Rabu, 21 September 2022

SELAWAT AL FATEH : ANTARA TUJUAN DAN HABUAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah menerangkan kepada kami semua oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahulahu Ta’ala pada maksud dan tujuan membaca Selawat Al Fatih itu, bahawa;

Selawat Al Fatih ini, bukannya selawat ganjaran, bukan nak cari upah. Jangan buat macam nak menyembah Allah ﷻ kerana tujuan dan habuan. Selawat Al Fatih bukan sahaja untuk upah. Dari sudut upah, Selawat Al Fatih tak ada had. Ganjarannya, balasannya, upahnya tak ada had. Tak boleh kita sebut. 

Selawat Al Fatih adalah selawat kunci diri Nabi ﷺ. Kunci Hakikat Rasulullah ﷺ. Janganlah berselawat gunakan Selawat Al Fatih untuk tujuan yang rendah, tujuan kecil nak dapatkan ganjaran, nak memurahkan rezeki, nak memudahkan rezeki, nak cari bantuan kepada anak. Itu semua terhasil, tak payah sebut niat itu, itu semua terhasil kepada orang yang berselawat Al Fatih.  

Selawat Al Fatih itu membuka segala perkara yang dikunci, yang ditutup, tak payah sebut niat-niat itu yang halus-halus, niat yang macam ikan bilis – kecik-kecik, tak payah sebut. Selawat Al Fatih adalah kunci, yakni kalau kamu dah terima ilham, taufik daripada Allah ﷻ sehingga berselawat keatas Nabi ﷺ melalui Selawat Al Fatih, ketahuilah (kamu) dah ditarik oleh Rasulullah ﷺ kepada Hadrahnya, dah dibagi kunci, jangan sibuk dan berpaling (kepada) selain (daripada diri Baginda ﷺ). Ini kunci, usahakan sahaja untuk menyampaikan kunci itu kepada pintu (Baginda ﷺ), itu sahaja.

Demikianlah keterangan beliau. Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan