SIAPAKAH YANG TAAT??!
Seandainya tidak Allah menciptakan syurga dan neraka itu, maka akan terzahirlah sebenarnya siapakah yang taat kepada Allah SWT.
Kalam Syeikhuna Wamurobbina Saiyidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala.
Maka demikianlah ketaatan itu, sebahagiannya;
# Kerana takutkan azab siksaan neraka Allah
# Kerana inginkan fadhilat, ganjaran pahala dan syurga Allah
# Kerana Allah SWT semata-mata
Maka telah dinyatakan oleh Beliau Hafizahullahu Ta'ala, bahawa;
# Yang taat kerana takutkan balasan azab neraka, itulah iman budak2, kerana budak2 akan berbuat sesuatu perkara kerana takut dirotan atau didenda
# Yang taat kerana inginkan ganjaran pahala, kelebihan fadhilat dan syurga, itulah iman pekerja, kerana pekerja akan berbuat sesuatu perkara kerana inginkan upah, lepas buat sesuatu kerja, mereka dpt upah, gaji dan sebagainya
# Yang taat kerana Allah SWT semata2, inilah iman orang yang sempurna, iman seorang hamba yang ikhlas, hamba tdk berhajat balasan drpd Tuannya, kerana mentaati Allah tanpa mengharapkan apa2 drpd Allah dan tdk memandang ketaatan itu sebagai perkara yg akan menyampaikannya kepada Allah SWT. Sampainya mereka kpd Allah SWT atas iradat Allah SWT dan itu hak Allah semata2.
√ Beramal ibadah tetapi fana dari amal ibadah / tidak memandang kpd amal ibadah.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati guru kami Sayidi Ahmad al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih2Nya yg terpuji, Sheikh Ahmad at Tijani r.a dan Sayidul Wujud Sayidina Rasulillah SAW. Aamiinnn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan