-FAHAMAN ARIFIN
-TAJALLIYAT
-PERBAHASAN ARIFIN PADA MEMBICARAKAN HAKIKAT MUHAMMADIYAH
-MEMAHAMI MAKSUD
“ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
DISISI PARA ARIFIN
telah menulis oleh Qutubul Aqtab Maulana Sidi Ahsan
Albaqili Ra didalam kitab iraahnya
adapun nafsu (النفس) ,
Ain(العين) ,Zat (الذات) Hakikat( الحقيقة),Maahiyah (الماهية) dan Maaiyah (المائية) adalah lafaz2 yg berlainan yg menunjukkan kepada Zat yg satu
apabila kamu perhatikan kepada kedalaman (rahsia maksud drpd lafaz tersebut)
kamu akan mendapati maksud dengan ibadah adalah dikhaskan kepada martabat uluhiyyah didalam hadrah wahidiyah/Ke-Esaan Allah swt
adapun hadrah Wehdah dikhususkan akannya dengan hakikat Muhammadiyah
itulah hadrah tajalli dan penzahiran ZAT yg maha Tinggi tanpa Nama dan Sifat
hanyasanya Itulah Martabat yg menerima akan tajalli Zat Allah yg maha tinggi
Dan adapun Asma/Nama2 adalah tempat tajalli pd Martabat Wahidiyah(martabat uluhiyah)
itulah medan tajalli Asma2 dan Sifat2 Allah swt
tidaklah tajalli akan Zat pd martabat uluhiyyah
dan jikalau tidak maka Ghaiblah Martabat Uluhiyah tersebut
maka jadilah Hadrah Wehdah
Martabat Wehdah menafikan kasroh/banyak
Dan kasroh itu adalah pada martabat Wahidiyah/Uluhiyyah dan tidaklah lainnya
Dan Kasroh menafikan Martabat Wehdah
fahamilah akannya
Dan Martabat Wahidiyah/Uluhiyyah adalah Martabat TajalliNya Allah pd Martabat Rupa Asal Mulia bagi diri Adam
itulah Hakikat Zat Rasulullah Saw disisi Ilmu Allah swt..
Allah SWT menjadikan Nabi Adam AS dan anak2nya dalam rupa yg mulia (manusia)
itulah gambaran/Bentuk yg Sangat Ajaib yg tidak ada seumpamanya dalam ciptaan rupa bentuk makhluk2 Allah swt ..
Dan kamu telah mengetahui bahawasanya Allah swt telah Tajalli dengan kesempurnaan ZatNya yg maha tinggi pada hakikat Muhamadiyah
Itulah Zat yg bukanlah Ruh seperti difahami (dengan mudah pd fikiran kita )
bahkan Ruh Baginda Saw terlahir drpdnya(Hakikat Muhammadiyah)
Hakikat Muhammadiyah inilah ibunya(Asalnya)
Yang mana Allah swt telah Tajalli dengan kesempurnaan AsmaNya dan Sifat2Nya pd Rupa Adam (Muhammad Tanah/insan)
Dan meliputi Oleh Hakikat2 Muhammadiyah dengan keseluruhan Tajjali Allah swt
ltulah Hakikat yg memunculkan dan yg menzahirkan Asma2 dan Sifat2 Allah swt
Dan kemuncak yg dicapai oleh kalangan para Arifin adalah maqam Ruh Baginda Saw
dan tidak ada kemampuan bagi seorang pun drpd kalangan Arifin yg mencapai ke tahap rahsia yg lebih drpd itu
apatah lagi mereka hendak mengenal akan Hakikat Muhammadiyah (yg tersangat Tinggi rahsianya)
Firman Allah swt (yg ditujukan kalam pada Nabi Musa As)
“لن تراني”
Kamu tidak dapat Melihat Akan Daku
(kerana berada pada maqam Kasroh)
Kerana Dia(Allah)pd Maqam Wehdah
dan Wehdah adalah Mazhar kpd Zat Allah yg Maha Tinggi
Dan Wehdah menafikan akan Kasroh
Baginda Saw apabila berenang didalam Hakikat Muhammadiyahnya
maka ghaiblah Ruh Baginda Saw dan Zatnya
kerana hilanglah Kasroh dengan sebab Wehdah
apabila Baginda Saw berenang didalam lautan Ruhnya
ghaiblah Baginda Saw dengan Sifat Allah drpd Asma2 Allah Swt
dan apabila Baginda Saw berenang didalam lautan Zatnya
maka ghaiblah Baginda Saw drpd Ruhnya
maka terTajalli Asma2 pd maqam Zatnya
dan terTajalli Sifat2 pd maqam Ruhnya
itulah uswah para Arifin
(maqam yg diperolehi oleh mereka)
barangsiapa yg berlaku tajalli Asma2 pd dirinya
maka ketahuilah bahawasanya dengan perantaraan Zat Baginda Saw
atau barangsiapa yg berlaku tajalli Sifat2 atasnya
maka ketahuilah bahawasanya dengan perantaraan Ruh Baginda Saw
apa yg disebut drpd kalangan Arifin melalui isyarat2 mereka yg menunjukkan kpd Tajalli Zat ketika menceritakan/pentahkikan akan Mahabbah Zat Allah yg maha Tinggi
semua itu adalah rumuz/petanda khas yg menunjukkan kpd hadrah Lenyap,Hancur,Berkecai
(السحق والمحق والدق )
(YANG KEKAL HANYALAH ALLAH SWT)
Maka ia mengetahui bahawasanya Allah swt tajalli pada Zatnya dengan ZatNya pada ketika fana’ hamba tersebut
maka tiadalah wujud bagi hamba tersebut pada ketika Allah tajalli pada hamba tersebut
hamba tersebut lenyap dan pada masa yg sama hamba itu bersama Allah swt
maka tidak dapat tidak(ketika tajalli)
mestilah melalui perantaraan Hakikat Muhammadiyah
walaupun hamba tersebut tidak menyedari akannya
aku (SIDI AHSAN ALBAQILI)
telah memberitahu kpd kamu
fahamilah akannya
dan wajiblhh kita beriktikad bahawa Zat Baginda Saw adalah ibu(asal) yg menjaga/memelihara akan aturan zat2 yg lain
dan Ruh Baginda Saw adalah ibu(asal) yg menjaga/memelihara akan aturan ruh2 yg lain
Bagaimana mungkin tidak berselawat oleh alam
ini atas Baginda Saw yg memelihara akan aturan alam ini secara zahir dan batin
Bagindalah (sepertimana disebut dalam alquran)
وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً
telah kami sempurnakan atas kamu nikmat2Nya secara zahir dan batin
Secara perbahasan Hakikatnya
Kewujudan sebenar secara Zaati , adalah Allah swt tidaklah lainNya
dan Wujud Selain Allah adalah kewujudan Aridhi (andaian/khayalan)
ada permulaan dan penghujung baginya
firma Allah swt
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
setiap jiwa akan merasai mati
dan turun ayat atasnya melalui isyarat Allah swt pd firmanNya
" فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah
1-
لا موجود إلا الله
tiada kewujudan melainkan Allah swt
-demikian itu adalah ketika berlaku Tajalli Sifat2
2-
لا محبوب إلا الله
tiada yang dikasihi melainkan kepada Allah
demikian itu adalah ketika berlaku Tajalli Asma2
3-
لا فاعل ومالك إلا الله
Tiada pembuat/pencipta dan pemilik melainkan Allah swt
-demikian itu adalah ketika berlaku Tajalli Afa’l
4-
dan ketika tajalli Zat
maka tiada lafaz , isyarat dan percakapan
itulah hadrah alHums الهمس (seakan bisikan,sebenarnya tidaklah boleh diterjemahkan maksud sebenar)
5-
apabila ditujukan khitob/percakapan kepada orang musyrikin dengan kalimah
“ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
bermaksud :
tidaklah terkaya setiap makhluk dan melainkan berhajat setiap sesuatu kepadaNya
6-
apabila ditujukan khitob/percakapan kalimah
“ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
kepada orang muslimin pada medan2 lslam :
لا معبود بحق إلا الله
tiada Sembahan yg sebenar melainkan Allah swt
7-
apabila ditujukan khitob/percakapan kalimah
“ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
kepada orang muslimin pada /kedudukan/medan2 Iman bermaksud :
لا معبود أصلاً إلا الله
Tiada Sembahan secara asal/mutlak melainkan Allah
-maqam الطمأنينة adalah tempat tajalli sifat Afa’l
-maqam المراقبة adalah tempat tajalli ASMA2
maqam المشاهدة adalah tempat tajalli Sifat2
-maqam المعرفة adalah tempat tajalli ZAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan