Sabtu, 28 November 2015

TINGKATAN MARTABAT HAKIKAT MUHAMMADIAH YG MULIA

#TINGKATAN MARTABAT HAKIKAT MUHAMMADIAH YG MULIA#
#KEDUDUKKAN WALI BERDASAR TINGKATAN HAKIKAT MUHAMMADIAH
Hakikat Muhammadiah  adalah satu martabat kedudukan yang tidak dikenali,diketahui dan tidak ada seseorang yang  mampu mencapai  ke tahapnya  pada medan perbicaraan ini…
Hanyalah  Hakikat Muhammadiah ini terselindung  disebalik tabir pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi,dan terhijab  nur-nur tersebut daripada dilihat akan kewujudannya…
Hakikat Muhammadiah  ini terhijab dengan beberapa pakaian Nur ilahi dan mempunyai beberapa medan dan ia terbahagi ia kepada :
1-Ruh, Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan Ruh(setelah terhijab  di sebalik  pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi)
Pada martabat Ruh inilah,martabat yang  dicapai oleh para Nabi, Rasul dan para wali Qutub..,itulah kemuncak tingkatan ,tempat  dan perhentian  yang dicapai  oleh mereka…
2- akal, Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan akal,(setelah terhijab  di sebalik  tabir pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi yang lain)
3-Qalb/hati Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan nama Qalb/ hati,(setelah terhijab  di sebalik tabir  pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi yang lain),
4-nafsu, Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan nafsu, (setelah terhijab  di sebalik  pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi yang lain)
5-jasad Rasulullah
Inilah perkara terakhir yang muncul  daripada martabat –martabat tersebut….

Kedudukan wali-wali  mengikut martabat masing-masing
Para wali-wali berbeza-beza kedudukan martabat mereka itu…:
I-Kumpulan yang pertama :
Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat Nafsu Rasulullah SAW,dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir dan makrifah-makrifah..
II-Kumpulan yang kedua :
Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat  Qalb Rasulullah SAW, dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir , makrifah-makrifah dan lain-lain…
III-Kumpulan yang ketiga:
Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat  Akal Rasulullah SAW ,dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir , makrifah-makrifah dan lain-lain…
IIII-Kumpulan yang keempat , yang tertinggi dan yang berada di kemuncak martabat ,yaitu Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat  Ruh Rasulullah SAW,dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir , makrifah-makrifah dan lain-lain…

Itulah kemuncak martabat yang tertinggi dan juga  tiada kesungguhan yang boleh diusahakan dalam mencapai dan memahami akannya..,nescaya ia tidak dapat mengenali akan  hakikat Ruh tersebut,
itulah diri Hakikat  yang di cipta khas pada diri RASULULLAH SAW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan