Selasa, 1 Mac 2016

Jaga2

Wahabi itu dilahirkan oleh orang putih. Mereka gunakan seorang ulama bernama Muhammad Abdul Wahab. Kebetulan nampak Muhammad Abdul Wahab menyokong mereka. Muhammad Abdul Wahab ini orang asli Arab. Orang Arab kata Badwi. Kita kata orang asli.
Orang-orang Badwi diberi senjata oleh penjajah Inggeris untuk menjatuhkan kerajaan Othmaniah. Masa itu kerajaan Othmaniah menguasai Mekkah dan Madinah. Nampaklah orang putih itu bermusuh dengan kerajaan Othmaniah.

Maka untuk jatuhkan kerajaan Othmaniah, mereka  mendidik orang-orang Badwi main senjata. Orang putih bijak. Supaya orang tidak nampak mereka itu kejam maka mereka lakukan seolah-olah penentangan itu bukan dari mereka. Direkakan satu kumpulan Islam sendiri untuk menentang iaitu kelompok muda atau kelompok baru untuk menjatuhkan kerajaan Othmaniah. Tokohnya ialah Muhammad Abdul Wahab. Mereka mengatakan Abdul Wahab ini mujaddid. 

Orang putih faham kekuatan umat Islam itu kerana dia fanatik dengan Rasulullah. Kerana dia selalu ingat Rasulullah dan hatinya berpaut dengan Rasulullah. Ini kekuatan. Dari Rasulullah pergi kepada Allah. Maka mereka memikirkan bagaimana hendak buang kekuatan ini.
Jadi maka diciptalah ajaran baru yang menganggap siapa yang menyambut hari lahir Rasulullah, itu bidaah. Bidaah dhalalah. Sesat. Dia hendak tanggalkan kasih sayang umat Islam terhadap Rasulullah. Supaya orang nampak Muhammad Abdul Wahab. Ini memang ditaja oleh orang putih.
Ini satu strategi yang sangat bijak yang mana mereka  boleh campur tangan dalam ajaran agama Islam. Yang menerima itu adalah orang-orang Badwi yang tidak ada ilmu dan hanya tentang kambing, unta mereka sahaja. Bila dengar Muhammad Abdul Wahhab itu tokoh besar dan mujaddid, mereka lupa Rasulullah. Hati terpaku dengan Muhammad Abdul Wahhab. Ini memang kejayaan besar tajaan orang putih. 

Apa yang berlaku di Saudi seratus tahun yang lalu ialah orang putih menawan negara itu dari kerajaan Islam Othmaniah yang berkuasa di sana. Mereka telah menggunakan taktik memberikan senjata kepada orang Badwi dan dilatihlah. Bila orang Badwi itu sudah pandai main senjata, orang Putih tampilkan ketua mereka iaitu Muhammad Abdul Wahhab. Maka  digelarkan mujaddid pula. Seronoklah orang-rang Badwi yang kalau di malaysia ini ibarat orang-orang Asli itu, sebab ketua mereka mujadid rupanya. Ertinya keturunan Raja di Saudia hari ini adalah dari keturunan orang Asli Arab yang sebenarnya bukan dari keturunan Raja. Dilantik oleh orang Inggeris yang hendak menjatuhkan kerajaan Islam Othmaniah. 

Lihat bagaimana orang putih menaja satu mazhab. Dengan diberi satu kelompok itu, kekuatan. Ajaran itu tidak akan kuat kalau tidak dikuatkuasakan. Kalau hanya ada kefahaman sahaja tetapi tidak ada kuasa dan dikuatkuasakan, tidak ada negara, tidak ada pemerintah, siapa hendak mengamal ajaran itu. Musuh Islam itu bijak. Mereka tahu, untuk dihalang tidak boleh. Jangka panjang,  penjajah akan pulang juga maka sebelum mereka balik, mereka letak racun dahulu untuk merosakkan agama Islam.

Ditajanya satu ajaran, dengan ditonjolkan seorang ulama waktu itu dan digembar-gemburkan bahawa orang itu adalah mujadid. Orang putih faham ini ajaran yang mereka reka itu tidak kuat kalau tidak diberi kuasa. Maka mereka pun carilah Badwi-badwi, beri senjata, latih berperang, minta mereka membesarkan Muhammad Abdul Wahhab. Orang Badwi itu bukan faham apa-apa. Bila orang putih tonjolkan seseorang, maka dia dipandang besar lah. 

Salah satu kekuatan umat Islam hilang apabila ajaran wahabi ini dikuatkuasakan. Mereka menghilangkan Rasulullah, agar jangan disebut lagi.
Padahal bila sebut Islam, orang faham otomatik nampak Rasulullah, sebab Allah beri Islam itu kepada Rasulullah. Itu dari segi psykologi. Tapi kalau lama-lama dibuat, yakni melupakan Rasulullah, ertinya orang tidak tahu Islam ini diberi pada siapa. Jadi ditarik satu kekuatan. Kalau ada Maulidur Rasul, orang teringat-ingat balik kepada Rasulullah.
Bila itu dihapuskan, orang langsung tidak ada sebab, tidak ada kesempatan untuk teringat kepada Rasulullah. Kalau ada Maulidur Rasul, paling tidak, sesekali teringat balik. Padahal itu pun tidak cukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan