Sabtu, 5 November 2016

BIOGRAFI SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI

BIOGRAFI SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI
Beliau dilahirkan di bumi Tunisia pada tarikh 4 Muharram 1395 Hijrah bersamaan 16 Januari 1975 Masihi.

Nasab keturunan beliau daripada kabilah Sibaiah Az-Zahabiah, daripada keturunan besar Maulai Idris yang masyhur di bumi Maghrib (Moroko) dan beliau adalah  berketurunan daripada Saiyidina  Alhasan.
Beliau  juga telah mendapat  pujian daripada Rasulullah dan kebanyakan  daripada beberapa wali qutub dan wali-wali.
Pujian-pujian tersebut terarah kepada kesahihan nasab beliau dan pertambatan hubungannya yakni sanad toriqah dan pengajiannya dengan hadrah kenabian, sama ada pada zahir atau pada batin.
Dan pertemuan itu berlaku ketika mana beliau berada dalam pengembaraan mencari ilmu daripada rijaal/wali Allah.
Beliau menghabiskan permulaan kehidupannya seperti kehidupan kebanyakan masyarakat setempat sehinggalah datang secara tiba-tiba ahwal llahi dan jazbah rabbani yang  membawanya kepada perjalanan ahlillah dan ini semua bukanlah dengan usahanya. Ketika itu umur beliau dalam lingkungan dua puluhan.
Beliau dijemput secara barzakhi oleh Qutubul Maktum, Khotmul Auliya Al-Muhammadi  dalam menjalani perjalanan ahlillah dan diserapkan dengan hadrah-hadrahnya yang suci dan ilmu-ilmu hakikat.
Pada permulaannya beliau menerima toriqah Tijaniah Al-Aliyah daripada Asy-Syarif  Al-Wasil Sayidi Habib bin Hamid At-Tunisi. Dan beliau juga menerima pelbagai sanad toriqah Tijani.
Kemudian beliau terus mengembara jauh berpandukan kepada gerak hatinya  berserta tawakkal kepada Allah jallajala-01.
Pada pertemuan beliau  dengan wali-wali qutub dan lainnya, beliau telah diberitahu dengan  perkara-perkara  yang amat menyenangkan serta menyatakan secara kasyaf keadaan diri beliau dan perkara tersebut sukar untuk ditutur dengan kata-kata.
Tetapi sentiasalah diri beliau menjadi tumpuan dan ianya  terarah kepada sanad toriqahnya yang muktabar iaitu sanad toriqah yang menjadi pegangan tetap beliau sama ada dari segi feqah toriqah atau dari segi zauqi.
Sanadnya itu adalah sanad Al-Ba’qili, sanad yang melalui susur jalur kepada Mujaddid Millah Waddin, Qutbaniatul Uzma, Sayidi Ahsan Al-Ba’qili Al-Hasani Al-Maghribi; sanad yang dipernamakan di sisi ahli sanad dengan sanad Az-Zahabi (emas) secara umumnya dan juga dipernamakan dengan sanad Qutbaniah (sanad wali-wali qutub) secara khususnya.
Beliau juga menerima ijazah secara mutlak daripada Sayidi Abdul Aziz Al-Ba’qili, anak kepada Sayidi Ahsan  Al-Ba’qili. Beliau adalah seorang Qutub Al-Kamil Al-Mulamati, pewaris sir-sir ayah beliau dan abang beliau, Sayidi Muhammad Al-Habib.
Dalam majlis pengijazahan toriqah, Sayidi Abdul Aziz Al-Ba’qili telah menuturkan kata-katanya kepada Sayidi Ahmad Al Hadi dengan katanya :
“Aku  telah memberi izin kepada kamu sepertimana Rasulullah sollaaahalaihi-01, Syeikh Tijani radhiallah-01-01 dan abangku  memberi izin padaku. Dan aku juga memberi izin kepada kamu dalam mentashihkan toriqah Tijani daripada segala kesalahan.”
Di dalam pengembaraan, beliau telah bertemu dengan Qutub Sayidi Mukhtar Asy-Syinqiti di padang Sahara Maghrib. Qutub tersebut dikenali dengan nama Sayidi Dahah (دَهَاهْ) dan masyhur di kalangan orang Arab dan lain-lainnya. Qutub tersebut telah berkata kepadanya (dengan lisan izin llahi) :
“ Pergilah ke tempat mana yang engkau sukai. Sesungguhnya engkau akan dibantu, dikasihi dan diterima ”.
Di dalam pengembaraannya, beliau telah bertemu dengan seorang lelaki yang berumur iaitu  Qutub Maulai Tuhami (مَوْلاَيَ التُّهَامِيُّ) Al-Wazzani Al-Idrisi di maqam Sayidi Arabi As-Saaihi. Qutub tersebut berumur sekitar 136 tahun.
Beliau telah menyatakan bahawa qutub tersebut telah menyambut kedatangannya di maqam tersebut melalui arahan yang berlaku secara jaga daripada Rasulullah sollaaahalaihi-01 dan Syeikh Tijani radhiallah-01-01.
Kemudian setelah beliau mengembara dari Sudan (barat) ke bumi Maghribi dan setelah menziarahi maqam Syeikh Tijani radhiallah-01  yang mulia di bumi Fes, datang pula isyarat kepadanya dan juga arahan supaya menjejakkan  kakinya ke bumi Jawa (Malaysia) untuk mengembangkan  toriqah Tijani di kalangan masyarakatnya.
Sebahagian daripada kelebihan beliau :
• Beliau mempunyai zauqi yang khas dalam toriqah Tijani dan mempunyai keperibadian yang disukai, berperwatakan tenang, akhlak dan sifat semulajadi yang baik
• Barangsiapa yang melihat keterampilan dirinya nescaya akan mengingatkan beliau kepada orang-orang terdahulu yang disenangi oleh masyarakat mereka
• Beliau amat menyayangi umat Nabi Muhammad   sollaaahalaihi-01 dengan ketiadaan membezakan mana-mana kumpulan kerana mewarisi daripada sifat gurunya dan guru besar beliau yaitu Sayidi Ahsan Al-Ba’qiliradhiallah-01-01
• Keadaan dirinya juga dikuasai oleh semangat ahwal  Al-Mulamati dan berpengetahuan  dalam bidang Khotmiah dan Katmiah. Setiap orang besar toriqah yang  bertemu dengannya akan  merasa hairan dengan sesuatu yang ada pada dirinya dan keadaannya
• Barangsiapa yang mendengar penjelasan irfaniah dan keterangan-keterangan zauqi daripada lautan hakikat Muhammadiah dan Ahmadiah  yang dihuraikannya, nescaya akan merasa kagum dengan huraian demi huraian yang di pertuturkan oleh lisannya seperti :
1- Kunhil Haahuti  ( كُنْهُ الهَاهُوتِيُّ )
2- Hadratul A’ma’ ( حضْرة العمَاءِ )
3- Tanaazul A’ma Al-Haahuti ( التَنَزُّلِ العَمَائِيِّ الهاهُوتِيِّ ) dan sehingga ke martabat Uluhiyyah
4- Ismul A’zom zohir
5- Ismul A’zom batin
6- Tajalliyat kunhi dalam cermin hakikat Muhammadiah
7- Rahsia antara huruf Ha’ Al-Huwiyah dan Wau Al-Wujud ( هَاءِ الهُوِيَّةِ وَوَاوِ الوُجودِ )
8- Tanaazul yang empat
9- Jauhar fird ( الجَوهَرِ الفَرْدِ )
10- Wehdah syuhud
11- Martabat Tanaazul Ahmadiah
12- Alif Ahmadiah
13- Mim Muhammadiah
14- Hakikat tiiniyah (tanah)
15- Hakikat Iblisiah
16- Syajarah Muhammadiah (Pokok Muhammad)
17- Lautan nafsu yang tujuh
18- Nafsu Kamilah
19- Nafsu Mukammilah
20- Rahsia nafsu Mukammilah
Masalah Khotmiah (Khotmul Auliya’ Al-Muhammadi)
21- Masalah katmiah Ahmadiah
22- Hakikat maaiyah Al-Muhammadi (air Zam-zam)
23- Hakikat Ahmadiah Makkiyah
24- Hakikat Muhammad Al-Madaniyah
25- Hakikat Al-Mahmiyat Al-Muhammadi
26- Akal kulli
27- Ruh kulli
28- Nafsu kulli
29- Insan kaamil
30- Maddatul Wujud
Dan lain2 lagi.
Sebagai makluman untuk saudara-saudara sekalian, pada masa ini kebanyakan orang sudah tidak mampu untuk mengusai ilmu-ilmu hakikat dan makrifat seperti mana yang diperolehi beliau. Itulah kelebihan diri beliau.
Dengar dan perhatikan sendiri kepada ibarat, isyarat dan istilah yang dituturkannya pada zaman kita ini. Selalunya kita terdengar akan perkataan
“telah berkata ahli-ahli hakikat ” atau “telah berkata orang a’rif ”.
Barangsiapa yang sentiasa bersamanya nescaya ia mengetahui dengan yakin sekali dengan kelebihan dan limpahan faidh  yang ada pada dirinya.
Juga akan kedengaran “ daripada manakah dia belajar?" atau “ Ini sesuatu yang baru” .
Sesungguhnya limpahan-limpahan yang sampai kepadanya adalah melalui Syeikh beliau iaitu Syeikh Tijani radhiallah-01-01.
Sekarang ini kita sungguh bertuah kerana dia berada di kalangan masyarakat kita di Malaysia ini.
Kita memohon doa kepada Allah subahanahuwataala-01 dan moga-moga dengan berkat Syeikh Tijani radhiallah-01-01, kita semua diberkati oleh Allah subahanahuwataala-01 melalui beliau dan ditambahkan lagi limpahan Syeikh Tijani radhiallah-01-01 atas diri beliau.
Moga-moga dia dapat memberi manfaat kepada sekelian muslimin dan moga-moga Allah subahanahuwataala-01 tidak menjauhkan kita daripada dapat berjumpa dengan beliau untuk mendengar kemanisan ungkapan demi ungkapan dan perbahasan demi perbahasan yang ditutur olehnya. Amiin.
وصلّى الله وعظَّم ومجَّد وشرَّف وبارك على سَيِّد الوُجُود وعَلَمِ الشُّهُودِ سيِّدنا ومولانا محمّدٍ بَحْرِ الكَرَمِ والجُودِ وعلى آله وصحْبه وسلَّم تسليما

والحمد لله ربِّ العالَمين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan