Jumaat, 17 Januari 2025

Hadiah "Al-Fattah" kepada Mufti Sabah daripada Sayyidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani

🍀 هدية الفتَّاح إلى مفتي ولاية صباح 🍀

  ( أو  الفوز والفلاح في توضيح ما أشكل على أهل صباح )
 
 

الحمد لله الذي صلى على نبيه أبدا وصلى الله وسلم على الممدوح أزلا وعلى آله وصحبه ومن إتبع

وبعد، فهذه رسالة لطيفة في التعريف بالياقوتة الفريدة ألفتها بطلب من السيد الجليل والإمام الكبير لمسلمي ولاية صباح الماليزية – حفظها الله من كل بلية - الأستاذ الفاضل مفتي البلاد والعباد داتؤ عزيز بن حاجي جعفر الشافعي الناهج مسلك الأوائل من حيث متانة وصحة المذهب والعقيدة ، وحسن الإعتقاد والتعلق بأولياء الله وطرقهم المسلوكة السليمة ، في هذا الوقت الذي عمت فيه البلوى وترأس فيه أهل البدع والأهوئة ، وجعلت هذا المجموع على عدة مباحث مختصرة  للحق موصلة يفقهُها ويستطِيبها من صحت نسبته لمذهب السنة والجماعة

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang berselawat keatas nabi-Nya ﷺ secara abadi dan selawat serta salam Allah ke atas insan terpuji sejak azali, dan juga ke atas ahli keluarga Baginda ﷺ serta para sahabatnya dan mereka yang mengikuti,
Waba’du, 

Maka ini adalah satu risalah yang ringkas pada memperkenalkan tentang satu permata yang tunggal , yang telah saya karangnya atas permintaan Tuan Yang Mulia Imam Besar bagi ummat Muslimin di Negeri Sabah , Malaysia, iaitu Al Ustaz Al Fadhil Mufti Bilad dan ‘Ibad Dato’ Aziz bin Haji Jaafar As Syafie, seorang yang berpegang pada perjalanan orang terdahulu dari sudut keaslian, kebenaran mazhab, aqidah dan pegangan yang benar serta mempunyai taa’lluq yang sohih dengan para auliya’ Allah dan thoriqah mereka yang suci, dalam keadaan suasana yang secara umumnya ditimpa bala’ dan dikepalai oleh ahli bidaah dan ahli hawa atas ummat Islam secara rasmi dan secara umum.  
Dan saya menjadikan himpunan risalah ini kepada beberapa perbahasan yang ringkas untuk menyampaikan kepada kebenaran, yang memudahkan untuk difahami dan dirasai kelazatannya   kepada orang yang mencari kebenaran dan  benar nisbahnya atas Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

✳️ المبحث الأول في فضل الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم على العموم.
فأقول وبالله التوفيق وهو الهادي بمنه إلى سواء السبيل أنه من المعلوم بالضرورة أن من خير أعمال البر الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ، فإن الله سبحانه وتعالى إصطفى لنفسه من جميع الأذكار الصلاة على نبيه صلى الله عليه وسلم وكفى بذلك فضلاً وشرفًا ، قال سبحانه في محكم تنزيله " إن الله وملائكته يصلون على النبي ... " فهو سبحانه صلى ولم يزل مُصليا على نبيه في حضرة قدسِه دائمًا أبدًا

Perbahasan Yang Pertama Ialah Pada Kelebihan Selawat Ke Atas Baginda Rasulullah ﷺ Secara Umum.
Maka saya katakan, hanya dengan Allah segala pertolongan dan Dialah penunjuk dengan kurniaanNya kepada segala jalan yang benar. Bahawasanya , daripada kewajipan dalam beragama yang sudah diketahui umum ialah diantara sebaik-baik amalan yang mulia ialah selawat ke atas Baginda Rasulullah ﷺ.
Maka sesungguhnya Allah t telah memilih untuk diriNya daripada segala zikir-zikir yang ada, maka selawat ke atas nabiNya ﷺ yang menjadi pilihanNya, dan cukuplah itu satu kemuliaan dan kelebihan yang agung. Allah ﷻ telah berfirman di dalam Al quran , (Yang Bermaksud) :
“ Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat ke atas Nabi ﷺ….”  Maka adalah Dia yang Maha Suci telah berselawat dan masih serta sentiasa berselawat ke atas NabiNya ﷺ di dalam Hadhrah KesucianNya sentiasa dan selamaNya.

ومن جهة أخرى فإنَّ الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مقبولة قطعًا كما نصَّ وأجمع على ذلك أهل الفهم والعلم ،  فصارت من حيث هذه الحيثية أفضل الطاعات ، فمن فاته كثير من عمره بتقدُّم غفلة أو إدبارٍ ومعصيةٍ فلْيجبُر ما فاته بالإكثار من الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ، قال الشيخ الإمام لسان حضرة الأولياء إبن عطاء الله السكندري صاحب كتاب الحكم العطائية كما في كتابه تاج العروس الحاوي لتهذيب النفوس " من قارب فراغ عمره و يريد أن يستدرك ما فاته فليذكر بالأذكار الجامعة فإنه إذا فعل ذلك صار العمر القصير طويلا ، وكذلك من فاته كثرة الصيام و القيام أن يشغل نفسه بالصلاة على رسول اللّه صلى الله عليه و سلم فإنك لو فعلت فى جميع عمرك كل طاعة ثم صلى اللّه عليك صلاة واحدة رجحت تلك الصلاة الواحدة على كل ما عملته فى عمرك كله من جميع الطاعات لأنك تصلى على قدر وِسعك و هو يصلى على حسب ربوبيته هذا إذا كانت صلاة واحدة فكيف إذا صلى عليك عشرا بكل صلاة كما جاء فى الحديث الصحيح "

Daripada sisi lain pula, bahawasanya selawat ke atas Baginda Nabi ﷺ diterima secara qath’ie(secara yakin) seperti yang dinaskan dan disepakati  oleh para ahli ilmu dan ahli haq. Maka terjadilah ia daripada sudut ini sebagai semulia-mulia amalan taat. Maka barangsiapa yang telah melewati umurnya yang lalu dengan mendahulukan kelalaian, ataupun berpaling ataupun kemaksiatan , maka gantilah apa yang terlepas itu dengan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
Telah berkata As Syeikh Al Imam Lisanul Hadhrah Auliya’ Ibn Atho’illah As Sakandariy pengarang kitab “Hikam Atho’iyyah” seperti mana disebutkan di dalam kitabnya yang bernama “Tajul Arus Al Hawi LiTahzibin Nufus” :
“Barangsiapa yang telah menghampiri hujung usianya dan dia ingin mendapatkan apa yang telah dia terlepas daripada umurnya yang lalu, maka berzikirlah dengan zikir-zikir yang jami’ (yang menghimpunkan) , maka sesungguhnya jika dia melakukan perkara tersebut, nescaya jadilah umur yang singkat itu menjadi panjang, dan begitu juga bagi sesiapa yang telah ketinggalan daripada memperbanyakkan puasa, atau qiyamullail maka sibukkanlah dirinya dengan berselawat kepada Rasulullah ﷺ .Maka sesungguhnya jikalaupun engkau telah melakukan semua jenis amalan taat dalam umurmu kemudian Allah berselawat kepadamu dengan satu selawat sahaja, maka akan lebih berat timbangan selawat yang satu daripada Allah itu berbanding semua amalan yang telah engkau lakukannya di dalam umurmu seluruhnya daripada segala jenis ketaatan. Hal ini kerana engkau berselawat pada kadar kemampuanmu sahaja adapun Dia ﷻ berselawat dengan keluasan sifat RububiyyahNya, maka ini adalah perumpamaan bagi satu selawat sahaja  , bagaimana jika Allah ﷻ berselawat kepadamu dengan sepuluh kali selawat sepertimana yang disebutkan di dalam Hadith Sohih tentang perkara ini “  

وقد دلَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سائِله أن يستغرق جميع وقته في الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم كما هو في حديث كعب بن عجرة المشهور والمسمى ب " كم أجعل لك من صلاتي "  فأجابه صلى الله عليه وسلم في آخر الحديث لما قال له إذًا أجعل صلاتي لك كلها بقوله الشريف " إذا تُكفى همك ويُغفر ذنبك "

Dan Baginda Rasulullah ﷺ telah menunjukkan kepada seorang sahabat yang bertanya supaya meluangkan sepenuh masanya dalam berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ  seperti mana disebutkan di dalam Hadith Sayyidina Ka’ab bin ‘Ujrah yang sudah masyhur akannya, dan dipernamakan dengan hadith “ Berapakah aku menjadikan selawat kepadamu dalam selawatku” .  Maka baginda Rasulullah ﷺ menjawab kepadanya di akhir hadith pada bicara sahabat : “ demikian itu, aku jadikan  sepenuh masaku dengan berselawat kepadamu” maka balas Baginda Rasulullah ﷺ : “ Oleh itu, dicukupkan segala kerungsinganmu dan diampunkan segala dosa-dosamu”

وقد بشر المولى سبحانه عباده المصلين على نبيه جزاءًا منه على صلاتهم بقوله سبحانه " هو الذي يصلي عليكم وملائكته ليخرجكم من الظلمات إلى النور " فجعل بذلك سبحانه وتعالى صلاتنا على حبيبه صلى الله عليه وسلم سببًا لإخراجنا من الظلمات إلى النور : من ظلمة الوهم والظن إلى نور العلم واليقين ، من ظلمة البعد والحجاب إلى نور المشاهدة والعيان

Dan Allah telah memberi berita gembira kepada hamba-hambaNya yang berselawat ke atas NabiNya ﷺ akan balasan daripadaNya ke atas selawat yang mereka bacakan itu, dengan firman Allahﷻ yang bermaksud , : “ Dialah yang berselawat kepada kalian dan juga para malaikatNya bagi mengeluarkan kalian daripada kegelapan kepada cahaya ,dan adalah Dia ke atas orang mu’min sangat mengasihani”. Maka Allah ﷻ menjadikan selawat kita kepada kekasihNya ﷺ sebagai sebab bagi mengeluarkan kita semua daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kegelapan kerunsingan dan sangkaan kepada cahaya ilmu dan cahaya yaqin, dan daripada kegelapan kejauhan dan hijab kepada cahaya musyahadah dan muayanah.
 
 ✳️ المبحث الثاني في أنه لا تعارض بين الصلوات الواردة شريعة والصلوات الواردة طريقة فكلها صادرة من مِشكاة واحدة ،
فما ألَّف السادة الأولياء صلواتهم إلا بتعليمٍ وإملاءٍ من سيد الوجود صلى الله عليه وسلم يقظةً ومنامًا كما هو الخبر المشهور عن جميع ساداتنا الأولياء ، على أنَّ الصلوات الواردة شريعةً مُوَجهة لجميع المسلمين والتصديق والعمل بها واجب على الجميع والصلوات الواردة طريقةً موجهة لفئة محدودة من الناس والتصديق والعمل بها ليس بواجب إلا لمن نذر على نفسه ذلك ، وبُطلان قول القائل بأن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم توقيفية لا يجوز الزيادة فيها أو عليها ثابت ظاهرٌ بعمل السلف وعمل طبقات أيمة الأمة طبقة بعد طبقة من زمن الصحابة الكرام إلى أيامنا هذه والذين ألفوا من الصلوات ما لا حصر لها ولا عدَّ

Perbahasan Yang Kedua Ialah Bahawasanya Tidak Ada Percanggahan Di Antara Selawat Yang Warid Secara Syariat Dan Juga Selawat Yang Warid Secara Thoriqah Dan Adalah Kedua-Duanya Daripada Sumber Yang Satu,
Tidaklah para saadah ‘auliya mengarang berkenaan selawat-selawat mereka melainkan ianya daripada ajaran dan imla’  Sayyidil Wujud Baginda Rasulullah ﷺ secara yaqazhah dan secara mimpi, sepertimana khabar-khabar yang masyhur daripada sekalian para saadah auliya’, dan adapun selawat yang warid secara syariat ditujukan kepada sekalian orang muslimin, mempercayai dan beramal dengannya adalah wajib ke atas sekalian muslimin, adapun selawat yang warid secara thoriqah adalah ditujukan kepada kelompok tertentu daripada kalangan manusia dan mempercayainya serta beramal dengannya tidaklah menjadi wajib melainkan bagi mereka yang bernazar atas diri mereka untuk beramal dengannya.
Dan kebathilan mutlak pada perkataan orang yang mengatakan bahawa selawat ke atas Rasulullah ﷺ adalah perkara “tauqifiyyah’ yakni (tidak boleh tambah atasnya atau tukarnya dengan selawat yang dikarang sendiri) . Kebathilan itu jelas bathil dengan amalan para salafus soleh dan amalan thobaqah para imam-imam ummah  daripada satu thobaqah kepada satu thobaqah, daripada zaman para sahabat yang mulia sehingga zaman kita hari ini, bahawasanya mereka yang mengarang selawat tidak terkira dan tidak terhitung banyaknya.

فإن الأمر الإلهي ورد على العموم " يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما " وما أجاب به النبي صلى الله عليه وسلم عند قولهم قد علمنا السلام فكيف نصلي عليك - أي الصلاة الإبراهيمية - فخارجٌ مخرج التعليم لا الحصر ، ولذا تعددت صيغ الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم حتى عند الصحابة الكرام رضي الله عنهم
Maka sesungguhnya  perintah Allah yang telah warid secara umum pada ayat : “ Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan penuh kesejahteraan” , dan apa yang dijawab  dengannya oleh Baginda Nabi ﷺ ketika mereka berkata : “Wahai Rasullah ﷺ kami telah mengetahui cara salam atasmu, jadi bagaimana pula cara untuk berselawat ke atasmu  ﷺ “ – yakni Selawat Al Ibrahimiyyah-. Maka telah keluar (selawat itu ) secara ta’lim yang tidak terhenti atas sighah itu sahaja dan dengan itu berbilang-bilanglah lafaz selawat ke atas Baginda Nabi ﷺ walaupun di sisi para sahabat t yang mulia.

والأدب شريعةً أن لا يُزاد شيء على اللفظ النبوي لكونه معصوما - أي اللفظ - بعصمة الوحي ، والأدب طريقةً أنْ لا يُزاد شيء على لفظ ساداتنا الأولياء لكونه محفوظًا بحفظ الولاية والإلهام الرباني الصحيح ، ولا يصح لمن لم يبلغ مداركهم أن يزن أقوالهم ، ولذا إتفق جميع أهل النسبة الصوفية على عدم الإعتراض على ما برز من سادتنا الأولياء مهما غمُض وأشكل ، فمن فقِه ما برز منهم قولاً أو فعلاً فليحمد الله على فضله ومن لا فليلزم الأدب وليُفوِّض علمه إلى أهله كما شرح وبيَّن ذلك كثيرًا الإمام الشهير سيدي عبد الوهاب الشعراني في المواثيق والعهود المحمدية وفي غير ذلك من كتبه  

Dan secara adab dari sisi syariah, tidak boleh menambah apa-apa lafaz pada kalam nabawi kerana kalam atau lafaz tersebut adalah maksum dengan sifat ‘ismah wahyu, maka begitu juga adab dari sisi thoriqah ialah tidak boleh menambah apa-apa pada lafaz para saaadah auliya’ kerana lafaz tersebut mahfuz dengan sifat mahfuz bagi kewalian dan ilham rabbani yang sohih. Dan tidak boleh bagi mereka yang tidak sampai kepada tahap kefahaman para auliya’ untuk mengimbangi perkataan mereka para auliya’ kerana ianya telah disepakati oleh sekalian mereka yang menisbahkan diri kepada jalan sufiyyah bahawasanya tidak boleh mengingkari atas apa yang datang dari para saaadah auliya’ yang mulia walau apa pun kerumitan dan kemusykilan . Maka jika ada yang dapat memahami apa yang terbit daripada mereka (para auliya’) dari sudut percakapan mahupun perbuatan, maka bersyukurlah kepada Allah atas kurniaan tersebut, namun barangsiapa yang tidak memahaminya, maka lazimilah adab dan serahkan ilmunya kepada ahlinya sepertimana yang telah disyarahkan dan diterangkannya secara panjang oleh Imam yang masyhur Sayyidi Abdul Wahab As Syaarani di dalam kitab Al Mawasiq’ dan kitab “ Al Uhud Al Muhammadiyyah” dan kitab beliau yang lain.    
 
وعلى هذا المسلك تتخرج مسألة خلوّ صلاة الفاتح من ذكر الصحب الكرام وخلوِّها أيضًا من السلام ، فإنه ما برز من حضرة الغيب عطاءًا ومنًّا من الله لأوليائه يُقبل كما هو من غير زيادة ولا نقصٍ كما هو مشهور عند القوم ، وخلوّ صلاة الفاتح من السلام سببها أنها صلاته سُبحانه وملائكته على نبيه وصلاته سُبحانه وتعالى خالية من السلام كما هو في الآية الشريفة ، وأما خُلوُّها من ذكر الصحب فلِكونها صلاةً عرفانية تُشير إلى أُبوة وأمومة النبي صلى الله عليه وسلم لجميع شجرة الوجود وهو المقصود من كلمة الآل في صلاة الفاتح وإدخال عبارة الصحب يُفسد هذا المعنى الشامل الواسع ، والحمد لله فإن الصحابة الكرام وغيرهم من جميع خلق الله داخلون في لفظ الآل

Maka atas jalan ini, telah keluar permasalahan tentang Selawat Al Fateh yang tidak disebutkan padanya sahabat yang mulia, dan juga tidak disebut kalimah “ Assalam” . Maka sesungguhnya apa yang datang daripada hadhrah ghaib adalah satu pemberian dan kurniaan daripada Allah terhadap para auliya’Nya, diterima sepertimana ia tanpa ada penambahan mahupun pengurangan sepertimana ia masyhur di sisi kaum sufi. Dan sunyi Selawat Al Fateh daripada kalimah “As Salam “ kerana ia adalah selawatnya  Allah dan MalaikatNya keatas  NabiNya ﷺ  , dan selawat Allah tidak ada kalimah “Assalam” sepertimana disebutkan di dalam ayat Al Quran yang mulia. Adapun sunyi  Selawat Al Fateh itu daripada menyebut sahabat adalah kerana ia merupakan selawat ‘irfaniyah yang menunjukkan akan sifat kebapaan dan keibuan Baginda Rasulullah ﷺ ke atas sekalian kehidupan yang wujud, dan itulah maksud "الآل"di dalam lafaz Selawat Al Fateh .Sekiranya memasukkan kalimah “الصحب” di dalamnya akan merosakkan maknanya yang luas lagi menyeluruh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah , kalimah "الآل" itu telah merangkumi para sahabat, dan selainnya daripada sekalian makhluk Allah , maka semuanya termasuk dalam lingkungan lafaz "الآل" yang mengikuti keluasan tersebut.
 
✳️ المبحث الثالث في ذكر مصدر هذه الصلاة الجليلة وشيءٍ من تواريخها ،
فأقول وعلى الله التكلان أن ألفاظ هذه الصلاة الشريفة وردت في كثير من الآيات القرآنية والأحاديث النبوية منها قوله تعالى " وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ " وقوله تعالى " وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا " وقوله تعالى " وَبِالحَقِّ أَنْزَلْنَاهُ وَبِالحَقِّ نَزَلَ " وكقوله تعالى " وَمَا قَدَرُواْ اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ " ومن قوله صلى الله عليه وسلم كما في الحديث المشهور " أنا الفاتح ، أنا الخاتم "

Perbahasan Yang Ketiga Ialah Pada Menyebutkan Sumber Selawat Yang Mulia Ini Dan Sebahagian Daripada Sejarahnya.  
Maka saya berkata dan kepada Allah sahaja saya berserah diri. Bahawasanya lafaz-lafaz bagi selawat yang mulia ini telah disebutkan di dalam banyak ayat-ayat  Al Quran dan hadith-hadith nabawiyyah. Daripadanya firman Allah ﷻ :(وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ) (yang bermaksud) : “ dan sesungguhnya engkau adalah penunjuk kepada jalan yang lurus” dan juga firman Allah ﷻ( وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا) (yang bermaksud): “ Dan Allah menolongmu dengan bantuan yang agung” , dan lagi firman Allah ﷻ : (  وَبِالحَقِّ أَنْزَلْنَاهُ وَبِالحَقِّ نَزَلَ ) (yang maksudnya) : 
“dan dengan Al Haq kami turunkannya dan dengan Al Haq  ia telah turun”,  Dan seperti firman Allah taala ﷻ  وَمَا قَدَرُواْ اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ  )   yang maksudnya :“ dan apa yang telah Allah tetapkan itulah sebenar-benar ketetapan “ .
Dan juga sabda Rasulullah ﷺ seperti di dalam hadith yang masyhur : ( أنا الفاتح ، أنا الخاتم ) “aku adalah pembuka, aku adalah penutup” .  
 
 
        * وقد ورد في كثير من كتب السنة صيغة مروية عن سيدنا علي بن طالب  قريبة منها ، إذْ كان رضي الله عنه يُعلم ويأمر الناس بهذا الدعاء " اللهم داحي المدحوات ، وبارئ المسموكات ، وجبار القلوب على فطرتها شقيها وسعيدها ، إجعل شرائف صلواتك ، ونوامي بركاتك ، وفضائل آلائك على محمد عبدك ورسولك ، الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ، والمعلن الحق بالحق ، والدامغ لجيشات الأباطيل ... " وفيه - أي دعاء سيدنا علي - الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق وهذه الألفاظ هي العمدة في صلاة الفاتح زيادة على قوله الحق بالحق

Telah disebutkan di dalam banyak kitab-kitab hadith dengan lafaz yang diriwayatkan  daripada Sayyidina Ali bin Abi Thalib  t seumpama dengannya, adalah bahawasanya Sayyidina Ali t mengajarkan dan memerintahkan manusia seluruhnya supaya beramal dengan doa ini :

)اللهم داحي المدحوات ، وبارئ المسموكات ، وجبار القلوب على فطرتها شقيها وسعيدها ، إجعل شرائف صلواتك ، ونوامي بركاتك ، وفضائل آلائك على محمد عبدك ورسولك ، الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ، والمعلن الحق بالحق ، والدامغ لجيشات الأباطيل…الخ (

Dalam doa Sayyidina Ali t ini, terdapat perkataan ( الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق), ini ialah lafaz utama di dalam Selawat Al Fateh dan ada tambahan pada 
katanya : (الحق بالحق ).
      
    * وذكرها بنصها مفتي السادة الشافعية في الحرم المكي السيد أحمد زيني دحلان الحسني القادري نسبًا رضي الله عنه ، شيخ مشائخ وعلماء مكة المكرمة ومُجيز كثير من علماء جاوة وملايو في مجموعته وقال أنها منسوبة لجده القطب الكامل الشيخ عبد القادر الجيلاني رضي الله عنه ، ثم قال في حقِّها " وهي مما هو نافعٌ للمبتدىء والمنتهى والمتوسط ، فقد ذكر كثير من العارفين أنَّ لها من الأسرار والعجائب ما تتحير فيه الألباب وأن من واظب عليها كل يوم مائة مرة إنكشف له كثير من الحجب وحصل له من الأنوار وقضاء الأوطار ما لا يعلم قدره إلا الله "

Dan telah menyebut akannya dengan nasnya daripada Mufti Saadah As Syafieyyah di Al Haram Al Makki iaitu As Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Al Hasani Al Qadiri secara nasab t . Beliau ialah guru agung  bagi ramai ulama’ di Mekah Al Mukarramah dan pemberi ijazah kepada  sangat ramai para ulama’ jawa dan ulama tanah melayu, di  dalam himpunan risalahnya, beliau menyebutkan bahawasanya adalah ia dinisbahkan kepada datuknya iaitu Al Qutb Kamil As Syeikh Abdul Qadir Al Jailani t. Kemudian beliau berkata tentang selawat ini :
“ Ia adalah satu yang sangat memberi manfaat kepada orang pemula, pengakhir dan orang pertengahan , maka telah menyebutkannya ramai daripada kalangan orang ‘arifin bahawa baginya itu begitu banyak rahsia dan keajaiban yang menghairankan akan hati-hati, dan bahawasanya barangsiapa yang melazimi padanya setiap hari membaca 100 kali, akan dibukakan baginya banyak hijab-hijab dan akan diperoleh baginya daripada cahaya-cahaya dan menunaikan kehajatan-kehajatan yang besar apa yang tidak diketahui kadarnya melainkan hanya Allah ﷻ.  
      
    * غير أنها إشتهرت وظهرت وصارت تاجًا يعلو جميع صيغ الصلوات الأخرى بعد تلقيها من طرف القطب الجليل سيدي محمد بن أبي الحسن البكري الصديقي المشهور ، شيخ مشايخ الأزهر وعموم البلاد المصرية صاحب الصلوات الكثيرة والشهيرة والذي يُسمى عند علماء المسلمين في مشارق الأرض ومغاربها بالجُنيد الثاني ، فقد ذكر الإمام النبهاني في كتابه جامع كرامات الأولياء وكذلك في كتابه أفضل الصلوات على سيد السادات أن القطب البكري توجه مدة ستين ( أو سبعين سنة ) يسأل الله تعالى أن يتفضل عليه بصلاة فيها سر جميع الصلوات ما سلف منها وما سيأتي ، فنزلت عليه هذه الصلاة في صحيفة من نور وقال في فضلها العام " أن من قرأها مرة واحدة في عمره ودخل النار ، يقبضني بين يدي الله تعالى ” وهذا الفضل يرويه شيخ بلاد الملايو الشيخ داود الفطاني وكذلك شيخ البلاد الكلمنتانية البرنيووية الشيخ الإمام أحمد أرشاد البنجري بسندهما عن شيخهما سيدي محمد بن عبد الكريم السمان البكريِّ عن القطب سيدي محمد مصطفى البكري عن سلسلة السادة البكرية رضي الله عن  الجميع ، وقد ذكروا ذلك في مواضع كثيرة من كتبهم

Tetapi ia telah sangat masyhur dan zahir, dan telah menjadi mahkota yang tertinggi atas selawat- selawat yang lain setelah menerima akannya Al Qutb Al Jalil Sayyidi Muhammad bin Abil Hasan Al Bakri As Siddiqi yang masyhur beliau itu sebagai Syeikh bagi para Masyayikh Al Azhar secara khusus dan Mesir Amnya , empunya kepada banyak selawat-selawat yang terkenal, beliau juga terkenal di sisi ulama’ umat islam samada dari barat ke timur  sebagai Al Junaid yang kedua. Telah menyebutkan Imam An Nabhani di dalam kitab beliau  Jami’ Karamat Auliya’ (‘Himpunan Karamah-Karamah Auliya’ ) dan juga di dalam kitab beliau Afdhalus Selawat’ Ala Sayyidis Saadaat, bahawasanya Al Qutb Al Bakri bertawajjuh kepada Allah selama 60 tahun (atau70 tahun) memohon kepada Allah agar dikurniakan kepadanya satu selawat yang padanya terkandung rahsia segala selawat samada yang terdahulu mahupun yang akan datang. Maka telah turun kepadanya  selawat ini pada satu lembaran dari cahaya, dan berkata ia pada menceritakan kelebihannya yang umum : “ Barangsiapa membaca selawat ini satu kali seumur hidupnya dan dia dimasukkan ke dalam neraka, maka peganglah aku dihadapan Allah (yakni jika masuk ke neraka, hisablah saya di hadapan ALLAH ) “
Kelebihan ini juga disebut oleh Syeikh Agung bagi Negeri Alam Melayu iaitu As Syeikh Daud Al Fathoni rahimahullahu taala, begitu juga syeikh bagi Negeri Kalimantan dan Borneo As Syeikh Al Imam Ahmad Arsyad Al Banjari rahimahullahu taala melalui sanad mulia mereka berdua melalui guru mereka Sayyidi Muhammad bin Abdul Kareem As Samman Al Bakri t, daripada Al Qutb Sayyidi Muhammad Mustafa Al Bakri t bersambung sanad kepada silsilah Saadah Al Bakriyyah t dan juga disebutkan pada banyak tempat di dalam kitab-kitab mereka.  
 
ثم إشتهرت بعد ذلك وشاعت بين جميع أهل النسبة فمنهم من سماها الصلاة البكرية ومنهم من سماها صلاة الفاتح ومنهم من سماها الياقوتة الفريدة ومنهم من سماها أم الصلوات ومنهم من سماها سيدة الصلوات وغير ذلك من الأسماء الكثيرة والتي تدل على شرف المسمَّى

Kemudian telah menjadi terkenal dan tersebar luas di antara sekalian orang yang menisbahkan diri kepada kaum sufi , daripada mereka ada yang menamakannya (Selawat Al Bakriyyah), daripada mereka juga ada yang menamakannya Selawat Al Fateh  dan ada juga yang menamakannya Al Yaqutatul Faridah , bahkan ada yang menamakannya sebagai Ummu Selawat (Ibu Selawat) , dan ada juga yang menamakannya Penghulu Selawat dan banyak lagi nama-nama yang disandarkan padanya yang menunjukkan kemulian pemilik nama.
      
    * قال إمام المالكية في البلاد المصرية وشيخ السادة الخلوتية العارف الكبير صاحب التآليف الشهيرة سيدي أحمد الصاوي المالكي الأزهري في شرحه على وِرد الشيخ الدردير بسنده عن القطب البكري أنَّ " من قرأ هذه الصلاة مرة واحدة في عمره ودخل النار يقبضني بين يدي الله تعالى "

Telah berkata Imam Mazhab Maliki di  Mesir dan juga merupakan Syeikh Saadah Khalwatiyyah  Al ‘Arif Al Kabir pengarang kepada kitab yang masyhur Sayyidi Ahmad As Sowi Al Maliki Al Azhari pada syarahan beliau ke atas wirid Syeikh Ad Dardir dengan sanad beliau yang bersambung kepada Al Qutb Al Bakri t, katanya  “ barangsiapa yang membaca selawat ini sekali seumur hidup kemudian ia masuk neraka maka peganglah aku di hadapan Allah ﷻ(sebagai hujjah) ”
ثم تبناها الشيخ القطب خاتم الأولياء سيدي أحمد بن محمد التجاني الحسني رضي الله عنه بأمر من النبي صلى الله عليه وسلم وجعلها شعارًا له ولأهل طريقته وجعلها من لازم أوراد طريقته الشريفة ، وجميع أحوال الطريقة التجانية ذكرًا وذوقًا دائرة حول معاني وأسرار هذه الصلاة الجليلة

Kemudian telah memilihnya oleh As Syeikh Al Qutb Khaatamul Auliya’ Sayyidi Ahmad bin  Muhammad At-Tijani Al Hasani t dengan perintah daripada Rasulullah ﷺ  dan beliau menjadikannya sebagai syiar baginya dan bagi ahli thoriqahnya , dan beliau menjadikannya sebagai kelaziman dalam wirid-wirid bagi thoriqahnya yang mulia, dan seluruh ahwal Thoriqah Tijaniah samada dari sudut zikir, ataupon zauq adalah berputar pada sekeliling makna-makna dan rahsia-rahsia selawat yang agung ini.  
 
 ✳️ المبحث الرابع في ذكر شيء من أخبار صاحب صلاة الفاتح القطب العارف شمس الدين والدنيا سيدي  محمد البكري الصديقي نسبًا المصري مولدًا ودارًا ووفاةً :
هو الإمام الكامل سيدي محمد بن القطب العارف الإمام أبي الحسن البكري ينتهي نسبه إلى سيدنا عبد الرحمان بن أبي بكر الصديق رضي الله عنه

Perbahasan Yang Keempat Ialah Pada Menyebutkan Berkenaan Beberapa Akhbar Dan Sirah Hidup Pemilik Selawat Al Fateh Iaitu Al Qutb Al Arif Syamsuddin Wad Dunya Sayyidi Muhammad Al Bakri As Siddiqi Secara Nasab, Al Misri Tempat Lahir, Tempat Berteduh Dan Juga Tempat Wafat.
Beliau ialah Al Imam Al Kamil Sayyidi Muhammad bin Al Qutb Al Arif Al Imam Abil Hasan Al Bakri , yang berakhir nasabnya kepada Sayyidina Abdur Rahman bin Abi Bakar As Siddiq t.
      
   * قال إبن العماد الحنبلي في كتابه المشهور والمسمى شذرات الذهب في أخبار من ذهب " وكان - أي القطب البكري - من آيات الله في الدرس والإملاء ، يتكلم بما يحيّر العقول ويذهل الأفكار ، بحيث لا يرتاب سامعه في أن ما يتكلم به ليس من جنس ما ينال بالكسب ، وربما كان يتكلّم بكلام لا يفهمه أحد من أهل مجلسه ، مع كون كثير منهم أو أكثرهم على الغاية من التمكن في سائر مراتب العلوم ، وكان إليه النهاية في العلم ، حتّى كان بعض الأجلاء ممن يحضر دروسه يقول:  " لولا أن باب النّبوة سدّ لاستدلّينا بما نسمعه منه على نبوته "

Telah berkata Ibn Imad Al Hambali di dalam kitabnya yang masyhur yang bernama “ شذرات الذهب في أخبار من ذهب” ( titisan emas pada khabar-khabar orang telah pergi ), bahasawanya Al Qutb Al Bakrit adalah daripada tanda-tanda kebesaran Allah pada pengajian ilmu dan imla’, beliau berbicara pada perkara yang menghairankan akal dan mengkagumkan buah fikiran. Para pendengar tidak boleh menafikan dan tidak menyangka bahawa apa yang dibicarakannya itu adalah sesuatu yang bukan diperolehi dengan usaha, bahkan boleh jadi beliau berbicara dengan perkataan yang tidak difahami seorang pun daripada mereka yang hadhir majlisnya itu, sedangkan mereka yang hadhir itu, ramai daripadanya atau kebanyakan mereka adalah orang yang telah mencapai kemuncak penguasaan dalam susunan bidang-bidang Ilmu, maka adalah dengan beliau itu penghujung kepada perbahasan ilmu , sehinggakan  ada sebahagian pembesar-pembesar ilmu yang hadhir bersama majlisnya berkata : “ kalaulah tidak kerana pintu kenabian sudah tertutup , nescaya kami menggunakan bukti apa yang kami dengar darinya untuk menjadi saksi atas kenabiannya”
 
وأما مجالسه في التفسير وما يقرّره فيها من المعاني الدقيقة والأبحاث الغامضة ، مع إستيعاب أقوال الأئمة ، وذكر المناسبات بين السّور والآيات ، وبين أسماء الذّات المقدس والصّفات ، وما قاله أئمة الطريق في كل آية من علوم الإشارة ، فمما يحيّر العقول ويدهش الخواطر ، وجميع ما يلقيه بألفاظ مُسَجَّعَةٍ مُعَرَّبَةٍ موضوع كل لفظ في محلّه الذي لا أولى به ، ولم يحفظ أحد له هفوة في لفظ من ألفاظه من جهة إعراب أو تصريف أو تقديم أو تأخير أو غير ذلك من هفوات الألسن ، وما من درس من دروسه إلّا وهو مفتتح بخطبة مشتملة على الإشارة إلى كل ما إشتمل عليه ذلك الدرس على طريق براعة الاستهلال ، وهكذا كانت مجالسه في الفقه والحديث ، وكل علم يتصدى لتقريره "
قلت ، وكفى بشهادة هذا الإمام الحنبلي فضلاً وفخرًا إذْ أنَّ علماء الحنابلة قلَّما يُسلمون لوليٍّ من الأولياء إلا إن كان أظهر من الشمس ولايةً وعلمًا

“Adapun berkenaan majlisnya dalam ilmu tafsir, apa yang disebutkannya pada perbahasan tafsir daripada makna-makna yang halus dan mendalam serta perbahasan-perbahasan yang rumit, beserta dengan kemampuan beliau menguasai kalam-kalam para imam, dan menyebutkan peristiwa-peristiwa pada surah-surah dan ayat-ayat, dan juga perbahasan asma, sifat dan zat yang suci, dan juga apa yang beliau sebutkan pada ayat-ayat al quran dengan ilmu isyarat seperti imam-imam thoriqah. Maka daripada apa yang menghairankan akal dan mendahsyatkan detikan khawathir, dan semua yang disampaikan dengan lafaz-lafaz yang tersusun, dari sudut I’rabnya, susunan tata bahasa arabnya, yang setiap lafaz itu pada kedudukannya yang tidak dapat ditandingi akannya,  dan tidak ada seorang pun yang melihat padanya ada kesalahan pada lafaz daripada lafaz-lafaz yang disebutkan daripada sudut I’rab, atau tasrif atau taqdim ta’khir atau selainnya yang merupakan kecacatan pada lisan.
Dan tidaklah ada satupun pengajian daripada pengajiannya melainkan beliau akan memulakan dengan muqaddimah yang sempurna merangkumi atas isyarat pada seluruh perbahasan yang akan dibahaskan di dalam pengajian tersebut menggunakan kaedah “  براعة الاستهلال”. Maka demikianlah keadaan majlis-majlisnya di dalam ilmu fiqh dan hadis dan semua ilmu-ilmu yang beliau persembahkann “
Maka saya berkata , cukuplah penyaksian yang dibuat oleh Imam Al Hambali t ini sebagai satu kemulian dan kebanggaan. Hal ini kerana para ulama’ Hanabilah sangat jarang sekali membenarkan seorang wali daripada auliya’ Allah melainkan kewaliannya dan keilmuannya lebih jelas dan terang daripada matahari.
 
 
      * قال الإمام المناوي رضي الله عنه في كتابه الطبقات الكبرى " هو سيدي محمد البكري الصديقي ، شيخ الإسلام ، عالم الحرمين ومصر والشام ، وهو صاحب الحزب البكري المعروف ، وكذلك صلاة القطب البكري المشهورة - يعني صلاة الفاتح -  ورُزق من القبول والحظ التام عند الخاص والعام ما لا تضبطه الأقلام "
Telah berkata Imam Al Manawi t di dalam kitabnya , At Thobaqat Al Kubra  “ Sayyidi Muhammad Al Bakri As Siddiqi merupakan Syeikhul Islam, Alim bagi dua Tanah Haram , Mesir, dan Syam, beliau ialah tuan empunya Hizib Al Bakri yang sudah dikenali, dan begitu juga selawat Al Qutb Al Bakri yang terkenal ( yakni Selawat Al Fateh), dan direzekikan dengan penerimaan dan kedudukan yang sempurna di sisi ahli khusus dan juga awam yang tidak dapat mampu dinukilkan dengan pena “

- وقال أيضا " هو الشيخ الكامل الراسخ في العلوم اللدنية والمنح المحمدية ، الكامل إبن الكامل سيدي محمد البكري - رضي الله عنه - وشهرته تغني عن تعريفه ، وماذا يقول القائل في حق من أفرغ الله تعالى عليه العلوم والمعارف والأسرار إفراغاً ، لم يصح لأحد من أهل عصره فيما نعلم كما صح له ، فإن الناس أجمعوا على أنه ليس على وجه الأرض بلدة أكثر علماء من مصر ، ولم يكن في مصر أحد مثله ، وأجمع أهل الأمصار على جلالته ... "
Dan katanya juga : “ beliau ialah As Syeikh yang sempurna, yang kukuh dalam ilmu Al Ladunniyyah dan warisan Al Muhammadiyyah, seorang yang sempurna,juga anak kepada seorang yang sempurna iaitu Sayyidi Muhammad Al Bakri t , dan kemasyhuran beliau terkaya daripada memperkenalkannya, dan apakah yang nak dikatakan seseorang pada hak seorang yang Allah telah limpahkan baginya ilmu-ilmu dan makrifah-makrifah serta rahsia-rahsia dengan sebenar-benar limpahan.? Tidak berlaku ke atas seorang pun pada ahli zamannya pada yang kami ketahui sepertimana berlaku kepadanya, maka sesungguhnya sekalian manusia bersepakat bahawasanya tidak ada di atas muka bumi ini sesebuah negara yang paling banyak ulama’ daripada Mesir, maka di Mesir sendiri, tidak ada seorang pun yang seumpama dengan beliau, dan sepakat ahli zamannya atas keagungan beliau, “

- وقال أيضًا " فالناس أجمعوا على أنه ليس على وجه الأرض أكثر علماً منه ، ولا في غير مصر مثله ، فلا ينكر فضله إلا من عمه المقت والحسد ، وقد أعطاه الله تعالى التكلم على أحوال السموات والأرض نقلاً وكشفاً ويقيناً ، لا ظناً وتخميناً ، وهو جدير بقول بعضهم       * وليس على الله بمستنكر *** أن يجمع العالم في واحد * وإجتمعت به مرات فما رأيت أوسع منه خلقاً ، ولا أكرم نفساً ، ولا أجمل معاشرة ، ولا أحلى منطقاً "
Dan katanya lagi :” maka orang ramai bersepakat bahawasanya tidak ada atas muka bumi ini orang yang lebih ilmu daripadanya samada di Mesir ataupun selain Mesir yang seumpama dengannya, maka tidak ada yang ingkar kemuliaannya melainkan orang yang tenggelam dalam kemurkaan dan kedengkian. Dan bahawa sesungguhnya Allah telah memberikan kepadanya keupayaan percakapan tentang ahwal langit dan bumi secara naqal, kasyaf dan juga secara yaqin, bukan secara sangkaan dan cuba-cuba. Bahkan beliau sangat layak dengan kata-kata sebahagian daripada mereka : “ * وليس على الله بمستنكر *** أن يجمع العالم في واحد *  Ertinya : 
( Dan tidak boleh diingkari atas Allah ### Untuk menghimpunkan seluruh ‘Alam pada seseorang )
Dan aku telah bertemu dengannya beberapa kali, maka tidak ada yang aku lihat seorang yang  lebih luas akhlak daripadanya, dan tidak ada yang lebih pemurah jiwanya, dan tidak ada yang lebih indah pergaulannya, dan tidak ada yang lebih manis pertuturannya”  
      
   * قال مؤرخ حضرموت وعالمها ووليُّها الشيخ الحبيب عبد القادر العيدروس في كتابه المشهور النور السافر عن أخبار القرن العاشر " الأستاذ الأعظم ، قطب العارفين ، الشيخ محمد إبن الشيخ أبي الحسن ... البكري الصديقي الشافعي الأشعري المصري ، كان هذا الشيخ من آيات الله في الدرس والإملاء ، فكان إذا تكلم فيه تكلم بما يحير العقول ويذهل الأفكار .... وكان الشعراء من فضلاء مصر المتمكنين في علوم اللغة وقواعد الشعر ومذاهب الإنشاء يقصدون يوم ختمه ، فيكتبون القصائد البديعة في مدحه "

Telah berkata seorang ahli sejarah Hadhramaut dan juga merupakan seorang alim dan wali iaitu As Syeikh Al Habib Abdul Qadir Al Aiydrus di dalam kitabnya yang masyhur iaitu : “  النور السافر عن أخبار القرن العاشر” , : “ Al Ustaz yang agung, Qutb ‘Arifin, As Syeikh Muhammad bin As Syeikh Abil Hasan ..Al Bakri As Siddiqiy As Syafie Al Asy’ariy Al Misriy, dan adalah Syeikh ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah di dalam pengajian dan juga imla’, dan beliau apabila berbicara padanya akan berbicara suatu yang menghairankan akal dan mengkagumkan fikiran, bahawasanya para penyair dan orang-orang kenamaan Mesir yang sangat mutammakin (kukuh) dalam Ilmu-Ilmu bahasa Arab, dan kaedah-kaedah Syair, dan mazhab-mazhab Insya’ mengarangkan syair-syair yang memuji hari pengkhatamannya, mereka menulis syair-syair yang luar biasa dalam 
memujinya “    
      
   * قال خاتمة المحققين الشيخ الإمام يوسف النبهاني الشافعي الشامي في كتابه أفضل الصلوات على سيد السادات " وقد ترجمه رضي الله عنه كثير من العلماء الأعلام في كتبهم بأبلغ التراجم وأكمل الأوصاف كالشهاب الخفاجي في ريحانته ، والعلامة المناوي في طبقاته "
- وقال عنه في كتابه شواهد الحق في الاستغاثة بسيد الخلق أنه " من أكابر العارفين ومشاهير الأئمة الأعلام المتفق على جلالتهم عند جميع أهل الإسلام ... "

Telah berkata penutup para muhaqqiqin, As Syeikh Al Imam Yusuf An Nabhani As Syafie As Syami di dalam kitabnya “ أفضل الصلوات على سيد السادات”,   ; “ telah menulis sejarahnya t ramai daripada kalangan Pembesar Ulama’  di dalam kitab-kitab mereka dengan penulisan yang sangat indah dan dengan sesempurna yang disifatkan, daripada mereka itu ialah As Syihab Al Khafaji di dalam kitab Raihanahnya, dan Al Allamah Al Manawi di dalam kitab Thobaqatnya”
Dan telah berkata juga Syeikh Yusuf An Nabhani tentang beliau di dalam kitabnya , “ شواهد الحق في الاستغاثة بسيد الخلق” : bahawasanya beliau  “daripada pembesar para  ‘Arifin dan imam ummah  yang masyhur yang disepakati akan keagungan mereka di sisi sekalian Ummat Islam”
 
✳️ المبحث الخامس في ذكر شيء من تواريخ هذه الصلاة في بلاد ماليزيا خاصة وتوسانترا عموما وسند علماء وكبراء نوسنترا ،
قلت والله المُلهم للصواب يروي هذه الصلاة بالإسناد العالي من لا حصر لهم من علماء نوسانترا ممن تربوا في الزاوية السمانية الخلوتية في المدينة المنورة وعُدتهم كما هو مُثبت في مخطوطات الزاوية المذكورة ستمائة من فحول العلماء والأولياء النوسنتاريين أقتصر على ذكر المشاهير منهم والكُبراء

Perbahasan Yang Kelima Pada Menyebutkan Sebahagian Daripada Sejarah Selawat Yang Mulia Ini Di Negara Malaysia Secara Khususnya Dan Di Nusantara Secara Umumnya Dan Sanad Para Ulama Dan Pembesar-Pembesar Nusantara.
Saya telah berkata , hanya Allah yang memberi ilham kepada kebenaran. Selawat yang mulia ini diriwayatkan dengan sanad yang tinggi daripada sebilangan besar ulama Nusantara yang tidak dapat dihitung bilangannya, semua mereka itu ditarbiyah di Zawiyah As Sammaniyyah Al Khalwatiyyah di Madinah Al Munawwarah , dan bilangan mereka sepertimana yang disabitkan di dalam makhtutat khazanah Az Zawiyah yang telah kita sebutkan sebanyak 600 orang daripada ulama’ yang agung, serta para auliya’ daripada kalangan orang Nusantara , maka saya hanya menyebut sebilangan mereka yang sangat masyhur dan daripada kalangan 
pembesar-pembesar ulama dan auliya’.
      * أولهم شمس بلاد الملايو الشيخ الإمام المُعمر ولي الله قطعًا شيخ مشائخ مملكة قدح ، الإمام الكامل الشيخ الشهيد عبد الصمد الفلمباني السومطري نشأةً الحجازي علمًا وتربية القدحي شهادةً ومدفنًا ، صاحب الأسانيد والمروِيَّات العالية المشهورة في جميع بلاد الإسلام فلا يخلو سند من أسانيد المحدثين إلا وهو مذكور فيه ، هو وإبنته الشيخة الشهيرة السيدة فاطمة بنت عبد الصمد
Yang pertama daripada mereka ialah mentari bumi Melayu iaitu As Syeikh Al Imam Al Muammar Waliyyullah yang qath’ie Syeikh Masyayikh Negeri Kedah, Al Imam Al Kamil As Syeikh As Syahid Abdus Somad Al Falembani As Sumateri kelahiran, Al Hijazi secara Ilmu dan Tarbiyah, Al Qodahi sebagai syahid dan tempat dimaqamkan, tuan empunya sanad-sanad dan marwiyyat yang tinggi lagi masyhur.Dalam semua Negara Islam tidak sunyi dalam sanad daripada sanad-sanad muhaddithin melainkan disebutkan nama beliau, beliau dan anak perempuan beliau, As Syeikhah yang masyhur dengan nama Sayyidah Fathimah binti Abdus Somad.  
      * ثانيهم إمام الوجود وبحر الشهود فخر البلاد الملاوية الشيخ داود الفطاني أصلا الحجازي الطائفي مدفنا ضجيعًا لحبر الأمة سيدنا عبد الله بن عباس رضي الله عنهما ، صاحب التآليف الشهيرة والعلوم الوفيرة والمشهور بكتاب منية المصلي
Yang kedua daripada mereka ialah, Imamul Wujud Wabahrus Syuhud kebanggan Tanah Melayu As Syeikh Daud Al Fathoni negeri asal, Al Hijazi At Thoifi dimaqamkan pada satu perbaringan dengan Habrul Ummah Sayyidina Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما  , tuan empunya kitab yang masyhur, dan ilmu yang mencurah-curah dan telah dimasyhurkan di sisi orang Melayu dengan Kitab Munyatul Musolli(yang menjadi acuan sembahyang orang Melayu).
      * ثالثهم فاتح البلاد الكلمنتانية البُرنُيُوويَّة وقطب الطريقة السمانية الشيخ الإمام العلامة أحمد أرشاد البنجري
Dan yang ketiga daripada mereka ialah pembuka kepada Tanah Kalimantan Borneo dan Qutb Thoriqah As Sammaniyyah As Syeikh Al Imam Al Allamah Ahmad Arsyad Al Banjari,

فهؤلاء الثلاثة - رضي الله عنهم ونفع بهم - حملوا صلاة الفاتح غضة طرية حديثة عهدٍ بربها ومنهم شاعت وذاعت في جميع أقاليم نوسنترا من سلاويسي إلى بلاد تشامبا إسنادًا للأعيان وتلقينًا للعوام ، حيث أنهم رضي الله عنهم تلقوها بوسائط عالية عن علماء مصر والحجاز ، من ذلك سندهم إلى الشيخ الإمام المربي الكبير سيدي محمد بن عبد الكريم السمان بسنده الواصل إلى السادة البكرية

Maka ketiga-tiga mereka - رضي الله عنهم ونفع بهم- yang membawa Selawat Al Fateh yang masih baru, segar dan murni dengan ikatan janji dengan tuhannya , dan daripada merekalah terpancar dan tersebar ke seluruh iklim-iklim Nusantara daripada Sulawesi ke Negeri Champa, secara bersanad kepada para pembesar dan talqin kepada orang awam secara umumnya. Dan bahawasanya mereka radhiallahu anhum menerima Selawat Al Fateh dengan perantaraaan yang tinggi, daripada ulama’ Mesir dan Hijaz, daripada sanad mereka itu ialah yang bersambung kepada As Syeikh Al Imam Al Murabbi Al Kabir Sayyidi Muhammad bin Abdul Karim As Samman dengan sanadnya yang bersambung kepada Saaadah Al Bakriyyah.  
 
✳️ المبحث السادس في صيرورتها شعارًا لأهل الطريق التجانية
فأقول وهو سبحانه وحده المعين تلقاها شيخنا سيدي أحمد بن محمد التجاني مُباشرة عن كثير ممن أسندوا فيها مغربًا ومشرقًا بسندهم الواصل إلى القطب البكري منهم على سبيل الذكر سيدي محمود الكردي قطب الديار المصرية وخليفة شيخ الأزهر الإمام سيدي محمد بن سالم الحفناوي وتلقى الإذن فيها كذلك عن مُجيز علماء الملايو أي القطب السمان عند ملاقاته له في المدينة المنورة ومكوثه في زاويته مدة من الزمن ، ومن ثم وبعد الإذن في إظهار طريقته المخصوصة به أَسندَ زيادةً على الإسناد المذكور عن سيد الوجود صلى الله عليه وسلم مباشرة ومن غير واسطة  

Perbahasan Yang Ke Enam Ialah berkenaan Kejadian Selawat Al Fateh Yang Menjadi Satu Syiar Agung Bagi Ahli Thoriqah At-Tijaniyah ,
Maka saya berkata dan Dialah yang Maha Suci yang satu-satunya sebagai Penolong, bahawasanya Syeikhuna Sayyidi Ahmad bin Muhammad At Tijani t telah menerimanya secara langsung daripada ramai yang mana mereka itu pemegang sanadnya dari timur ke barat, dengan sanad mereka yang bersambung kepada Al Qutb Al Bakri, sebagai contoh, daripada mereka itu ialah Sayyidi Mahmud Al Kurdi, Qutb Mesir, yang merupakan khalifah bagi Syeikhul Azhar Al Imam Sayyidi Muhammad bin Salim Al Hafnawi  dan beliau (Syeikhuna Tijani) t juga menerima izin daripada Mujiz Ulama Tanah Melayu iaitu Al Qutb As Samman ketika bertemu dengannya t di Madinah Al Munawwarah dan syeikhuna tinggal beberapa tempoh( di Zawiyah As Sammaniyyah), kemudian daripada itu, setelah mendapat izin untuk menzahirkan thoriqahnya yang khusus baginya, beliau t menerima sanad secara tambahan dalam sanad yang disebutkan diatas terus kepada Sayyidil wujud ﷺ secara langsung tanpa melalui perantaraan.  

ومُنكر التلقي عن النبي صلى الله عليه وسلم سقط الحديث معه لكونه سلك مسلك المبتدعة في إنكار ذلك وخالف إجماع أهل الحل والحق في تجويز ذلك ، ويكفي لقطع الكلام مع المنكر حديث الإسراء وتأثير سيدنا موسى وهو ميت في دين هذه الأمة حيث أنه كان السبب في رد المصطفى صلى الله عليه وسلم لمراجعة الحق سبحانه مرات عديدة حتى صارت الصلاة المفروضة خمسًا بعد خمسين والحديث مشهور لا داعي لبسطه ، والأخذ برزخيا وروحيا عن نبي أو ولي مبحث مشهور معلوم تناوله أعيان علماء المذهب تأصيلاً وتدليلاً منهم إمامنا الغزالي والإمام الجليل السيوطي والشعراني والنبهاني ومثلهم كثير لا حصر لهم ولا عدَّ

Dan orang yang ingkar akan pertemuan dengan Rasulullah ﷺ gugurlah percakapan dengannya kerana dia mengikuti (maslak) jalan ahli bidaah dalam mengingkari perkara tersebut dan menyalahi Ijma’ Ahlil Haq pada keharusan perkara tersebut. Dan cukup untuk memotong kalam ahli ingkar ialah dengan menceritakan hadis Peristiwa Isra dan kisah Sayyiduna Musa u memberi kesan ke atas agama Ummah ini dalam keadaan beliau sudah wafat, dan bahawa sesungguhnya Sayyiduna Musa u adalah sebab kepada kembalinya Rasulullah ﷺ untuk muraja’ah kepada Allah Al Haq ﷻ berulang kali sehingga terjadi solat yang difardhukan kepada 5 waktu yang sebelumnya ialah 50 waktu. Dan hadis itu masyhur yang tidak perlu disebutkan untuk membentangkannya. Dan penerimaan secara barzakh dan kerohanian daripada seorang nabi atau seorang wali adalah perbahasan yang sudah masyhur dan diketahui penerimaannya daripada sekalian ulama mazhab samada secara  ta’shil ataupun secara tadlil. Daripada mereka antaranya Imamuna Al Ghazali , dan Al Imam Al Jalil As Suyuthi dan As Sya’rani dan An Nabhani dan ramai seumpama dengan mereka yang tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya.

فلا مانع من وقوع ذلك لكونه داخلا في الجائزات عقلاً وشرعًا فلا العقل ولا الشرع يمنع ذلك ، وقد ورد مثل ذلك كثير كتابًا وسنة ، وتعلُّل البعض بكون ذلك موجبًا لبقاء الصحبة بعد وفاة النبي صلى الله عليه وسلم الظاهرة في غير محله لكون الأمر العام أي الشرائع والأحكام والصحبة المباشرة قد طُوِيَ بساطهما بوفاة النبي صلى الله عليه وسلم ، وبقي الأمر النبوي الخاص الذي لا يحدث حكمًا موجها للخاص بالطريق المعلومة عند أهلها وبقيت بذلك الصحبة البرزخية الروحانية للمصطفى صلى الله عليه وسلم ماضية حتى تقوم الساعة

Maka tidak ada halangan daripada berlaku perkara demikian kerana ia termasuk dalam perkara yang harus bagi akal  dan syara’, tidak ada akal mahupun syara’ yang menghalang perkara tersebut,bahkan telah banyak menyebutkan seumpama itu di dalam kitab dan sunnah. Dan alasan sebahagian mereka dengan menjadikan perkara itu sebagai perkara yang menyebabkan berkekalan suhbah selepas kewafatan Rasulullah ﷺ secara zahir adalah perkara yang ditolak kerana perintah nabawi yang umum iaitu syariat dan hukum hakam dan suhbah secara langsung telah ditutupi kesemuanya selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, dan yang kekal ialah perintah nabawi secara khusus yang tidak membawa hukum hakam yang baru, yang hanya terarah kepada golongan yang khusus dengan jalan atau cara yang diketahui di sisi ahlinya, dan berkekalan suhbah barzakhiyyah, ruhaniyyah dengan Al Musthofa ﷺ berterusan sehingga berlakunya kiamat.

فمن إدعى تلقي أمرٍ عامٍّ موجب لحكم وشرع جديد فهو عين الكفر ومناقض لتمام تبليغ الأنبياء ، وأما ما نحن بصدده فليس من هذا القبيل وإنما هو تلقي أمر خاص مخصوص بقوم مخصوصين مداره فهم جديد في أحكام الشريعة أو الطريقة ، يُشير إلى مثل هذا قوله صلى الله عليه وسلم " إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا " وكذلك الحديث المشهور " إن يكن في أمتي محدَّثون فعمر منهم " أو كما قال صلى الله عليه وسلم
وهذا النوع من التلقي النبوي باقٍ في الأمة حتى تقوم الساعة وحتى يُختم على ختم الولاية العامة سيدنا عيسى عليه السلام النازل بشريعة سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم لا بشريعته التي نُسخت

Maka barangsiapa yang mendakwa menerima perintah umum yang menyebabkan hukum hakam dan syariat yang baru, maka itu adalah semata-mata kekufuran dan bercanggah dengan kesempurnaan sifat tabligh bagi anbiya’, adapun apa yang sedang kita membahaskan tentangnya bukanlah daripada perkara ini(yang bercanggah),  namun sesungguhnya itu ialah penerimaan perkara khusus yang dikhususkan bagi kaum yang khusus, dan perbincangannya ialah kefahaman yang baru dalam hukum hakam syariat atau thoriqat, menunjukkan kepada demikian ini Sabda Rasulullah ﷺ:  
إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا    
Ertinya : ( Sesungguhnya Allah mengutuskan bagi ummat ini pada penghujung setiap 100 tahun satu orang yang memperbaharui agamanya )
Dan juga disebutkan di dalam hadith yang masyhur : ( إن يكن في أمتي محدَّثون فعمر منهم) ertinya : “Jika ada dalam ummatku محدَّثون (orang yang menerima perbicaraan Ilahi  maka Umar adalah daripada kalangan mereka” ( kerana ini Imam Suyuthi telah mengarang kitab  yang dinamakan “ "موافقات عمر itulah orang yang menerima perbicaaran ilahi tanpa kenabian)   atau seumpama yang disabdakan Rasulullah ﷺ .
Maka bahagian ini daripada jenis-jenis talaqi nabawi  kekal pada ummat Rasulullah ﷺ sehingga kiamat, dan sehingga dikhatamkan atas khatam auliya yang umum iaitu Sayyiduna Isa u yang akan turun dengan membawa syariat Rasulullah ﷺ bukan dengan syariatnya yang telah dimansukhkan.
 
✳️ المبحث السابع في ذكر شيء قليلٍ من أسانيد هذا العبيد الضعيف أحمد الهادي - عفا الله عنه - المتصلة والمُوصلة إلى القطب المكتوم والختم المحمدي المعلوم سيدنا ومولانا أحمد بن محمد التجاني الحسني ،
فأقول وبالله التوفيق : تلقيت الياقوتة الفريدة عن كثير من أهل الإسناد ومشائخ التربية والإرشاد في البلاد المغربية وفي غيرها من البلاد أذكر منهم على سبيل الذكر لا الحصر

Perbahasan Yang Ketujuh Ialah Pada Menyebutkan Sebahagian Sedikit Daripada Sanad-Sanad Hamba Yang Dhoif Ini Ahmad Al Hadi -Semoga Allah Kurniakan Afiah Buatnya- Yang Bersambung Dan Menyambungkan Kepada Al Qutb Al Maktum Wal Khatmul Muhammadiy Al Ma’lum Sayyidina Wa Maulana Ahmad Bin Muhammad At Tijani Al Hasani t.
Maka saya menyebutkan dengan taufiq daripada Allah, : Saya telah menerima Al Yaqut Al Faridah daripada ramai di kalangan ahli Isnad dan masyayikh tarbiyah dan irsyad di tanah Maghribi dan selainnya daripada beberapa negara. Saya sebut sebahagian daripada sanada-sanad itu bukan semuanya,
      * المسند الجليل السيد الأحسن الإفراني الحسني المغربي شيخ الزاوية التجانية في القنيطرة قريبًا من الرباط بسنده العالي المُتصل ، عن شيخه القطب الكبير سيدي محمد الحبيب البعقيلي الحسني المغربي ، عن علامة المغرب وشيخ شيوخه وإمام أوليائه سيدي الأحسن البعقيلي الحسني رضي الله عنه ، عن شيخه القطب المغربي الشهير رئيس علماء وقته الشيخ سيدي الحاج الحسين الإفراني الحسني الإدريسي ، عن شيخه الإمام الكبير وزير الدولة العلوية الأكبر ومؤرخها سيدي محمد بن أحمد الكنسوسي الجعفري الهاشمي ، عن شيخه الخليفة الأشهر أحد خاصة خلفاء شيخنا التجاني سيدي محمد الغالي الحسني الفاسي دفين روضة أمنا خديجة الكبرى في مقبرة مكة المكرمة ، عن القطب المكتوم والختم المحمدي المعلوم سيدنا ومولانا أحمد بن محمد التجاني الحسني ، وهو رضي الله عنه بأسانيده المعلومة والمشهورة والمتصلة بالسادة البكرية من جهة وسيد الوجود صلى الله عليه وسلم من جهة أخرى
Al Musnid Al Jalil As Sayyid Al Ahsan Al Ifrani Al Hasani Al Maghribi Syeikh Zawiyah Tijaniyah di Kenetra berdekatan dengan Rabat dengan sanadnya yang tinggi yang bersambung daripada gurunya Al Qutb Al Kabir Sayyidi Muhammad Al Habib Al Ba’qily Al Hasani Al Maghribi, daripada Allamah Al Maghrib dan Syeikh Syuyukhnya, Imam para auliya’nya Sayyidi Al Ahsan Al Ba’qily Al Hasani t , daripada gurunya Al Qutb Al Maghribi yang masyhur, ketua ulama’ zamannya iaitu As Syeikh Sayyidi Al Haj Al Husin Al Ifraniy Al Hasani Al Idrisi, daripada gurunya Al Imam Al Kabir, Menteri Besar Kerajaan Alawiyah dan ahli sejarahnya Sayyidi Muhammad bin Ahmad Al Kansusi Al Jaafari Al Hasyimi, daripada gurunya khalifah yang masyhur, salah seorang daripada khalifah khusus Syeikhuna At Tijani iaitu Sayyidi Muhammad Al Ghali Al Hasani Al Fasi yang dimaqamkan di Raudhah Ummuna Sayyidah Khadijatul Kubra di perkuburan Mekah Al Mukarramah, dan daripada Al Qutb Al Maktum Wal Khatmul Muhammadiy Al Ma’lum Sayyidina Wa Maulana Ahmad bin Muhammad At Tijani Al Hasani  dan beliau t  dengan sanad-sanadnya yang diketahui dan yang masyhur dan bersambung kepada Saadah Al Bakriyyah dari sisi Sayyidil Wujud Rasulullah ﷺ dan juga dari sisi sanad-sanad yang lain.  
      * وكذلك أُسند عن الشريف الجليل سيدي محمد البشير التجاني الحسني الشنقيطي ، عن الإمامين الشهيرين سيدي الحاج محمد القماري المشيشي الإدريسي الحسني نزيل تونس وسيدي الحاج محمد الحسن الجكاني العثماني الأموي المغربي ( وهذا السيد هو الذي الذي لقَّن السيد محمد علوي المالكي الطريقة التجانية مُدرجًا فيها الإذن في صلاة الفاتح ) كِليهما ، عن القطب البعقيلي المذكور أعلاه بالسند المسرُود قبل هذا
Dan begitu juga saya mengisnadkan sanad kepada As Syarif Al Jalil Sayyidi Muhammad Al Basyir At Tijani Al Hasani As Syanqithi, daripada dua imam yang masyhur Sayyidi Al Haj Muhammad Al Qamari Al Masyisyi Al Idrisiy Al Hasani yang berhijrah ke Tunisia dan Sayyidi Al Haj Muhammad Al Hasan Al Jakani Al Uthmani Al Umawi Al Maghribi, ( Sayyid ini yang mentalqinkan kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki Thoriqah At Tijaniyah sekali dengan izin dalam Selawat Al Fateh ), dan keduanya daripada Al Qutb Al Ba’qily yang telah disebut sanadnya di atas .  
      * وكذلك أرويها بسندي المتصل عن السيد نورو تال الفوتي الحسني السنغالي ، عن الشيخ منتقى نورو تال الفوتي الحسني السنغالي ، عن القطب المعمر كبير أولياء البلاد الإفريقية الحاج سعيد نورو تال الحسني السنغالي ، عن إمام بلاد السودان الغربي وكبير أوليائه سيدي الحاج مالك سي الحسني التجاني ، عن الإمام العلامة ألفا مايرو ولي القرشي السنغالي ، عن السلطان الأعظم عالم السلاطين وسلطان العلماء سيدي الحاج عمر الفوتي الحسني الشاذلي نسبًا التجاني طريقةً مؤسس الإمبراطورية الإسلامية التجانية أسفل الصحراء الشنقيطية في جميع بلاد السودان الغربي ، عن سيدي محمد الغالي الحسني الفاسي عن القطب المكتوم والختم المحمدي المعلوم سيدنا ومولانا أحمد بن محمد التجاني الحسني
Dan begitu juga saya meriwayatkannya dengan sanad saya yang bersambung kepada Sayyid Nuru Tal Al Futiy Al Hasani As Seneghali daripada As Syeikh Muntaqa  Nuru Tal Al Futiy Al Hasani As Seneghali, daripada Al Qutb Al Muammar Kabir Auliya’ Negara Afriqa Al Haj Sai’d Nuru Tal Al Hasani As Seneghali, daripada Imam Negara Sudan Barat dan pembesar auliya’nya Al Haj Malik Si Al Hasani At Tijani, daripada Al Imam Al Allamah Alfa Mayru Waliy Al Qurasyi As Seneghali , daripada As Sulthan Al A’zhom seorang Alim Salathin, dan sulthan para Ulama Sayyidi Al Haj Umar Al Futi Al Hasani As Syazuli secara nasab keturunan At Tijani secara thoriqah pengasas Empayar Al Islamiyah At Tijaniyyah yang berada di bahagian bawah padang pasir As Syanqithiy di seluruh Negara Barat Sudan, daripada Sayyidi Muhammad Al Ghali Al Hasani Al Fasi daripada Al Qutbul Maktum Wal Khatmul Muhammadiy Al Ma’lum Sayyidina Wa Maulana Ahmad bin Muhammad At Tijani Al Hasani. t  
      * وكذلك أرويها بسند شنقيطيٍّ عن سيدي محمد الطاهر التجاني الحسني ، عن قطب الإنس والجان سيدي محمد مختار العلوي الشنقيطي ، عن مُجيزه الإمام العلامة سيدي محمد الخليفة العلوي الشنقيطي ، عن أبيه الإمام الكامل الشيخ أحمدو العلوي الشنقيطي ، عن الإمام العلامة الشيخ سيدي محمدي بن سيدي عبد الله العلوي الشنقيطي ، عن الخليفة الأجلِّ سيدي محمد الحافظ العلوي الشنقيطي ، عن القطب المكتوم سيدي أحمد بن محمد التجاني
Dan begitu juga saya meriwayatkannya dengan sanad Syanqithiy daripada Sayyidi Muhammad Thahir At Tijani Al Hasani, daripada Qutb manusia dan jin Sayyidi Muhammad Mukhtar Al Alawiy As Syanqithiy, daripada pemberi ijazahnya Al Imam Al Allamah Sayyidi Muhammad Al Khalifah Al Alawiy As Syanqithiy, daripada ayahnya Al Imam Al Kamil As Syeikh Ahmadu Al Alawiy As Syanqithiy, daripada Al Imam Al Allamah As Syeikh Sayyidi Muhammadi bin Sayyidi Abdullah Al Alawi As Syanqithiy, daripada Khalifatul Ajall, Sayyidi Muhammad Al Hafiz Al Alawiy As Syanqithiy, daripada Al Qutbul Maktum Sayyidi Ahmad bin Muhammad At Tijani,
      * وكذلك أرويها عن الشيخ المعمر الذي تُوفي عن أكثر من مائة وأربعين سنة مولاي التهامي الوزاني الحسني المغربي ، عن الشيخ الإمام المُسند إدريس العراقي الحُسيني الفاسي ، عن القاضي الأعظم الشيخ أحمد سكيرج الأنصاري الخزرجي الفاسي ، عن الإمام العارف سيدي أحمد العبدلاوي الحسني الجزائري ، عن الخليفة المعظم سيدي علي التماسيني الحسني الينبعي الجزائري ، عن القطب المكتوم سيدي أحمد بن محمد التجاني الحسني إلى آخر السلسلة الشريفة
Dan begitu juga saya meriwayatkannya daripada As Syeikh Al Muammar yang meninggal dunia pada umur lebih 140 tahun iaitu Maulay At Tuhamiy Al Wazzani Al Hasani Al Maghribi, daripada As Syeikh Al Imam Al Musnid Idris Al Iraqy  Al Husayni Al Fasi , daripada Al Qadhi Al A’zhom As Syeikh Ahmad Sukairij Al Ansoriy Al Khazraji Al Fasi , daripada Al Imam Al Arif Sayyidi Ahmad Al Abdillaawi Al Hasani Al Jazairi, daripada Al Khalifah Al Mua’zzhom Sayyidi Ali At Tamasini Al Hasani Al Yunbui’ Al Jazairy daripada Al Qutb Al Maktum Sayyidi Ahmad bin Muhammad At Tijani Al Hasanit hingga akhir silsilah yang mulia.
 

هذا وقد تمت وبالخير عمت ، وقد أُختتمت بأسماء هؤلاء السادات الأعلام من بهم تُقضى الحوائج وتُجلى الكربات ، أدخلنا الله وجميع أحبابنا في حزبهم وحشرنا في زُمرتهم ، هذا والله الموفق للصواب وإليه سُبحانه وتعالى المرجع والمآب

Maka dengan ini telah tamat dan dengan segala kebaikan telah menyeluruh, telah saya khatamkan dengan nama-nama para Saadah Auliya’ yang mulia ini, yang dengan mereka ditunaikan segala hajat-hajat dan di angkat segala permasalahan . Semoga Allah memasukkan kita dan seluruh ahbab kita di dalam hizib mereka dan dibangunkan kita di dalam naungan mereka.
Hanyasanya Allah yang memberi Taufiq ke jalan yang benar dan hanya kepadaNya tempat kembali yang sebenar.
 
كتبه أبو العباس ، أحمد الهادي الحسني التجاني عفا الله عنه وقت قفوله من ولاية صباح برنيو نوسانترا ، بتاريخ 11 محرم بعد عاشوراء مباشرةً وبُيِّضت يوم الثلاثاء 17 محرم 1446 في إمارة قدح دار الأمان

Telah menulis akannya Abul Abbas Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani  (عفا الله عنه ) ketika kembalinya dari Negeri Sabah Borneo Nusantara  pada Tarikh 11 Muharram , (selepas hari Asyura secara langsung), dan selesai ditulis pada Hari Selasa 17 Muharram 1446H di Kedah Darul Aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan