Isnin, 29 Februari 2016

Kepahitan dalam Kehidupan

Kepahitan dalam Kehidupan;

"Hidup adalah ujian. Semua ini adalah proses ujian yakni dengan ujian ini akan membuktikan keimanan kita setakat mana taat kita kepada Allah سبحانه وتعالى atau hanya berdusta kepada Allah. Semua ujian didalam hidup kita ini adalah untuk menaikkan darjat kita, mengkafarahkan dosa kita, kerana Allah سبحانه وتعالى sayang kepada kita, ingin meningkatkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, dan juga memudahkan jalan masuk ke syurga Allah سبحانه وتعالى."

"Tiada satu pon ujian yang ditimpakan didalam hidup seseorang itu melainkan dengan kadar yang patut untuk seseorang itu terima. Allah سبحانه وتعالى tahu ia sakit maka kita mampu untuk hadapinya. Allah سبحانه وتعالى tahu kemampuan setiap orang. Jangan pula kita merasakan diri kite apabila dekat dengan Allah سبحانه وتعالى, maka ujian kita pon lagi ringan tetapi ujian kita lebih hebat Allah سبحانه وتعالى akan berikan."

"Pastikan kita amalkan,  bila dapat musibah sebutkan; "Innalillahi wainnalillahi rojiun." Para ulamak minta tambahkan doa ini yakni; "Allahuma jurni fi musibati wakhlufli khairon minha." Maksudnya; "Ya Allah, tolong beri pahala pada setiap musibah ini, dan gantikanlah  yang lebih baik daripada sebelum ini. Maksud doa ini bertujuan untuk kita lebih bersabar dan bertahan dalam mengharungi musibah. Bukan kita melatah, meraung, memaki hamun apabila ditimpa ujian contohnya melatah yang bukan-bukan bila terpijak duri."

"Diajarkan ulama apabila kita ditimpa ujian, jangan kita buat keputusan sndiri. Contohnya, kalau kemalangan jangan kata, Ya Allah tolonglah ambil nyawa aku. Akan tetapi biarlah yang memberi kata putus itu ialah Allah سبحانه وتعالى. Sebutlah innalillah memadai kita berserah kepada Allah سبحانه وتعالى utk setiap keputusan-Nya."

"Selain itu, ulama menyarankan Lazimkan amalan kita bila meninggalkan rumah menyebut; "Bismillahi tawakkaltu alallah walaahaulawala kuwatta illah billah." Apabila kita menyebut ini maka malaikat dihantar untuk menjaga rumahnya dan menjaga setiap perjalanannya ke destinasi yang akan ditujunya."

"Orang-orang mukmin juga diajar supaya berdoa panjang umur bukan doakan supaya mati cepat. Sebab apa? Bila panjang umur maka lagi tambah rezeki dan boleh memanfaatkan rezeki dengan menginfaqkan ke jalan Allah سبحانه وتعالى. Sesungguhnya hidup ni kita boleh buat banyak kebaikkan kepada orang lain."

"Jangan diajar time kita sakit tenat diberikan dadah yang boleh menghilangkan sakit. Sebenarnya rasa sakit ni adalah untuk mengkafarahkan dose. Kan lebih baik mati dalam keadaan sakit bukan mati didalam keadan mabuk ambil morfin."

"Hidup ini satu benda yang dapat pahala kepada manusia. Kalau dia berbuat maksiat maka dpt dosa dan yang selebihnya adalah pahala. Tak terlepas daripada dua perkara ini adalah dosa dan pahala."

"Setiap kali Abu hurairah r.a. nak masuk tidur. Dia akan selawat keatas Nabi Muhammad ﷺ sebanyak tujuh puluh ribu kali barulah die boleh tido dengan lena. Allahurobbi. Tuan-tuan kalau nak banding dengan kita tak sampai tujuh puluh kali pon dah tertido dah. Beza kita ni dengan para sahabat."

"Kata Rasulullah ﷺ; "Janganlah kamu mengharapkan kematian. Jika kamu dikalangan ahli syurga maka kamu beruntung akan tetapi jika kamu masih hidup, maka ia bonus untuk menambahkan pahala lagi. Akan tetapi kalau kamu ditakdirkan dikalangan ahli neraka maka kenapa kamu tak sabar sangat nak mati. Betapa ruginya. Kita hari ni, kena musibah sikit mintak mati."

"Satu kisah, ada seorang pemuda yang kuat menangis didalam masjid. Lalu datang Rasulullah ﷺ bertanya; "Wahai pemuda, Kenapa kamu kuat sangat menangis." Jawab pemuda itu; "Ya Rasulullah, aku banyak sangat hutang. Bahkan lebih banyak daripada gunung. Lihat tarbiyah nabi semuanya pergantungan kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Rasulullah ﷺ berkata; "Wahai pemuda, mari aku ajarkan kamu empat doa ini. Kamu amalkan lah setiap pagi sebanyak tujuh kali yakni; "Allahuma inni auzubika minal hammi wal hazan, wanauzubika minal ajzi wal kasal, wanauzubika minal jubni wal bukh, wanauzubika minal ghalabatiddini wal qahri rijal. Lihat tarbiyah rasulullah ﷺ."

"Cara Allah سبحانه وتعالى susun hidup kita ni memang dah terbaik dah. Orang yang dipanjangkan umur akan berpeluang untuk bertaubat dan berpeluang untuk meningkatkan amal soleh. Begitu juga orang yang telah dimatikan, dipendekkan umur bagi mengelak dia berbuat maksiat lagi kepada Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan