MERASA HEBAT DENGAN AMALAN DAN IBADAH
Nasihat daripada Guru kami dan Murobbi kami Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani yang dikasihi kepada kami semua muridnya, bahawa;
Satu kejahilan yang besar bagi orang (yakni murid seperti kami) yang berfikir bahawa amalannya akan menyampaikannya kesuatu martabat yang tinggi disisi Allah Jallajalaluhu (yakni berasa layak untuk mendapat sesuatu melalui amalan).
Kata beliau, ini satu perkara yang mustahil. Orang (yakni murid seperti kami) yang jahil yang tidak pandai beruamalat dengan Tuhannya, akan menginginkan sesuatu yakni berhajat dengan amalannya itu (yakni berasa layak untuk mendapat sesuatu daripada amalannya).
Kata beliau, ramai orang (yakni murid-murid yang meniti jalan salik) yang berfahaman dengan fahaman Keakuannya sendiri (berasa hebat dengan amalannya), sekarang ini beramal, berzikir, beribadat kerana untuk menambahkan rezeki, inginkan syurga, inginkan pembukaan, inginkan martabat, nak itu, nak ini, mereka tidak malu langsung dengan amalan mereka yang tidak ikhlas kepada Allah Jallajalaluhu.
Pesan beliau, seseorang murid mesti fana dengan amalannya, malu kepada Allah dengan semua amalannya yang tidak sempurna dan rosak.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati guru kami dengan nasihatnya yang amat bernilai dan tidak ternilai, serta menempatkan beliau dikalangan kekasih-kekasihNya yang terpuji. Aamiinnn…..
Fb Sidi Nazrul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan