Selasa, 26 Januari 2016

Allahu Rabbi

Salah satu cara ALLAH mendidik kita ialah melalui penolakan...
****
Penolakan ALLAH terhadap harapan & usaha kita...
Agar kita selalu bersangka baik kepadaNYA...
Agar kita tunduk bahawa segala Qudrah & IradahNYA pasti menang...
Agar kita redha atas segala taqdirNYA...
Agar kita fahami didalamnya ada kasih sayangNYA...
****
Penolakan manusia terhadap kita...
Mungkin kita terfitnah, disalah sangka, dihina, dikasari, disindiri, dicaci dsb....
Mungkin juga kerana berlainan pendapat & persepsi terhadap sesuatu....
Mungkin juga kerana tidak difahami...
Mungkin juga kerana dipandang rendah kerana rupa paras, harta & kedudukan...
Mungkin juga kerana dijijiki lantaran penyakit kita....
Atau juga kerana dosa2, kelemahan2 & kesalahan kita sendiri...
Disanalah tempat segala nafsu2 bersembunyi....
Dan penolakan itu mendidik nafsu kita dengan halus...
Agar kita kenal sifat nafsu itu selalu inginkan keindahan & kesenangan...
Agar kita kenal cara membersih & mengendali nafsu kita,,,,,
Disinilah tarbiyah Allah...
*****
Sirah para Rasul ,para sahabat & solehin...
Sungguh kaya dengan tarbiyyah ini....
Rasulullah saw dituduh gila & ahli sihir...
Rasulullah saw dihina oleh pengemis buta yang disuapinya dengan lembut...
Sayyidina Ali ra tak jadi membunuh insan yang meludahinya...
Nabi Ayyub terpinggir kerana sakitnya...
Nabi Yusuf terfitnah & dipenjara...
Sayyidina Usman dilarang minum air dari telaga yang diwakafkan olehnya sendiri...
****
Dari lembah tarbiyyah itu ALLAH menyeru...
Wahai nafsu2 yang rendah...
Wahai nafsu mutmai'nnah....
Kembalilah dalam keadaan redha & diredhai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan