Rabu, 29 Mac 2023

KECANTIKAN RASULULLAH SAW


Telah berkata Imam Qurtubi RA,
"Kecantikan Nabi SAW tidakklah dizahirkan sepenuhnya, jika tidak mana mungkin manusia dapat melihat wajah Baginda walau sedikit pun"

Dikisahkan, separuh daripada kecantikan makhluq ini diberikan kepada Rasulullah SAW. Suku lagi kepada Nabi Yusuf AS. Dan bakinya (suku), dikongsi oleh lain-lain makhluq daripada kalangan manusia dan selain manusia.

Dikisahkan juga, ketika musim kelaparan melanda Mesir, maka pada waktu tiada makanan, maka Nabi Yusuf AS akan naik ke tempat yang tinggi yang boleh dilihat oleh kebanyakkan manusia lalu Nabi Yusuf akan membuka kain yang membaluti mukanya maka menjadi lupalah manusia akan kelaparan selama berhari-hari dek kerana melihat kecantikan Nabi Yusuf AS.

Adapun kecantikan Baginda SAW, hanya satu lapisan hijab sahaja yang dibukakan oleh Allah SWT supaya manusia dapat berdamping dengan Baginda SAW. Jika dibukakan kecantikan Baginda secara keseluruhannya maka MUSTAHILLAH bagi manusia untuk berdamping dan memusuhi dan memerangi Baginda SAW kerana terpesona dan takjub dengan kecantikan Baginda SAW.

Dikisahkan juga di Maghribi, seorang ulamak, iaitu Datuk Syeikh Tijani RA, apabila beliau keluar rumah maka beliau akan menutup wajahnya. Seandainya beliau tidak menutup wajahnya maka manusia yang melihat beliau akan mengikut beliau ke mana sahaja beliau pergi. Dan beliau adalah daripada keturunan Saidina Hasan RA daripada susur galur Muhammad Nafsu Zakiah bin Abdullah Al-Kamil bin Hasan Al-Musanna Bin Hasan Bin Ali Radiyallahu Anhum. Saidina Hasan adalah cucu Rasulullah yang paling persis rupanya dengan Baginda SAW. Saidina Hasan mempunyai anak lelaki bernama Hasan Al-Musanna. Dan Hasan Al-Musanna ini berkahwin dengan Fatimah binti Husein RA. Fatimah binti Husein ini adalah anak Saidina Husen yang paling hampir dengan kecantikan Saidah Fatimah Azzahrah Radiyallahu Anha. Dinamakan anak mereka dengan nama Abdullah dan diberi gelaran Al-Kamil (sempurna) kerana telah lahir pada pertama kalinya dengan bertemunya 2 zuriat yang paling mulia padanya, iaitu Zuriat Hasani dan Husaini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan