selawat jauharatul kamal
اَللَّهُمَّ وَسَلِّمْ صَلِّ عَلَى عَيْنِ الرَّحْمَةِ الرَّبَّانِيَّةِ
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas hakikat rahmat rabbaniyyah
وَالْيَقُوْتَةِ الْمُتَحَقِّقَةِ الْحَائِطَة
ِ
Iaitu ilmu permata yang meliputi keseluruhan hakikat
بِمَرْكَزِ الْفُهُوْمِ وَالْمَعَانِى
Yang menjadi pusat segala kefahaman dan ma’na
وَنُوْر ِاْلاَكْوَانِ الْمُتَكَوَّنَةِ اْلأدَمِيّ
ِ
Dan cahaya ciptaan segala kejadian yang tercipta (yang dibangsakan kepada anak Adam)(humanity)
صَاحِبِ اْلحَقِّ اْلرَّبَّانِى
Ia adalah tuan empunya bagi haq (kerja-kerja) rabbani (divinity)
اَلْبَرْقِ اْلأَسْطَعِ بِمُزُوَنِ اْلأَرْبَاحِ اْلمَالِئَةِ لِكُلِّ مُتَعَرِّض
ٍ
Ia bagaikan kilat yang terpancar seperti turunnya hujan yang mengalir memenuhi setiap ruang yang menghadapnya
مِنَ اْلبُحُوْرِ وَاْلأَوَانِى
Sehingga memenuhi segala lautan ruang dan masa
وَنُوْرِكَ اللاَّمِعِ الَّذِيْ مَلأْتَ بِه كَوْنَكَ اْلحَائِطَ بِأَمْكِنَةِ اْلمَكاَنِى
Nur Engkau yang bersinar terang terpancar meliputi seluruh makhluk dan memenuhi segenap tempat
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَيْنِ اْلحَقِّ الَّتِى تَتَجَلَّى مِنْهَا عُرُوْشُ اْلحَقَائِقِ عَيْنِ اْلمَعَارْفِ اْلأَقْوَم
ِ
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas punca bagi hakikat dan haq, yang mana terpancar daripadanya kemuncak hakikat-hakikat arasy iaitu zat makrifat yang paling kukuh (refer Al-Isra’ – 9)
صِرَاطِكَ التَّآمِّ اْلاَسْقَم
ِ
Iaitu Sirat Engkau yang paling sempurna dan paling istiqamah
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى طَلْعَةِ اْلحَقِّ بِا الْحَقِّ اْلكَنْزِ اْلأَعْظَم
ِ
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan mazhar (tempat zahir) haq dengan yg haq,yang merupakan sumber gedung haqiqat yang agung
إِفَاضَتِكَ مِنْكَ اِلَيْكَ إِحَاطَةِ النُّوْرِ اْلمُطَلْسَم
ِ
Tempat datangnya limpahan nur kasih yang meliputi gedung rahsia daripada Engkau kepada Engkau
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَعَلى آلِهِ صَلاَة ًتُعَرِّفُنَا بِهَا إِيَّاهُ.
Selawat dan salam ke atas Nabi dan ahli keluarganya, yang dengan Selawat itu kami dapat mengenal akan Nabi SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan