Rabu, 13 Januari 2016

AL MUSTOFA

AL MUSTOFA

Kata guruku Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani, pada menyatakan nama Sayidina Muhammad Al Mustofa, bahawa Al Mustofa itu adalah padanya diri Sayidina Rasulillah SAW itu yang terpilih dan disucikan.

Pada menerangkan makna yang terpilih itu, Bagindalah yang terpilih utk disucikan drpd keturunan yang suci dan terpilih, drpd benih yg suci dan terpilih yakni yang suci dan terbaik.

Dan diberikan utk diri Baginda SAW itu segala2nya yg terpilih dan terbaik daripada benih dan keturunan, bukanlah keturunan Baginda SAW itu yakni ibu, bapa, datuk, nenek dan moyangnya drpd jalur agama dan aqidah yang terkeluar drpd agama islam.

Bahkan segala kehidupan Baginda SAW adalah Mustofa, yang terbaik, terpuji dan terpilih. Akhlaq Baginda adalah yg terbaik, terpuji dan terpilih. Makanan Baginda adalah yg terbaik, terpuji dan terpilih. Pakaian Baginda adalah yg terbaik, terpuji dan terpilih. Susu yang Baginda minum adalah yang terbaik, terpuji dan terpilih. Capal Baginda adalah yang terbaik, terpuji dan terpilih. Bahkan bersugi Baginda juga adalah cara yang terbaik, terpuji dan terpilih.

Sehinggakan apa sahaja yg ada drpd diri Baginda serta yang keluar  drpd diri Baginda adalah yang terbaik, terpuji dan terpilih. Justeru itu ada diantara sahabat yang meminum darah bekam Nabi, diberi jaminan tdk akan dibakar oleh api neraka. Dlm sirah ada sahabat yg minum air kencing Nabi, dijamin tdk akan mgalami sakit. Bahkan dikatakan ianya wangi dan lebih manis. Air peluh Nabi wangi.

Bagindalah Al Mustofa, yg terpilih dan terbaik serta disucikan drpd segala kekotoran dan keburukan. Bagindalah Rahmatulil a'lamin yg menjadi rahmat bg sekelian alam. Bagindalah qudwatun hasanah, contoh kebaikan bagi sekelian alam. Bagindalah Sayidul Wujud, ketua dan penghulu bagi segala kewujudan alam.

Berbahagialah ummat yg terpilih utk mengikat hatinya dgn Sayidul Wujud al Mustofa.

Fb Ust Nazrul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan