Jumaat, 18 Mac 2016

KEWAJIPAN BERSUHBAH

اللَّهُــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَى سيِّــــــــدِنَا محمدٍ الفاتِـــــــــحِ لِمَا أُغْلِــــــــــــــقَ والخَـاتِــــــــــــــــمِ لِمَا سَبَــــــــــقَ، نَاصِـــــــــرِ الحَقِّ بالحـــــــــــــــــقِّ، والهـــــــــــــــــادِي إلى صِرَاطِـــــــــكَ الْمُسْتَقِيـــــــــــــــــــمِ، وَعَلَى آلِهِ حـــــــــقَّ قَدْرِهِ ومِقْــــــــــــدَارِهِ العَظِيــــــــــــــمِ.

........
#Kewajipan bersuhbah dengan murabbi
#izin khas

Bahawasanya seorang salik tidak akan sampai ke hadrah Allah SAW hadrah sifatNya dan hadrah asma’Nya melainkan melalui izin khas dari ahlinya…
walaupun  terhimpun pada diri seorang salik itu segala ilmu ilmu orang terdahulu dan orang terkemudian..
sesungguhnya para sahabat dinamakan sahabat kerana mereka itu bersuhbah dengan Rasulullah SAW :
sebab itulah dinamakan para sahabat  Rasulullah SAW dengan nama sahabat,dan tidak dipernamakan dengan mujahidin,ahli zikir, kaki solat..dan lainnya….
tidaklah mereka memperolehi sesuatu yang berharga melainkan dengan sabab mereka ini bersahabat dengan Rasulullah SAW
telah bertanya salah seorang daripada kalangan sahabat Rasulullah kepada Baginda  ,yaitu tatkala Baginda SAW hampir wafat :

" مَنْ نَصْحَب مِنْ بَعْدِكَ يَا رَسُولَ اللهِ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تُذَكِّرُكُمْ فِي اللهِ رُؤْيَتُهُ وَيَزِيدُ فِي عِلْمِكُمْ مَنْطِقُهُ وَيُرَغِّبُكُمْ إِلَى الآخِرَةِ عَمَلُهُ "

ertinya:
setelah kewafatan kamu..,kami akan bersahabat dengan siapa wahai Rasulullah   …!!
Lalu Baginda menjawab:
“ bersahabatlah kamu dengan orang yang mengingatkan kamu kepada Allah Y apabila kamu melihatnya,
…dan menambahkan  ilmu kepada kamu,nisbah tutur kata kebaikan,
… juga ia dapat memberi rangsangan kepada kamu dalam melakukan amalan  untuk akhirat….”
Lihatlah……!!!... Wahai  hamba hamba Allah…….!! 
Sebaik baik hamba Allah Y di atas muka bumi, setelah para nabi nabi adalah para sahabat…
Mengapakah mereka ini adalah  sebaik-baik manusia setelah para Nabi…???
kerana mereka telah bersahabat dengan penghulu nabi nabi,dan pemimipin orang orang  pilihan …,Mereka ini…, berterusan bertanya  kepentingan bersuhbah  kepada Rasulullah  ,
kerana itulah, antara perkara yang terakhir yang diminta oleh Rasulullah   kepada para sahabatnya,iaitu dalam wasiatnya kepada para sahabat, adalah dengan wasiat : bersahabat dengan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar  …
sabda Rasulullah :
" إِقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ "
Ertinya :
Ikutlah kamu dengan kedua-dua orang ..selepasku ,iaitu  Abu Bakar  dan Umar….
Petunjuk dan  isyarat yang kita dapat dari perkataan yang lalu ialah , bahawa agama islam itu itu tidak boleh diperolehi secara hakikat yang sebenar melainkan melalui persahabatan yang  khususi daripada ahlinya..
Sabda Rasulullah :

" أَلاَ إِنَّ القُلُوبَ تَتَلاَقَحُ كَمَا يَتَلاَقَحُ الذَّكَرُ وَالأُنْثَى "
“Ertinya:
adakah kamu tidak tahu? Bahawasanya  hati hati itu saling bercampur aduk seperti bercampur aduknya lelaki dan perempuan..”
Sabda Rasulullah SAW :

" الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ "

Ertinya:
“ seorang lelaki itu ,mengikut agama kawannya, lihatlah  salah seorang daripada kamu ,siapakah yang ia hendak jadikannya  kawan….
Berkata lmam Assaahili RA di dalam kitab Bughyatus salik :

" أنَّ مَنْ رَامَ الوُصولَ إلى حضرةِ الله بِنفسِهِ مِنْ غيرِ إسْتِصْحَابِ شيخٍ مُرشِدٍ وارثٍ كاملٍ قدْ رَامَ المُحالَ ولوْ جَمَعَ جميعَ العُلومِ وصَحِبَ جميع الطَّوائفِ "

Ertinya :
Barang siapa yang  bercita-cita untuk sampai ke dalam hadrah AllahY dengan sendirinya,tanpa bersuhbah dengan mana-mana syeikh –syeikh yang mursyid,yang waris lagi  kaamil…
Sesungguhnya ia bercita-cita kepada sesuatu yang mustahil untuk di perolehi akannya…,dan jikalau ia menghimpunkan pada dirinya segala ilmu-ilmu danjuga  jikalau ia bersuhbah dengan semua kumpulan yang ada…

..........
jenis wali 4 :
syuhudul mumasalah:
Yaitu menyaksikan diri auliya itu ada persamaan dengan dirinya..
Itulah halangan yang sangat besar bagi seorang hamba terhadap wali wali Allah
seperti mana terhalangnya orang orang terdahulu daripada mengenali Nabi-Nabi terdahulu..
Seperti mana  yang disebut dalam Alquran:

" مَا هَذَا إِلاَّ بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُونَ وَلَئِنْ أَطَعْتُمْ بَشَرًا مِثْلَكُمْ إِنَّكُمْ إِذًا لَخَاسِرُونَ "
Ertinya:
Tidaklah ia(diri Rasulullah ) melainkan manusia biasa seperti kamu,ia makan seperti mana kamu makan,dan ia minum seperti mana kamu minum, dan jikalau kamu mentaati seseorang yang seperti kamu,nescaya kamu termasuk daripada kalangan orang-orang yang  rugi…
Dan firman Allah SWT :

" وَقَالُوا مَا لِهَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الأَسْوَاقِ "

Ertinya:
Mereka itu(orang2 kafir) berkata:  
"apakah  keistimewaan yang ada bagi Rasul ini? Memakan makanan,dan berjalan di pasar-pasar…."
Dengan sebab inilah orang kafir mempernamakan sayyidul wujud dengan nama “yatim Abi Tolib”  , 
..dan dengan panggilan “Ibnu Abi Kabsyah(seorang lelaki yang tinggal berseorangan ,jauh daripada kalangan arab Quraisy(kafir2),
menjauhkan diri daripada mereka dan penyembahan mereka)
dan juga ibnu Abi zu’aib..(nama kepada bapa Sayyidah Halimah Sa’diyah,ibu susu Rasulullah SAW  )
Disebut dalam kitab hikam Atoi’illah assakandari:

" إذا أرادَ اللهُ أنْ يُعرِّفَكَ بِوَلِيٍّ مِنْ أوليائِه طوَى عنْك بَشَرِيَّتَهُ وأشْهدَكَ وُجودَ خُصُوصِيَّتِهِ "

Ertinya :
“apabila Allah SAW hendak memperkenalkan kepada kamu seorang wali daripada kalangan auliyanya,maka ia akan memejamkan mata engkau daripada melihat sifat kemanusian yang ada pada diri seorang wali itu, dan memperlihatkan  keistimewaan khusus yang wujud  pada diri wali itu…”

Sidna Bakri

..........
Dan Awliyalillah itu tetap akan wujud pada setiap zaman kerana merekalah penerima warasah kenabian yg akan meneruskan memikul amanah dan tanggungjawab kerja2 kenabian. Berharaplah dan berdoalah utk menjadi org2 yg diberi nikmat utk berdamping dgn Awliyalillah, kerana sesungguhnya inilah sebesar besar nikmat bagi orang orang yg beruntung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan