Secara hakikatnya tiadalah hamba yang benar2 suci dari gharad (tujuan) pada setiap masa kecuali seorang lelaki jua, sebab khilafah Hakikat Muhammadiah setiap waktu tak berlaku kecuali pada seorang sahaja, maka tidak didapati orang yang menyembah Allah secara hakikat, dan tawajjuh kepada hadrat Allah secara keseluruhannya kecuali seorang lelaki, jadi tidak ada ibadah yang terlebih sampai kepada Allah kecuali tawassul dan taalluq daripada pembesar2 Auliyaa', sehinggakan kesempurnaan yang ada pada Auliyaa', Wazir Qutub, ahli Dewan, ahli Autad, kesempurnaan mereka itu terpantul daripada seorang lelaki iaitu insan Ainul Insan, lihatlah tawassul, rabitah dengan Ahlillah, mendahului orang yang sempurna, buang keakuan, buang nafsu, tiada berpegang kepada hal dan amal kamu, tidak bergembira dengan hal sendiri, itulah alamat wasl (sampai), sampai kepada Allah adalah sampai kepada pembesar2 Auliyaa',
Maka setiap orang yang bergembira dengan amalan dan ibadat, atau tawajjuh, atau warid, atau pemberian Ilahi, atau kasyaf, atau syuhud, maka ketahuilah tidakkan sampai kepada kamu kecuali selepas melalui perantaraan yang agung, yakni hakikatnya apa yang kamu dapat hanyalah pinjaman semata-mata, bukan milik kamu, dan empunya yang sebenarnya adalah insan ainul insan, dia semata-mata manusia yang angkat kewujudan ini, gantian daripada Rasulullah, jadi berhati-hatilah kamu daripada khayalan dan sangkaan kamu sendiri dan ingatlah bahawa hamba sebenar yang menyembah Allah setiap waktu adalah seorang lelaki, zikir kamu, ibadah kamu dan semua itu adalah pinjaman daripada lelaki yang satu itu, adakah seseorang itu berbangga dengan milik orang lain? Tidak kecuali orang jahil.
Maka gharad serta Allah itu adalah sampah iblis, maka setiap yang menyembah Allah dengan gharad itu ketuanya adalah iblis, dan dialah yang pertama memberi contoh kepada ibadah kerana gharad dan habuan, iblis pertama yang mencipta jalan tujuan, meletakkan kepada manusia beramal kerana tujuan sehingga dia menjadi ketua kepada jalannya, maka setiap yang menyembah Allah kerana tujuan maka syeikh murabbi pemimpin memberi madad kepada mereka adalah iblis, Allah beri kepadanya dapat memberi madad kepada kegelapan sepertimana Rasulullah memberi madad kepada hadrat cahaya dan iblis naib kepada Rasulullah pada menyalurkan madad zulmani, kepada ahli kegelapan, maka iblis beribadah beribu2 tahun sehingga menjadi ketua hadrat di zamannya, murabbi malaikat, malaikat ambil dia ketika bayi di bumi ke langit lalu dijaga sehingga menjadi pemimpin malaikat, (36:19) namun dia menyembah Allah untuk tujuan najis asalnya, dia bukan dari Malaul aala, malaikat selepas bunuh jin jan dan bun, dan membuang daerah mereka yang lari, ke penghujung dunia, maka jumpa anak jin yang masih bayi, mereka kesian kepadanya, dan diangkat ke langit dan ditarbiah di hadratul quds, dibesarkan, tetapi masih lagi rindu kepada asalnya secara semulajadi, asalnya bukan Alam Ulwi tapi alam sufli, bukan alam malakut tp alam mulk, bukan alam batin tapi alam zahir, bukan alam qudsi tapi alam mim, kasar, bukan halus tapi kasar, jadi masih kekal padanya benih, kerana asalnya najis, sabda Rasulullah, manusia itu maadin /galian, spt emas dan perak, emas wp terkena najis kekal emas, tapi api arang boleh ke jadi emas? Tak boleh, jadi asal jin adalah galian yg rendah, galian api, sbb itulah selamanya ia berada dalam hadrat tapi asalnya menguasai atasnya, wp beribu tahun beribadah dan menjadi ketua malaikat, gagal dia pada kali pertama diuji, ujian yang betul, ujian kehambaan, adakah dia menyembah Allah kerana Allah, atau beribadah kerana tujuan sendiri, dengan itu bila Allah nak zahirkan apa yang tersembunyi pd iblis, Allah mengujinya dengan ujian batin, bukan zahir, kerana sujud kepada Nabi Adam itu sebenarnya padanya adalah untuk menghinakan diri sendiri, dan buang keakuan, tapi dia tak dapat menerima, maka Allah menguji akannya dengan ujian itu, sebab ujian lain dia berjaya melainkan ujian kehambaan, sebab apa? Kerana ibadatnya dan keberadaannya dalam hadrat dan mengetuai para malaikat adalah kerana gharad dan habuan, masih lg ada keakuan
Iblis masih ada lagi keakuan sendiri (ananiah) sebab itu dia enggan merendahkan diri sendiri kepada Nabi Adam pilihan Allah, dialah yang pertama mengasaskan kepada manusia jalan ini, yg penuh dgn ibadah dan ilmu tapi kerana diri sendiri, bukan kerana tuhan, bukan penuh dengan maksiat tapi ibadah, memenuhi langit dan bumi dengan ibadahnya, dengan kasyafnya, dalam melihat mengetahui semua di alam ini, dari arasy sampai faraj (bidalan sufi arab) semua dalam ilmunya, kasyaf yang kamil, tapi dalam dirinya masih ada benih ikhtiar dan iradat, keakuan, maka bila datang perintah yang betul untuk menghinakan dirinya kerana Allah maka dia enggan, dia kata aku lebih baik daripadanya, Engkau (Allah) menciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari tanah, dia qias bahawa api ni tinggi atas, bumi ni rendah, sampah buang atas bumi, mana boleh api dan saya sujud kepada tanah, lihatlah ratus ribu tahun ibadah, benih keakuan belum mati tapi bertentangan iaitu makin subur, disiram lebih dengan ibadah, sbb itulah kena berhati-hati, bukan semua ibadah kerana Allah, bukan segala ibadah diterima oleh Allah, kadang2 ibadah itu penghalang agung kamu antara Tuhan kamu, sbb itulah contoh, kadang2 ibadah memutuskan kanu dari Tuhan kamu, dan maksiat mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, contoh iblis, ibadahnya ilmunya menjadikan dia imam ahli zolam (kegelapan) dan musuh kepada Allah dan anbiyak, dengan sebab apa? Ilmu dan ibadah, sebab itulah Imam Ghazali sebut dalam Ihya Ulumuddin (minit 43:42), puji ilmu dan cerca ilmu, bab kelebihan2 fadhail ilmu dan bab musibah2 ilmu, mazamul ilmu, celaan ilmu, tetapi maksiat jadi pintu kamu ke hadrat Allah, seperti Adam, Adam memulakan hayatnya dengan "maksiat", Allah menciptakannya dan memasukkannya ke syurga, masih tak buat sesuatu, awal perkara yang dia buat adalah memakan daripada pokok yang dilarang, tak cukup satu hari umurnya di syurga dia telah melanggar perintah, sebenarnya bukan maksiat tapi hikmah Allah, tapi kalau harus kita katakan dia membuka kehidupannya dengan melawani perintah Allah, tapi lihat perkara2 tersebut diqias dan ditimbang dengan natijahnya, natijah ibadah dan ilmu iblis ialah syuhud akan nafsu, lihat diri sendiri, dan natijah "maksiat" Nabi Adam adalah attazallulu, penghinaan diri, dan tohmah diri, jadi lihatlah hasil, kadang2 taat menghasilkan maksiat dan maksiat menghasilkan taat, jadi bagaimana nak membezakan? Itulah jalan Allah, jalan suluk, jalan Ilahi, kadang2 ada guru2 yang sempurna yang mendapat keizinan dari hadrat Allah rawat anak2 murid dengan maksiat, kerana taat menjadikan baginya penyakit, seperti iblis, jadi yang masuk masjid syuhud diri sendiri, tak tahu itulah anugerah Allah, siapakah yang taqdir atas hamba2nya? Allah, siapakah yang mengtaqdirkan atas seseorang dengan maksiat? Allah, hakikatnya tiadalah kebanggaan atas kamu, kedua-dua kamu adalah penzahiran kepada tajalli Ilahi, kamu bawah tajalli, ini tahalli zulmani, ini tajalli nurani, tiadak ada beza antara kedua-duanya, maka bagaimanakah kamu boleh takabbur atas taat kamu, bahkan terbalik, kamu malu, ahli taat kena malu kerana Allah menjadikan kamu sebagai tempat penzahiran tajalli taat dan menguji orang lain dengan tajalli maksiat, sebab itu orang yang masuk, ustaz yang guru, yang bangga dengan ilmunya, itu penzahiran kepada jalan iblis, itu anak murid kepada iblis, bukan anak murid kepada Rasulullah, sebab bergembira dengan amalan sendiri secara hakikatnya dia mengisbatkan amalan kepada dirinya sendiri, seperti dia yang cipta amalan, empunya amalan, ini melawani ketuanan, melawani uluhiyyah, melawani kehambaan sendiri, lihatlah teori relativiti, teori Einstein, tiada sesuatu, kadang2 taat bawa kpd maksiat dan maksiat bawa kepada taat, itulah rasa yang terhasil dari perkara tersebut, taat kamu kalau mewarisi kebanggaan syuhud diri sendiri, gembira dengan amalan, takabbur atas makhluk Allah, itulah maksiat, dan maksiat kamu yabg menghasilkan kehinaan kepada diri sendiri dan malu kepada Tuhan itulah taat, maksiat bukan hanya mewariskan taat tapi rasa zauq malu, malu itu salah satu makam batin, daripada makam2 yang
sangat tinggi, bawa kamu kepada makam batin iaitu malu kepada Allah, maksiat bawa kamu kepada makam malu, dan taat bawa kamu kepada kurang malu, tiada malu dan melawani Tuhan, lihatlah, jadi jalan tujuan ketuanya adalah iblis, tapi bukanlah iblis dengan sendirinya tapi Allah yang jadikannya, Allah beri tanggungjawab kepadanya untuk menyesatkan, maka jadilah dia ketua kesesatan, sebab itulah tatkala maksiat iblis adalah maksiat batin, sukar untuk dirawat, dan sukar untuk taubat kepada Allah kerana maksiatnya adalah maksiat batin padanya melawani akan uluhiyyah, kerana asal dan sebabnya adalah keakuan, dan tiadalah melawani akan Tuhan seperti keakuan, hakikatnya dia memusuhi ananiah Tuhan, sebab itulah Allah humban dia tanpa ada rujuk lagi, adapun maksiat Adam adalah maksiat zahir, bangsa badan, makan, lupa itu pokok terlarang, maka diterima taubat Nabi Adam, oleh itu maksiat yang paling berat dan teruk adalah maksiat batin, kerana padanya melawani ketuanan Tuhan, adapun maksiat zahir padanya melawani pada syariat Allah, bukan ketuhanan, sebab itulah maksiat Nabi Adam boleh dimaafkan, jadi tidak ada maksiat yang lebih besar daripada keakuan, daripada syuhud diri sendiri, itulah yang menjadikan iblis sebagai iblis, dan tujuan adalah sampah iblis, sesiapa yang empunya tujuan, maka dialah sampah iblis. Sesiapa yang nak menjauhkan daripada sampah dan lalat nyamuk mestilah diri mestilah membersihkan badannya daripada bahan2 yang tarik lalat dan nyamuk, membersihkan diri sendiri daripada sampah, selama mana ada sampah maka iblis akan terus ada bersamanya, janganlah berusaha untuk menjauhkan daripada iblis tetapi putuslah bahan yang menariknya iaitu tujuan dan habuan serta Allah, sebagai peringatan gharad tu bukan hanya zulmani sahaja tetapi semua gharad maa Allah, ada iradah dan ikhtiar serta Allah, gharad maksudnya ikhtiar sendiri, selama mana ada ikhtiar selama itulah ada keakuan, selama mana ada keakuan selama itulah menafikan Tuhan (55:22) (Sayyidi dah buat kaedah dlm bahasa melayu), jadi menafikan Tuhan, bila menafikan Tuhan maka mendakwa ketuhanan, jadi lihatlah bahayanya iradat serta Tuhan, membawa akhirnya kepada menafikan ketuhanan, dan menjadikan diri kamu seperti Tuhan, sebab itulaha tarekat kita dinamakan tarekat buang iradat, manakala tarekat sufi lain dengan nama tarekat iradat, kenapa? Kerana mrk membina tarekat mrk untuk menghasilkan tujuan,apakah tujuan dalam tarekat kaum (iradat)? Iaitu sampai kepada pembukaan, adapun jalan kita tak boleh wp gharad nurani spt fath=pembukaan, kerana ia melawani kehambaan, kerana hamba tiada ikhtiar pada dirinya terhadap tuannya, apabila dia memilih utk dirinya secara lisan, atau hal maka dia telah melepasi had kehambaan, dan melawani tuannya pada ketuanannya, sbb itulah kita sentiasa mengulangi perkara ini, Allah menjadikan bagi kita tertib kehambaan di dunia dan tidak membatalkannya sbg pengajaran dan penerangan kepada kita ttg sifat2 hamba, maka hamba ia duduk diam dengan tiada ikhtiar bgnya pd tuannya, apabila ditanya ttg dirinya maka dia akan jawab inilah tuanku, dia pemilik, aku tiada ikhtiar wp dia yg usaha dan bersungguh-sungguh, pertama yg dia akan lakukan ialah menafikan amalannya, tiada keakuan, dia punya org lain, tak nisbah sesuatu kpd diri sendiri, walau amalannya, kalu ada org yg puji kerja kamu hebat hari ini lalu dia jawab astaghfirullah, hamba yang benar malu dari amalannya, bila ada org nisbah satu amalan kepadanya maka dia jawab Astaghfirullah astaghfirullah ini bukan amalan saya, hamba tiada keakuan zat amalan usaha, tiada, semua milik tuan, tapi ahli ibadah ahli ilmu berbangga dengan amalan, nisbah amalan kepada diri sendiri, bangga atas makhluk Allah atas amalannya, lihatlah perbezaan antara keduanya, sebab itulah hamba yang tiada sifat kehambaan dinamakan hamba derhaka, abdun abiq, Allah tak terima amalannya, dalam hadis sebut Sesungguhnya Allah tak menerima amalan perempuan najis dan hamba yang derhaka, fardhu atau sunat, ada hamba tapi hamba derhaka, siapakah kita nak dakwa kehambaan tanpa bukti, lihatlah sifat kehambaan itu malu dari ama
lan, tiada tujuan serta tuannya, adakah hamba kerja dengan tuannya kerana tunggu sesuatu? Itu bukan hamba, itu ambil upah, buruh, barangsiapa buat sesuatu kerana tunggu sesuatu itu bukan hamba, itu buruh, tapi sebenarnya bukan buruh tapi buruk, yang buat sesuatu kerana tujuan, adakah hamba tunggu sesuatu? Adakah hamba tunggu 30hb nak dapat gaji? Tiada, hamba seperti kerusi tiada ikhtiar, kita yg menggerakkannya, ini makhluk yang arif, yang tiada iradat dengan Tuhan, itulah arif, hamba umpama meja ini, siapa yang nak hamba jadilah seperti meja, tiada tadbir, tiada iradat, tiada kehendak, tiada bangga, tiada sentimen, tak bangga dengan guru, tak bangga saya bawa kitab guru, syarat hamba itu tidak syuhud kpd dirinya ان لا يشهد نفسه, yakin bahawa dirinya milik org lain, sehingga sampai kepada fana dr diri sendiri, apabila disabitkan kewujudan kepadanya maka dia terkejut, Astaghfirullah sy hak org lain, cth kalu org puji cantiknya kebun kamu, bila sebut kebun kamu terus dia sebut Astaghfirullah, bukan bukan, ini kebun tuan, takut nak nisbahkan sesuatu kpd dirinya, kerana dia yakin kepada kehambaan, tahqiq kehambaan, berbeza dengan yang mendakwa kehambaan, bila tiada tuannya, bila nisbahkan kebun itu kepadanya maka dia akan jawab ya itu kebun saya, saya yang jaga saya kerja kemas, ini hamba derhaka, gembira bila menisbahkan sesuatu kepadanya, tetapi hamba sebenar, bila dinisbahkan sesuatu kepadanya maka dia akan segera menafikan dgn sebut Astaghfirullah Astaghfirullah, hamba yang derhaka seperti kita bila tiada hudur, tiada muraqabah, tiada ihsan, gembira dgn amalan, spt kata aku 30 thn belajar, 1000 ribu dh ikut, bangga, cth tabligh sy dah keluar 40 hari 40x,tapi sebenarnya dengan 40x itu tambah lg keakuan, belon syaitani, Nauzubillah, jd syarat hamba fana dr keakuan dan bombang dinisbahkan sesuatu kpdnya, dan tidak menunggu dr tuannya sesuatu, kerana penantian itu menafikan kehambaan, barangsiapa tunggu upah bukanlah hamba, itulah buruh buruk, tukang upah itu janji sementara dengan tuannya, bukan hamba, jadi tidak ada maqam yang kekal kecuali kehambaan, yang lain semua tak kekal, datang pergi, kewalian, ilmu, taqwa, solat, hanya satu maqam yang kukuh, kehambaan, itulah makam baginda Rasulullah, maka menunggu sesuatu itu menafikan kehambaan, menantu pembukaan atau kewalian atau makam atau martabat itu akan mengeluarkan kamu dari makam kehambaan, secara pasti, kamu bukan hamba, boleh diberi nama kamu wali, org suluk, majzub tapi tak boleh dapat nama hamba, sebab itulah kehambaan itu penghujung makam kewalian, akhir sekali sehingga tidak dinamakan makam kerana dia luar makam semuanya, hadrat kehambaan, kehambaan tiada had, itulah martabat Rasulullah, sebab itulah Allah memuji Rasulullah malam Isra, malam wasl dengan Tuhannya,
سبحان الذي اسرى بعبده
dengan hambaNya, bukan dengan nama rasulNya, kekasihNya, tapi dengan nama hambaNya, صلى الله عليه وسلم
فمن اراد ان يكون محمديا فليكن سالكا في طريق العبودية
Maka barangsiapa yang nak jadi Muhammadi secara keseluruhannya, maka hendaklah dia suluk jalan kehambaan, itulah jalan Rasulullah, itulah jalan yang ditarbiyah para sahabatnya, para sahabat hanya mohon ampun maaf sahaja, mana ada sahabat minta pembukaan, nak keramat, hanya mohon Allah maafkan kita, hamba, tidak mohon dari Allah kecuali Allah maafkan sahaja sbb lihat keburukan diri sendiri, sebab itulah hamba sentiasa lihat diri sendiri penuh kekurangan, orang hitam selalu mcm tu, walaupun dari kalangan syarif, juta2 syed dari bangsa hitam, tapi selalu ada rasa rendah, itu sifat hamba, maka tiada sesuatu yang boleh menghilangkan keakuan seperti kehambaan,
Setiap hamba atau amalan yang ada gharad iblis akan berada pdnya kerana itulah asalnya, semua tujuan asalnya daripada iblis, dialah yang mula mengasaskan untuk manusia jalan gharad, iblis suluk jalan cahaya tapi untuk dirinya sendiri, dia boleh bertahan ratusan ribu dalam hadrat cahaya semata-mata untuk dirinya sendiri, bukan kerana Tuhan, janganlah gembira kalau kamu dalam jalan ilmu, jalan amalan, jangan yakin, jangan percaya, jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,