Khamis, 29 September 2022

Bacaan Ayat Kursi dan Surah Al-Qadr dalam Solat Subuh

كل زوايا سيدي الحاج علي التماسيني رضي الله عنه يتلون في صلاة الصبح (الفاتحة مع اية الكرسي ) في الركعة الأولى و يتلون في الركعة الثانية ( الفاتحه مع سورة القدر ) من عصر الشيخ سيدي الحاج علي إلى عصر الخليفه الشيخ سيدي العيد رضي الله عنهم ....

وإليك ما قاله العلامه المقدم أحمد سكيرج المغربي في كتابه 
 ( الجواهر الغالية المهداة لذوي الهمم العالية ) ... قال : 

      - كان سيدنا الشيخ أحمد التجاني رضي الله عنه مداوما على قراءة آية الكرسي في الركعة الأولى من صلاة الصبح ، وقراءة سورة القدر في الركعة الثانية مدة مديدة إلى أن توفي رضي الله عنه .

                                رضي الله عنك يالشيخ


PERKARA YANG MENGESAHKAN DIRI UNTUK MEMASUKI HAKIKAT SELAWAT AL FATIH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan telah memberitahu akan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada perkara untuk mengesahkan diri bagi orang yang mengingin akan terjun ke dalam Hakikat Selawat Al Fatih itu, dengan katanya;

Bahawasanya sah masuk kepada Hakikat Selawat Al Fatih itu berlaku dengan dua perkara;

YANG PERTAMA, syarat sahnya sanad sepertimana masyhur kalam daripada Ulama dan Ahli Isnad, samada Hadis mahu pun Tasawuf, jikalau tidak kerana ilmu Isnad nescaya orang akan berbicara mengikut apa yang dia kehendaki, kerana Isnad itu jaminan bangsa syariat dengan bangsa hakikat. 

Dan syarat pertama bagi sah sanadnya dan sah Istihsan ( ﺍﺳﺘﺤﺳﺎﻥ ) itu, yakni ada hubungan dengan ahlinya dan pemiliknya, sekadar sahnya iaitu dari ketinggian sanad tersebut. Maka dari itu, jadilah ianya satu kesempurnaan mengambil faedah dan madad serta limpahan-limpahan dari selawat tersebut. Seperti saluran (air), sekadar (mana) saluran itu bersih dari lumut, dari lumpur, dan dari kekotoran, (maka) sekadar (itu jualah) air (itu) akan senang mengalir. 

Maka begitulah jua dalam Isnad Bangsa Syariat atau Bangsa Hakikat, selama mana dan sekadar mana kesahihan sanad tersebut, dan selagi sanad itu diterima daripada waris, daripada waris, daripada waris yang sempurna (secara berturutan), maka sekadar itu jualah limpahan dan Madad selawat ini beserta dengan cahayanya.

Dan sekadar mana jika ada, atau terdapatnya kekurangan pada sanad tersebut, maka sekadar itu jualah akan menjadi kurangnya madad yang diterima di dalam sanad tersebut. Maka Inilah keterangan bagi syarat yang pertama itu.

SYARAT YANG KEDUA adalah mensahihkan akan niat bagi sesiapa yang ingin menyibukan diri, untuk memperbanyakan dirinya dengan Selawat Al Fatih. Maka jadilah seseorang itu, niatnya pada Selawat Al Fatih itu, hendaklah memasukan diri dalam perkara ingin memahami akan hakikat Baginda SAW, dan ingin mendalami akan dirinya di dalam hakikat Baginda SAW. 

Maka syarat atas tanda kesahihan niat itu, adalah sah niatnya itu dengan ketiadaan ia cenderung untuk berpaling kepada rahsia-rahsia, tasrif-tasrif, yakni ingin menguasai alam, ingin mendapatkan rahsia-rahsia alam, ingin mencari kasyaf, ingin mencari karamah, ingin mencari kedudukan, ingin mencari martabat, ingin mencari kuasa atas jin, dan kuasa atas rohani.  

Adapun untuk syarat mendalami akan diri di dalam diri Nabi SAW itu, maka hendaklah seseorang itu memutuskan segala kecenderungannya selain kepada Hakikat Baginda SAW, dan hendaklah dirinya berpaling selain daripada Hakikat Baginda SAW. Hadrah Hakikat Muhammadiyyah itu adalah Hadrah Cemburu Yang Agong - tidak akan boleh diterima seseorang yang berpaling selain daripadanya. 

Maksudnya adalah IKHLAS – hendaklah atas diri kita berselawat hanyasanya kerana Baginda SAW sahaja, untuk membesarkan Baginda SAW yang sememangnya telah dibesarkan. 

Sayugianya, janganlah diingat bahawasanya selawat kita itu berhasil untuk membesarkan Nabi SAW, atau selawat kita itu berhasil untuk memuliakan Baginda Rasulullah SAW, kerana Baginda Nabi SAW itu telah pun cukup kebesarannya, telah pun cukup kemuliaannya, telah pun cukup kehebatannya, dan telah pun cukup 
kesempurnaannya, bahkan secara Azali.

Cpf

Pemberian Khas

Membenarkan Selawat al Fatih, menerima Selawat al Fatih, ditarik kepada Selawat al Fatih itu adalah pemberian khas daripada Allah ﷻ, bukanlah dari usaha kamu. Bila hati kamu terbuka kepada Selawat al Fatih dan menyukainya, ketahuilah itu adalah pemberian, itu adalah anugerah dari Allah ﷻ. Ketahuilah apabila sampainya Selawat al Fatih kepada seseorang itu dan tiada was-was dihatinya untuk menerimanya dan mengamalkannya, ketahuilah itu adalah nikmat dari Allah ﷻ.

Rabu, 28 September 2022

Ijazah Am Selawat Fatih


https://fb.watch/fPkeDZw6Xp/


Disertakan Rantaian Sanad
Bagi siapa yg nak amalkan
Sanad Zahabi (Emas)

Al-Qutubul Maktum Wa-khotmul Muhammadi Alma'lum Sayyiduna Wamaulana Ahmad At-Tijani Al-Hasani RA 
               ⬇ 
Sidi Muhammad Al-Gholi Al-Hasani RA
               ⬇
Sidi Ahmad bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja'fari Al-Hasani RA
               ⬇
Sidi Alhaj Alhusein Alyifrini Al-Hasani RA
               ⬇
Mujaddidulmillah Waddin Sidi Alhaj Alahsan Alba'qili Al-Hasani RA 
               ⬇
Sidi Muhammad Al-habib Alba'qili Al-Hasani RA 
               ⬇
Sidi Alahsan Alyifrini Al-Hasani RA 
               ⬇
Sayyidina Murobbina Sidi Ahmad Alhadi Al-Hasani Al-Maghribi Hafizullahu Taala


TENGGELAM DALAM SELAWAT AL FATIH

Majlis Selawat Fatih di Meknes, Maghribi pada tahun 1911

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Dalam menerangkan pada bangsa orang yang tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala telah menerangkan; 

Alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang telah menggerakan lidah kita dengan Selawat Al Fatih, sehingga kita dapat mendalami diri dalam Selawat Al Fatih. 

Seandainya kita dapat menenggelamkan diri dalam Selawat Al Fatih, dan berjaya membuka kunci Selawat Fatih itu, maka lidah kita tidak akan berhenti untuk mengulangi Selawat Al Fatih, demikian juga hati kita tidak akan berhenti untuk tenggelam dalam Selawat Al Fatih. 

Ketahuilah dan fahamilah pada seseorang yang telah tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, bahawa makna-makna hakikat-hakikat, cahaya-cahaya Rasulullah, rahsia-rahsia Rasulullah, ianya ibarat hujan yang turun ke atas kamu. 

Walaupun lidah kamu telah berhenti, tidak bergerak dengan Selawat Al Fatih, namun kamu tetap berselawat dengan Selawat Al Fatih. Kamu telah menjadi ahlinya, dah fana di dalam selawat itu. 

Pada ketika ini, ketahuilah bahawa ianya adalah natijah, yakni hasil daripada satu usaha kamu wahai pendengar yang memperbanyakan selawat tersebut, dan pada saat ini janganlah berkongsi amal dengan selawat yang lain (dengan menjadikan selawat lain sebagai wirid harian). 

Demikianlah keterangan beliau. Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
#Cnp

WALI-WALI QUTUB PENGAMAL SELAWAT FATIH

"Mahukah kau ku ajak naik ke maqam spiritual di mana tiada Awliya yang boleh sampai ke sana tanpa kamu harus meninggalkan Tariqahmu, tanpa kamu harus masuk tariqahku.."

"Tentu saja aku mahu!"

"Maka aku ijazahkan kepadamu salawat Fatih dan salawat Jawharatul Kamal"

Percakapan Mawlana Shaykh Ibrahim Niasse dan Mawlana Shaykh Nazim Haqqani, maka sejak itulah Mawlana Shaykh Nazim Haqqani menempati maqam Quthbaniyyah (Wali Quthb). 

Kisah ini dari Shaykh Ahmad Khayri al Mauritania. 

#via Ahmad Fajar Indrianto

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ, وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ, نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ, وَاْلهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ, وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.

FAEDAH DAN KELEBIHAN DIRI WALI ALLAH

 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Ketahuilah pada diri Awliya Allah itu, disisi mereka itu sentiasa beserta dengannya faedah kelebihan rahmat-rahmat Allah Ta'ala. 

********** 

Telah diungkapkan oleh Sayidi Ibrahim Ad-Dusuqi Al Husaini, beliau adalah pengasas kepada Toriqah Dusuqiah; 

إن لسان الميزان بيدي أصير حسنات مريدي أثقل من سيناته 

وأصير سيئات المنكرين علي أثقل من حسناتهم وإن كانوا مطعين " 

Ertinya : "Sesungguhnya penimbang amalan berada ditanganku, aku menjadikan timbangan muridku lebih berat daripada mereka (ahli engkar). Dan aku jadikan timbangan kejahatan ahli yang mengingkariku lebih berat daripada kebaikan mereka (muridnya), walaupun mereka itu adalah daripada golongan yang taat. 

Dan telah diungkapkan juga oleh Syeikhul Masyaaiikh, Sayidi Abu Hasan Asy-Syaazili, beliau adalah pengasas toriqah Syaaziliyah: 

" من دوام على قراءة حزبي الكبير أمنه الله يوم الفزع الأكبر وكان له أمانا في الدنيا والآخرة وحشره الله مع أوليائه وأحبابه في جنة الفردوس وكان داخلا في
شفاعة جدي رسول الله صلى الله عليه وسلم 

Ertinya; Barangsiapa yang membaca hizib -kabir aku, maka Allah akan menyelamatkannya pada hari yang sangat menakutkan (kiamat), dan ia akan terselamat didalam kehidupan dunia dan akhirat, dan Allah akan menghimpunkannya bersama Wali-Wali dan kekasihNya di Syurga Firdaus, dan ia tergolong bersama dengan orang-orang yang mendapat syafaat datukku Rasulullah ﷺ.

Begitu juga diungkapan oleh Sayidi Abu Abbas Al-Mursi Al-A'lawi Al-Maghribi (beliau adalah khalifah kepada Sayidi Abu Hasan Asy-Syaazili, guru kepada Sayidi A'toillah As-Sakandari pengarang kitab Hikam) 

ما عددت نفسي من عني رسول الله صلى الله عليه وسلم طرفة عين . 

" لو حجب المسلمين" 

Ertinya : 

"Jikalau aku terhijab daripada memandang Rasulullah walaupun dalam sekelip mata, nescaya tidaklah aku mengira diriku daripada kalangan muslimin." 

Perhatikanlah ungkapan Ay-Syarif Qutub Al-Kamil Sayidi Abdur-Rahman As-Saa'libi 

" من رأى من رأني إلى سبعة ضمنت له الجنة " 

Barangsiapa yang melihat orang yang telah melihatku, (hingga ke tujuh peringkat), aku menjamin kedudukannya di Syurga. 

■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfia, karangan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala.

********** 

Demikian itulah antara faedah dan kurniaan Allah Ta'ala kepada Wali Allah. Maka dengannya, dilazimi oleh sekelian orang yang terdahulu dari kita akan menziarahi Wali Allah. Berziarahlah dan dampingilah Wali Allah, walaupun seketika. Mereka adalah kolam tadahan segala ilmu dan sir warisan kenabian. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Sidi Nazrul

2 manusia yang hampir dengan Nabi Muhammad ﷺ di Akhirat kelak

2 manusia yang hampir dengan Nabi Muhammad ﷺ di Akhirat kelak:

Orang yang berakhlaq mulia.
Orang yang banyak berselawat kepada Baginda ﷺ.

Sebahagian guru kami mengatakan, dua orang di atas adalah individu yang sama, kerana orang yang berselawat selalunya atau seharusnya berakhlaq mulia. Salah satunya akan mendorong kepada satu yang lain.

RAHSIA BANGSA KULIT HITAM AFRICA


RAHSIA TERBESAR bangsa kulit hitam di Africa adalah sifat "KEHAMBAAN" mereka yang tinggi, yang tidak mampu ditandingi oleh bangsa lain, melainkan para Sahabat yang di redhai Allah ﷻ. Demikianlah Allahﷻ memelihara KEHAMBAAN ini melalui Syeikh Tijani r.a dan isteri beliau yang berkulit hitam, yang melahirkan anak-anak beliau yang berkulit hitam, dan menyempurnakan sifat KEHAMBAAN tersebut dikalangan mereka dan pengikut-pengikut mereka kemudiannya yang berkulit hitam. 

Dan kesempurnaan KEHAMBAAN ini diteruskan dikalangan bangsa kulit hitam benua Africa melalui Thoriqah Tijaniy, yang tiada padanya kedudukan Maqam melainkan disitulah letaknya hadrah yang tertinggi melebihi Maqam-Maqam tertinggi yang ada. 

Dan kesempurnaan KEHAMBAAN itu tidaklah ianya mempunyai Maqam kerana nisbah hadrahnya adalah keatas pemilik KEHAMBAAN yang sempurna, yakni Sayidina Muhammad ﷺ. 

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala yang telah memberikan kefahaman kepada kami.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ 
وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Via Sidi Nazrul

Amalan menghapuskan celaka

Waliyullah Khidhir AS berkata: Aku pernah bertanya kepada Auliya (para Wali) mengenai amalan yang dapat menghapus nama seseorang dari catatan celaka menjadi orang bahagia. Maka tidak ada di antara para Auliya yang memberikan jawaban. Hingga aku mendatangi Nabi Muhammad SAW dan mengajukan pertanyaan tersebut kemudian beliau menjawab: Amalan yang dapat menyelamatkan seseorang dari deretan nama orang sial menjadi orang bahagia adalah dengan memperbanyak shalawat kepadaku.

Dikutip ulang dari kitab Ittihaful Amajid Bi Nafaisil Fawaid karya Abu Mun'yah As-Sakunjiy at-Tijaniy jilid 2 halaman 258.

Karamah yang besar

Seorang wali ditanya mengenai karamah, maka dijawabnya, "kita ini sebenarnya di dalam karamah yang besar."

Mereka bertanya lagi, "Apakah karamah itu?"

"Kita berdiri di atas muka bumi adalah suatu karamah kerana selayaknya kita telah ditelan bumi kerana banyaknya dosa-dosa kita."

💐اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💐 الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ 💐 وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ 💐 نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ 💐 وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ 💐 وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ

سبحان ربك رب العزه عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين💐🤲

Tekun beramal

Tekun beramal dan berpegang kepada anugerah Allah

Tekun beramal tanpa berpegang kepada anugerah itu syirik

Berpegang kepada anugerah tanpa beramal itu zindiq

Jalan pintas ke hadrat Allah ialah jalan kehambaan

Jalan kehambaan bukan memiliki tapi dimiliki Maaliki Yaumid Din

Sayyidi

Adab berselawat


Pengertian tentang banyaknya selawat keatas Nabiﷺ adalah :
Adalah terbitnya (dari hati) orang yg ingin berselawat itu adalah semata² kerana menjunjung perintah Allah..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 

(bukan kerana tujuan² duniawi maupun ukhrawi) ..

Dan semata² kerana membesarkan & mengagungkan Nabi ﷺ serta kerana kasih terhadapnya..
beserta hudhur hati(kesedaran hatinya) tentang sebahagian dpd ciri²/keperibadian² Bagindaﷺ yg sempurna & membayangkan gambaran diri Bagindaﷺ yg mulia melalui fikirannya serta merasakan seakan² Bagindaﷺ berada dihadapannya..
kemudian mengucapkan selawat keatas Bagindaﷺ dgn penuh rasa kesedaran
(kebersamaan bersama Bagindaﷺ) beserta khusyu'(tetap anggota & memberi sepenuh tumpuan) serta penuh adab..
maka apabila terbit drpd mereka yg berselawat sebagaimana ciri² yg paling sempurna ini walau dlm sehari hanya sekali selawat shj, maka jadilah dia seperti memperbanyakkn berselawat kpd Bagindaﷺ...

petikan drp kalam Sidi Muhammad ibn Al Arabiy Ad-Damarawiy AtTazi ra

Zauq kehambaan Disisi Ahlillah


" كما خلقك من غير غرض فعبده من غير غرض"

Ingatlah bahawa Allah menciptakan kita semata2 kurniaanNya (fadhlu ilahi) utk kita mengenalNya dan supaya kita dpt bernikmat2 dgn nikmatNya, tanpa ada munasabah (kelayakan) antara kita dgnNya melainkan munasabah dpt menikmati kurniaanNya.

Sesungguhnya kewujudan hamba itu kurniaan Allah, sbb kewujudan juga kurniaanNya, amalan itu kurniaanNya, tujuannya juga kurniaan, manakala kejahatannya itu jenayah, seseorang hamba itu dlm kerugian bila bermaksiat jikalau tanpa kemaafan dari Allah.

Maka tidak harus bg hamba lalai dr muraqabah tuhannya pd setiap amalan, dan ketahuilah bahawasanya Allah yg menggerakkannya dan mendiamkannya, mengatur segala urusannya, mengada dan meniadakan sesuatu di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya yg membuat hanyalah Allah dan selainNya adalah kejadian pembuat (Allah), maka tidak harus bg hamba akal rabbani cenderung kpd makhluk yg dijadikan drpd tiada, hendaklah dia cenderung kpd kewujudan sebenar yg berdiri dgn sendiriNya, tidak harus bg mahkluk melainkan syuhud kpd pembuat, maka hendaklah ia syuhud (lihat) kpd pembuat kerajaan sblm dan setelah ada kerajaan itu

Selain Allah itu seumpama air batu, yang awalnya hanyalah Allah, akhirnya Allah, yg kekal hanyalah Allah, bila dtg cahaya matahari (hadrat Allah) maka cair air batu dan kembali kpd asalnya yakni air, kewujudannya (makhluk) majazi, awal akhir zahir batin hanyalah Allah, siapa yg lihat dgn pandangan rabbani maka akan lihat asal air batu yakni air jua, lalu dijadikan air batu, kemudian tiada, yg kekal hanyalah air, jadi makhluk itu adalah penzahiran kpd Allah,

Dan apabila keras air batu itu hendaklah bertayammum, asal syuhud air tetapi kalu xdpt syuhud air batu iaitu muraqabah, apabila cair pd penglihatannya maka berwuduklah, apabila lalu hairan dgn air batu maka sesatlah ia, bila ia mengalir ia mengetahui sir Allah di atas muka bumi (kalam majazi)

Sesiapa yg berpegang bergantung kpd Allah, tidak menghendaki yang lain, hanya nak Allah maka sempurna makrifatnya, sesiapa yg berpegang kpd makhluk maka celakalah ia, bila berpegang dgn amalan maka dia berpegang dgn sesuatu yg hilang (tidak kekal), dan jikalau berpegang dgn karamat maka hilanglah taufik dan barakah sepertimana yg dikurniakan kpd para ahlillah

Org yg suluk sebenarnya itu adalah org yg tidak berpegang dgn makhluk, amalan, karamah, selain Allah, maksudnya di sini ialah tiada syuhud kpdnya dan tidak mengatakan amalannya yg membawanya kpd hadrat Allah, sbb itu Rasulullah mengajarkan kita fana dr amalan dgn byk istighfar spt mana seorg pemaksiat yg bertaubat, malu dr amalannya, krn amalan itu kurniaan Allah, bagaimana kamu nk nisbah kpd dirimu

Sbg peringatan bukanlah ini bermaksud kita tinggal amalan tp fana dr amalan, inilah rasa zauq para ahlillah, bila rasa amalan itulah yg bawanya ke hadrat Allah, maka dia telah ada rasa kelayakan masuk ke hadrat Allah sedangkan di sisi Allah ada undang2 tersendiri, barangsiapa yg ada rasa layak, maka akan ditutup pintu bgnya, tidak akan dpt masuk hamba ke hadrat Allah kecuali dgn rasa rendah diri kehambaan sebenar kpd Allah

#syarahkitabtabsiratularwah
#SidiAhsanAlbaaqiliAttijaniAlmaghribi

HAQIQAT MAULID YG SEBENAR IALAH BERSELAWAT PADA HAKIKAT NUR BANGSA IRFANI (HAKIKAT ZAT DIRI BAGINDA صلى الله عليه وسلم )


Allah selawat kpd Rasulullah sejak azali. Bila disyariatkan kita berselawat kepada Rasulullah itu sebenarnya kita menyerahkan urusan kepada Allah utk berselawat kepada Rasulullah, sebab kita tak mampu utk berselawat kepada Rasulullah, dan tiada yang layak berselawat kepada Rasulullah kecuali Allah semata mata

Tiada amalan yang boleh menandingi amalan berselawat kepada Rasulullah, Allah tak sebut dia solat, puasa, zakat dll tp selawat, Allah sebut dia berselawat

Setiap amalan disyaratkan ikhlas krn Allah baru diterima, berbeza dengan selawat, Allah tetap terima walaupun selawat dari org fasiq sekalipun.

Ibnu Atoillah As Sakandari sebut kalu seseorang nak ganti balik umurnya yg telah lalu dalam kelalaian, maka berselawatlah kepada Rasulullah

Allah sebut orang yg berselawat dalam hadratNya yg mulia. Tapi janganlah kamu gembira sangat dengan amalan selawat kamu krn sebenarnya Allah yg selawat kpd Rasulullah sejak azali. Kena hadirkan fahaman ini dlm solat.

Jangan mendakwa kenal Rasulullah kerana tiada yg mengenalinya kecuali Allah. Tiada yg boleh betul2 mengenali Rasulullah kecuali Allah shj

Berkata Abu Yazid Al Bustomi, aku cuba nak kenal betul2 Rasulullah, namun akhirnya aku mendapati diriku tak mampu nak kenal Rasulullah, kerana ada 70 ribu hijab cahaya antaraku dan Rasulullah

Yg kita kenal hanya cara cara jasmani sedangkan Rasulullah ada byk tanazul, penzahiran

Rasulullah asal kpd alam, benih alam, alam ini lahir dariRasulullah, ini maulid yg betul, yg kita sambut itu maulid jasmani, 

Cara kenal Rasulullah itu adalah al ajzu (lemah) utk mengenalinya.

Berselawatlah Kerna junjungan perintah selawat itu sendiri dan janganlah engkau jadikan selawat itu alat kendara untuk memunggah kehebatan, kuasa serta kekayaan .

Ingatlah ,sempurna selawat itu adalah dari kesempurnaan Allah . Kerna hakikat dari selawat itu adalah Allah - lah yang menyempurnakan selawat untukmu . Dan engkau hanya bayang wadah saksi selawat Allah kepada kekasihnya .

Dan berhati - hati lah , semua selawat itu benar dan jangan sampai engkau terhijab olehnya .

Berselawatlah atas bersyukurnya kita atas nikmat sebagai hamba yang berjalan atas jalan cinta.

Berkata Sheikh Ahmad AtTijani ra..

"..Sesungguhnya wusul(sampai) kpd Hadrah Allahﷻ hanya melalui pintu Baginda Nabiﷺ disebabkan keadaan Bagindaﷺ satu²nya pintu utk sampai kpd Allahﷻ...
tiada sebarang harapan seorang itu dpt sampai kpd Hadrah Allahﷻ tanpanyaﷺ...

hanyasanya maksud yg demikian (melalui pintu Bagindaﷺ) adalah dgn mengikut syariatnyaﷺ, mengikuti jalannyaﷺ, berakhlak dgn akhlaknyaﷺ, beradab dgn adab²nyaﷺ beserta tawajjuh (berhadap hati) pada yg demikian keseluruhannya kpd Allahﷻ
(yakni tiada sebarang gharad² yg selain Allah)...

inilah ukurannya yg menyampaikan seorang hamba kpd Allahﷻ...
dengan selain drp ukuran ini tiada jalan utk sampai kpd Hadrah Allahﷻ..."

Rabu, 21 September 2022

Sanad Selawat Fatih

sanad Qutbaniyatul Uzma ☆



Sayyidul Wujud Sayyiduna Wamaulana Muhammad SAW
               ⬇
Alqutubul maktum Walkhatmul Muhammadi Alma'lum Sayyiduna Wa maulana Ahmad At-Tijani Al-Hasani RA 
               ⬇ 
Sidi Ali At-Timaasini AlHasani RA
               ⬇
Sidi Muhammad Arabi bin as-Saaihi Al-Umari RA
               ⬇
Sidi Alhaj Alhusein Alyifrini Al-Hasani RA
               ⬇
Mujaddidul millah Waddin Sidi Alhaj Al- Ahsan Alba'qili Al-Hasani RA 
               ⬇
Sidi Muhammad Alhabib Alba'qili Al-Hasani RA 
               ⬇
Sidi Al-Ahsan Alyifrini Al-Hasani RA 
               ⬇
Sayyidina Murobbina Sidi Ahmad Alhadi Al-Hasani Al-Maghribi Hafizullahu Taala

🔐 *SANAD SELAWAT FATIH*🔑
*sanad zahabi (emas)

Sayyidil Wujud Sayyiduna Wa Maulana Muhammad Sollollohu 'Alaihi Wa Sallam
                      ⬇
Al-Qutbul Maktum Wal Khotmul Muhammadi Al-Ma'lum Sayyiduna Wa Maulana Ahmad Bin Muhammad At-Tijani Al-Hasani RA
                       ⬇
Sidi Muhammad Al-Gholi Al-Hasani RA
                       ⬇
Sidi Ahmad Bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja'fari Al-Hashimi RA
                       ⬇
Sidi Al-Haj Al-Husein Alyifrini Al-Hasani RA
                       ⬇
Mujaddidul Millah Wad Din Sidi Al-Haj Al-Ahsan Al-Ba'qili Al-Hasani RA
                       ⬇
Sidi Muhammad Al-Habib Al-Ba'qili Al-Hasani RA
                       ⬇
Sidi Al-Ahsan Alyifrini Al-Hasani RA
                       ⬇
Sayyiduna Wa Murobbina Sidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi Hafizohullohu Taala

SELAWAT AL FATIH - SUATU KURNIA DAN ANUGERAH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sayyidi Syeikh Ahmad bin Muhammad At Tijaniy Al Hasani ra. pernah berkata: 

"Jika engkau ingin memberikan manfaat pada dirimu di akhirat, maka sibukkanlah dirimu dengan membaca Selawat Al Fatih menurut kadar kemampuanmu, kerana Selawat Al Fatih itu adalah simpanan Allahﷻ yang terbesar untuk orang yang membacanya"

* Daripada Kitab JAWAHIRUL MA'ANI 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Duduk Bersama Guru Mursyid



Suatu hari Sidi Ali Harazim mengadu kepada gurunya Syekh Ahmad Tijani keadaan buruk yang berlaku kepadanya, dan telah berkata gurunya "Jangan engkau berkata apa-apa mengenai hal itu kepadaku sekarang. Lakukan saja apa yang aku perintahkan kepada engkau" Dan Syekh Ahmad Tijani memberi isyarat kepada Sidi Ali Harazim untuk duduk bersamanya. Kemudian Sidi Ali Harazim bertanya gurunya "Wahai Sayyidi! Yang manakah terlebih utama diantara solat sunat, zikir, amalan sunat yang lain dengan duduk bersama seorang Syekh?" Jawab Syekh Ahmad Tijani " Duduk bersama Syekh lebih baik. Tidak ada yang setandingnya. Dan dudukmu bersama Guru Mursyid lebih baik dari dunia dan isinya serta apa yang berkaitan dengannya. Dudukmu bersama gurumu yang mursyid adalah umpama biri-biri yang sedang disusui oleh ibunya."

Dipetik dari kitab Jawahir al-Ma'ani

SELAWAT AL FATEH : ANTARA TUJUAN DAN HABUAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah menerangkan kepada kami semua oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahulahu Ta’ala pada maksud dan tujuan membaca Selawat Al Fatih itu, bahawa;

Selawat Al Fatih ini, bukannya selawat ganjaran, bukan nak cari upah. Jangan buat macam nak menyembah Allah ﷻ kerana tujuan dan habuan. Selawat Al Fatih bukan sahaja untuk upah. Dari sudut upah, Selawat Al Fatih tak ada had. Ganjarannya, balasannya, upahnya tak ada had. Tak boleh kita sebut. 

Selawat Al Fatih adalah selawat kunci diri Nabi ﷺ. Kunci Hakikat Rasulullah ﷺ. Janganlah berselawat gunakan Selawat Al Fatih untuk tujuan yang rendah, tujuan kecil nak dapatkan ganjaran, nak memurahkan rezeki, nak memudahkan rezeki, nak cari bantuan kepada anak. Itu semua terhasil, tak payah sebut niat itu, itu semua terhasil kepada orang yang berselawat Al Fatih.  

Selawat Al Fatih itu membuka segala perkara yang dikunci, yang ditutup, tak payah sebut niat-niat itu yang halus-halus, niat yang macam ikan bilis – kecik-kecik, tak payah sebut. Selawat Al Fatih adalah kunci, yakni kalau kamu dah terima ilham, taufik daripada Allah ﷻ sehingga berselawat keatas Nabi ﷺ melalui Selawat Al Fatih, ketahuilah (kamu) dah ditarik oleh Rasulullah ﷺ kepada Hadrahnya, dah dibagi kunci, jangan sibuk dan berpaling (kepada) selain (daripada diri Baginda ﷺ). Ini kunci, usahakan sahaja untuk menyampaikan kunci itu kepada pintu (Baginda ﷺ), itu sahaja.

Demikianlah keterangan beliau. Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Suburkan benih kehambaan

Dalam diri kita mmg dah ada benih cahaya kehambaan cuma kena usaha utk keluarkan benih itu, umpama pokok, nak besar mesti keluar drpd benih, kena tanam dan baja bagi subur.

Kena berusaha gerakkan zauq rabbani, keluar drpd sifat keburukan manusiawi. Fana (keluar dari keakuan diri) shj tak cukup, itu tgh jalan shj.

Kita umpama org kg, bolehkah terus ke istana raja? Tak boleh, mesti melalui perantara, perantara akan maklumkan adab2 itulah suluk, perantara itulah aulia Allah. Kurniaan Allah memilih hamba2Nya yang mulia untuk tarik manusia ke jalanNya.

Orang yang nak pergi ke hadrat Allah dengan amalannya yang penuh dgn kelalaian spt org kg yg nak bawa ayam kampung yg penuh kekotoran kpd Sultan, dia menyangka Sultan akan seronok sangat dengan ayam kampung ni, sedangkan dalam istana penuh dgn ayam yg cantik2 yg dia tak pernah lihat, tak berhajat kepada ayam kampung kamu, jadi Allah letak raja2 di dunia utk ajar kita adab2 hadrat yang mulia

#Hikam
#Sayyidi
6.10.19

Kisah Syekh Ahmad Tijani ra dikunjungi 60 Raja Wali Alloh/Arif Billah/ 300 Raja-raja Jin Islam.

By. H. Harun  
kisahkan sebuah peristiwa ketika Syaikh Ahmad Tijani dikunjungi oleh 300 raja-raja Jin Islam dan 60 raja-raja waliyullah. 300 raja2 jin tersebut mengutarakan keinginan mereka untuk diangkat menjadi murid dari Sayyidi Syaikh. Tetapi Sayyidi Syaikh menjawab bahwa beliau ditugaskan hanya untuk kalangan bangsa manusia. Maka semua raja jin tersebut memohon agar diizinkan mengkhodam / menghamba kepada beliau. Dan beliaupun mengizinkan dengan syarat bahwa para raja jin tsb juga harus mengkhidmat/mengkhodam kepada syaikh/guru yang ditunjuk oleh beliau ra beserta para murid-muridnya. Tentunya yang dimaksud adalah syaikh/guru yang BENAR dan SAH secara ruhaniah. Demikian pula dengan 60 raja2 waliyullah, yang dipimpin oleh Sesepuh Wali Quthub : Syekh Abu Hasan Syadzili, Syekh Ibnu Arabi dan Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani, memohon kepada Sayyidi Syaikh Ahmad Tijani agar diizinkan untuk berguru (alias diangkat sebagai murid) kepada beliau ra. Dan Sayyidi Syaikh pun berkata bahwa bagaimana sekalian berguru kepadaku sementara derajat kalian adalah raja wali Allah. mereka menjawab bahwa kami hanya mengayomi dan mendidik orang-orang yang masih hidup. Sidi Syekh berkata : kalian aku angkat sebagai murid dengan syarat kalian mengkhidmat/mengkhodam kepada syaikh/guru yang ditunjuk oleh beliau ra berserta para murid-murid tijani.
Dari kisah di atas dapat kita bayangkan dan tarik kesimpulan bahwa betapa tinggi derajat beliau di atas derajat para raja waliyulah, serta betapa luas dan dalam ilmu dari Sayyidi Syaikh Ahmad Tijani. Kita bisa bayangkan, bahwa untuk para murid beliau sudah disediakan 2000 macam ilmu. Silakan para murid tholaab ilmu2 tsb sesuai kebutuhan tiap individu, tentunya dengan izin dan bimbingan dari GURU yang BENAR dan SAH secara ruhaniah.
Syarat menjadi murid dari tarekat Tijaniyah adalah
1. Harus taat kepada Allah & RasulNya
2. Harus taat kepada Guru
3. Harus taat kepada kedua orang tua
4. Harus taat kepada Ulil Amri (pemerintahan yang
BENAR dan SAH)
Para pengikut Tijaniyah dianjurkan untuk bergaul dengan sesama manusia dari golongan manapun. Kalau tidak demikian, bagaimana mungkin Bung Karno bisa menjadi presiden dalam waktu yang lama? Bagaimana mungkin Hasyim Asy’ari mengembangkan Nahdhatul Ulama (NU) tanpa sosialisasi kepada masyarakat? Bagaimana mungkin HOS Cokroaminoto mendirikan pergerakan tanpa bantuan kawan2nya? Bagaimana mungkin Pesiden kita sekarang (SBY) dapat mempunyai relasi yang begitu luas dan kuat?
Yang tidak boleh (dilarang keras) adalah mengunjungi wali-wali selain Tijaniyah, baik yang hidup maupun yang sudah meninggal. Sayyidi Syaikh Ahmad Tijani berkata bahwa tidak akan meninggal seorang Tijaniyah sebelum mendapat derajat kewalian (tentunya derajatnya sesuai amalan). Dan kisah 60 raja wali yang ingin berguru kepada Sayyidi Syaikh, termasuk Syaikh Abdul Qodir Jaelani. Silakan kita semua berpikir dengan keras dan mengambil kesimpulan, mengapa para pengikut Tijaniyah dilarang keras berziarah kepada wali2 selain Tijaniyah, pun kepada wali sekelas Syaikh Abdul Qodir (kecuali ada izin dari GURU), apalagi berziarah kepada wali2 kecil-menengah (wali wilayah)!! Seorang Tijaniyah yang BENAR amalannya, yang tekun dalam ibadahnya, sesungguhnya Nabi SAW akan hadir ketika mereka meninggal dunia dan ketika ditanya di dalam kubur, serta 70.000 malaikat akan berzikir untuknya. Mereka tidak akan meninggalkan dunia kecuali sudah sampai pada tingkat keWaliannya. Orang yang berziarah kepada wali2, tidak ada yang mereka harapkan kecuali keberkahan dan doa. Jadi, bagaimana bisa pengikut Tijaniyah yang dianugerahi mutiara keilmuan yang sangat tinggi harus memohon doa dan keberkahan dari wali2 selain Tijaniyah?? Apakah Guru2 / Syaikh2 mereka (termasuk Syaikh Ahmad Tijani) tidak cukup untuk dimintai doa dan keberkahan sehingga harus menghabiskan tenaga dan waktu untuk ziarah kepada wali2 lain?? Mengapa harus berziarah kepada wali2 lain, sementara 60 raja wali berziarah dan ingin berguru kepada Syaikh Ahmad Tijani?? Jika pengikut Tijaniyah ziarah pada Wali selain gurunya maka hubungan antara mereka dan guru2nya menjadi putus. Juga seluruh pemberian ilmu dari gurunya menjadi putus pula adanya. Mereka tidak ada apa-apanya di hadapan gurunya dan tidak ada yang akan mereka peroleh dari ziarah kepada orang lain. Allah tak menjadikan sesuatu pada seseorang yang bercabang dari dua hati.
Dan patut pula disimak perkataan dari Sayyidi Syaikh, bahwa semua tarekat akan berakhir (hilang) di akhir zaman, kecuali tarekat Muhammadiyah (alias Tijaniyah). Nama Tijaniyah pada akhir zaman akan berubah menjadi Muhammadiyah. Semua tarekat di akhir zaman akan menjadi tarekat Muhammadiyah/Tijaniyah.
Kepada semua pembaca yang simpati & empati kepada Tijaniyah, saran saya…….kalau pembawaan kita masih suka banyak bertanya, maka lebih cocok belajar saja dulu seterusnya tentang ilmu2 syari’at (seperti fiqh, ushul, tafsir, muthola’ah hadits, ilmu tentang ma’rifat, ilmu tentang tarekat, dll). Kalau sudah bulat hati masuk tarekat, tinggal diamal saja ilmu2/amalan tarekatnya (bukan ilmu yang membahas & membicarakan tarekat yaa..). Kalau manfaatnya dapat kita rasakan positif buat diri kita, yaa amalkan terus sampai tutup usia. Kalau tidak cocok dengan pembawaan kita, yaa tinggalkan saja.
Tholaab yang BENAR dan semangat, ibadah yang tekun, biar qolbu terbuka lebar dan mengerti tanpa diberitahu.

Sumber Rujukan :
Kitab Jawahir Ma'ani wa Buluguil Amani
Kitab Faidur Robbani

Khamis, 15 September 2022

KESULTANAN MAGHRIBI ADALAH KESULTANAN AHLI BAYT

#KISAH KESULTANAN MAULAY SULAIMAN ATTIJANI DENGAN MURSYID TORIQAHNYA SIDI SYEIKH AHMAD ATTIJANI R.A
 
#BUMI MAGHRIBI ADALAH BUMI AHLI BAIT 

#HADIS PEMUSAFIRAN AHLI BAIT KE BUMI MAGHRIBI DAN KAUM BARBAR MENJADI PENOLONG MEREKA

#KISAH KARBALA ALHASANIYAH

#AQTABUL UMMAH

Sultan yg adil dan syarif yg kamil,Maulay Sulaiman Muhammad bin Abdulllah Alawi Attijany
nasab keturunannya bersambung terus kpd Maulay Hasan bin Qasim al-Yunbuie’

Maulay Qasim Al-yunbui’ adalah orang pertama drpd kalangan ahli bait Alyunbui yg datng ke bumi Sajlamaasah 
dan juga digelar sebagai perisai ahli bait yg masyhur di bumi maghribi Aqsa

dan sesungguhnya beliau telah memasuki bumi maghrib yg terdapat padanya kisah yg panjang
(kita akan ceritan di lain tempat,insya Allah)

dan Sultan Maulay Sulaiman adalah antara afrad/pembesar drpd kalangan keturunan mulia ini 
dan juga beliau ada afrad/pembesar bumi maghribi nisbah keilmuannya dan kewaliannya

beliau telah bertemu dengan Syeikh Ahmad Tijani RA dan telah mengambil wirid(baiah toriqah drpd Syeikh Tijani Ra)
dan beliau juga telah menghadiahkan Kpd Syeikh tijani beberapa hadiah dan juga perutusan surat kpd beliau

juga beliau dipersaksikan sebagai sultan yg paling adil dizamannya oleh drpd hadrah nabawi

baginda Sultan Sulaiman dan ayahnya Maulay Abdullah telah melancarkan perang terhadap golongan pendakwa masyaikh yg zindik 
walaupun beliau sendiri adalah seorang sufi dan pengikut jalanan golongan sufi

beliau mengajak/mendakwah kpd pegangan yg tetap terhadap syariat dan menjauhi golongan bidaah pd ketika itu

dan beliau mengajak kembali kpd manhaj salafus soleh

sehinggakan Bapanya Maulay Abdullah tersebut mengangap dirinya sebagai pengamal mazhab hanbali...

dan bahawasanya Saadah kesultanan Alawiyah telah dimaklumi dr segi keilmuan, kebaikan dan kewalian mereka itu

juga diriwayatkan karomah dan ahwal besar yg berlaku terhadap mereka

dan juga zahirnya daulah kerajaan mereka adalah juga melalui izin nabawi

dan bisyarah rabbaniyah drpd datok mereka Maulay Ali,seorang ahli zuhud yg kamil,dan juga syarif yg masyhur dengan gelaran Sidi Zul Maghazi

beliau adalah Datok kpd Maulay Rasyid 
orang pertama yg menzahirkan kerajaan dan baiah kepimpinan

dan sebab dipernamakan Syarif tersebut dengan zi Maghazi
adalah kerana kerap kali beliau berulang melepasi bumi andalus utk berjihad dan murabit di jalan Allah beserta dengan keilmuan dan ketakwaannnya 
sehinggakan pembesar2 zamannya dan pembesar ulama memujuk utk membaiah akannya sebagai lmam dan Sultan

tetapi beliau enggan dan tidak mahu menerima jawatan tersebut

kaum nasrani telah menggugatkan kerajaan daulah Alawiyah sejak beberapa lama
dan menghalang mereka drpd memerintah bumi maghribi

kebanyakan pimpinan daulah alawiyah ini
mereka mendirikan kefardhuan jihad
dan membawa/menaikkan islam ke tahap tertinggi

seperti hal daulah2 yg zahir dibumi maghribi

seperti masuknya jauhar dan permata ahli bait alawiyah Fatimiyah yaitu Syarif Maulay Idris Akbar AS

itulah baiah rakyat yg paling sahih terhadap pimpinan mereka

kerana daulah2 tersebut berterusan pemerintahannya dibumi
maghribi melalui pimpinan ahli bait nisbah keturunan dan pimpinan

semua itu bertepatan/membenarkan akan janji Baginda Saw terhadap keturunan yg suci/mulia
dan juga kaum barbar yg menjadi penolong kpd anak cucu Baginda saw

Nabi Saw telah memgatakan kpd sayidah Fatimah dengan mewasiatkan kpd anak2nya utk keluar pergi ke bumi maghribi apabila berlakunya peperangan/pembunuhan terhadap mereka

kerana sesungguhnya mereka itu ada penolong dan pembantu
dan telah menyebut kebanyakan drpd ulama maghribi dan lmam2nya 
bahawa berlakunya pertemuan antara pembesar2 suku barbar dengan Nabi Saw 

(yg telah disimpan/tanam mereka di arah marakesh )

dan keislaman mereka atas tangan Baginda Saw dan Baginda saw memberi wasiat kpd mereka supaya menyambut dengan kebaikan terhadap rombongan anak cucu baginda Saw apabila mereka memasuki negara mereka

kemudian sabda Baginda saw kpd fatimah zahra :

‎ان الله جعل لي من اليمن انصارا وان الله جاعل لابنائكي من البربر انصارا 

“sesungguhnya Allah telah menjadikan golongan yaman dan ansar senagai penolong kpdku (kaun aus dan khazraj)

dan menjadikan kepada anak2 kamu drpd kalangan barbar sebagai penolong mereka “

dan telah berhijrah kebanyakan keturunan bani hasyim(ahli bait) ke bumi maghribi kerana melaksanakan wasiat Baginda saw...

maka masuklah maulay ldris akbar dan saudaranya maulay Muhammad,Sultan Tilimsan ibni Maulay Sulaiman ibni Kamil 

hanyalah kedua2 nasab ahlibait inilah shj yg mengimarah bumi maghribi dan tidaklah nasab mereka pergi ke negara yg lain

dan juga baki ahli bait drpd kalangan keturunan Sayidina Hasan dan Husain

kebanyakan drpd mereka anak2 ahli yg syahid di karbala hasaniyah
yang dimaksudkan disini ialah karbala/peristiwa fakh
peristiwa yg berlaku berdekatan dengan satu tempat yg bernama wadi/lembah fatimah
tempat masyhur di bumi mekah
tempat yg terbunuh padanya kebanyakan anak2 kpd Maulana Abdullah kamil/Mahdh/Khalis
*dipernamakan demikian kerana keturunannya drpd sayidah fatimah dan Sayidina Ali semata2
bapanya adalah sayidina Hasan Muthasanna dan ibunya drpd Fatimah binti Husain
itulah anak ahli bait pertama yg terhasil drpd dua pasangan ahli bait

begitu juga nasab Alkazimi Alhusaini yg tinggal dibarat Tiyarat 
(tempat yg berada di iklim wahran
itulah keturunan asal ahli bait alhusaini yg berada dibumi maghribi 

dan juga telah mendampingi akan mereka itu
anak cucu kpd keturunan sayidina Abi bakar,Umar,Othman,Ansar dan lainnya

ahli bait Alawiyiin maghribi adalah raja2 bumi maghribi
yg bertembung nasab mereka dengan Khotmul Auliya Syeikh Ahmad Tijani Ra dan pewaris ulung kpd Syeikh Ahmad Tijani,yaitu Sidi Ali Timaasini Yunbui’ dan Abi hurairah toriqah kita yaitu Sidi Abi Nasir Alawi,seorang wali mulamati yg bersambung silsilah keturunan kpd cucunda Baginda Saw yg bernama Abdullah kamil atau dengan nama Muhammad Nafsu Zakiyyah RA

beliau telah disalib dan disemadikan di baghdad

beliau disalib dalam keadaan ditelanjangkan di tiang salib

kemudian datang kpdnya labah2 dan membuat sarangnya di kawasan auratnya (menutupi auratnya)
mewarisi drpd datuknya Baginda saw ...

tatkalamana musuhnya memusingkan/memalingkan tiang daripada arah kiblat
maka tiang tadi akan kembali berpusing menghadap ke arah kiblat

bagi pemerhati kepada ahwal bumi maghribi
mereka akan mendapati kemunculan/penzahiran furu’/keturunan mulia ini di akhir zaman ini sebagai imamah dan kewalian..
mereka adalah drpd kalangan bani saad,Alawiyin,Syeikh Ahmad Tijani RA dan kebanyakan drpd pembesar ahli hadrahnya adalah drpd keturunan mulia Sidi Muhammad Nafsu Zakiyyah
Moga Allah meredhai akan mereka

sesungguhnya sentiasalah bumi maghribi mendapat dhomanah/jaminan Nabawi...

dan tidaklah ketinggalan bumi maghribi sebagai rumah/tempat tinggal kpd saadah ahli bait dan juga sebagai tempat bagi kerajaan fatimiah/ahli bait 
sehinggalah kpd kemunculan pimpinan/ketua Ahli bait di akhir zaman 
yaitu Imam Mahdi dan berlaku baiah kepimpinan dibumi tersebut
(sebab itu imam Mahdi enggan baiah ketika dipinta utk dibaiah oleh ahli mekah pd akhir zaman kelak,tetapi imam Mahdi menerima baiah(kali kedua) atas permintaan ahli mekah)

lmamah dan qutbaniyatul uzhma(Ghaus),khomul auliya,katmul auliya dan kebanyakan auliya besar drpd bumi Maghribi melainkan segelintir (yg bukan drpd maghribi
atau jikalau ada,maka wali2 tersebut sama ada nenek moyangnya drpd maghribi atau berasal drpd maghribi..

Moga Allah swt mengembalikan bumi maghribi..,
rakyat dan raja yg berpegang teguh seperti mana datok2 mereka

drpd :
istiqamah
jihad
kewalian
mendaulatkan syariat 
dan hukum hakamnya

mengamalkan sunnah terhadap diri,ahli keluarga dan anak2

dan mengajar/memukul golongan fasiq dan lainnya

‎ارض المغرب قومي وانفضي  
‎ عنكي غبار الغفلة واشهري 
‎رايات اهل النبوة فاظهري 
‎ سيوف علي ورمح الهاشمي
‎طال ليل الذل والهوان
‎ امة الاسلام ترجو فجركي

#bumi maghribi..!!!
bangunlah kamu dan tepuklah 

#drpd kamu debu2 ghaplah dan ishtiharkan/permaklumkan  
#bendera2 ahli bait 
dan munculkanlah

#pedang2 Ali dan tombak bani hasyim

#kerana telah berpanjangan malam kerendahan dan kehinaan

#umat islam mengharapkan fajar/kebangkitan kamu (bumi maghribi)

Jumaat, 9 September 2022

Wasiat Raja Tubba untuk Rasulullah

Sebelum lahirnya Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, di Yaman terdapat seorang raja bernama Sa'ad bin Ma'di Karib, panggilannya Tubba (banyak pengikut) karena pasukannya yang banyak. Dia menaklukan banyak negeri dan menyimpan orang kepercayaannya sebagai wakil.

Dia juga berhasil menaklukan Madinah dan menyimpan salah seorang anaknya sebagai wakil. Satu waktu anaknya tersebut terbunuh oleh orang yang tidak dikenal. Tubba marah dan menyerang Madinah.

Ketika perang berkecamuk, muncul tujuh orang Ahlu Kitab yang meminta Tubba agar menghentikan niatnya menghancurkan Madinah, sebab kota ini merupakan tempat hijrahnya Nabi Akhir Zaman. Siapapun yang berniat menghancurkannya akan binasa.

Tubba percaya dan menghentikan peperangan. Tubba kemudian memeluk Islam dengan iman yang teguh. Ia juga mengunjungi Makkah dan memberi Kiswah pada Ka'bah.

Tubba bertanya, "Apakah Nabi Akhir Zaman akan muncul selagi aku masih hidup?" Ahlu Kitab menjawab, "Tidak. Nabi Akhir Zaman akan muncul beberapa generasi kemudian."
`
Tubba kemudian menulis surat yang menyatakan bahwa dirinya seorang Muslim. Ia memberi salinan surat tersebut kepada 10 orang yang tinggal di Madinah dan menunjuk Zaid bin Kulaib sebagai pemimpin.

Tubba mewasiatkan untuk menyampaikan surat tersebut bila Rasulullah tiba di Madinah. Namun ke-10 orang tersebut tidak sempat menjumpai masa Rasulullah, sehingga wasiat tersebut diamanahkan ke anaknya masing-masing.

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, semua kabilah meminta beliau agar tinggal di kampungnya. Namun beliau memutuskan akan tinggal dimana untanya berhenti.

Ternyata unta tersebut berhenti di kampung Bani Malik bin Najjar, tepat di depan rumah kepala sukunya yang bernama Khalid. Khalid yang dikenal sebagai Abu Ayyub Al-Anshari, adalah putra dari Zaid bin Kulaib, pemimpin pemegang wasiat Tubba.

Abu Ayyub lalu menunjukan surat Tubba yang ia terima dari ayahnya kepada Rasulullah. Beliau amat terkesan dan mendoakan Tubba. Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayyub hingga pembangunan rumah dan masjid beliau selesai.

Referensi :
Kitab Qishashul Anbiya, Syeikh Nashiruddin Ar-Rabghuzi

#sirohnabawi #qishashulanbiya #kisahparanabi #kisahlangkaparanabi #tobudarkah

Isnin, 5 September 2022

ZIKRULLAH MAKANAN AKHIR ZAMAN


Allah SWT menugaskan malaikat seramai 3000 untuk mengawal Al-Mahdi, seraya memukul orang yang memusuhi dan menentang Al-Mahdi .

Al-Mahdi akan menguasai dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulqarnain dan Nabi Sulaiman AS. Al-Masih Dajjal tidak akan masuk ke kota Madinah kerana takut, pada hari itu Kota Madinah mempunyai tujuh pintu yang pada setiap pintu dijaga oleh dua Malaikat.

Mereka (golongan beriman di zaman Dajjal) akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan.

Dan ketahuilah sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal bumi akan berada dalam keadaan kering kontang sama sekali. Semua manusia dilanda kelaparan yang dahsyat. 

Di tahun pertama Allah menitahkan agar hujan menahan sepertiga airnya. Pada tahun kedua Allah menitahkan agar hujan menahan dua pertiga airnya; bumi menahan dua pertiga tumbuh-tumbuhannya. Sedang pada tahun ketiga, Allah menitahkan agar hujan menahan semua airnya, sehingga tidak setitis pun air yang turun dari langit. Dan menitahkan bumi agar menahan semua yang ditumbuhkannya sehingga tidak ada sesuatu pun yang ditumbuhkannya, bahkan mana-mana tumbuhan yang tinggal semuanya menjadi kering dan binasa.

Seorang lagi bertanya,lalu apakah manusia akan hidup saat itu? Baginda menjawab, “Mereka akan hidup menerusi tahlil, tahmid, takbir dan tasbih.Dan kesemua itu menjadi pengganti makanan mereka“ 
HR Ibnu Majah, Abu Dawud, Al-Hakim- Hadeeth Sahih dengan syarah Muslim)

#makanan #zikrullah

SELAWAT AL FATIH SATU KURNIAAN YANG BESAR UNTUK UMMAT AKHIR ZAMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Hamba naqalkan sebahagian daripada kalam MurobbinaAl Arifbillah Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada menerangkan akan satu kurniaan yang besar dari Allahﷻ kepada ummat kekasih-Nya di akhir zaman, pada sedemikian ini; 

Fahamilah jua bahawa Allahﷻ mengurniakan anugerah-Nya bukan melalui ukuran kelayakan. Hadiah daripada Allahﷻ tidak ada orang yang boleh mempersoalkannya dengan Allahﷻ, kerana apa diberi? Ini semua hanyalah semata-mata kerana Allahﷻ ingin mengurniakannya pada akhir zaman ini kerana ummat itu lemah, ummat itu dikasihani, ummat itu ramai yang sakit, ummat akhir zaman itu tidurnya banyak, ummat akhir zaman itu makan syubhah dan banyak tidur banyak, fahamilah.  

Ummat akhir zaman ini tidak boleh menjaga wudhuk, dua tiga jam sekali kena ambil wudhuk yang baharu. Ummat terdahulu sembahyang Subuhnya sekali dengan wudhuk Isyaknya. Ummat akhir zaman ini banyak kelemahannya. Allahﷻ daripada hadrah kurniaan-Nya, anugerah-Nya, hendak memberi kepada orang yang lemah diakhir zaman kerana mereka ummat Baginda ﷺ. Fahamilah !! 

Dan daripada itu, akhir zaman itu bermaksud hujung umur ummat, yakni yang dah tua. Ummat yang dah tua, banyak aib, macam orang tua, pakcik kita, makcik kita yang dah tua, kadang-kadang boleh buang air atas baju, air kecil, tetapi perkara itu tidak menafikan kemuliaan ibu bapa kita. Demikianlah perumpamaan bagi ummat islam itu, walaupun dah tua, banyak aib, banyak kekurangan, tapi disisi Allahﷻ mereka adalah ummat Baginda Rasulullah ﷺ, faham!! 

Oleh yang demikian, Rahmat Allahﷻ itu jika dipandang dari sudut kurniaan-Nya, adalah Ia-Nya ingin menganugerahkan dan menghadiahkannya kepada ummat akhir zaman. Seandainya kamu berada di dalam dewan Awliya, kamu akan mendengar cerita daripada Awliya Allah tentang Selawat Al Fatih itu sebagai hadiah, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih. 

Dan ditambah lagi di dalam Dewan Awliya itu dengan sebahagian daripada Awliya itu yang telah mati, mengkhabarkan akan kesedihan mereka kepada Awliya yang masih hidup, akan kesedihan mereka kerana tidak dapat berselawat dengan Selawat Al Fatih semasa mereka masih hidup. 

Wallahu kata Awliya yang telah mati, seandainya Allahﷻ memberi kami pilihan samada untuk menjadi Wali Besar seperti mana yang telah kami dapati, atau dapat menyebut Selawat Al Fatih walaupun sekali, nescaya kami akan pilih untuk menyebut Selawat Al Fatih satu kali walaupun kewalian kami dibuang. 

Fahamilah dan ketahuilah !! Bahawasanya kita tidak dapat mengenali dengan sebenarnya apakah Selawat Al Fatih itu. Cukuplah ianya adalah selawat Tuhan atas Nabi-Nya sendiri, cukup. Jangan cari lain. 

# Petikan Syarahan Selawat Al Fatih 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞