Jumaat, 3 Mac 2023

ROKOK, MEROKOK DAN PEROKOK(Ada Yang Tak Ingin Membacanya, Tak Mengapa)



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Sesungguhnya saya telah mendengar kalam dari Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa, perbuatan MEROKOK itu menyakiti akan Baginda Rasulullah ﷺ dan juga menyakiti Malaikat.

Sanggupkah menyakiti Baginda ﷺ?

Dan kerana itu jugalah beliau Hafizahullahu Ta'ala melarang murid beliau dari merokok dan tidak akan menerima seorang murid yang merokok. 

Dan diriwayatkan juga suatu kisah dimana seorang murid Al Qutbl Maktum Syeikh Ahmad At Tijaniy r.hu berhadapan dengan kesukaran ketika sakarat. Lidahnya kelam dan tersekat tidak dapat mengucapkan Kalimah Agong, sehingga menyebabkan orang-orang yang ada berasa hairan walhal beliau adalah anak murid kepada seorang Syeikh yang besar. 

Maka apabila diadukan perkara tersebut kepada Syeikh Ahmad Tijaniy r.hu, beliau berkata, tanyalah kepada isteri beliau (isteri kepada lelaki yang sedang nazak tersebut).

Dan apabila ditanyakan kepada isteri lelaki yang sedang nazak tersebut, maka dijawab oleh isterinya bahawa suaminya merupakan seorang perokok. Sebelum pergi ke Zawiyah untuk menghadiri majlis zikir, suaminya akan membersihkan mulutnya terlebih dahulu agar tiada bau rokok dari mulutnya. 

Maka lelaki yang sedang nazak dan sakarat tersebut diminta oleh orang yang hadir untuk bertaubat dari perbuatan merokoknya. Seketika beliau bertaubat dari perbuatan merokoknya, maka lisannya terus berupaya melafazkan kalimah Agong لا اله الا الله dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Guru saya Al Fadhl Ustz Illias Ibrahim pernah berpesan kepada saya, tinggalkan orang-orang yang apabila kamu sedang bersama dengan mereka, dan kemudiannya mereka mengeluarkan rokok dan mulai menghisap rokok, kerana para Malaikat mulai lari menjauhi orang-orang yang sedang merokok. Seandainya bala sedang turun, maka para Malaikat yang ada tidak akan menahannya untuk mereka yang sedang merokok.

Dan tambahan dari Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, bahawa apabila Iblis itu diarahkan keluar dari Syurga, maka turun dia kebumi dalam keadaan terkencing-kencing. Dari kencingnya maka tumbuhlah sekelian pohon yang memabukan, termasuklah tembakau. 

Maka Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti pada haramnya merokok, jika nak ikut dan patuh, maka itulah yang terbaik pada ahli suluk dan pendakwah. Jangan sambil pakai jubah dan pakai serban, mulut galak menghembus asap rokok, dan jari terasa bangga mengepit rokok. 

Semoga zuriat saya dan ummat ini sentiasa terpelihara dan dilimpahi dengan Rahmah Barakah dan Maghfirah oleh Allahﷻ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan