begitu istiqamah dan bersemangat menyelam mengumpul mutiara berharga di situ. Kali ini saya ingin mengangkat kembali senarai nama tersebut, agar pelajar baharu yang datang dapat mengenali tempat-tempat tersebut.
Di bawah ini saya telah membuang beberapa tempat yang dahulu hidup sebagai tempat pengajian, tapi sekarang sudah tidak berlangsung dan di tutup atas faktor-faktor tertentu. Walau bagaimana pun, saya akan cuba mengisi senarai nama tersebut, agar kita boleh mengenal malah ingat bahawasanya di situ dahulunya merupakan tempat pengajian.
🔴Ini ialah senarai tempat pengajian di Mesir.
⚫Kawasan Darrasah, Hussein dan al-Azhar :
1 - Masjid al-Azhar as-Syarif
2 - Madhyafah Syeikh Imran Dah رحمة الله تعالى عليه
3 - Madhyafah Syeikh Ismail Sodiq Adawi رحمة الله تعالى عليه
4 - Sahah Yaman @ Sahah Ummu Ghulam
5 - Sahah Fatoni
7 - Sahah Indonesia
8 - Mirath Habib
9 - Sahah Tijani
10 - Baitul Hikmah dan Baitul Ihsan (malaysia - ahbab Syeikh Khalil Ilyas حفظه الله تعالى Kedah)
11 - Masjid Sidi Syeikh Ahmad Dardir رحمة الله تعالي عليه
12 - Masjid Syeikh Soleh al-Jaafariy رحمة الله تعالى عليه
13 - Darul Itqan
14 - Asyirah Muhammadiah
15 - Pondok Baba Ridwan (Belakang Azhar)
⚫Kawasan Sabie' :
1 - Pusat Pengajian Ruwaq Jawi
2 - Darul Imam al-Ghazali
3 - Rumah-rumah Negeri (BKAN)
⚫Kawasan Bab as-Sya'riah :
1 - Masjid Sultan Bibris ( Kelas pengajian bersama Syeikh Hisyam Kamil حفظه الله تعالى )
⚫Kawasan Fustat :
1 - Masjid Sayyiduna Amru al-Ash ( Pengajian bersama Syeikh Hisyam Kamil حفظه الله تعالى)
⚫ Ghiza, Sittah Oktober :
1 - Masjid Fadhil
🔵 Ini pula dahulunya ia sebagai tempat pengajian, tapi sekarang hanya tinggal nama dan tempat sahaja tanpa ada majlis ilmu.
1 - Madhyafah Syeikh Ali Jumaah حفظه الله تعالى
2 - Madhyafah Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi رحمة الله تعالى عليه
3 - Raudah Naim (tempat lama, sekarang sudah berpindah programnya di Sahah Ummu Ghulam)
Ini semua senarai tempat pengajian yang saya tahu, walaupun saya sendiri tidak pernah hadir kesemua tempat tersebut, hanya sebahagian sahaja, maka apa salahnya jika saya cuba kongsikan dan sebarkan untuk hadirin penuntut ilmu di Mesir , baik yang baru mahupun yang lama. Hadirlah ke majlis ilmu selagi masih di beri peluang menarik ini sewaktu berada di Mesir.
Nashr Al-A'mash
#TarikhRingkasNashr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan