Oleh: al imam al allamah syeikh ibrahim salleh , mufti nigeria
Terjemahan oleh: lajnah dakwah dan penerangan tarikat tijani malaysia.
"حقيقة الطريقة التجانية"
Hakikat Tarekat Tijani
إن الطريقة التجانية؛ طريقة مولانا الشيخ أحمد بن محمد التجاني، رضى الله عنه، طريقة علم، ومعرفة، وعمل، وإخلاص، وكل المتمسكين بها من أجلة العلماء الذين هم المرجع فى الإسلام وعلومه لمسلمي بلادهم . Sesungguhnya Tarekat Tijani yang merupakan tarekat guru kami Al-Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Tijaniyy r.a. adalah tarekat ilmu, pengetahuan, amal, keikhlasan. Dan kesemua pengamal tarekat ini adalah dari kalangan ulamak agung yang menjadi rujukan dalam agama Islam dan ilmu-ilmunya bagi masyarakat Islam di negara masing-masing.
وهذه الطريقة عبارة عن الوردين، والوظيفة، وذكر الجمعة، وما عدا هذا مما اشتملت عليه كتبها فهو من التصوف، وليس بداخل فى مسمى الطريقة. وهذا منقول عن جميع أئمة هذه الطريقة الشريفة بلا إستثناء .
Tarekat ini terdiri daripada dua wirid, satu tugasan, dan zikir pada hari Jumaat. Apa-apa yang lain dari itu, iaitu apa yang terkandung di dalam buku-buku tarekat ini, maka ianya adalah daripada tasauf, dan tidak termasuk dalam ertikata tarekat. Hal ini dinukilkan daripada semua tokoh Tarekat Tijani, tanpa ada pengecualian pun.
فقد قال القطب الرباني، العارف الصمداني، مولانا الفقيه المحدث الأصولي الصوفي الجامع مولانا الشيخ أحمد بن العياشي سكيرج رضى الله عنه كلاما:" إن سيدنا رضي الله عنه قد تحقق بأنه سيقع الكذب عليه من المختلقين الشاكين فى تصديق أهل الله، المكذبين لهم والكذابين فى حق أمثاله، فتبرأ مما سينسبونه إليه من كل ما ينافي الشرع فقال:"إذا سمعتم عني شيئا فزنوه بميزان الشرع، فما وافق فخذوه وما لم يوافقه فاطرحوه "
. Seorang Qutb Rabbani, Al-‘Arif Al-Şamadani, guru kami Al-Faqih Al-Muhaddis Al-Uṣuliyy Al-Sufiyy Al-Jami’ Al-Syeikh Ahmad Bin Al-‘Iyasyi Sukairaj r.a. berkata “Sesungguhnya ketua kami r.a. sedar akan berlaku pendustaan terhadapnya dari golongan yang suka mereka-reka cerita, ragu-ragu untuk membenarkan wali-wali Allah, mendustai mereka dan orang-orang yang seumpama mereka. Lalu beliau nafikan setiap tuduhan yang bercanggah dengan syarak yang akan mereka sandarkan kepadanya “Apabila kamu dengari dariku sesuatu perkara, maka timbangilah ia dengan neraca syarak, apa yang menepati (syariat) ambillah ia, apa yang tidak menepati (syariat) buanglah ia”
وإذا تقرر لديك هذا أيها المنصف، كنت معتقداً، أو منتقداً فلا شك أنك لا تقبل الترهات المنسوبة لهذا السيد الجليل المصرح بالتبرىْ منها سواء تحقق لديك إنها متقولة عليه، أو منقولة عنه؛ نقلها عنه أحبابه، أو أعداؤه، ذكرت فى كتب المؤلفين فى طريقته، أو غيرهم، أو شاعت وذاعت بين أصحابه، أو غيرهم فهو متبرىء من جميع ذلك. ويكفي فى تبرئته سلوكه على الجادة، والتبري مما يخالف الشرع قولا، وفعلا، وحالا". "إنتهى باختصار" .
Apabila perkara ini telah anda fahami-wahai penilai yang adil- sama ada anda percaya atau pengkritik maka tidak ragu lagi anda tidak akan menerima perkara-perkara palsu yang disandarkan kepada guru agung yang terang-terangan telah menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam perkara-perkara tersebut sama ada anda pasti ianya cerita yang direka-reka ke atas beliau atau ianya kisah yang dinukilkan daripada beliau. Hal ini sama ada dinukilkan oleh orang-orang yang dekat dengan beliau atau pun musuh-musuhnya, disebut di dalam buku-buku penulis Tarekat Tijani atau pun penulis-penulis lain, sama ada perkara tersebut tersebar luas di kalangan sahabat handainya atau pun orang lain. Beliau bersih daripada semua itu. Cukuplah untuk membuktikan perkara tersebut perihal beliau melalui jalan tarekat dan perakuan beliau bahawa beliau tidak terlibat dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak sama ada dari segi kata-kata, perbuatan atau pun keadaan. Dinukilkan dengan sedikit ringkasan.
ثم قال:" لو بين المقدمون فى الطريقة لإخوانهم المتمسكين بحبلها، والمريدين للدخول أن ما زاد على الذكر اللازم فيها من ورد، ووظيفة، وذكر جمعة، غير لازم للمريد ذكره، ولا إعتقاده لخفت وطأة الإنكار على طريقتهم المحمدية، ولا فرح المبغضون بما يقفون عليه مما مد لسانهم فى الانتقاد على أهلها " إنتهى.ص 5-6 " جناية المنتسب.
Kemudian beliau berkata, “Kalaulah orang-orang terdahulu di dalam tarekat menjelaskan kepada saudara-saudara mereka yang berpegang teguh dengan tali tarekat ini dan orang-orang yang ingin memasuki tarekat, bahawasanya apa-apa tambahan ke atas zikir-zikir yang biasa dalam tarekat tersebut yang terdiri daripada wirid, wazifah, dan zikir pada hari jumaat, tidak menjadi kemestian bagi orang yang ingin melalui jalan tarekat ini menyebut dan mempercayainya, maka akan kuranglah sedikit penyangkalan dan penafian terhadap tarekat mereka yang datangnya daripada Nabi Muhammad SAW ini,
فإذا عرفت هذا، فإن كل ما يقوله فيه المعتدون أنه عقيدة للتجانيين، تارة ينسبون التجانيين إلى الباطنية، أو إلى الشيعة الإمامية، وأخرى يجهرون بكلمة الكفر فى حقهم، وعمدتهم فى جميع هذه التهم النصارى، أو المستشرقون، أو ما شاع فى الكتب المنسوبة إليها مما ليس عليه العمل، كما قال الإمام المحدث ألفا هاشم، وإليه أقول: كل ما يقوله فيه هؤلاء باطل وزور تمليه عليهم العمالة، والتبعية بالإضافة إلى فقدهم لنور الإيمان. Apabila anda telah tahu tentang perkara ini, maka sesungguhnya setiap apa jua tohmahan yang dilemparkan golongan pelampau, bahawa perkara-perkara tersebut merupakan akidah pengamal Tarekat Tijani, terkadang golongan pelampau tersebut menuduh pengamal Tarekat Tijani ini datangnya daripada aliran Batinisme atau daripada Syiah Imamiyyah, dan terkadang mereka dengan lantang mengkafirkan pengamal tarekat ini, tulang belakang mereka dalam kesemua tohmahan dan tuduhan ini ialah Nasrani, atau orientalis, atau pandangan-pandangan yang diterbitkan di dalam buku-buku mereka, sedangkan ianya tidak realistik dari segi pengamalan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Imam Al-Muhaddis Alfa Hasyim, seterusnya saya ingin menegaskan bahawa setiap tuduhan yang mereka lemparkan itu adalah palsu dan bohong, yang didasari oleh pengkhianatan dan ikut-ikutan, di samping mereka sendiri telah kehilangan cahaya keimanan.
قال مولانا الشيخ أحمد سكيرج أيضا: فى كتاب "طرق المنفعة" : "المقصد الثانى: فى التنبيه على أن المريد لا تلزمه متابعة الشيخ فى جميع أفعاله، وأقواله، وأحواله، إلا إذا أمره بذلك: لم يبلغنا عن شيخنا القطب التجاني رضى الله عنه، أنه أمر أصحابه والآخذين عنه أن يقتدوا به فى أقواله، وأفعاله، وسائر أحواله، أو بالخروج عن المذهب الذى تقلدوه من بين المذاهب الأربعة، والعقائد السنية بل الثابت عندنا أن الفضل المقرر فيها بفضل الله طبق ما وعده به الرسول عليه السلام، يناله كل من أذنه فى تلاوة أذكارها من ورد، ووظيفة، وذكر جمعة، بشروط ذلك لا غير. فإن هذه الطريقة مبناها على القيام بأذكارها اللازمة المذكورة بعد المحافظة التامةعلى إمتثال الأوامر، وإجتناب النواهي بقدر ما فى الإمكان فى السر والإعلان، وملاك الخير كله فى أداء الصلوات المفروضة فى غاية الإتقان، لجميع شروطها والإهتمام بها فى سائر الأحيان، ثم ما زاد فهو فضل بقدر إتباعه فى مجاهدته فى العبادة، وإخلاص النية، وتطهير الطوية، والصدق فى معاملة الحق والخلق، والتخلي عن كل مذموم والتحلي بكل محمود إلى غير ذلك مما كان يوصي به أصحابه حتى لا يكونوا من الآمنين لمكر الله. فإن التأدب مع الحق تعالى من المريد يكون على قدر إقتباس أنواره من مشكاة الاقتداء به.
Guru kami, Al-Syeikh Ahmad Sukairaj juga berkata di dalam bukunya yang berjudul “Jalan-Jalan Manfaat” : ‘Tujuan Kedua : Memberi peringatan bahawa seseorang yang ingin menuju kepada keredaan Allah adalah tidak diwajibkan mengikuti gurunya dari semua segi ; perbuatan, kata-kata, dan keadaannya, melainkan apabila dia disuruh oleh gurunya untuk berbuat demikian, dan tidak pernah sekalipun sampai ke pengetahuan kami bahawa guru kami Al-Syeikh Al-Qutb Ahmad Al-Tijaniyy r.a. mengarahkan sahabat-sahabat dan penerima-penerima tarekat daripadanya agar mengikutinya dari semua sudut ; perbuatan, kata-kata, dan keadaannya, ataupun keluar dari salah satu mazhab yang mereka ikuti daripada mazhab-mazhab empat, atau daripada akidah-akidah sunniyyah. Bahkan yang pasti bagi kami ialah kelebihan yang ditetapkan di dalam Tarekat Tijani adalah sebagaimana kelebihan yang ditetapkan oleh Allah, selaras dengan apa yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Kelebihan ini akan diperoleh oleh setiap individu yang diberikan keizinan oleh Baginda untuk membaca zikir-zikirnya yang terdiri daripada wirid, wazifah, dan zikir hari Jumaat, dengan syarat-syarat yang telah dijelaskan. Sesungguhnya tarekat ini asasnya ialah melaksanakan zikir-zikir yang lazim seperti yang tersebut, itupun sesudah sesempurna mungkin menjunjung perintah melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang sekadar yang mampu, dalam keadaan terang-terangan ataupun sebaliknya. Kebaikan yang utama adalah melaksanakan solat-solat fardu dengan menyempurnakan sehabis mungkin syarat-syaratnya, dan menitikberatkannya dalam kesemua keadaan. Kemudian, tambahan-tambahan lain itu merupakan kelebihan mengikut kadar ikutannya dalam kesungguhan melaksanakan ibadah, mengikhlaskan niat, menyucikan hati nurani, bersikap jujur dalam berurusan dengan Al-Haq dan makhluk, menjauhi setiap sifat yang dikeji, dan bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji, serta perkara-perkara lain lagi yang dinasihatkan oleh Al-Syeikh kepada sahabat-sahabatnya, agar mereka tidak terasa selamat daripada terpedaya dengan ujian Allah. Sesungguhnya sikap beradab seseorang murid terhadap Al-Haq Allah Ta’ala diperoleh melalui sebanyak mana dia mengambil nur-nur Ilahi dari lantera ikutannya.
وقد قال الشيخ سيدي علي الخواص رضي الله عنه: "من زعم إنه يتأدب مع الله تعالى، بلا واسطة شيخه، أو رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقد أساء الأدب، ثم لا يتم ذلك له، أو لا يستمر على الدوام معه بخلاف الأدب مع الله تعالى، مع شهود الوسائط فإنه يدوم". أهـ.
Sesungguhnya Al-Syeikh Ali Al-Khawwas r.a. telah berkata “Sesiapa yang menyangka dia telahpun beradab dengan Allah Ta’ala tanpa perantaraan gurunya, atau Rasulullah SAW, maka dia telah mengamalkan adab yang buruk, adab tersebut tidak akan sempurna baginya, atau tidak akan berterusan kekal bersamanya, berlainan dengan adab terhadap Allah Ta’ala di samping adanya perantara-perantara, maka sesungguhnya ia kekal”.
وذلك مما يدل على محبة المريد لشيخه التي هى المغناطيس الجاذب لترقي المراتب، وفيه من احترام الشيخ ما يقضي عليه بإمداده بالمدد الأوفر، سيما وحرمة الشيخ من حرمات الله. قال الحاتمي قدس سره : ما حرمة الشيخ إلا حرمة الله فقم بها أدبا لله بالله
Ia merupakan antara perkara yang menunjukkann kasih sayang seorang murid kepada gurunya, bagaikan magnet yang menarik kenaikan martabat. Ia juga menjadi lambang penghormatan kepada gurunya ; sesuatu yang menyebabkannya membantu gurunya dengan bantuan yang terbaik, lebih-lebih lagi kehormatan guru merupakan antara kehormatan-kehormatan Allah. Al-Hatimiyy –moga Allah menyucikan batinnya- berkata : Tidaklah kehormatan guru melainkan ianya kehormatan Allah # Maka hormatilah guru kerana menghormati Allah
ولهذا يتعين القطع بما صح عن الشيخ، أو الولي على المريد ليتمكن بصدقه فى مقام التصديق ثم إنه لا ينقطع المريد عن طريقته إلا بنقض العهد الذي به يؤذن له فى أذكارها اللازمة بأخذه عليه مشافهة بالتلقي عنه، أو بواسطة المقدم الذى قدمه مقدمه بالإذن المقيد، أو المطلق فيها، ولا ينقطع عنه مددها إلا بذلك وربما طرأ ناقض في الحين مثل الردة. نسأل الله السلامة والعافية فى الدنيا والدين.
Oleh kerana faktor ini, maka mestilah berqat’ie dengan sesuatu yang pasti datangnya daripada syeikh, atau wali kepada murid, agar dia mampu berada pada maqam tasdik dengan sidiqnya. Seterusnya seseorang murid itu tidak akan terputus daripada tarekatnya, melainkan dengan membatalkan janji yang mengizinkannya untuk melaksanakan zikir-zikir lazim yang diterimanya melalui musyafahah secara talakki, atau melalui muqaddam yang menerimanya daripada muqaddamnya (yang terdahulu) dengan izin muqayyad atau mutlak. Tidak akan terputus juga bantuan madad tarekat tersebut daripadanya melainkan dengan cara yang sama tadi. Atau mungkin juga disebabkan oleh terbatal imannya, seperti murtad. Kita pohon dari Allah keselamatan dan kesihatan di dunia dan akhirat.
وهناك أمور تفضي بالمريد للإنقطاع إن صدر منه شىء منها وقد بينت فى كتب الطريقة فليراجعها من أراد الإطلاع عليها فيها، وحسبنا الله ونعم الوكيل.
Di sana terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seseorang murid itu terputus daripada tarekat sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara-perkara tersebut. Ia telah dinyatakan di dalam buku-buku tarekat, maka sesiapa yang ingin mengetahuinya, rujuklah buku-buku tersebut. Cukuplah Allah sahaja bagi kami dan Dialah sebaik-baik wakil.
قلت : وهذه الشروط التى أشار إليها الشيخ سكيرج، على أنها تقطع المريد عن الطريقة ثلاثة فقط. :- أولها : الترك بعد الأخذ تركا كليا. ثانيها : جمعها مع طريقة أخرى. ثالثها : زيارة الأولياء زيارة استمداد.
Aku berkata : Perkara-perkara yang boleh memutuskan seseorang murid daripada tarekat sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Sikaraj ada tiga sahaja : Pertama : Meninggalkannya secara total setelah ia diambil Kedua : Menggabungkannya dengan tarekat lain Ketiga : Menziarahi auliya’ lain secara istimdad (untuk dijadikan sebagai sumber)
وهذه الشروط لا تعلق لها أبدا بما جاء فى تلك الكتب والمؤلفات باسم الطريقة، مع علمنا بأن هذه الكتب كتب علمية يستفيد منها من أراد ما شاء، وليس لأحد أن يرتب منها عقائد وينسبها إلى التجانيين، إلا إذا حمل ما فيها على الوجه الذى يحملها عليه أهل هذه الطريقة ممن عرفوها معرفة حقيقية، وإلا كان الكاتب كذابا، مدلسا، ظالما، وما يرمي به أصحابها من تكفير يرجع بلا شك عليه.
Syarat-syarat ini tiada kaitan selama-lamanya dengan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab atau penulisan dengan nama tarekat ini di samping kita mengakui bahawa kitab-kitab tersebut adalah kitab-kitab ilmiah yang bermanfaat bagi sesiapa sahaja yang mahukan sesuatu. Mana-mana individu sesekali tidak boleh mengeluarkan beberapa kepercayaan, lalu menyandarkannya kepada ahli tarekat Tijani, melainkan sekiranya ditafsirkan isi kandungannya seperti mana yang difahami oleh ahli tarekat Tijani itu sendiri yang arif (perihal tarekat yang diamalkan). Sekiranya tidak demikian, maka penulis itu adalah pendusta, menyembunyikan fakta, zalim. Segala tuduhan kufur daripada penulis akan kembali semula kapadanya tanpa keraguan.
فإذا عرفت حقيقة الطريقة التجانية وأنها الثلاثة الأذكار فقط، فلا عبرة بما يقوله الأدعياء الجاهلون من نسبة كل خيال، أو ضلال تسوله لهم نفوسهم المريضة بأنه من الطريقة فليس من الطريقة إلا ما يؤخذ العهد به من هذه الأوراد المعروفة التي سبقت الإشارة إليها.
Apabila anda telah mengetahui hakikat sebenar tarekat Tijani, dan ia terdiri daripada tiga zikir sahaja, maka tidak perlu lagi menghiraukan kata-kata para pendakwa yang jahil, dengan menisbahkan setiap khayalan ataupun kesesatan yang didorong oleh nafsu mereka yang sakit bahawa ianya adalah sebahagian daripada ajaran tarekat. Walhal bukanlah termasuk dalam tarekat melainkan sesuatu yang diambil secara perjanjian yang terdiri daripada wirid-wirid yang dikenali ramai sebagaimana yang telah dijelaskan.
ولتوضيح هذا الموضوع نسوق إليك رسالة كتبها شيخ الإسلام مولانا الشيخ إبراهيم ابن الحاج عبد الله انياس ، إجابة لبعض أسئلة المنتقدين ، هى سوف تكشف حقيقة هذه الطريقة ومدى صلتها بالكتاب والسنة ، وهي كما فى كتاب (مطرب السامعين والناظرين) وهذا الكتاب ناوله شيخ الإسلام، وسعادة الأنام ، مولانا الشيخ الحاج إبراهيم بن الحاج عبد الله الكولخي، رضي الله عنه ، وكتب إجازته الكاملة الشاملة فى الطريقة والحقيقة والشريعة لهذا العبد الفقير عليه ، ومنه أنقل هذه الرسالة :-
Bagi menjelaskan permasalahan ini, kami bawakan kepada anda sebuah risalah yang ditulis oleh guru kami Syeikh Al-Islam Al-Syeikh Ibrahim Ibnu Al-Hajj Abdullah Inyas sebagai jawapan terhadap sebahagian soalan daripada para pengkritik. Risalah ini akan mendedahkan hakikat tarekat ini, dan sejauh mana hubungannya dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagaimana yang terdapat di dalam buku “Pelunak bagi Para Pendengar dan Penyedap bagi Para Pemandang”. Buku ini ditulis oleh Syeikh Al-Islam Sa’adah Al-Anam, Al-Syeikh Al-Hajj Ibrahim Ibn Al-Hajj Abdullah Al-Kulakhiyy r.a. Beliau juga mencatatkan ijazahnya dalam tarekat, hakikat dan syariat dengan lengkap dan sempurna. Daripadanya jugalah saya nukilkan risalah ini :-
لحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أفضل المرسلين، وآله وصحابته، والتابعين، وتابعيهم بإحسان إلى يوم الدين {قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ} [يوسف: 108]. وبعد: فإن طريقة الشيخ أحمد بن محمد التجاني رضى الله عنه ، التي لقنها أصحابه الميامين ، ونشروها فى العالمين ، وأيد الله بها الإسلام في أقطار عدة هي الأذكار الثلاثة : الإستغفار ، والصلاة على النبى صلى الله عليه وسلم بأى صيغة ، ولا إله إلا الله ، وقد أشبعنا الكلام فيها وفى التصوف بوجه عام في غير ما كتاب ولمن شاء أن يراجع تذييل كتابنا ( كاشف الإلباس عن فيضة الختم التجاني أبي العباس ) ففيه مباحث علمية فى الموضوع ، وهي من فضل الله علينا وعلى الناس.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas sebaik-baik rasul, ahli keluarga dan sahabatnya, tabi’in dan mereka yang mengikutinya dengan baik, sehingga ke Hari Pembalasan. Firman Allah “Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang musyrik”. (Surah Yusuf : 108 ) Sesungguhnya tarekat Al-Syeikh Ahmad Bin Muhammad Al-Tijaniyy r.a. yang diajarkan oleh sahabat-sahabatnya yang beroleh keberkatan, lalu mereka sebarkannya ke seluruh dunia, kemudia Allah menegakkan Islam dengannya di beberapa negara, hanyalah terdiri daripada 3 zikir iaitu Istighfar, Selawat ke atas Nabi SAW dengan apa bentuk sekalipun, dan mengucapkan “La ilaha illallah”. Kami telah membicarakannya secara panjang lebar tentangnya dan tentang tasauf secara umumnya. Bagi sesiapa yang inginkan penjelasan, maka bolehlah merujuk lampiran buku kami yang berjudul “Penyingkap Keraguan Mengenai Faidhatul Khatam at-Tijani Abi al-‘Abbas”. Di dalamnya terdapat perbahasan-perbahasan ilmiah dalam sesuatu tajuk. Ia juga merupakan kurniaan Allah ke atas kami dan umat manusia seluruhnya.
وقد عرف بهذه الطريقة أحد أكابر رجالها، وهو شيخ الإسلام بالقطر التونسي سيدي إبراهيم بن عبد القادر الرياحي، المتوفى فى سنة 1266 هـ تعريفا موجزا فيه الغنية والكفاية ، وأنا أنقل جواهر حروفه من خط يده مباشرة من صورة شمسية لإجازة كتبها الشيخ الرياحي عام 1344هـ للشيخ أبي العباس أحمد ابن الشيخ سيدي الطاهر الطليفي، أفادني بها علامة تونس، ومفتيها فضيلة الشيخ محمد فاضل ابن عاشور، أطال الله بقاءه آمين.
Salah seorang daripada tokoh-tokoh tarekat ini telah membuat pengenalan ringkas dan padat tentang tarekat ini. Beliau adalah Syeikh Al-Islam di belah Tunisia Ibrahim Bin Abdul Qadir Al-Rayahi (w 1266H). Saya akan nukilkan tulisan tangannya secara langsung melalui imbasan fotograf ijazah yang ditulis oleh Syeikh ar-Rayahi pada tahun 1344H kepada Al-Syeikh Abi Al-Abbas Ahmad Ibn Al-Syeikh Sayyidi Al-Tohir Al-Tolifiyy. Ijazah itu disampaikan kepada saya oleh ‘Allamah dan Mufti Tunisia, Fadilah Al-Syeikh Muhammad Fadhil Ibn ‘Asyur. Moga Allah memanjangkan umurnya. Amin.
قال الشيخ الرياحي رضى الله عنه : الحمد لله، هذه طريقة شيخنا أبي العباس التجاني رضي الله عنه، يقول بعد الاستعاذة والبسملة: أستغفر الله (مائة مرة). ثم الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم، بأي صيغة لكن بصلاة الفاتح لما أغلق أفضل وأعظم لما فيها من الثواب العظيم وهي: اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق، والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق، والهادي إلى صراطك المستقيم، وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم. (مائه مرة). ثم لاإله إلاالله، (مائه مرة ). هذا تقوله بعد صلاة الصبح، وتقول مثل ذلك بعد صلاة العصر، وذلك قوله تعالى:{بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ}[الأعراف: 205]أ هـ .
Kata Al-Syeikh Al-Rayahi r.a. “Segala puji bagi Allah, tarekat ini merupakan tarekat guru kami, Abi Al-Abbas Al-Tijaniyy r.a., beliau berkata seusai memohon perlindungan dan membaca bismillah “astaghfirullah” 100 kali, kemudian berselawat ke atas nabi SAW dengan apa bentuk sekalipun, tetapi dengan selawat “Al-Fatih lima ughliq” adalah lebih baik dan lebih mulia kerana terkandung pahala yang besar di dalamnya, selawat AlFatih adalah sepertimana berikut :
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق، والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق، والهادي إلى صراطك المستقيم، وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم
Sebanyak 100 kali, kemudian :
لا إله إلاالله
Sebanyak 100 kali.
Ini anda perlu ucapkannya selepas solat Subuh dan Asar. Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala “Di pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang lalai” (Surah Al-A’raf ; 205)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan