Pada asalnya saya tak nak cerita kisah ini sebab saya ingat-ingat lupa tapi terasa sayang kalau tak diceritakan. Jadi, anggaplah cerita ni martabatnya dhoif sebab perawinya dhoif (ingat-ingat lupa).
Di kampung Imam Mahdi ada tersimpannya sebuah ilmu dan senjata yang dibalut dalam kulit kijang/rusa yang diwarisi daripada Saidina Ali.
Keluarga cabang (branch family) yang menjaga rahsia ini adalah Keluarga Al-Jufri. Al-Jufri tu bermaksud kulit kijang/rusa la. Mereka adalah daripada Keturunan Saidina Ali.
Dan akhirnya rahsia ini diserahkan atau dijaga oleh Imam Ghozali. Beliau mendapatnya daripada Guru beliau. Ketika mana beliau sedang mengajar di suatu tempat, telah sampai ke pengetahuan beliau, kitab beliau yang masyhur iaitu Ihya' Ulumuddin telah dibakar/dikoyak oleh Kerajaan Murabitun (Kerajaan Maghribi Lama).
Maka, lantas Imam Ghozali mendoakan dalam Majlis beliau "Semoga Allah memperlakukan kepada mereka perkara sama yang mereka lakukan pada kitab aku". Lantas bangun seorang anak muridnya lalu berkata, "Wahai Syeikh, doakan aku supaya menjadi orang yang melaksanakan doa mu itu". Kemudian Imam Ghozali mendoakan supaya pemuda itulah yang menjadi orang yang menjatuhkan Kerajaan Murabitun.
Di sini kita perlu faham kenapakah Murabitun membakar Kitab Imam Ghozali?
Mereka membakar Kitab Imam Ghozali kerana dalam kitab Imam Ghozali terdapatnya ilmu kalam sedangkan mereka pada waktu itu tidak pernah mendengar dan belajar ilmu kalam. Mereka menerima agama lansung daripada para Sohabat Rasulullah. Tiada sebarang ta'wilan pada Kalamullah dan Kalam Rasul.
Jadi, apabila datang ilmu kalam dalam Kitab Imam Ghozali mereka mengatakan ini semua bid'ah lantas mereka membakar kitab-kitab Imam Ghozali.
Murabitun adalah golongan yang sangat syadid dalam beragama, lelaki yang baligh dan tidak datang solat fardhu berjemaah akan dihukum bunuh. Ini berdasarkan dalil Rasulullah mengarahkan Sohabatnya mengumpul kayu api untuk membakar rumah lelaki baligh yang tidak hadir Solat Fardhu Berjemaah.
Jikalau tidak kerana anak murid Imam Ghozali datang dan mengalahkan mereka nescaya, boleh jadi hari ini Maghribi akan menjadi negara Wahabi.
Ada 2 perkara yang dibawa oleh anak murid Imam Ghozali yang diserahkan oleh Imam Ghozali sewaktu pergi berperang dengan Murabitun ;
1. Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Asyairah Maturiyah)
2. Ilmu rahsia dan senjata yang dibalut dalam kulit kijang/rusa yang diwarisi daripada Saidina Ali.
Kini, ilmu rahsia dan senjata itu tersimpan di Perkampungan tersebut di
WILAYAH SUS, MAGHRIBI, BUMI AULIYA' ALLAH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan