Rabu, 28 September 2022

TENGGELAM DALAM SELAWAT AL FATIH

Majlis Selawat Fatih di Meknes, Maghribi pada tahun 1911

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Dalam menerangkan pada bangsa orang yang tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala telah menerangkan; 

Alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang telah menggerakan lidah kita dengan Selawat Al Fatih, sehingga kita dapat mendalami diri dalam Selawat Al Fatih. 

Seandainya kita dapat menenggelamkan diri dalam Selawat Al Fatih, dan berjaya membuka kunci Selawat Fatih itu, maka lidah kita tidak akan berhenti untuk mengulangi Selawat Al Fatih, demikian juga hati kita tidak akan berhenti untuk tenggelam dalam Selawat Al Fatih. 

Ketahuilah dan fahamilah pada seseorang yang telah tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, bahawa makna-makna hakikat-hakikat, cahaya-cahaya Rasulullah, rahsia-rahsia Rasulullah, ianya ibarat hujan yang turun ke atas kamu. 

Walaupun lidah kamu telah berhenti, tidak bergerak dengan Selawat Al Fatih, namun kamu tetap berselawat dengan Selawat Al Fatih. Kamu telah menjadi ahlinya, dah fana di dalam selawat itu. 

Pada ketika ini, ketahuilah bahawa ianya adalah natijah, yakni hasil daripada satu usaha kamu wahai pendengar yang memperbanyakan selawat tersebut, dan pada saat ini janganlah berkongsi amal dengan selawat yang lain (dengan menjadikan selawat lain sebagai wirid harian). 

Demikianlah keterangan beliau. Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
#Cnp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan