Jumaat, 27 November 2020

Kewajipan bersuhbah dengan murabbi

Bahawasanya seorang salik tidak akan sampai ke hadrah Allah SWT, hadrah sifatNya dan hadrah asma’Nya melainkan melalui izin khas dari ahlinya…
walaupun terhimpun pada diri seorang salik itu segala ilmu ilmu orang terdahulu dan orang terkemudian..
sesungguhnya para sahabat dinamakan sahabat kerana mereka itu bersuhbah dengan Rasulullah SAW :
sebab itulah dinamakan para sahabat  Rasulullah SAW dengan nama sahabat,dan tidak dipernamakan dengan mujahidin, ahli zikir, kaki solat..dan lainnya….
tidaklah mereka memperolehi sesuatu yang berharga melainkan dengan sebab mereka ini bersahabat dengan Rasulullah SAW . Telah bertanya salah seorang daripada kalangan sahabat Rasulullah kepada Baginda, iaitu tatkala Baginda SAW hampir wafat :

" مَنْ نَصْحَب مِنْ بَعْدِكَ يَا رَسُولَ اللهِ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تُذَكِّرُكُمْ فِي اللهِ رُؤْيَتُهُ وَيَزِيدُ فِي عِلْمِكُمْ مَنْطِقُهُ وَيُرَغِّبُكُمْ إِلَى الآخِرَةِ عَمَلُهُ "
Ertinya:
setelah kewafatan kamu..,kami akan bersahabat dengan siapa wahai Rasulullah…!!
Lalu Baginda menjawab:
“Bersahabatlah kamu dengan orang yang mengingatkan kamu kepada Allah apabila kamu melihatnya,
…dan menambahkan  ilmu kepada kamu, nisbah tutur kata kebaikan,
… juga ia dapat memberi rangsangan kepada kamu dalam melakukan amalan  untuk akhirat….”
Lihatlah……!!!... Wahai  hamba hamba Allah…….!!  
Sebaik baik hamba Allah SWT di atas muka bumi, setelah para nabi nabi adalah para sahabat…
Mengapakah mereka ini adalah  sebaik-baik manusia setelah para Nabi…???
kerana mereka telah bersahabat dengan penghulu nabi nabi,dan pemimipin orang orang  pilihan …,Mereka ini…, berterusan bertanya  kepentingan bersuhbah  kepada Rasulullah SAW, kerana itulah, antara perkara yang terakhir yang diminta oleh Rasulullah   kepada para sahabatnya,iaitu dalam wasiatnya kepada para sahabat, adalah dengan wasiat : bersahabat dengan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar  …
sabda Rasulullah :
" إِقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ "
Ertinya :
Ikutlah kamu dengan kedua-dua orang ..selepasku ,iaitu  Abu Bakar dan Umar….
Petunjuk dan  isyarat yang kita dapat dari perkataan yang lalu ialah, bahawa agama islam itu itu tidak boleh diperolehi secara hakikat yang sebenar melainkan melalui persahabatan yang  khususi daripada ahlinya..
Sabda Rasulullah SAW :
" أَلاَ إِنَّ القُلُوبَ تَتَلاَقَحُ كَمَا يَتَلاَقَحُ الذَّكَرُ وَالأُنْثَى "
“Ertinya: adakah kamu tidak tahu? Bahawasanya  hati hati itu saling bercampur aduk seperti bercampur aduknya lelaki dan perempuan..”
Sabda Rasulullah SAW :

" الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ "
Ertinya:
“Seorang lelaki itu, mengikut agama kawannya, lihatlah  salah seorang daripada kamu, siapakah yang ia hendak jadikannya  kawan….

Berkata lmam Assaahili RA di dalam kitab Bughyatus salik :

" أنَّ مَنْ رَامَ الوُصولَ إلى حضرةِ الله بِنفسِهِ مِنْ غيرِ إسْتِصْحَابِ شيخٍ مُرشِدٍ وارثٍ كاملٍ قدْ رَامَ المُحالَ ولوْ جَمَعَ جميعَ العُلومِ وصَحِبَ جميع الطَّوائفِ "

Ertinya :
Barang siapa yang  bercita-cita untuk sampai ke dalam hadrah Allah SWT dengan sendirinya, tanpa bersuhbah dengan mana-mana syeikh-syeikh yang mursyid, yang waris lagi  kaamil…
Sesungguhnya ia bercita-cita kepada sesuatu yang mustahil untuk di perolehi akannya…,dan jikalau ia menghimpunkan pada dirinya segala ilmu-ilmu danjuga  jikalau ia bersuhbah dengan semua kumpulan yang ada…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan